Thursday, 22 December 2011

Maya atau nyata?

Awan pagi itu melabuhkan rintik-rintik hujan sepi.

Bangkit seperti biasa, cuma debar hati luar dari biasa. Tanggungjawab kebiasaan di penghujung minggu tertunai, santapan pagi dibeli tunai.

Seperti kebiasaan, gerai Pak Cik Jantan diterjah. Kelihatan sebilangan manusia berbaris didepan gerai. Bermacam lagak, penuh aksi. Masing-masing menanti giliran, menaruh permintaan.

Celoteh mak cik di hadapanku menghibur hati, sambil-sambil menanti. Dari cerita kucing bergaduh, kucing berak bersepah sampailah ke cerita masak-masak. Aku kagum dengan mereka. Mereka bijak mengolah cerita, walaupun tiada kaitan diantara cerita mereka.

"Apa kaitan kucing berak dengan masak-masak?"

Jauh beza kucing dengan masak-masak. Tak ada pun resepi kucing masak lemak petai.


Setelah menanti, tiba giliran aku melontar permintaan buat Pak cik Jantan.

“Pak cik, saya nak nasi lemak lima, satu tambah sotong.” Pintaku buat Pak cik jantan.
Lontong tak ada nak. Dah bertahun pak cik niaga, pak cik tak jual lontong..”

Aku hanya mampu tunduk ke bawah, merenung selipar di kaki.

Tunduk bawah, saya pening.

**********

Syukur, santapan pagi secara jemaah bersama keluarga selesai.

Perut sudah terisi, muka makin berisi. Namun hati masih penuh debar. Teratak Mak cik Maznah destinasi seterusnya. Bukan untuk meminang, bukan juga mengajak anak gadisnya berjimba mahupun berpacaran.

Hanya mahu mengambil ‘seri muka’ darinya. Bukan seri muka dari raut Mak cik Maznah, tetapi kuih Seri  Muka air tangan makcik Maznah.

Pedal minyak ditekan, brek sekali sekala. Lampu merah dilanggar. Erk..

Seri muka ini bakal dijadikan penyeri untuk agenda seterusnya. Agenda apakah?

Menarik juga, kalau Seri Muka jadi hantaran kahwin.

**********

Agenda diteruskan. Saat itu semakin hampir, masih mencari-cari tempatnya. Masih mencari dalam terapung, walau satu kampung.

“Owh, itu dia!” Mata melirik pada kertas bersaiz A4 yang terlekat pada pagar dan dinding.

Kredit buat kak Azie.

Gementar. Adrenalin memuncak, jantung berdenyut luar dari biasa.

Bagaimanakan rasanya ukhwah di alam maya diterjemahkankan pada alam nyata? Apatah lagi tidak pernah bersua.

Sedikit kaku, tambahan usia baru setahun jagung. Seperti biasa, mulut ini berat, bukan dibuat-buat. Satu patah kata, umpama selonggok harta. Diperakui cik ibu dah encik ayah yang melahirkan.

Segan dan silu juara pada carta hati, tatkala mahu bertemu pak cik-pak cik, mak cik- mak cik, abang-abang dan kakak-kakak yang makan garam dahulu di alam maya. Adik-adik rasanya tiada, barangkali aku paling ‘adik’.

*********

Gementar masih membuak. Terasa seperti berjalan tanpa kaki apabila tiba. Sedikit melayang. Kotak putih berisi Seri Muka dibawa terhuyung-hayang.

Kesan huyung-hayang, posisi kuih Seri Muka sedikit senget. Nasib si Seri Muka tidak tercampak melayang dari kotak ke meja pendaftaran. Tambahan sebahagian kecil dipotong awal, atas permintaan cik ibu yang ingin merasa.

Tag namaku. mrazqi88 adalah url saya, bukan nama saya. Nama sebenar saya Razik. 

**********

Hanya sedetik, gementar itu sedikit pulih. Bertukar pada gembira seceria bayi mendapat susu ibu, pemadam duka dan lara.

Bertemu dengan Dato’ yang ceria dan ramah. Tidak henti-henti memperkenalkan isterinya pada tetamu bukti Dato’ sangat menyayangi isterinya. Romantik. Mungkin boleh kongsi petua.

YBhg. Dato' Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed (Perancang utama perjumpaan). Kredit buat kak Ayu.

Begitu juga dengan abang-abang dan kakak-kakak yang ceria ke tahap maksima. Sudi berkongsi dan bertukar cerita, sambil-sambil mulut tidak berhenti mengunyah. Mana taknya, pulut dikanan, spaghetti ditengah, rendang di kiri. Tak cukup tangan, tak cukup perut.  


Mana mahu isi? Tapau jawabnya. 

Terima kasih buat Dato’, abang dan kakak (Kak cik Seroja, Kak Azie dan lain-lain) yang bertungkus lumus sampai tertumus memerah keringat merai majlis. Moga pertemuan ini diberkati, juga tidak bertitik noktah.

Maaf terpaksa pulang awal. Hadir ke majlis raja sehari bekas teman sepersekolahan, bukan teman sepercintaan. Moga aura raja sehari itu berpindah sepantas kilat ke dalam diri kecil ini. Hak hak

Nota kecil: Maaf lambat kemaskini. Urusan di Paka selama 3 hari. Mungkin sudah basi, tapi kenangan ini masih terisi.

*********

Pertemuan itu adalah suatu yang indah, nikmat darinya bukan untuk diendah.Pertemuan itu satu permulaan bagi satu ukhwah, umpama bayi yang baru bertatih mencari susu Dutch Lady

Pertemuan juga tidak bisa kenal jurang perbezaan. Tidak kisah siapa anda, Lim Chong Wei, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Imam muda Asyraf, Ustaz Don mahupun Tun Mahathir.

Kita manusia yang sama, berpaksi pada bumi yang sama.

Perkongsian bersama buat diriku yang seringkali alpa dan pelupa, juga buat teman blogger.

Ukhwah itu cantik, tidak bertitik. 
Sambutlah ia dengan salam mesra.

Kredit buat iluvislam

"Salam bermesra, ukhwah bertaut".

p/s: Gua tidak sabar menanti pertemuan rahsia khas buat kaum adam (Dato', Uncle Gedek, Pak Cik Li, Bujal, Daddy Ziyyad) di kedai-kedai mapley. Boleh gua minta tip membina keluarga bahagia, menjadi suami romantik, suami yang soleh tanpa kayu tiga. Paling penting teknik mengorat si bunga pingitan. Gua tak pandai bab-bab ini. Sekian. (^_^)



55 comments:

Cikgu Ma said...

pemilik blog luah fikiran....hmmm, bestnya dapat jumpa blogger2 ni...

Unknown said...

Kadang2 bertemu nyata rasa sedikit kekok. Tapi dalam alam maya rasa biasa je.

Bagus entri anda! Tahniah!

v(^_^)v

Domu-kon said...

syoknya dapat jumpa blogger2..boleh knal dngn lebih dkat lagi..

محمد أمين بن أريس said...

waaa...razik ko g pertemuan para blogger...cmner ko ley dapat jmputan tersebut????

محمد رازيق said...

Cikgu Ma: alhamdulillah, best.. dapat sharing2.

Aziani Zolman: terima kasih kak. yup saya setuju, mula2 kekok, lama2 ok..

Domu kon:yerp cik Domu.. kalau ada jer, boleh join nanti.

amin: aah min.. ingat nak ajak ko, tapi rase ko jauh.. hehe.. terjumpa invitation diorg dekat blog diorg min.. len kali kalau ade aku roger ko. inshaallah.

cik ciput said...

wah, seronoknya!penah pegi sekali je perjumpaan blogger, tu pun utk blogger utara je..hehe

Ati Masrif said...

kak ati pun tak sempat wat n3
pasal gathering hari tu..
balik saje jemput MIL then 3 hari
dia ada dirmh mana boleh bloggingkan
so cite tu dah basi kot..nanti nk
upload pic ni FB je..kalau ada FB add
kak ati ok..

gembira dpt jumpa razik..insyaallah
tgk gaya boleh jadi hubby n papa mithali ^______~

AmirFX said...

Best jer dapat jumpa blogger nie.. Tak buat kat Kuching ker?:D

MalizaMah said...

waaaa... great sih...
jumpa blogger...

bila lah nk berjumpa2 blogger ni yerk..

Hana said...

suka la susunan ayat entry nie.:) macam diri sendri plak berada kat tempat tu.. mesti best jumpa blogger

PCL said...

salam Razik, bagus entri anda...anak muda mcm tulah...fresh bergeliga !, gambar anda dalam entri terbaru pcl....Thnks juga jd peneman borak di alam nyata tempohari...nak berguru kena cari yg betul2 hebat..kita semua sama saja....yg lebih cuma usia..sampai jmp lg di 'pertemuan rahsia' insyaAllah, yg pasti bukan di bilik puaka Dato'...hehe.

Unknown said...

SALAM,
KEHADIRAN RAZIK CUKUP ISTEMEWA ... MENGAPA? NANTI LF CERITA BILA BERJUMPA ! ANAK MUDA YG PENUH BUDI BAHASA DAN PANDAI MEMBAWA DIRI ... TAPI DUKACITA TAK DAPAT BERBUAL LAMA HARI ITU ! KUIH YG DIBAWA JUGA CUKUP ISTEMWA ... LF MEMANG SUKA KUIH INI ....MASIH INGAT, HARI ITU, TIGA KETUL LF MAKAN ! KITA CALLING2 NANTI, RAZIF.

p/s. Jemputan khas utk Razif ke majlis mengaji Aqidah di Musollah Ehsan pada Sabtu 24 dis ini jam 9.30 pagi hingga 11 pagi... Ustaz Sofwan, tuan gurunya.

sitiezahim said...

salam..seronok juga berblogging ni kan..mengenal orang..menambah kawan..lagi2 macam saya yg jauh ni, teman2 bloger memang menghibur hati..:)

Kakcik Seroja said...

Hmmmm.... Baru pertama kali bersua, kamu sudah terjebak dlm palkatan rahsia, ya? Sampai hati kalian mengetepikan kaum hawa. :(

norhidana said...

seronoknyer dik duk berjumpa kwn2 dr dunia maya ke dunia reality, akak pun blum penah terjumpa atau berjumpa ngn kwn2 alam maya nih..msti seronok dpt berbual sambil bertentang mata

p/s: hehehe gelak2 akak, btl lah yek akak eja nama jawi kamu tuh,,razik tp bile tgk nama di blog akak jd confius heheh

Anonymous said...

best ek dapt join blogger2 lain ..kenal2,kongsi pengalaman,teringin nak join tp jauh..huhu..

Unknown said...

Salam Razif@raziq@razik?

ingat akak?

itulah perasaan akak pertama kali nk bersua muka di alam nyata...rasa seperti percaya dn tidak..berbelah bahagi..segan tak terkata..

tapi..bila dah bersua pertama kali..keduanya jadi sgt best..semua akan kata begitu..insyallah teman di maya dan di alam nyata yg razif temui semuanya ok..betul tak?

p/s wah..ni blogger lelaki ada pertemuan rahsia pulak ni..tk boleh jadi ni...

aiEz said...

assalamualaikum ajik.seronoknya kalau dapat berkumpul sesama blogger,dapat mengeratkan ukhwah yg ada...dari maya ke alam yg nyata,mesti lidah kelu tak terkata saat pertama kali bersua muka kan?hee..bilalah kita dapat bertemu sesama kawan2...

sisdee said...

wah bestnya dpt bersua muka dgn blogger heheheheh..mesti byk yg boleh dikongsi bersama :)

ct kektus said...

seri muka baut hantaran? pon elok jugak. buat bentuk love ke kan. haha :)

bestlah dapat jumpa blogger lain. komfem seronok kan.

Unknown said...

wahh ayat2 yg penuh puitis. eh bestnya dpt pergi pertemuan para blogger :D

dwatyKNY said...

dari alam maya ke reality... mesti seronok..

Puteri Iqa Izyan said...

ohh. dah lama tak join perjumpaan blogger. kalau jumpa depan2 mesti kelu je. huhu :P

penjajah minda said...

hahaha dapat tips nanti jangan lupa share

Unknown said...

aku prnah beberapa kali je jmpa blogger2 ni, tp tak prnah brtukar2 idea sbb prnjumpaan tu mcm prnjumpaan tgk wayang, main golf.. blum ada prjumpaan brtukar pandangan lg.. :)

miloaiskurangmanis said...

tak leh nak imajin - resepi kucing masak lemak petai - duhhh!~

best banget eh jumpa kawan2 blogger...

Sunah Sakura said...

ni bukan blogger calang2 ni...

Sha. N. said...

oooh, tak sangka blogger pun ada gathering.heehe

Cik SHiNJU said...

Wah...ade kuih seri muka...
Ruginya x join gath aritu...
Apekan daya ade program lain hari yg sama...

Balqis Azhar said...

nk jgak..x ajak pun..hehehe..

mamawana said...

Raziq good boy... heee... kueh seri muka tu sedappp...

Woofer Storm said...

bestnya bila dapat berjumpa antara blogger2 ni..

AyiedZudin said...

bro ! bes bace blog ko.. huhu.. madah sastera tuh .. hihi..tabik giler.. aq pon dlu dak sastera, skg da terbabas..hihi..pepun mmg bes kalau jumpe blogger2 lain..teringin nak jumper..tp an sgt malu..hihi :D

Hafimi Huzin said...

pertemuan blogger. ade jumpe kak hanis azla x?hehe

hawiz said...

salam...wahhh.....pertemuan blogger2 la...bestnyer..ade jumpe abg eq?..

ZaroL said...

Try la buat pertemuan blogger kt bintulu sarawak, rmai blogger2 otai n student kt sini. Mesti Syok...mesti best !

Zul fattah said...

aduhai.. aku tak pernah lg jumpa dgan blogger2 lain.. teringin nk jumpa..

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

:)

cikceriacorner said...

salam..seronoknye ada gathering..bertambah kawan..ukhwah pon erat..:)

Anonymous said...

waa menarik. teringin jugak nak pergi gathering blogger. tapi segan. saya hanya blogger setahun jagung ^^

Anonymous said...

untunglaa..
seri muka satu!

Adiweyah said...

Assalamualaikum...best juga jika dpt jemputan...dpt bersua muka...kena dengan kuih seri muka..ha ha ha.....dpt berkenal-kenalan....merapatkan ukhuwwah...

Intanberlian said...

Bukan senang dapat berjumpa bloggers lain sambil bertukar2 buah fikiran. Indah sungguh ukhuwah kan?

entri baru saya:
ADIK RINDUKAN ABAH..

Dr K said...

Salam perkenalan Raziq !!

Maaf kerana masa pertemuan blogger hari tu maybe kita tak berbual..InsyaAllah harapnya lepas ni kita boleh kenal lebih baik...kukuhkan ukhwah..

Nice writting by the way...penuh melankolik bahasa...Hehehe...

Tunggu sahaja next meeting: Bloggers kaum Adam di Mapley...:P

Nina Mads said...

salam..

bestnya dpt jmpa blogger2, bkn snang nk dpt peluang :)

Hanis Azla said...

Salam razik.. minta maaf, lambat sampai ke sini.. masa membataskan kesempatan utk membuat kunjungan.. akak suka cara penulisan razik.. seronok membacanya, lain dari yg lain.. tahniah ye.. seronok dapat berjumpa hari tu.. klu terserempak di luar tegur2lah ye.. kita kan "sekampung" juga.. he..he..

Unknown said...

tak pernah lagi ikut perjumpaan blogger sedemikian :)

MulutPayau said...

seronoknya dapat jumpa rakan2 blogger.....dari alam maya ke alam nyata...

Ujang9897 said...

bkn nk jmpa aku..hee

NAZ said...

bila lah gua dpt jumpa lisa surihani dari maya ke nyata ni haha

si ngokngek said...

wah,untunglah..nnti cukup tips..share-2 sni..

p/s:teringin jumpa hang..haha

Dinas Aldi said...

Salam perkenalan dik, terima kasih sudi ke blog akak :)

Joe_Hans said...

bestkan?? pernah join perjumpaan sekali jer..2 pon aturan Daniel Adie..

محمد رازيق said...

cik ciput: alhamdulillah, seronok.. macam2 gaya ada.. hehe. nanti kalau ada, marilah dtg.

kak ati:hehe.. ye la. kena entertain MIL. saya dah takde fb kak.. dah deactivate.. hehe. sy pun seronok jumpa akak.. cuma saya ni memang tak bnyk ckp sgt..hehe inshaallah, tq atas doa kak.. :)

Amir: seronok bro.. KUching? tak taula.. mungkin kalau ada bajet lebih.. hehe

alieza dayasari: hehe.. betul, seronok.. inshaallah satu masa nanti..

onitsuka hana: terima kasih.. seronok tau.. nanti kalau ade jom la join.

PCL: betul tu cik li..kena cari guru yg betul. kjang salah guru, ajaran sesat nanti dapat.. hehe

Luah fikiran: salam dato'.terima kasih. sy biasa sahaja.. takde yang istimewa.. hehe.boleh je calling2. maaf tak dapat hadir kelas tuh dato'. teringain nak pergi cuma 24&25 sy ade program di PICC..

sitiezahim: seronok siti. dapat tambah kawan.. siti jumpa blogger yang kat sana.. inshaallah ada tuh.

kak cik: hehe.. ala, saya saje2 jer kak cik.. ikut abang2.. hehe :))

norhidana: hehe.. best kak.. nanti kalau ada lagi, mehla join kak. kalu segan bawa famili.. hehe.. tu lah, nama saya konfius ek.. hehe..

tiramisu: yerp, best fatiemah. takpe, ada kesempatan nati, inshaallah.

nyanyisunyi: ingat kak!! hehe.. paggil razik kak.. nama saya razik.. inshaallah kak. seronok jumpa, mcam sy pun frst time... hehe.. tu excited.. semua ok kak kawan maya.. kaum hawa ada tak perjumpaan sulit?? ngeh2.

aiez: hehe.. betulaie.. hehe.. ukwhah pun terbina.. bila nak jumpa sesama kita ni?? hehe

sisdee: alhamdulillah.. banyak juga yang dapat dikongsi sis :)

siti kektus: hehe,, aha bentuk love menarik tuh... seronoklah jumpa.. hehe

nur aischa: terima kasih biasa2 shaja.. seronok :)

dwaty: seronok :)

puteri iqa: woh, dah biasa jumpa before ni ek?? betul, kelu bila jumpa depan2. hehe

penjajah minda: hehe, inshaallah bro :)

saiazuan: wah.. seronok tuh main golf.. hehe.. takpe, nanti free2, jmpa lagi.

miloais: hehe, nak try buat resipi tuh ke? seronok jmpa kawan2 maya.

sunah sakura: blogger biasa2 sahaja.

Sha.N: hehe, ada Sha.N

cik shinju: hehe, inshaallah jumpe next gathering.. hehe

balqis: hehe.. jom lah :) ade Luah fikiran buat announcement kat blog dia.

mamawana: terima kasih kak.. tapau tak kuih tuh?? hehe

woofer storm: hehe, seronok bro.. nanti kalu ada mana2 gathering join je bro.

Ayied Zudin: terima kasih bro. biasa2 sahaj blog aku ni.. aku pun terbabas gak bro.. hahaserupa cam aku amalu gak.. tp kat sana buat biasa jer.. hehe

hafimi: seronok bro, ade jumpa dia.

hawiz: salam, seronok wiz.. abg eq takde.

zarol: inshaallah. nant sy suggestkan kat diorang.

zul fattah: jom bro!. best tuh.. rasa lain bila jumpa nyata.. hehe

pari2: :)

cikceria: yerp, seronok. kwan pun makin ramai.

yayan: sama , kita pun setahun jagung.

hara: nah satu!! hehe

adiweyah: waalaikumusslam, betul tuh.. gembirabila jumpa sesama..

Intan berlian: yerp, setuju cik intan.

Dady ziyyad: salam kenal doc. hehe.. tu la pasal, tak dapat borak pnjang. tambah mulut sy ni memang berat, hehe. terima kasih atas pujian, biasa jer. umur pun separuh jagung dalam blog.. haha, tak sabar meeting tuh.

amanina: salam, yerp amanina, bukan sennag nak dapt peluang.

hanis azla: bese2 jer kak.. bertuah dapat jumpa haritu.. inshaallah, kalu jumpa di area bangi sy akan tegur..

Mohd Izzar: jom bro!

Mulut payau: seronok, dari maya ke nyata. hehe

Ujang: hehe. bukan tak nak jumpa, ko sibuk jer.. hehe

naz: hehe. mungkin itu maya selama-lamanya.

ngokngek: inshaallah aku share nati.. haha, nak jumpa aku>>> akupendiam, nanti kau pun diam.. hehe. inshaallah jumpa satu hari nanti.

Dinas:salam kenal kak. sama2.

farz zull said...

ahaha, kucing dan masak-masak...style, orang2 dulu, ada jer benda yang nak disembang...

kisah pakcik dan lontong,buat tergelak sorang2 ni..;p