Krisis mata, lampu dipadam. Kerja bertaburan, hati bermalasan.
Hanya tiga puluh minit, lampu siling nyala kembali.
Bola mataku tertancap pada jasad-jasad kecil bernyawa.
Barisan jasad kecil berkawad. Kemas. Menuju ke gelas hitam.
“Mahu kongsi hot chocolate? Mai secawan”
Monolog hati, terus memerhati.
Membilang seekor demi seekor.
Tidak kenal jantan
betina. Comel, terkedek-kedek.
Dukacita, terbantut hasrat murni, mereka yang ramai.
Seramai rombongan meminang. Tercari-cari. Manakah permaisuri?
Manakah raja?
Datang mereka dari dua arah.
Timur dan barat, berbekal tenaga enam kerat.
Bertemu di satu titik, celahan gelas hitam.
Sesekali bertemu sesama sendiri, bersentuh. Sapa menyapa.
Bersalam? Laga pipi? Bercumbu? Aku tidak tahu itu. Erat.
Terus mendaki, bersama. Kesatuan menuju ke satu lembah.
Lembah coklat.
Gigih mereka. Berenang-renang di permukaan. Berkuak lentang, berkuak dada.
“Gigih kau semut. Teruja akan usaha dan kesatuan kau. Meng’hadiah’kan
sesuatu.” Aku berbisik.
Menjeling-jeling bekas merah aerosol, kelas IV di penjuru meja.
Tidak perlu.
*****
Semut.
Mereka yang gigih.
Yang akur pada persahabatan, yang bersatu menuju yang ‘satu’
Alangkah indah bila manusia begitu.
Alangkah indah bila manusia begitu.
Jasad kecil, jiwa besar.
Beza signifikannya, hanya semut tidak ber’otak’.
P/S: “Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas..”
Mainan tika gua pra sekolah. Cubit atas tangan,cubit.
Tangan bawah tangan gua bernasib ‘baik’. Berbirat. Tika itu, gua nyanyi ‘enjit-enjit
semut’ macam hantu kak limah.

