Cuaca tenang, damai dan menyegarkan. Burung-burung berkicauan, berterbangan bersama pasangan mencari harta sepencarian. Kucing-kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan mencari picisan ikan-ikan 'buangan', serpihan ayam 'buangan' di kedai-kedai mapley.
Syukur, hari ini aku menjadi seorang yang rajin, berkat tahun baru Hijrah.
Mengemas bilik dan menyusun buku-buku yang ada mengikut genre. Juga membuang surat-surat cinta lama dari secret admire sewaktu tadika dan sekolah rendah. Sedikit sengal. Antara frasa ayat dalam surat cinta terbabit yang mengandungi kesalahan tatabahasa dan ejaan yang ketara seperti "I lap u". Jauh berbeda dengan "I love you". Biasalah, budak-budak. Hak hak
Bila aku nak dapat surat macam ni????
Cehh... Berangan lagi. Siapa nak dekat kau Ajik??
Bukan hanya mengemas, tapi turut menghias bilik. Sesekali terasa macam Eric Leong. Bezanya kepala dia licin, kepala aku berbulu. Lagi satu bezanya Eric suka hias letak-letak lilin. Tapi aku tak, sebab takut bilik terbakar. Kalau nak letak pun, mungkin guna baki lilin kek hari jadi yang ada kat dapur. Hak hak
Cantik juga lilin kek hari jadi ni kalau hias kat bilik... pergh.. romantik.. tak tidur aku dibuatnya
"Tuk tuk tuk" Cik ibu mengetuk pintu bilikku.
"Surprise!!!" Kejutanku buat si ibu, gaya-gaya Eric Leong. (^_^)
"Pedepek!"
'Balingan manja' surat khabar lama dari cik ibu pada jarak dekat. Itu refleks petanda si ibu melatah. Kini , aku sedar aku tidak seperti Eric Leong.
Pesanan buat Eric "Sila jangan datang deko rumah aku".
Eric, kalau you nak datang jugak rumah I untuk rancangan tv you, inform awal-awal.
Tapi datang rumah I, jangan nak buat surprise tak tentu hala yer. Mama I marah.
**********
"Jika teringat tentang dikau.. jauh dimata dekat dihati....."
Bait bait lagu 'Jika' nyanyian duet Melly Goeslow dan Ari Lasso berkumandang di radio kapokku. Ringkas lirik lagunya. Pernah satu ketika sewaktu aku darjah satu, aku bertanya pada cik ibu.
"Mama, chiika itu apa??" Seperti biasa, masih pelat.
Balas cik ibu "Hmm, Ajik tanya 'Jika' ke??". Aku menganggukkan kepala.
"Hehe. Lain kali sebut betul-betul. Jangan ikut sangat loghat mat salleh. Nanti sampai ke besar. Mari mama ajar sebut yer... J. I. K. A. jika.... J. I. K. A. jika.... J. I. K. A. jika......(ulang 50 kali) " Sesi kelas pengulangan ejaan.
"Ok. Ajik dah boleh sebut. J. I. K. A! jika.... J. I. K. A! jika.... J. I. K. A! jika...... Ermm, jika itu apa mama?" Aku memendekkan sesi kelas ejaan.
"Jika itu kalau. Jika itu sama dengan kalau. Sama juga jikalau". Balas mama ringkas. Baru aku mengerti. Terima kasih mama.
Melly tampak manis bertudung.
**********
JIKA itu satu perkataan. Terdiri dari dua suku kata dan terbina dari empat aksara. Sinonimnya adalah KALAU. JIKA ditambah KALAU hasilnya JIKALAU. Walaupun ringkas, tapi boleh membawa pelbagai maksud dan kegunaan samada baik atau buruk. Senang cerita JIKA dan KALAU itu macam kertas A4. Boleh tulis-tulis, boleh lukis kartun, boleh jadi kertas exam, boleh jadi roket, boleh jadi kipas dan boleh jadi sampah.
Contoh-contoh JIKA atau KALAU (JIKALAU) yang famous:
Kalau aku cun macam Neelofa, mesti ramai panggil aku 'acting'.
Jika aku kumbangnya, kau adalah ridsect. silap, kau adalah Bunga Citra Lestari.
Kalau hidung aku mancung macam Hitrik Roshan, maka nak korek senang.
Jika aku Maskman, kawan-kawan tadika yang buli aku, aku belasah.
Kalau tahi lalat atas mulut aku ini bergerak sendiri pindah bawah mulut macam Dato' Siti, mesti ramai datang meminang.
Jika aku Spiderman, kau adalah Tam Spider.
Layan lagu-lagu Spider ni. Vokalis mantap.
**********
Contoh itu mungkin pelik, tapi itulah realitinya yakni manusia suka ber'kalau' dan ber'jika'. Ini termasuk aku yang gemar berangan-angan sehingga terkadang di awang-awangan. Mungkin 'jika' yang dimaksudkan itu serius, mungkin juga 'jika' itu jenaka atau deongengan dan mungkin juga 'jika' itu untuk pengajaran.
Namun penggunaan perkataan JIKA mahupun KALAU adakalanya dibolehkan dan adakalanya dilarang mengikut cara penggunaannya.
JIKA atau KALAU dilarang apabila ia digunakan sehingga menyalahi sesuatu yang ditakdirkan padanya oleh tuhan. Sebagai contoh "Jika aku buat begini, mesti takkan jadi begini". Frasa ayat ringkas ini mampu mengundang kepada sesalan dan kesedihan yang melampau terhadap takdir yang ditentukan-Nya. Malah, turut menyebabkan kita kurang rasa bersyukur.
JIKA mahupun KALAU yang dibolehkan apabila ia membawa pengajaran, kebaikan atau untuk bercita-cita mendapatkan sesuatu yang baik. Contohnya "Kalau Ajik dah besar nanti, bila Ajik dah bekerjaya, Ajik carikan mama menantu yang baik, cun, pandai masak macam Masterchef, boleh jaga mama dengan abah dan yang superb. Mama doakan yer".
Walaupun hanya satu perkataan, tapi JIKA atau KALAU boleh membawa kesan baik dan buruk. Jadi sekiranya usaha yang kita lakukan tidak menjadi, janganlah pernah kita sesali. Malah terima ia sebagai satu ketentuan.
Peringatan bersama buat aku si mudah lupa dan juga sahabat blogger yang lain.
p/s: Jika awak roti jala, maka saya roti Gardenia. (^_^)