Mata kesat, kabur, berair. Bukan nangis, bukan sedih. Lumrah insan lemah bermata empat, bertentang mata menghadap jurnal. 20 minit pertama celik mata, tanda setia. 5 minit seterusnya, main-main mata tanda mesra. 5 minit kemudian, mata tutup, mulut nganga, hempap jurnal.
Owh, kena pukau dengan jurnal. Memerlukan sentuhan tangan yang asing ke muka.
Bukan sentuhan berahi. Tapi, penampar lima jari!
Buka mata balik. "Tak puas hati!" protes hati. Cuak kalau akak-akak lab nampak aku tidur atas jurnal sambil mulut terjuih. Tak macho, tak boleh buat suami. Ok, sambung menelaah. Tak menyempat tanam semangat dalam diri, "Aja-aja fighting!" (terpengaruh dengan drama korea, Full House).
Hangat-hangat tahi hidung, selekeh. Lima minit baru, otak dah mengelamun. Aja-aja konon.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semalam, jarum ketot menghala ke angka 9, jarum panjang menghala ke angka 12.
Ditemani Diha (anak buahku) sambil menonton program realiti Masterchef . Terliur tengok chef berkepla botak itu menjamah ikan salmon masakan peserta. "Nyum-nyum..." Spontan, mulutku berbunyi. Kadangkala terjuih sikit ke depan.
Tuttt!! iklan Fair & Lovely. Pehal? Diha, anak buahku tertukar siaran. Kacau. Feel tengok masterchef terganggu.
"Diha minat tak nak jadi chef?? Yang masak-masak tuh." Aku memulakan perbualan, Diha membisu.
"Diha, tahu tak apa itu cita-cita?" Tanyaku lagi. Muka excited mahukan jawapan Diha segera.
Diha tersengih. kelihatan dua gigi arnab jarangnya di bahagian atas.
"Cita-cita adalah impian kita masa hadapan, means apa yang kita nak jadi. Ada faham??? Contohnya doktor, hakim, cikgu, pelakon..bla bla bla.. Apa cita-cita Diha?" Balasku sambil mengajukan soalan seterusnya.
Diha tersengih lagi tanpa menjawab. Hatiku sudah panas, muka sudah ganas.
Sayu-sayu suara ibuku dari arah belakang (loghat Melaka), "Engko ni apa kejadahnya duduk tanya si Diha tu cita-cita. Budak tu baru setahun tiga bulan. Manalah dia nak tahu. Sebut 'mama' pun terkedek-kedek. Tu lah padahnya duduk lab 24 jam. Asyik dengan sawit.. Apa-apa sawit. Nanti kahwin pun dengan sawit."
Bisa, tajam, padu.
Diha
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bila buka topik cita-cita....
"dup, ckek ckek"
Gear auto otak aku terus maju ke abjad 'R' (dulu manual, sekarang auto).
Reverse ke zaman-zaman ribena dengan kelajuan 500 km/j (brek skali-skala), umpama melalui highway PLUS dari JB ke Kedah. Bezanya undur ke belakang sepanjang jalan. SmarTAG ditempel pada sisi cermin belakang.
Sepanjang sesi reverse, satu persatu cita-cita terimbas. Senang cerita, aku mudahkan kalian dengan teknik kronologi penceritaan bergambar.
(Sedih esak-esak cikgu Bahasa Melayu form 5 aku,cikgu Umi kalau dia tengok)
TAJUK: KRONOLOGI CITA-CITA
*Umur 5 tahun
Maskman, cita-cita pertama.
Nak jadi yang kaler merah (bukan merah jambu). Mahu mempertahankan rumah.
Ang semua masa kecik-kecik pun samakan??? Senyum tandanya.....
Masa tu, kalau abang aku jadi raksasa mengusik aku, aku terus bertukar. Bertukar Maskman! (Awas, itu dulu). Tak menyempat aku capai pembaris (konon pedang). Pembaris tak main yang kayu, mesti besi. Bagi lebih sikit efek menggeliat.
Tapi, hakikatnya di tadika, Maskman ini dibuli....
Ang semua masa kecik-kecik pun samakan??? Senyum tandanya.....
Masa tu, kalau abang aku jadi raksasa mengusik aku, aku terus bertukar. Bertukar Maskman! (Awas, itu dulu). Tak menyempat aku capai pembaris (konon pedang). Pembaris tak main yang kayu, mesti besi. Bagi lebih sikit efek menggeliat.
Tapi, hakikatnya di tadika, Maskman ini dibuli....
*Umur 10 tahun;
Agak drastik. Bagus, kesedaran. Senyum.
*Umur 15 tahun;
Salah satu cita-cita, doktor gigi. Tapi, aku tarik diri. Sebab? Lihat gambar di atas.
Khas untuk pesakit-pesakit yang buat-buat sakit nak M.C, banyak cakap atau mengumpat.
Khas untuk pesakit-pesakit yang buat-buat sakit nak M.C, banyak cakap atau mengumpat.
*
*
*
*
*
*
Bidang yang diceburi kini>>>
Menghampiri kerjaya penyelidik, bidang genetik.
Jauh berbeda dengan cita-cita ketika umur 5 tahun.
Macam siling dengan lantai.
Hak hak hak
Macam siling dengan lantai.
Hak hak hak
Setiap insan di muka bumi ini mendambakan sebuah cita-cita, bukan hanya cinta-cinta. Ada yang nak jadi suami Fasha Sandha, ada yang nak jadi P.A Lisa Surihani, tak kurang juga kakak ipar Remy. Persoalannya, apakah cita-cita anda??? Sila bezakan antara cita-cita dan angan-angan.
Doktor, guru, hakim, arkitek, imam muda, bini muda, imuda, ustazah pilihan, isteri pilihan, masterchef, peguam, akauntan, perdana menteri, isteri menteri, editor Mangga, model playboy, pelakon, pereka fesyen, bla bla bla...
Merancang sedari awal hingga nafas terakhir, USAHA dan DOA. Sama ada dapat atau tidak? Jangan kerana dikesali, leher dicekik tali (jangan buat-buat bodoh, tak sengaja terbunuh diri).
Allah maha bijaksana. Ketentuan Allah adalah yang terbaik. Pesanan bersama.
"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (An-Nisa : 19)
Sehebat mana pun, semua profesion yang disebut diatas akan merentasi jalan yang sama. Tidak berTOUCH n GO, mahupun berSMARTAG melalui palang automatik. Hanya menuju ke destinasi yang sama, kematian. Tersiratnya, kita ada cita-cita yang jauh lebih besar.
"Razik, ang ni sibuk-sibuk buat story telling pasal cita-cita dunia, cita-cita akhirat ang macam mana??" Tepuk Aida, tanya Aiman (Aida & Aiman adik beradik, jadi boleh tepuk-tepuk).
p/s: Jangan biar otak anak anda dipengaruhi secara maksimum (sampai tahap langgar divider highway) oleh watak-watak kartun, animasi dan seangkatannya. Kesan jangka masa pendek, terencat. (^_^)
46 comments:
apa kejadah...
amboiii...ruggednya omak dia..hehe~
kak ati dulu cita2 nak sgt
jadi arkitek tapi lani
jadi arkitek dalam rumah sendiri ajo..huhu
hahaha..mmg sawit je la..
kak ati : hehe.. orang melaka memang cakap camtu kak. tapi hati baik :)
ok la. tu kak, dapat juga jadi arkitek.. hehe.. la ni, boleh ajar anak-anak akak bina bangunan
bLu3iSHh: haha, semstinya hani :))
Sallam,
Serious, akak dulu dari kecik memang tak
pernah ada cita2, sampai sekarang pun masih belum ada cita2 haha.
Comeilah Diha tu, cute...
cita-cita aku dulu,,memang lain sangat dari sekarang..sekarang aku tak de cita-cita..tp kena buat benda tu,,sebab aku yang pilih..hihi..;)
mmg bes...kalau kte nek kete reverse ke lampau...aha... :)
anda di bangi rupenye.. dekat la kite..
Lipislady : salam kak :)
hehe, saya ada, tapi berubah0ubah kak. hehe. satu hari nanti Allah tunjukkan yang terbaik.. Janji usaha kak :)
comel ke kak? buah hati saya tuh. :)
amin : terima kasih lagi bro. luahan hati yang tak seberapa.. hehe.. penah terfikir.. macam doraemon :)
pondok usang:hehe.. yer. anda di mana bro? bangi juga? bley pekena teh sama.. jom sekali en amin.
saya dijemput datang..
maka saya mngadirkan diri oyeh!! :D
nice blog
ps: pop up dan hilangakn words verification lagi best ^^
abu: hehe. thnx bro sbb lawat blog amatur ni.. ok.nak try buat. thnx suggestion bro.. hehe
hai cik abag.. terkenang kisah2 lalu ey..
tapi part yg best bila abg hang jadi raksasa dan hang bertukar jadi maskman. hahha. cannot go~
haha.. tu la bro.. hehe.. x boleh bla masa tuh. bila ingt duk gelak sorang :)
kate nak reverse tapi nape start ngan umor 5 tahun...haha
mak ko mmg pure melaka..aku dah penah kene ngan mak ko dulu... T_T
cita2 aku............entahla...rasa cam nak balik zaman dak ribena je..xmo dewasa..huhu
bila baca cerita ni teringat balik dlu2...^_^
zizi: reverse ke umur 5 tahun.. start dari 5 tahun sbab nak balik alam realiti semula:) kang sangkut dalam alam 5 tahun tak balik-balik, maskman selama-lamnya, hehe.. org melaka, memang camtu. hati baik :) tu lah,aku pun sama. sbb tak boleh, aku berangan je la..
Han: hehe.. kan kan ?? excited sgt mase tuh :)
dulu nak jadik arkitek but sekarang ambil kos accounting.. jauh kan??
wish me good luck nak jadik akauntan..=)
owh... saye rase seperti disuntik motivasi :-)
reenaple: hehe.. jauh jugak la.. :) inshaAllah.. terbaik reena :)
bro azat: hehe. mari suntik banyak-banyak. kompem botox tak laku.. hehe
to be true, saya takda impian =___="
cita2 sentiasa berubah2 tapi impian saya nak hidup bahagia walaupun kaya atau sederhana tahap hidup
moga tercapai
shukri: (^_^) impian menjadi penulis buku PTS ?
hans:hehe. setuju hans. manusia sentiasa berubah. moga tercapai :)
hai....
first time datang sini...!
cozy jugak!
hai uncle gedek.
tq lawat blog amatur yang x seberapa ni.. seronok tgk blog uncle.
Sesuatu yang kita harapkan xsemestinya akan tercapai.
Same goes to me. Dulu suka sangat bercita-cita.Tapi,
At last,redha dengan ketentuanNya sebab outcome xsprti yg diharapkan.
Allah Maha Kuasa. Dia tahu dimana lebih @kurang kita:)
So sekarang, i just grab anything good comes to me:)
diha comey..rambut ikat ciput gitew, baju polkadot..hehe..
haha.. dulu biotech, biomedic kita kecik kecik tak penah dgr.. maknenye kita la peneroka bidang2 baru.. syabas razik :)
kukumalu: yup.. betul cik kuku.
Cita-cita itu juga berubah. Lepas kita berusaha, kita perlu redha atas ketentuan-Nya. jangan nak nyesal2 :)
aimi chan: haha.. pok cu die ikat kan rambut tuh.. hehe. :)
yup peneroka bidang baru.. untuk kemajuan sesama.. hehe
hahah,,,time tgk kartun tuh,,mesti berebut kan,,nak pilih warna apa,,hahahah,,nostalgia,,
dolu2 nk jd geng powerpuffgirl je..otromen ke..power rangers ke...xlyan sgt...eheh:p
yen: aah, yen. smpai gaduh nangis-nangis ni. bertumbuk bagai.. haha. selalu yg femes merah.
eyqa:hehe.. feminin kan.. hehe sailor man?
hahaha.....jalan cerita menarik...
suka suka suka
Love tis post :)
NEPH: hehe.. terima kasih kawan.. :)
Pesona algebra: tq sis :) jmpu lwt lg
Saya pasti dtg, huhu
Kisah yang agak menarik.Tahniah.Raz berjaya buat saya baca entri ini sampai habis tanpa skip setiap patah perkataan.Keep it up! :)
cita2 berubah2 kan? =)
comelnye diha!
dill.
comel.. anak buah... aha cita2 ikut zaman kanak,remaja, bila dah masuk uni baru de cita2 sebenar... apa2 pun..like this entry.. =)
misi melawat follower blog wen. Thanks ya...
hehe.. p[asal cita2 ni... best entry aku penah nak jadik doleymon haha
cmane nk kwen ngn sawit?
huhuhuuuU~
Pesona: thnx pesona :) jmput yek.. salam aidil adha :)
Miss Dolce and Gabbana: Terima kasih miss dolce. ENtri biasa2 je cik dolce :) terima ksih sekali lagi.. blog anda juga menarik. jmput lwt lg :)
Sha my heart: ye, sha my heart.. hehe :)
eira: hehe. stuju aha. tp setting cita2 tu kena ada :)
wen: sama2 :) hehe.. pnah x nak jadi sizuka?? hehe
dill : hehe, mcm uncle dia ke ??? hehe. thnx dill
ahsfantasy: hehe.. hybrid kot :)))
aku suka maskmen kaler pink.. cita-cita nak jadi pilot tapi tak dapat. aku gayat..
tapak kaki: haha, feminin ko.. xpe bro.. maesti ada lagi baik tgu ko :)
hehe.... terkenang cita2 zaman kecik dulu...
Masa tadika mmg nak jadi cikgu, pastu kadang2 nak jadi peramugara, juruterbang, penyanyi...mcam2 lagi lah hehehehe
kasihan diha yang xmengerti apa2 telah diceramahkan. kikiki.
p/s: mekaceh sudi singgah blog yang xseberapa tu. :)
Suka entry nih..
Betol, perancangan Allah tu indah dan terbaik..
Have faith in Him, insyaAllah =)
Post a Comment