Cuaca tenang, damai dan menyegarkan. Burung-burung berkicauan, berterbangan bersama pasangan mencari harta sepencarian. Kucing-kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan mencari picisan ikan-ikan 'buangan', serpihan ayam 'buangan' di kedai-kedai mapley.
Syukur, hari ini aku menjadi seorang yang rajin, berkat tahun baru Hijrah.
Mengemas bilik dan menyusun buku-buku yang ada mengikut genre. Juga membuang surat-surat cinta lama dari secret admire sewaktu tadika dan sekolah rendah. Sedikit sengal. Antara frasa ayat dalam surat cinta terbabit yang mengandungi kesalahan tatabahasa dan ejaan yang ketara seperti "I lap u". Jauh berbeda dengan "I love you". Biasalah, budak-budak. Hak hak
Bila aku nak dapat surat macam ni????
Cehh... Berangan lagi. Siapa nak dekat kau Ajik??
Bukan hanya mengemas, tapi turut menghias bilik. Sesekali terasa macam Eric Leong. Bezanya kepala dia licin, kepala aku berbulu. Lagi satu bezanya Eric suka hias letak-letak lilin. Tapi aku tak, sebab takut bilik terbakar. Kalau nak letak pun, mungkin guna baki lilin kek hari jadi yang ada kat dapur. Hak hak
Cantik juga lilin kek hari jadi ni kalau hias kat bilik... pergh.. romantik.. tak tidur aku dibuatnya
"Tuk tuk tuk" Cik ibu mengetuk pintu bilikku.
"Surprise!!!" Kejutanku buat si ibu, gaya-gaya Eric Leong. (^_^)
"Pedepek!"
'Balingan manja' surat khabar lama dari cik ibu pada jarak dekat. Itu refleks petanda si ibu melatah. Kini , aku sedar aku tidak seperti Eric Leong.
Pesanan buat Eric "Sila jangan datang deko rumah aku".
Eric, kalau you nak datang jugak rumah I untuk rancangan tv you, inform awal-awal.
Tapi datang rumah I, jangan nak buat surprise tak tentu hala yer. Mama I marah.
**********
"Jika teringat tentang dikau.. jauh dimata dekat dihati....."
Bait bait lagu 'Jika' nyanyian duet Melly Goeslow dan Ari Lasso berkumandang di radio kapokku. Ringkas lirik lagunya. Pernah satu ketika sewaktu aku darjah satu, aku bertanya pada cik ibu.
"Mama, chiika itu apa??" Seperti biasa, masih pelat.
Balas cik ibu "Hmm, Ajik tanya 'Jika' ke??". Aku menganggukkan kepala.
"Hehe. Lain kali sebut betul-betul. Jangan ikut sangat loghat mat salleh. Nanti sampai ke besar. Mari mama ajar sebut yer... J. I. K. A. jika.... J. I. K. A. jika.... J. I. K. A. jika......(ulang 50 kali) " Sesi kelas pengulangan ejaan.
"Ok. Ajik dah boleh sebut. J. I. K. A! jika.... J. I. K. A! jika.... J. I. K. A! jika...... Ermm, jika itu apa mama?" Aku memendekkan sesi kelas ejaan.
"Jika itu kalau. Jika itu sama dengan kalau. Sama juga jikalau". Balas mama ringkas. Baru aku mengerti. Terima kasih mama.
Melly tampak manis bertudung.
**********
JIKA itu satu perkataan. Terdiri dari dua suku kata dan terbina dari empat aksara. Sinonimnya adalah KALAU. JIKA ditambah KALAU hasilnya JIKALAU. Walaupun ringkas, tapi boleh membawa pelbagai maksud dan kegunaan samada baik atau buruk. Senang cerita JIKA dan KALAU itu macam kertas A4. Boleh tulis-tulis, boleh lukis kartun, boleh jadi kertas exam, boleh jadi roket, boleh jadi kipas dan boleh jadi sampah.
Contoh-contoh JIKA atau KALAU (JIKALAU) yang famous:
Kalau aku cun macam Neelofa, mesti ramai panggil aku 'acting'.
Jika aku kumbangnya, kau adalah ridsect. silap, kau adalah Bunga Citra Lestari.
Kalau hidung aku mancung macam Hitrik Roshan, maka nak korek senang.
Jika aku Maskman, kawan-kawan tadika yang buli aku, aku belasah.
Kalau tahi lalat atas mulut aku ini bergerak sendiri pindah bawah mulut macam Dato' Siti, mesti ramai datang meminang.
Jika aku Spiderman, kau adalah Tam Spider.
Layan lagu-lagu Spider ni. Vokalis mantap.
**********
Contoh itu mungkin pelik, tapi itulah realitinya yakni manusia suka ber'kalau' dan ber'jika'. Ini termasuk aku yang gemar berangan-angan sehingga terkadang di awang-awangan. Mungkin 'jika' yang dimaksudkan itu serius, mungkin juga 'jika' itu jenaka atau deongengan dan mungkin juga 'jika' itu untuk pengajaran.
Namun penggunaan perkataan JIKA mahupun KALAU adakalanya dibolehkan dan adakalanya dilarang mengikut cara penggunaannya.
JIKA atau KALAU dilarang apabila ia digunakan sehingga menyalahi sesuatu yang ditakdirkan padanya oleh tuhan. Sebagai contoh "Jika aku buat begini, mesti takkan jadi begini". Frasa ayat ringkas ini mampu mengundang kepada sesalan dan kesedihan yang melampau terhadap takdir yang ditentukan-Nya. Malah, turut menyebabkan kita kurang rasa bersyukur.
JIKA mahupun KALAU yang dibolehkan apabila ia membawa pengajaran, kebaikan atau untuk bercita-cita mendapatkan sesuatu yang baik. Contohnya "Kalau Ajik dah besar nanti, bila Ajik dah bekerjaya, Ajik carikan mama menantu yang baik, cun, pandai masak macam Masterchef, boleh jaga mama dengan abah dan yang superb. Mama doakan yer".
Walaupun hanya satu perkataan, tapi JIKA atau KALAU boleh membawa kesan baik dan buruk. Jadi sekiranya usaha yang kita lakukan tidak menjadi, janganlah pernah kita sesali. Malah terima ia sebagai satu ketentuan.
Peringatan bersama buat aku si mudah lupa dan juga sahabat blogger yang lain.
p/s: Jika awak roti jala, maka saya roti Gardenia. (^_^)
86 comments:
haahahha..... tersenyum di pagi hari... :)
kadang2 kita akan guna JIKA,KALAU,KOT untuk menjaga hati seseorang..
contoh: "kalau sy free sy bgthu awk ye"
(tanda nak menolak tp xsampai hati nk menolak)
jika semakin banyak lilitan wayar, maka semakin kuat tenaga magnet dihasilkan....
bak kata ko razik "hidup macam eksperimen, penuh hipotesis"
lilin hari jadi tu takde bau terapi! hohoho beli lilin laen yg wangi ye
part Hitrik Roshan yang tak boleh blah tu! hahahaha
jika kau buat post baru, panjangnya pasti berjela-jela. haha
:D
nur sakura; haa,, sy suka tang jika macam tuh... tu untuk kebaikan.. at least takdelah kawan kita merajuk ngan kita.. hehe.. thnx ye komen.
amin: hehe.. jika semakin banyak eric leong, maka smakin banyak SURPRISE!! hehe.. hipotesis min.. hehe.. tq min lawat blog aku.
paani: hehe.. betul jgk kan.. tapi takpelah.. sy xde bajet.. hehe.. thnx sbb komen entri sy.. touching ni.. :)
NZ diaz: hehe.. itulah pasal diaz.. tgn aku ni gatal.. aku suruh dia stop, dia taknak.. nak jugak merentas desa ats keyboard ni.. haha.. patutlah hitrik roshan idung manncung kan?? haha.. anyway thnx sbb slalu dtg lawat.
Salam ziarah dan salam kenal Razik, terima kasih atas lawatan ke blog saya.
Menarik juga membaca tulisan saudara. Kuat imaginasinya dengan kupasan tajuk dengan baik, rasanya sudah boleh cuba menulis novel.. sangat berbakat.
terlalu suka guna word jika -_-"
mampu buat dkna tersenyum...
tapi hati dkna tetap gundah gulana :(
Jika guwa baca entri lu, pasti mengambil masa yang agak lama. Entri panjang gilos. Kah3.
Kalau guwa x tinggalkan komen x sah aa, rugi la sebab guwa dah baca entri sampai habis. Heheh.
Jika = Mun (bahasa Sarawak)..
ajik,tiap kali ak baca mukadimah entri ko,mesti ak gelak sorang...nasib xde org ak gila jer,hehe...
Andai...pun boleh jugak..
tersenyum sorang2 baca entri ni ;p
baca + fikir pastu senyum..muehehehehe
eh, melly tu mmg dah bertudung ke nok?
lupa nak ckp, tengs drop komen n following mine...dtg sini nak follow balik..
nice blog...klaka!!
jika! satu word yang mampu membuatkn penulis blog ni berceloteh panjang :D
salam kenal,
erm, baca n3 slow2 jerk coz nak pahamkan dengan tajuk.... ooo rupanye ada penerangan di bawah.....
seb baik cik ibu x melatah n trus ambil lilin n bakar2 kan... huhu
suruh eric singgh rumah sye sama ye??hehe
jika bila dikacukkan ngan kalau variatinya "jikalau"...
soalan: sekarang masih pelat lagi ker? hikhikhik -.- v
hahaha...eric mai umah kalu mmg fengsan...:p
bilik dah deco..blog plak deco..heheh..gurau jerr..
jikalau; jika dan kalau disambungkan, sedap bunyi ayat.
Nice.hehe serius guwa semak org yg byk sgt pakai kalau.
apakata kita guna jikalau...hihihiih
Jika awak roti gardenia, saya adalah roti massimo...feeling2 western gitu kan..ahahahahaha! Okeh nice blog, nice to read nice to think, once visit, will visit again and again..
Hmm..thanks for visiting me..hik!
hahaha,,senyum sorang2,,eh eh,,jika jika,,kalau semua jika tu betol,,kan best
Hmm... hidup memang selalu kena fikir poditif. jangan terlalu banyak ber'kalau'...
terasa kot. -_-"
selalu gak guna kalau or jika, sbb xconfident ngn diri sndiri. phewww
*salam kenal.
bait2 kata yg menarik! :)
semua tu perkataan yg sering
di gunakan sehariankan..
bayangkan kalau tak guna...
eh..dah guna lah...payah :)
p/s: masih dok dgn mak ke :)
cantik gaya penulisanmu :)
meh la buat deko kat rumah addin :p
kalau ko komen blog aku.. maka aku pon komen kat blog ko =P thankz bro singah blog picisan gua =) nice info ~
Entry ni sangat kelakar la! Hahahah :D
huhu... nice,,, jika yg dibolehkan... apabila mggunakan sebelum mmbuat sesuatu.. jika yg hram dgunkn ialah selepas mmbuat ssuatu... kerna kita umpama xredha dgn qada' dan qadar..=)
kalo awak roti gardenia, maka sy roti canai..err.. hehe
ari ni kite belaja tatabahasa ek..hihi kelaka la this one ;)
haha,nice entri,
btw pena blaja tak pasal laranagan dalam penggunakan perkataan lau yang bermakna kalau?sekadar bertanya :)
jika dan kalau..;)
thanks you for the nice entry.. entry ni buat saya berfikir..
minat lagu melly....ekeke...
terima kasih atas peringatan :))
hehe nice entry
semuanya brkisar jika or kalau
sering dgunakan orang seharian kowt
jika awak roti jala, saya roti john laaa heheh
mohamad:terima kasih cikgu atas komen yang memberansangkan. biasa2 sahaja penulisah saya cikgu.. hehe..inshaallah jika berkesempatan cikgu..
maisaraH; takpe cik mai.. janji guna untuk yg positif :)
adylia Qarissa: hehe.. senyum dekna.. jangan tertekan :))kalau tertekan bc entri sy sebleum ini 'tertekan'.. hehe
miziey: hehe..tu la pasal.. gua dah suruh jari gua berhenti.. tapi die taknak .. ni pun gua dah paksa.. hehe.. anyway thnx bro sbb bc smpi abes.. hehe
AmirFX: wah pasni boleh ajar bhsa srwak bro :)
aiez: hehe.. xpe gelak aiez.. hilang tensen sikit.. hehe.. jgan riso.. xde org kata ang gila :)
dady cool: nice jugak idea tu dady.. terima kasih sbb slalu dtg n support blog ni daddy :)
Faizah shafie: hehe.. seyum kan manis.. tensen pun reda :)
Nafira: nice jugak, bc sambil tersenyum :))
wahida: tak sure lah kak.. tp ade pic die dah pakai.. tq kak.. ala blog kak lagi best.. blog sy ni picisan jer.. hehe
saiazuan: hehe.. tu la zuan.. aku duduk membebel panjang ni.. hehe.. anyway tq der :)
maszmadi: hehe.. etrima kasih.. sori kalau amik masa panjang.. hehe.. tu lah, kalau mak pengang parang masatuh lg la... hehehe
umie nazira: hehe.. bo9leh.. nanti sy pnggil.. nak aksi 'surprise' tak??
alin: wah menarik juga.. hehe.. sakng pleat lagi tapi bila nyanyi je lah.. hehehe :))
et: nak mintak eric dtg ke?? hehe
cikgu Ma;hehe.. aah kan.. kalu deko letak lilin jugak kat blog ok x?? hehe
eLL; nice idea.. btul jugak mnarik :)
naz: hehe.. guwa touching la.. sbb lu komen kat blog pician gua der.. tq der.. btul, guwa pun semak der..
Ct aja: yup!!.. nice idea.. tq Aja :)
Lady Windsor: wah, wester ni.. sy roti jala jer.. hehe.. ok gak tuh.. anyway tq yer dtg blog sy.. free2 dtg lagi :0
iszieylyanziy: betul.. kalau jika angan-angan itu jadi, mesti best :))
insan_marhaen: betul bang.. 'kalau' asyik kalau je.. tapi kalau positif ok..
FariehanIbrahim [LBC]: hehe.. takpa.. saya pun sama.. tyerima kasih sebab support.. :) terharu.
ati masrif: tu lah kak ati.. tiap2 ari dah gune, susah gak kan.. hehe..duduk ngan parents lg kak ati.. ye lah. anak bongsu.. abag2 dah kawan n duduk luar.. hehe
inspektor Saahab: hehe.. biasa-biasa sahaja. terima kasih :) tangh blushing ni..
addin: ok.. addin nak lilin biasa atau lilin kek hari jadi?? hehe
pejuang cinta: wah ko dah create hipotesis ni.. hehe.. sama2.. aku pun blog picisan gak bro..hehe
azzyati elias: hehe.. azzy dah stop gelak belum?? hehe
L: yup bro.. aku setuju.. terima kasih bro
eera shera: hehe.. jom blajar tatabahasa!!.. hehe..
syaiful: tq syaiful. perkataan 'kalau' tu pernahlah.. hehe.. yang lau tu x pernah lgi.. hehe
siti nurul ain: u r welcome.. inshaallah.. semoga kita sama-sama berfikir.. thnx lawat blog sy :)
nurul nadiah: minat ek?? hehe.. saya pun minat.. sama2 melly.. hv a nice day.. inshaallah.
nurkaloi: terima kasih kaloi.. hikhik.. betul.. salalu guna dalam hidup seharian.. hehe.. wah, kelas jugak roti john! hehe thnx kaloi, lawat blog sy :)
terbaek lah ...bagus penulisan nie bro
serius! i hate what if theory. sangat seksa kot nak fikir all about that. what if aku ada duit banyak, dan mula stat berangan. [-__-]
tang lagu melly saya SUKE!!!! :))
boleh jika kita nak ke sana...tapi kalau banyak alasan sesuatu benda pun ndak jadi
nnt sye sruh eric leong buat suprise.. hakhak!
kalau selalu guna bila rasa nyesal or bila nk jaga ati orang...tp cuba seminima mgkn utk xguna selalu sbb mmg xelokkan....entry yg baik...:)
jika saya teh tarik..sapa nak jadi 'o'nya huhuhuhuhhhh
heheheh.... jika jika jika....
jika saya eric msti saya kene botak heheheh
jika awak tak melawat blog saya , tak mungkin saya dtg melawat blog awak yg superb ni :D
comel doe posting kau, keep itu up , relax jea aku layan, takde lah x sabar2 nk klik x
Berusaha!
SUKA SGT BAYANGKAN KALAU....
Salam..
mekasih sudi singgah..kdg2 memang tk boleh nk lari dr guna perkataan 'kalau' ni kan..tapi seboleh2nya nk elakkan..insyallah.
belajar bahasa di sini hihihi.. Best!
dlm loghat perak:
jika disebut mun
Jikalau disebut munkalo hahaha..
jika .. kalau.. wah baru nampak bila dihuraikan cmni.. nice entry la..cci suke.. teruskan menulis cenggini ek ;)
memang entri yg penuh ngan hipotesis..huhu..kipidap..thnks ziarah blog..singgah balas kunjungan
saya pulak biskut meri...
kalau..kalau...erkkk
banyak sgt berkalau2 nih..rasa nk hempok aje...haha
ingat mengingat :D.. teringat lagu melly goeslow.. JIKA :)
Jika, maka..
Hipotesis di terima.heee
Sedar atau tak, kita memang selalu guna kalau ni...
Kalau tu, kalau ni...Semua kalau.
Entri menarek..=)
jika jika jika. guna je that words hidup kita completelah:-) tapi manusia harus bersyukur dgn apa yg ada.peace :-)
kalau lah dpt roti jala di bumi deutshland ni..huhuhu
raz, jika aku tertidur sambil keje nnti, kalau rajin kejutkan aku ek, ngee :-)
susah nak ubah dah .. huhu .. salam kenal :)
jika itu maka,maka itu jika.
INGAT lgi pesan ustazah aku dulu masa aku sekolah rendah..
beliau kata jgn suka sebut KALAU..
nnti benda tu memang tak jadi..
so, klu nk sesuatu, selalu sebut INSYAALLAH...
entry ni tlh mengingatkan aku kembali ke zaman sekolah rendah dulu...terharu plak tetiba..huhhu :)
kalau aku hensem kawin 4 hihihiii
telor power: terima kasih bro.. penulisan picisan je.. hehe :)
niezam: hehe.. saya pun sama.. tp untuk yg bbaik, xde masalah.. lagu dia memang terbaik :)
kancil8349: yup betull.. jika tebanyak 'kalau' juga akan jadi masalah cik kancil.. hehe
miss XVZ: hehe.. suh die buat surprise kat mana?? kat rumah anda ke??
aisyah jahirah: teima kasih aisyah atas komen membina.. betul, kalau nak jaga hati ornag tak ada masalah.. :) jmput dtg lagi yer nanati
sahromnasrudin: hehe.. mereka dan kelurga mereka menjadi O nya.. hehe
norhidana: jika saya eric, mesti sy kena buat surprise!!!
aisyah tahaqif.. wah hipoteis menarik ni.. hehe.. blog sy picsan jer.. hehe
haliqa hanimkum: wah, thnx sangat2.. komenko buat aku tocuhing ni.. blushing skali.. hehe.. anyway thnx for ur support.. jmput2 dtg lg..
munna: suka berangan ek.. hehe.. sy pun sama :)
nyanyisunyi; betul.. untuk benda baik tak apa, tp yg kurang baik, mari kita elakkan
a. samad jafar: hehe.. jom balaja bahasa dan ejaan bro!! kemnbali ke skolah rendah :) hehe
nazirah: hehe.. inshaallah.. terima kasih atas komen membina dan sokongan.. terharu ni... jemput yer dtg lg..
tiramisu fatiema: hehe... hipotesis hidup.. terima kasih atas sokongan tiramisu... akan cuba perbaiki lagi penulisan.. :)
siribenmrah: saya pulak biskut bantal :)
ungu violet: hehe.. hempok jer.. hehe.. hempok dngan bantal..
amranaiman: hehe.. layan jugak ye bro :))
Sha . N; hehe.. stuju.. semua berkalau... bnyak sgt kalau... terima kasih ats komen membina.. jmput dtg lg yer :)
snf: hehe.. guna untuk yg baik.. hehe.. peace :) thnx yer singgah blog ni :)
sitiezahim: hehe.. kena try buat sendiri lah kat sana.. hehe.. lama lgi ke kat sana??
azat: hehe.. ok aku jadi ang punya alarm.. hehehe :)
cik pinaz: hehe.. inshaallah boleh ubah, sikit2 pun xpe.. sama je macam sy.. at least kita try :0
say toeasy: hehe.. hipotesis ringkas ni..
cikgu fik: hehe.. jgan nagis yer cikgu fiq.. free2 nant jom pekana teh secawan kat bangi... betul, ustazah aku pun ade ckapa macam tuh.. :)
bro ahmad: hehe.. bro dah hensem dah.. cute lagi :)
ni org klate ckp, "maen buah kalu",sme bnda leh.tp hakikatnya....
pening hakak dik..pagi2 ari nih baca belog pepanjang cenggini..
memang banyak je org suka berkalau berjika nih..kalau tak, takkan ada kut ayat tuh dlm kamus dewan. jadik manusia pon cubalah praktikkan sebaik mungkin, tuk mengeksperimenkan kata2..
seriuss..
3 words dat im not interested : "jika" , "kalau" , "kowt"
hahahaa, sbb sy fening dgn perkataan tuh, tp sy selalu sebut..
Hahhaha.. So random entry.. But stil nice.. I dun like surprise jugak.. Sbb surprise tu kejutan n sy tidak suke terkejut.. Ayat apa ni? Hahaha~
mummy pun banyak juna jika,kalau andai=)
mcm nie kalaulah dik non tak tulis entry panjang2kan baguih.tak pening kepala den.huhu..kalau kay=)
maknanya, jangan terlalu suka berkalau-kalau.. itu sifat org yg suka berangan..
kena pndai sesuaikan perkataan KALAU tu kena pada tempatnya la.. heheh..
arelan: hehe.. ore klate ke bro?? hehe... yup itu hakikat..
cinta zulaikha: hehe.. kesiannya akak.. smapi duk pening2 nih.. hehe.. apepun touching ni sbb akak bcjugak.. hehe...nnt sy blanja kepsi yer.. hehe.. betul kak, manusia itu suka ber'kalua'.. tapi kalau itu tak semuanya salah.. hehe.. pasni sy try buat entry pendek-pendek ye kak.. inshaallah. jmput dtg lgi yer kak.
shahsyaz: hehe.. betul tuh.. sy pun sama syah :)
liyana zahim: hehe.. terima kasih yana.. atas komen yana.. erk, sy pun x paham.. thnx dtg blog sy..
wan nurul hezrina: hehe.. sma.. slalu guna gak.. hikhik.. hehe.. inshaallah, next entry akan cuba dipendek-pendekkan.. terharu, sbb cik nurul bc jugak.. hehe.. tq yer kak.. :)
solihin zubir: wah.. thnx bro komen entry ni.. terharu ang lawat blog picisan aku ni.. betul2.. kena sesuai pada tempat.. tp selalunya time berangan guna 'KALAU'. haha..
perkataan jika dan kalau... satu perkataan yg cukup membuat kita anga2 jer... tp saya selalu guna... kena ubah lah...
singgah jap...
add u as my list blog....
boleh kerap balas komen.. btw, entry2 di sini sgt best..
suka membaca...
If.. omputih cakap If.. hehe
Breakfast Yummy2..
satu peringatan tegas dari Nabi SAW.
Sempat buang surat-surat secret edmirer tuh...haha
ki3. klako contoh2 jika dan kalo.
'jika/kalau' tu kengkadang boleh buat kita kufur nikmat.. aku selalu pakai perkataan tu buat berkhayal je.hehe
ahahaah gelak bc.. kalau saya tak on9 pagi ni, 2 topik buku sy dh habiskan.. ;p
kalau..teringat someone pernah cakap..asyik berkalau kalau..ikan pon boleh terbang..so jangan nak berkalau kalau sangat lah kan..
salam singgah. :)
betul2.. JIKA & KALAU untuk sesuatu yang menyalahi apa yang ditakdirkan, itu memang salah.
Tapi untuk memberi peringatan atau kesedaran pada diri, tidak mengapa.
memang akan gunalah dua perkataan ni selalu..
p/s : KALAU lagi femes dari JIKA..ehehe...
ye manusia termasuklah diri kite sendiri cukup suka berkata dlm hati...."kalaulah"....."ish kenapalah jadi macam ni.jika tadi aku....."
satu lagi manusia cukup suka berkata "TAPI...","INGATKAN...."
perasan tak guna perkataan kalau ni selalunya nak tutup penyesalan sendiri.
"kalaulah aku tak.... mesti tak jadi begini"
ada bagusnya untuk mengingatkan tak terleka kali kedua.
Post a Comment