"uhh." Mengeluh. Susah nak tanggal pelekat roadtax ni. Melekat erat dengan cermin, saling sayang-sayang, kiss kiss. Laki bini katanya.
"Guwa mesti ceraikan lu orang. Hubungan terlarang."
"Guwa mesti ceraikan lu orang. Hubungan terlarang."
Sekadar hiasan
Selesai 'menceraikan'. Hampir berjaya menghakis kesan kiss bite si pelekat roadtax pada cermin. Secara rasmi, hangpa bukan lagi laki bini. "Cermin, nah aku rekemen hang bini baru. Up to date, seksi. Jangan sedih-sedih". Baik konon. Nasib baik cermin bisu.
Tertera pada pelekat roadtax (ex bini cermin), tamat 31 Oktober 2011. Gila, cacat. Dah masuk 5 November, baru nak tukar pelekat baru. Sibuk, adalah alasan terbaik.
*********
Melangkah kaki sambil tangan dihayun masuk ke dalam rumah tercinta.
"Bau apa ni?? Best...". Hipotesisku yakin, rendang. "Tapi, rendang apa?? Kalau ayam, ayam apa?? Ayam kampung, ayam bandar, ayam pencen, ayam seksi, atau ayam katik??". Banyak tanya. Janji rendang sudah.
Kelihatan ibu tercinta sedang gigih mengeringkan rendang didapur (jauh bukan macam jemur kain). Tak nak tanya apa-apa, takut kena tembak. Sebab tak tolong.
Seksi tak?? Ada macam Zila Bakarin ??
"Tapi, kenapa masak rendang??" Mahukan jawapan.
"Ting!!"
Handset berbunyi, tanda mesej masuk. Tertera di dada skrin "Selamat hari raya korban, selamat sembelih lembu esok ORANG BANDAR. :) ". Terima kasih, balasku. Awas, sms ucapan berbaur sindiran. Siap ada smiley, petanda kurang kasih dan sayang.

Help! Help! aku tak ready, kahwin pun belum..
*********
Alhamdulillah. Dipanjangkan umur bakal bertemu Aidiladha esok hari. InshaAllah, kalau ada hayat esok celik mata, pergi solat raya (bukan tengok kartun pagi-pagi teman Diha-anak buah macam selalu). Manfaatkannya dengan perkara baik, pesanan bersama.
"Sesungguhnya Kami telah memberi engkau (Ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Erkk, apa kaitan Roadtax dan Raya Korban??
Kena ada roadtax yang up to date (at least belum expired) sebelum pulang beraya di kampung. Tidak rela guwa kena pow dengan abang polis atas highway, tepi divider jalan. Kurang macho. Musim raya, musim pendapatan tambahan mereka.
Sekian, salam aidil adha buat semua rakan blogger. Sayang kalian.
p/s: Berhati-hati bawa kereta semasa pulang raya ke kampung. Jangan sampai excited nak korban, anda yang terkorban. Anda bukan lembu, unta mahupun kambing. (^_^)