Jam tangan analogku menunjukkan angka 12.00. Disertai dua huruf di belakangnya p.m. Barangkali p.m itu ringkasan frasa 'pergi makan', bukan 'pergi mati'. "Lapar!!" hatiku meronta-ronta. Perut pula meroyan.
Persoalannya, mahu melantak mana?
10 minit berlalu. Aku dan kawanku bercadang mahu pekena Nasi Goreng Ayam di 'padang' (area Serdang). Tak tahu apa faktor penggunaan istilah 'padang'. Tak ada pulak tiang gol mahupun track lumba lari. Yang ada hanya lambakan kedai makan.
Kaki melangkah deras. Langkahku persis seorang YB. Diiringi anak kucing yang cuba bermanja-manja. Geli-geli. "Ada yang kena terajang ni kang.. " Bukan tak suka, tapi geli.
Lagi beberapa tapak, sampailah ke kedai makan. Sedang asyik melangkah, mataku tertumpu ke arah seorang wanita. Nak kata amoi bukan. Nak kata India pun bukan. Peranakan mungkin.
Gelagatnya kuperhatikan. Sehingga ke satu adegan, barangkali klimaks agaknya. Jari telunjuknya di masukkan ke lubang hidungnya. Ditonyoh-tonyoh sekuat mungkin, feel katanya. Ada emaskah?? Atau... tak cukup besar lubang hidung. Dikeluarkan jarinya, kemudian digentel sesuatu dan dijentik. Bertuah siapa yang kena jentikan itu. Awet muda. Sengal.
**********
Bila duduk-duduk teringat wanita (si pengorek bertauliah), satu perkataan saja yang keluar dari bibir seksiku 'kebersihan'. Bukan bermaksud aku tak pernah menceburi 'kerjaya' wanita tadi. Tapi kena pandai-pandailah. hak hak hak
Kebersihan adalah aspek penting dalam diri. Terutamanya kebersihan tubuh badan (dari kepala hingga ke kaki). Bagi aku, ada beberapa bahagian utama pada keseluruhan tubuh yang perlu dijaga
**********
Apakah bahagian utama itu????
a) Mulut dan gigi
Bagi aku part ni sangat penting. Sebabnya nak cakap kena pakai mulut. Mult kena wangi, baru confident.
Boleh bayang kalau mulut bau longkang, pergi interview. Confirm interviewer semput tak cukup oksigen.
Boleh bayang kalau mulut bau longkang, nak luah isi hati kat awek. Kena reject spontan. Sebab utama "mulut awak bau longkang. Bukan taste saya" kata cik awek.
Janganlah kalian nak terpengaruh 100% dengan iklan colgate, bunuh 99% bakteria dalam mulut. Jangan sebab itu, bila dah lambat bangun nak pergi kerja, kalian tak gosok gigi guna berus. Tapi sapu colgate kat gigi guna jari sahaja. Memadai katanya. Awas.
Yang penting gosok gigi kena istiqamah. Makan pun kena jaga (kurangkan yang manis-manis ni). Jangan duduk layan Upin Ipin sambil melantak aiskrim Baskin Robbin 24 jam. Gigi rosak, pokai pun pokai.
Teringat orang tua-tua dulu cakap. Kalau teh atau kopi yang dibuat manis (khususnya untuk bakal suami), maknanya cik awek yang buat ni manis. Hakikatnya, cik awek ni bakal meningkatkan risiko 'kencing manis' buat bakal suaminya. hak hak hak
'Kameha-meha' guna mulut. Terpelanting pencuri.
b) Badan
Part ni tak kurang penting. Lebih-lebih lagi bau badan. Kalau sikit-sakit tak apa. Masalahnya 'banyak-banyak' baunya. Mengancam jiwa. Boleh tertekan emosi.
Memang ada orang cakap, bau badan ada tarikan. Berkait rapat dengan sejenis hormon, feromon (ubat pengasih semula jadi, tak payah jumpa bomoh).
Misalan, bau badan lelaki perempuan suka.
Bau badan perempuan pula laki suka.
Nyah?? (kesian nyah-nyah kat luar.. orang lain confuse nak suka bau badan diorang)
Tapi, agak-agaklah kalau sebab itu kalian tak nak mandi seminggu. Nak keluar feromon punya pasal, orang lain 'menyesal'. Yang penting mandi bukan mandi wajib kena konsisten.
Apapun, zaman sekarang semakin maju. Deodorant pun dah makin canggih. Ada macam lilin, ada yang sembur-sembur macam shieldtox dan ada hujungnya berbentuk bola-bola, boleh pusing-pusing. Minyak wangi pun usah cakap. Sila jangan bagi alasan tak ada duit nak beli. Benda wajib bai.
Tak ada maknanya kalau minyak wangi sembur sebotol TAPI seminggu tak mandi.
c)Kaki
Bagi aku, part ni yang paling mengancam dasyatnya kalau tak jaga. Terutama bila balik kerja, bila balik joging, bila balik main bola, bila balik merentas desa, bila balik dating. Peluh memang tak ingat. Bau lagi tak ingat!
Kalau boleh, stokin yang dah dipakai itu dikhaskan. Jangan main bantai campur stokin pergi kerja dengan stokin joging. Lagi dasyat tak tukar berbulan-bulan. Kalah aroma belacan, durian, petai, jering semua. Ambi pure dah tak berapa pure. Kalau boleh, kerap tukar stokin. Lagi bagus kalau ada jadual khas tukar stokin. Hak hak hak
----------------------------------------------------------
Stokin tidur?? atau stokin joging??
Teringat aku masa sekolah berasrama dulu..
Aku bangga ada dormmate yang aktif bersukan, boleh kira macam Aidil Zaquan. Perempuan semua terpikat dengan mamat ni, ala-ala Zack Zukhairi (Sori bro, saja gua capub nama lu... jangan marah..)
Tapi yang sedihnya, bila balik bersukan tak reti jemur kasut. Terus bawa masuk dorm, sakali dengan stokin-stokin. Bau usah cakaplah, Ambi pure pun tak berapa pure dah.
Nak dijadikan cerita, satu hari lepas dia bersukan dia terus mandi. Alkisahnya, entah macam mana kasut dia boleh 'berjalan' dekat katil aku. Kalau 'berjalan' seorang tak apa, ni sekali dengan 'cik stokin'.
"Gua tak tahan!" separuh menjerit di dalam hati.
Entah macam mana, aku mendapat idea nak sembur minyak wangi dekat kasut dan stokin mamat ni. Buka loker, kelihatan minyak wangi aku dah semakin nazak. Arggh!! Dengan kudrat yang ada aku menuju ke loker mamat ni.
"Wah, stok minyak wangi lu banyak der. Kalah stok minyak wangi Lisa Surihani" tersenyum aku sendirian.
Seperti lembu gila, aku menyembur minyak wangi mamat ni tepat dan jitu ke arah cik 'kasut' dan cik 'stokin' dia. Dah macam foging aku rasa. Puas hati. Tiba-tiba, terdengar bunyi seretan selipar. Naluri aku kuat mengatakan mesti mamat ni dah habis mandi.
"Woi Zik! lu guna perfume gua ek?" sapa mamat ni.
"Aah, aku pakai sikit. Halalkan ek??" anggukku sambil lap-lap muka. Nak cover ni.
"Hehe. No hal la. Pakailah. Aku tau kau dengki. Bau perfume aku tu best sangat kan???"
Aku terdiam seribu bahasa. Kelu. Masa ini aku sedar, aku tak perlu terlalu jujur..... Hak hak hak
**********
Kebersihan merupakan satu perkara asas dalam kehidupan. Hal demikian kerana kebersihan itu dapat membawa keselesaan dan kesejahteran pada persekitaran seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni. Membudayakan amalan kebersihan ini perlu disemai dalam masyarakat bukan sahaja tertakhluk kepada hanya seseorang individu.
Bermula dari kebersihan diri, keluarga seterusnya masyarakat. Pesanan bersama (Aku bukan bersih sangat pun. Tapi tak salahkan kalau kita nak jadi lebih baik??? Aku mengaku pernah buat sestengah perkara-perkara dekat atas. Hak hak)
Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (HR. Tirmidzi)
p/s: Tak guna kalau muka macam Brad Pitt, melaram baju Topman KALAU bau macam belacan (^_^)
94 comments:
good entri..actualy tak kira jantina kerbersihan diri harus dijaga..!100% agree
true bro.. kebersihan harus dijaga!!! hehe
heee..siswi suke entry nie..
xde butang like ea??hehe..
;D
hahha!!!nice entry:)
yup..kebersihan itu penting:)
kebersihan itu kan separuh dari iman
aha...aku pernah gak terbuat cmni...korek-korek ketis...aku paham pe girl tu rase... :)
kebersihan diri perlu dijaga,baru awek tak lari jauh kan?hahaaa
folow sini..499^^
bersih itu ptg ye. :) follw up. ^^
betul2. aku mmg jaga bab2 kebersihan nih sbb tak selesa kalau tgk mnde kotor or tak kemas. :)
sedapnye korek idong,,bru la ada kebebasan bnapas.. =D
tp kan, ada jgk org yg kacak/cantik/encem/gebu/putih.. gigi cantik.. tp jenis mulut bbau la,,,cmane ekkk.
hueh7999 baju tanak cerite ke. sehelai baju bukankah lelaki boleh pakai untuk 2 3 hari .hahk
ya bt0l tu..kbrsihan tu pnting..
bru la sume 0rg selesa,dri sndri p0n btmbah2 lg lah slesa..
n kbrsihan brmula dr diri.. :)
xbyk sikit je. ade something^^
http://bbyuya.blogspot.com/2011/11/cara-drop-shout-paling-berhemah.html
haha part feromon tu memang tak boleh tahan. nyah~
haha :D
hahaaa..kebersihan harus dijaga :)
orang islam digalakkan menjaga kebersihan diri..
sengalnyee !! haihh ! busuk2 !!!
ko mmg sensitip bab bau2 kaki kan...hehe...btw nice entri...aku suka baca blog ko dr baca blog aku tu..BM yg lengkap tapi bersahaja..haha~
p/s: sila letak like button kat entri anda..aku rasa ramai da request tu...hehe..nah aku bg URL die..
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like/#
nice entry.. satu perkongsian yang menarik.. tq..
banci org mulut busuk!
ah mmg setuju dengan entry ni.. ramai orng tak kesah sgt pasal kebersihan diri..
bau badan paling ramai.. mandi tak bersih mengkali..
semua bau2 ni dtng drpd bacteria.. so, marila pakai product antibac..huhu..
kebersihan sangat sangat kena jaga .
betol2...kebersihan mmg sgt2 pntg...ap yg ko ckp kat ats tuh mmg bnda wajib kena jagala..
penah tgk kwn lap kasut guna tgn lpstu tgn yg sama die pgg mafla n btol2kan tdung,sntuh muka smua..tuh pon dah rasa cm haih ape budak nih..kot ye pon guna la tisu lap kasut kotor tuh..so,pandai2la jga kebersihan..nak2 kat tapak tgn tuhla sgala jenis bakteria berkumpul..
part bau mulut plg xleh nk thn
dan betol lah kebersihan itu sgt penting
semuanya betul lah.. hehehe.. nice entri.
marilah kita menjaga bau masing2 :-)
lu macam ni tak? kalau tak...jom la kapel dgn titew! kah kah kah :P
Ahahahaha entry yg benar!
puas saya gelak..haha
yup, kbrsihan itu pnting..sy rsa suma org sedar tp xsmua org nak buat n nak jaga..
mentaliti satu..habit lagi..
sy tak la bersih sgt, tp xla kotor sgt..hoho
tidak kira di bahagian mana,kebersihan tetap perlu di jaga..^^
Salam BW..
wah..nice..
errk pengotor giler korek idong depan public..huhu
menjaga kebersihan itu tanggungjawab lelaki dan perempuan...
santai sungguh entri ni.. nice la... apapun, utamakan kebersihan...
cleanliness is godliness :)
suka tulisan anda. keep writing.
baek punye korek..hihi
btol..kbersihan tu penting trutama 1 n 2 tu..sbb nak berinteraksi ngn org 1 n 2 tu main peranan..kaki tu kurang sket sbb slalu pki kasut..
hahahah jgn la kte jadik pengotor..... thnx follow :) folo gak sni....
ketiak kalau tak pakai odorono.. pehh bau hangit..
stokin kalau seminggu 2 tak basuh,, dah bau belacan + ikan sepat masin tak cukup kering...
siap berlendir lumut lagi...
bila sentuh licin2... pehhh pehh..
bau bangkai pun ade... kat mana selalu bau? kat pustakaan skolah..
haha.. gamba monalisa tu xley blah..
salam kenal
=D
haha.. perfume spray kat kasut.. hebat!! haha
panjangnya entri!! errr..tapi bca sampai abes... hehehhe...
kebersihan sebahagian dari iman.. ^^"
baju mahal bau x elok x bley jugak...
hahaha. tergelak baca entri ni. moral of the story, jaga kebersihan diri. kalau tak, orang lain nanti jauhkan diri. hehe.
done following your blog raziq.. =)
yuks....geli, jga kebersihn diri tapi tak perlu tunjuk kat orang tengah bersihkan diri (korek hidung).
good entry bro
nice yang BERSIH ^^
thanks drop n follow my blog..
i do the same to this cute-miut blog ^^
p/s: meal plan imah banyak lagi.. =)
hahaa.. penat gelak bace cerita kasut ;D
slm perkenalan ye!ye setuju!ramai skrg ni tak kira pompuan ke lelaki ke dah tak ksh nak jaga adab2 di dpean org ramai.
geli tgk org kentut tak cover...korek hidung then gentel2 yarkkkkkk!dah makan tak kumur mulut so nampaklah kesan cili terselit kat gigi.
bila jalan sebelah pompuan yg lupa kot pakai deodorant dan bau ketiak dia kalah mat bangla yg makan kari!
cinta siswi: hehe.. inshaAllah akan diusulkan nnti untuk next entry..
yayath: terima kasih yayath. biasa2 shaja. org br blajar.. yup kebersihan itu pnting..
budak penjara: yup. saparuh dari iman :)
amin: ko sgt memahami min.. haha.. apa yang ko rasa?? hehehehe.. mcam aku tak pernah buat ek... pernah, tp bukn kt publik.. ahakzz
woofer form : haha.. awek trus lri 400 m.. haha... tq bro
cik nessa: tq cik nessa.. jmput dtg lg
starziety: hehe.. rase x best kan kalu x bersih.. bukan nak ckp ak ni bersih sgt.. haha.. tp at least selesa..
canteek: best, feel.. haha.. yang tu tak pastilah.. tp kena jaga gak pemakanan kita. kadang mempengaruih.. susah sgt letak ambi pure dalam mulut.. haha
el janna; tak semua laki boleh pakai bju yang sama ulang kali.. hehe.. chewaahh. nice entry psl shoutmix tuh
lai qmaa: hehe.. stuju.. mesti mula dalam diri.. kalau tak mcam mana nak ke prngkat lebih besar..
NZ Diaz: hehe.. tak ley tahan kan yang itu.. anyway thnx lwt lg blog sy..
adilla qaryssa: ye. stuju.. kebersihan di tuntut dalam islam.. bukan luran shaja, tapi tremasuk dalaman..
Naurah nawwarah: haha.. tk boleh bla yek.. kikih
azizi: eh, zi. blog ang pun best gak.. aku ni amatur je lagi. bnyk bnda kena blajar ngan hang ni.. hehe.. apepun tq bro.. yang tu akan disuslkan next entry.
haida hida: thnx hida.. sharing is caring :)
cik tikah : jgn menci.. bg diorang gula2 hacks!! hehe
abu: haha.. jom guna antibac!!!! kihkih.. abu, sponsor boleh??
azza firza: ye stuju azza.
alexa yussida: huhu.. kasut die busuk tak??? haha.. btul, kdg kita tak nmpk bnda remeh camni..
titisan hujan: haha.. power tu bro..tang mulut punyer bau.
Faain talip roy: tq faain :0 hehe
azat: jom jaga bau masing2 bro.. thnx lawat.. sori sakng jrg-jrg chat..
prasetyo: tq prasetyo..
eyka:hahaha..seskali la macam tuh.. haha.. jadi sesekali lah kapel?? haha
tea: hehe.. benar ?? hikhik
akue achik: pecah perut ke cik?? hehe.. saya pun camtuy.. moderate, tak bersih sgt, tak kotor sgt... hehe
kim heerul: yup, stuju!! :)
biar hati berbicara: salam.. thnx. touching ni ..
schaze zain : hehe.. tu la, tak boleh blar.. mngkin tak thn sgt kot..
khairin: yup, tanggugjawab semua..
shera: sanatai2.. tak nak tensen2.. hehe.. tq yer..
penconteng: terima kasih. say biasa2 sahaja.. inshaAllah, sy akan tngkatkan.. thnx lwt blog..
shahczudin: hehe... btul gak.. cume bila bukak kasut tukan..... hehhe
Diyana norman: hehe.. motif tu dicari... thnx jugak follow.
zulfikar hazri: hehe.. ingat sgt zaman tuh.. nak2 kalau sekolah pagi, pagi ada PJK. then pastu masuk libarary. bau tak hengat :))
kokser kokdam: hehe.. gambar tu tak boleh blah kan.. haha. salam kenal bro..
aimi: ak tak tahan sgt aimi.. tmbah pulak muka dia selamba. cam tak de pape yg berlaku.. haha
senyum soya: hehe.. terpanjang.. excited katakan.. hehe, thnx sudi bc kawan se UPM..yup, tak guna baju best2 tp bau hampeh..
rozeeta rashid: hehe. thnx.. gmbira anda happy.. yup, kebersihan sgt pnting
meisnani: tq mesnani :)
bobiedanbad: tq.. biasa2 jer.. tu la, nak korek pun pi tempat lain. bukan publik maa..
imah: hehe. tq imah :)
salam dik,
adoi glak sorang2 akak bc n3 ni. pringatn buat org yg malas jg kbsihn neh!
akk t dpt folo...t.jumpa kotak follower...mungkin mslh brokben. esok akk folo ;D
khalila: hehe... release tensen.. hikhik
aleasara: hehe.. tu lah.. kena cover la bnda2 camni kan.. hehe.. jangan tak cover plakkan..
so shy lady:salam kak.. hehe..jgan gelak kuat sgt kak. nant org kat sebelah marah.. hehe.. its ok kak.. segan sy.. blog sy biasa2 jer.. anyway tq kak.
penah dlm lrt nmpk tiak pmpn, bulu pnyo pnjg, bau? tepakse tahan napas....woooo
salam razak.hahaha memang kelako. er sorry lah br terbaca comment awk. Salam belated aidiladha ya.
haha~~ kadang2 terlupa jugak nak sapu deodorant sbb terkocoh2 nk gi keje.. tapi mmg selalu standby perfume n deodrant dlm beg... senang ble emmergency kann.. =)
pasal korek hidung kat tempat awam tu
kadang tak sedar, bro
tak sengaja
tapi stokin, aku memang tukar tiap hari
btol tu dlm apa pn keadaan kebersihan harus no 1..eii kalau bau stokin busuk memang tak laluuu.
Betulll kebersian tu sgt ptg...
Salam kenal tuan rumah.
Bab makan yg murah kat Bangi - warung Azura, Sect 16 (Fasa 1-stentang Shell) Kdg² ayam seketul singgit ja. Kdg² aarr :D
Bab kebersihan plak, ada satu jiran ni b4 dia kawin, sotong kering dgn stokin dia pakai 1 minggu straight. Then buang trus. Beli set baru. Sampai la dia kawin, bini dia uruskan "kebersihan" dia..hehehe...macam² org ada !
pergh..serabainya korek idung dpn public!klu ye pun x tahan ok la silakn korek.tp yg part main jentik2 tu aku da loya skrg ni. +_+
betol2 laki lau pengotor abes la sumer popuan rijek.hehe
alahai...feel betul dia korek ek...
tak jadi pakwe nak ngurat...hahahaha
tpi kebersihan ni kena apply tak kira lelaki ke pompuan kan...takut org tak selesa dgn kita lak...huhu
salam kenal :)
memang top priority aku kebersihan mulut. aku akan kurang konfiden klu mulut brbau
betul tu..
kebersihan melambangkan akhlak..
btw, punyala x malunya gadis tu mengorek hidung kat temat awam..wahahaha
cantik pon leh potong stim la..
hehehe.. setuju!
jaga kebersihan....
salam kenal :)
Good info. kebersihan mmg paling utama. bukan diri saja tp rumah dan sekeliling kita. :D
nak mutah part korek idung tue...
jg kebersihan badan x der rugi pon kan
kelesss~
nak tegur.. kalau kucing gesel2 kaki jgn sepak tau.. sebab kucing tu syg kamu. Kucing takkan gesel kat semua kaki yg dia nampak tau..
Bab entri 'BERSIH' ni.. lelaki yg isap rokok adalah di nasihatkan rajin gosok gigi, sediakan penyegar mulut tak kira dlm bentuk cecair atau gula2.. & rajin pakai dedoran je sebabnya kalau malas buat semua di atas.. ketahuilah.. org lagi rela bau jamban (jamban yg dah di perfumekan ler) dari bau segala anggota badan korang
setuju...mcm gua nih kojo frontline...kojo jumpo customer..kalo bau busuk sure customer lari wor...
haha kawan2 i kat sini time winter sume bahan tak mandi seminggu! =.=''
bersih itu WAJIB!
:D
hahahaha kameha me ha guna mulut! kelakauuuu
daripa kebersihan kita dpt tgk ciri2 seseorang tersebut...nice netry...wlpon penat den mmbaca nye....huuu
the best laaa . hehehe . . :)
the best laaa . hehehe . . :)
kak ati bujang dulu paling
anti lelaki yang pakai perfume
sampai bau bukan main tengit sekali
maknanya...bau badan dia kuat sekali
dan yang bela kuku panjang..
aduhai...harus kena reject..ekekeh
hahaha tak berhagak korek hidung tengah ramai. cis pompuan
like gila entry ni! :D
entry kau buat aku gelak kuat kuat
pasal kaki kawan aku
ada ke dia bukak kasut dalam bilik belajar yang ada aircond.
oh Tuhan sahaja yang maha mengtahui hati aku masa tu
indeed true. kkdang ad yg x prasan sdri brbau. org sblah #pengsan
masa belajar dulu, selalu gak la aku lepak makan kat Padang Sri Serdang tu. murah dan sedap. kau student UPM ke?
*kau nak tahu, aku pernah sebilik dengan aweks cun ni. mmg ramai gila la minat sebab mcm model. tapi kebersihan dia zero! huhu
sempoi bro entry mantap,bila nak update baru ni?agak lama tgk tak update?hee...memang kebersihan tu kena jaga,sebahagian dari iman tu...^^
:))
baikla huhuhu
terpegun melihat komen bertimbun
terus xde idea nk komen wakaka
org Yahudi pengotor ye?
paris lipton: hehe.. masa tu ada bawak gunting tak?? kalau bawa, bagi pinjam kat dia. hehe
Yong jiao Xue: saya razik :) hehe.. anyway thanks lawat blog saya.. maaf sy pun lmbt reply komen awak.. nnt rajin2 lawat blog sy.
azmie: hehe.. btul der, aku pun pernah macam tu.. kadang2 terlupa, nak cepat sangat.. mungkin juga kena letak deodorant dalam kereta atau depan pintu rumah.. hehe
tehr: hehe.. tu lah, kadang2 tak sengaja.. hehe.. yang stokin tu memang wajib lah tukar.. hehe..
azeanthi paiman: hehe.. thanx azianti.. but, im still an amateur.. banyak lagi yang saya kena belajar dalam penulisan blog... anyway thanx for your support :)
アヌムちゃん: hehe.. meman tak lalu.. rasa mual.. hehe.. kena selalu tukar dan basuh..
Hanis MY; yup, kebersihan selalu kena dijaga.. jangan diabai :))
eszek: hehe.. pernah makan diazura.. best la.. murah pun murah.. price die ok lah.. hehe.. wah itu orang pun ada.. kaya lah dia.. tiap-tiap minnggu kluar duit beli stokin.. mcam2 ada :)
abg stalker: hehe.. tu la pasal der.. aku terus xde mood nak makan masa tuh.. bila nak makn je terfikir perempuan tu korek hidung.. haha
atiqa aris: hehe.. btul.. permpuan pun sama.. hehe
mamanoriz: yup, betul.. semua org kena apply.. hehe.. kalau tak, saling rijek merijek la.. hehe.. salam kenal kak.. tq
saiazuan: hehe, btul bro.. itu prioriti. kalau tidak, memangla aku cakap guna penutup mulut yang ala-ala musim jerbu tuh.. hehe
iz: betul iz.. hehe. jatuh saham dia aku tengok.. kihkih.. yup, agree.. kebersihan melambangkan akhlak :)
siriben merah: yup..hehe. salam kenal :)
asmara: thnx asmara:) hehe.. stuju. setiap aspek kebersihan perlu dijaga :))
☆*♥L@dy @yU♥*☆: hehe.. betul tuh... tak rugi lansung.. banyk benefit ,kat kita :)
the shida: hehe.. kelas kau maria!.. thnx kak shida, sudi lawat blog sy :)
the lekat-lekit story: hehe.. xde la, cakap dalam hati jer.. tapi tak sampai hati nak sepak kucing tuh... hehe... thnx atas teguran..
betul2, saya stuju.. smua bnda tu kena jaga.. lebih rela bau klorox. hehe
papa mifz: haha.. tu la der.. kena jaga.. angan sebab bau, custom er lari.. haha
tiara fazlin: hehe.. kena try mandi juga kot.. haha.. tapi mungkin juga sejuk, jadi kurang peluh. maka kurang bau.. hehe
asrul ilham: hehe.. yup wajib :)
paani: kihkih..analogi je tau.. kalu nak try buat, try la :)
penyisir rambut: hehe.. terima kasih.. terharu ni.. kredit untuk anda..
ladylalaulala: terima kasih.. jgn puji sgt sy segan.. saya masih amatur.. anyway rajin la dtg blog sy..
kak ati: hehe.. maknanya yang pakai perfume smuljadi ek kak ati?? hehe.. say pun pening. awat tak pakai perfume.. kalau x pun deodorant tu pakailah.. hehe..
ezan idma: tu la pasal. tak berhagak.. hehe..
hanih borhan : terima kasih bro.. rajin2 dtg lagi.. hehe
zazaw: haha.. bahaya.. kau jangan gelak kuat2.. nanti ornag sebelah marah.. haha.. bila aircond bercampur bau kasut, serupa macam ambi pure bercampur bau aircond kereta.. hahaha
hara: betul2.. jadi kene tanye org yang rapat2, badan sy berbau tak?? hehe
hanaahmad: hehe.. aku student upm.. kau pun upm ke???
waa.. itu mcam pun ada ke.. hehe..
aiez: hehe.. thenx bro.. hehe.. tu la pasal agak lama.. banyak kekangan masalah bro.. haha.. itu semua alasan,.. kihkih.. inshaallah, entry bru akan menyusul..
adeeya: :)))
iffah afeefah: hehe... thnx sebab komenjugak.. hehe
blog tips kurus: yup, ornag yahudi suka kumpul sampah di halaman rumah.. boleh rujuk: http://imamazhari.blogspot.com/2011/11/membina-rumah-cara-islam.html
http://kisahislami.com/tips-membangun-dan-membina-rumah-yang-islami/
ahahaha memang tak tahan la kotor2 bau busuk ni :P
oyeahhh !! sgt setuju.. gua mmg xtahan sgt dengan bau badan !!! boleh tersentap urat2 saraf gua lalu pening berdenyut-denyut je kepala gua.. selain deodorant ada petua untuk hilangkan bau badan terutama skali bahagian ketiak.. lelaki kan cepat berpeluh.. so boleh la amalkan ni semingu or dua minggu sekali.. ambil limau purut.. belah dua or 4.. then masa mandi tenyeh kat badan terutamanya ketiak.. hilang bau badan tu.. toilet juga berbau harum.. :)
hahahahha.
part kasot tu tak boleh blah. hahahaha
ehh ade ke kasot rupe camtu ea?:p
amierah nabilah: hehe.. jadi kene lah jaga kebersihan.. hehe
ten10: wah.. gua rase gua mau terai la petua lu. hehe.. memang betul.. bau hampeh mnyebabkan kepala gua tersentak yang agak lama.. haha
diannorhayati: haha.. gambaran kasut yang bau cam 'ambi tak pure'
haha mmg ko kelakar tapi entri ko mmg aku agree beb!paling tak tahan mmg bau mulut.dr jauh bercakap dah fening bau.kat cnie aku tak tahan bau badan.kalau aku preggy lagi sensitip.silap haribulan bleh terberanak terus tak tahan bau badan..eiii geli mak!
kebersihan diri mmg kena pandai jaga ianya termasuk dalam rukun iman jugak.huhu..
paling tak leh blah pompuan ayu korek idung..gentel2 pastu lontar..eiii sabojerlah
wan nurul hezrina: hahahahaha.. betul tu kak.. boleh terus masuk ICU.. huhu.. kalahlah bau-bau perfume mahal yang ade.. haha
tu dak tak kira ayu.. haha.. markah untuk ayu tukar jadi negatif.. haha
Kebersihan melambangkan identiti seseorang tu,kan... :)
panjang benor....serius gua ngaku gua baca tak habis sbb kesuntukan masa....gua nak blah dah
azzyati Elias: yup, walaupujn pun bukan keseluruhan, tapi ia benda first yang org akan nilai bila br kenal.. hehe
waqheh:haha.. sedih.. sampai ati lu bc sekerat-sekerat.. haha.. anyway nant pas2 ni gua cuba kecik-kecikkan entry gua der..
haha...bru je baca entry ni,slama ni xpasan...lawak spontan ek...mmg terbaik lah..xnak mandi,nak jimat air katakan tapi lalu tepi awek,mati awek 2...bahaya ni...huhuhu
Post a Comment