Thursday, 8 December 2011

Harimau, cicak dan manusia??

Malam ini sepi. Kesemua penghuni  rumah sudah lelap bertemankan mimpi.

Mungkin ada yang bermimpi indah berkahwin di esok hari mahupun bercuti di esok hari, sedangkan kerja berlambak menanti.  Tak kurang juga mimpi buruk kena kejar  dengan bos sebab mengurat bini bos.

Aku? Masih menaruh harapan agar si mata tutup sementara. Terasa seperti berada dalam bait lagu Kak Eton, ‘Menaruh Harapan’.

Nyawa kaca televisyen dihidupkan sementara, mengubat hati yang lara.

Mengharapkan drama cinta romantis dan puitis. Malangnya, cerita hantu ‘Penanggal’ bermain di kaca televisyen. Dengan segera, plug televisyen tertanggal dek kerana tangan. Padahal, memadai hanya suis ditutup. Cuak.

Rupa hantu 'penanggal'. tahu gigit leher jer.. hak hak

**********

Dengan langkah longlai, kaki dihayun ke dapur. Dahaga. Mahu minum Kopi Janda.

Feel mak cik ni minum kopi janda.... Siap jemput abang-abang.

“Erkk..Itu tipu. Aku lelaki comel, bukan janda”. Hati berkata, bukan aku yang kata. Hak hak.

Mata melilau seketika. Terganggu dengan sepasang kekasih cicak yang sedang bermesra. Barangkali mahu ‘bersetubuh’. Mungkin lebih tepat mengawan. Aku loya.

Aku bagi kamu dua pilihan cicak. Pertama, pergi cabut bila aku sergah yakni pemergian secara terhormat. Kedua, makan penerajang cik getah yang telah disimpul padu persis tocang adik-adik perempuan berusia enam tahun.

Macam tocang bebudak tak?? Lighter sekadar hiasan..

Cicak-cicak itu telah memilih pilihan pertama. Mungkin kerana sergahanku yang penuh budi bahasa, santun dan lemah lembut.  Cawan kit kat berwarna merah putih dicapai untuk memulakan bancuhan air.

Kelihatan, seketul  pepejal hitam putih bersaiz 5 kali lebih besar dari tahi hidung melekat pada pinggir bukaan cawan.

“Cehh, kurang asam. Tahu tadi, aku terajang hangpa dengan getah ala-ala tocang bebudak ni”. Aku bermonolog, sedikit sakit hati.

Mungkin inilah yang dikatakan, harimau pergi meninggalkan belang, cicak pergi meninggalkan taik.

**********

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”

Seringkali aku mendengar pepatah Melayu ini. Dari tinggi aku 100 sentimeter sehingga 175 sentimeter. Boleh kata, aku membesar dengan peribahasa ini. Tidak lekang dari lubuk ingatanku.

Sewaktu berada di darjah empat, Bahasa Melayu adalah subjek paling digemari. Lebih-lebih lagi peribahasa. Mungkin faktor cikgu yang mengajar, yakni Cikgu Anisah. Mana taknya cun, comel, ayu, juga belum kahwin.  Sedikit teruja di kelas. Sudah mula gatal seawal darjah empat. Awas. Hak hak

Pernah satu ketika, cikgu Anisah memanggilku untuk menjawab soalannya dipapan hitam. Soalannya:

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan  ____________.”

Seperti dirasuk hantu Kak Limah, dengan yakin aku mengisi ruang kosong bergaris diatas dengan jawapan ‘RUMAH’. 

Yakin dalam menjawab. Salah belakang cerita. Hak hak

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan  RUMAH.”

Pelik, tapi logik. Mungkin itu daya pemikiran seorang murid darjah empat. Moga cikgu Anisah tidak sedih dan meroyan dengan jawapan itu.

Air mata cikgu Anisah melihat jawapan aku dipapan hitam.

**********

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”

Apabila meningkat dewasa (dari zaman Doraemon hingga zaman Ombak Rindu), peribahasa ini seringkali membuat aku terfikir mengenai kehidupanku.

Apakah selama 23 tahun hidup ini aku banyak menggembirakan dan membantu insan-insan lain?? Atau aku lebih banyak menyusahkan mereka dan menyakiti mereka?? Ibu? Ayah? Keluarga? Guru? dan sahabat?.....

Tak kisahlah kita seorang jurutera ke, doktor pakar puan ke,  pemandu lori sampah ke, model losyen Mustajab ke, pengasas Safi Rania Gold ke, supervisor kilang kayu, masterchef, ustazah pilihan takpun seorang banduan. Sama sahaja, kematian itu semakin menghampiri kita.

Oh, barangkali ajal kita sudah hampir tiba. mungkin sejam lepas membaca entri ini, dua jam lepas ini, esok, lusa…

Marilah kita belajar mencuba dalam ‘memberi’ dan membantu insan-insan lain dalam meniti laluan kehidupan. Walaupun sekelumit, memadai dengan kejujuran dan keikhlasan yang ada. Peringatan buat diriku yang mudah alpa dan juga sahabat blogger.

Sumber: iluvislam. 

p/s: Biar hidup berjasa, jangan hidup menyeksa, mencari redha yang Maha Esa. 

84 comments:

Hudalatip said...

I just love this entry..ada kesinambungan..clap..clap..:)

Lady Windsor said...

kita boleh memberi dalam pelbagai bentuk..hatta sepotong doa untuk kesejahteraan insan lain juga dikira pemberian kan...

Unknown said...

mula-mula lawak, tengah-tengah agak nostalgik, sampai bawah insaf aku.

tapi kan, kenapa bukan "manusia mati meninggalkan DUNIA"??

محمد رازيق said...

Huda: terima ksih huda atas komen membina.. tq juga dtg bc :)

Lady windsor: yup. sy setuju cik lady.. bukan hanya dengan perbuatan.. tq cik lady :)

NZ diaz: hehe.. sori bro, buat emosi ang tak stabil.. hehe

aku pun ada terpikir semalam.. sbb jwapan tu lagi tepat dan logik :) mungkin ini hanya peribahasa dulu2..

Anonymous said...

hehehe..
takut tgk cite hntu!

Anonymous said...

Guwa tertarik dengan kisah cicak yang ingin bersetubuh tersebut. Eh, mksd guwa mengawan. Keh3.

LydSunshine said...

Tapi make sense jugak jwpn manusia mati meninggalkan rumah tu. Tak kena gelak ke dgn kwn sekelas? Heheh.

Unknown said...

kadang ada juga peribahasa yg dah tak sesuai dengan zaman sekarang. mcm yg ni "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..."

agaknya kena buat jahat banyak kali la yer...sebab katanya jangan sekali. rahsia org yg lahir bualn 7 :

http://sun3tpini.blogspot.com/2009/07/rahsia-orang-yang-lahir-bulan-julai-7.html

Cikgu Ma said...

manusia mati meninggal dunia...

Unknown said...

aku taktau nak komen apa.

Tapi aku tak tertinggal satu pun perkataan dalam entri ni.
Betul.

Hmm.

Peminat kau dah bertambah lagi seorang.

Ok bye.

eLL said...

saya tidak suka cicak sebab dia selalu jilat sudip nasi saya

aiEz said...

hahaha,lawak la ajik...adakah nafsu untuk minum kopi janda terbantut disitu?hehe...

*tol la ajik,mati tu pasti ajik...tak sapa boleh duga,cuma bersedia bila ia menjemput kita...

aiEz said...

ajik,sebagai cadangan...letak pluggin fb,twitter n share lain2..sbb entry ko mmg best...^^,

dear anies said...

bla tgk pic kopi tu sy trus tingat: terbuat kopi hangit hehehe

yana-feehily said...

setuju..terima kasih kerana sudi mengingatkan smua.. ^^

alien said...

nice!

reenapple said...

yahh..terima kasih dia tas peringatan itu..=)

entry kau buat aku tersedar dari lamunan duniawi..

Hafizin Jamil said...

manusia tinggal anak lawa blh jgak..huhu

Kira Sakura said...

bru smlm cite pasal penanggal dgn osmate..hihihihi..

persoalan yg selalu menerjah ruang fikiran bila kita dah mula memikir masa depan..

AmirFX said...

Hahaaa.. Rumah pulak da.. haha..

afzalsukasuki said...

aku kalau takut tgk citer antu..aku buat2 pengsan :)

*entry ko berkait2 ye..hehe nice :)

CintaZulaikha said...

bersambung2 plak cetanya..suka yg part cicak tuh..hehhe

dwatyKNY said...

kalau dekat sabah... penanggal kami panggil B kuasa 2... hehehe

manusia mati meninggalkan rumah... logik... hehehe

boleh sambung lagi tu....
rumah kata pergi, kubur kata mari...

kpah k-poh Sharifahnor said...

panjang nya entry ni...tapi dah baca sampai habis..
apa kata join segmen e novel/cerpen utk di bacakan di gomogm, radio online.

Saddila said...

wahhh panjang . dila baca sampai habis lagi laa . haha bangga dengan diri sendiri ni ^^,

seronok baca .
*takut woo tengok cite penanggal hari tu .benci -_-

Anonymous said...

Hidup itu pilihan. :)

Pilihan itu di tangan masing masing. Good note bro. :)

Unknown said...

Entry ni best. Pandai olah ayat. Seronok je baca. ^^

محمد رازيق said...

lelaki ini: hehe.. bukan takut, boring.. hehe

miziey: haha.. gua salah guna istilah, untuk binatang patut mengwan :)

lydsunshine: hehe.. kena gelak jugak.. haha.. blushing masa tuh :)

Santri T.P.I.N.I : yup. stuju jugak.. mungkin seswai dengan keadaan lamapu.. lahir bulan 7 ke?? kami bulan 7 :)

cikgu ma: ye kak.. setuju.. hehe.. :)

Juno: hehe.. terima kasih bro.. aku terharu ni.. sebab ko baca sampai abis :) pemint blog ko juga bertambah yer :) ok bye.

eLL: saya tak suka cicak sebb suka berak merata :)

aiez: haha.. betul yie.. terbantut separuh jalan :) haha.. yup, mati itu tidak dapat kita duga.. tq gak bg suggestion tuh.. betul, aku pun rasa mcam tu.. inshaallah, akan dikemaskini.. tq bro

khairin: maknanya kopi hangit namanya :)

yana-feehily: sama2.. tangungjawab semua yana.. tq lwt blog sy :)

alien: terima kasih!

reenaple: sama-sama.. syukur.. cuma perlu selalu ingat kita manusia, cepat lupa.. nnt ko pulak ingtkan aku yer.

H.J: haha.. boley gak bro :))))) suka2x.

kera sakura: betul, slelu bermain kat kepala.. kalu tak pifir, rasa tak best..

Amir: hehe.. tula pasal.. baik hotel jer :)

afzal: haha.. pas ni aku pun nak buat2 pengsan la.. haha.. tq bro, komen membina..

cintazulaikha: hehe.. tu lah kak. cicak kurang asam :)

dwaty: owh sabah pgniil camtu.. hehe, nice jugak tuh :)

kpah-kpoh: terima kasih sudi bc sampai abes.. , tak pandai sgt buat novel ni.. hehe

saddila: touching ni.. terima kasih sudi lawat dan bc smpi abes.. tq

thaqibzaki: terima kasih bro.. betul, aku setuju dengan ko.

Azzyati: terima kasih dtg lawat :) .. biasa2 je..

aiEz said...

terbaik ajik,ko wat pligin nt,ak cnfirm share2 blog ko...hehe..

Khairi Fakhri said...

aku suka entry ni, aku cadangkan ko letak button like kat setiap entri ko. senang orang nak share entri yang menyedarkan seperti yang ko tulis ni. salam perkenalan :)

محمد أمين بن أريس said...

bia la kita meninggalkan nama dengan diingti dengan kebaikan bukan dengan kehapakan...n bukan kat batu nisan je...tapi kat hati orang.. :)

vendoline said...

siyes lama tak tengok pelastik cicak tu..dulu penah gak buat.hehehe
yelah lama tak dengar sal citer hantu penanggal

Anak Wak Mail said...

haha,,manusia mati meninggalkan rumah..kelakor..

cikgu kau nangis sedih atau nangis gembira??

Telor Power said...

style...

uncle gedek said...

ingatkan cicak pegi mennggalkan ekor?

Widi Dede said...

seram tuh rupa hantu

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Anonymous said...

nice entri bro. terima kasih bagi peringatan. jazakallah khairan kathira. anyway, dulu aku suka ja tembak cicak bila jumpa. feeling kot. haha.

محمد رازيق said...

aiez: ok bro.. apepun merangkak sikit.. nak cari cara nak buat.. hehe

keyri: ok bro.. aku usahakan nanti. terima kasih bro ats komen membina dan suggestion ko yang bernas.. salam kenal lgi sekali bro :) thnx lawat blog aku.

amin: hehe.. setuju min.. biar melekat kat hati orang.. hapak tuh biar pegi kat bantal busuk.. hehe

Edy fee: hehe.. dulu2 femes kan.. sekarang ramai pakai racun.. huhu.. bahya...

anak wak mail: hehe.. aku rasa dia nagis sedih.... hehe

telor power: bro, ko pun style.. nak2 picture yg ko amik..

gedek: uncle, sepatutnya memang mcm tuh.. tapi cicak tu tinggalkan taik jer. mungkin dia terkejut sgt bila kena sergah... hehe

konde: hehe.. seram tuh :)

nur hazlin: sama-sama.. terima kasih juga hazlin.. hehe.. aku pun feel kot.. best tembak cicak2 ni.. haha..

aimi said...

yey..like.. hidup biar berjasa :)

faizal mohd said...

kalau aku jadi cekgu, entahla nak tergelak ke sedih. Adoi. HAHA

Joe_Hans said...

ohohoho.. mule2 cam nak tergelak.. pastu2 tersentap.. terus insaf.. hahaha

Syairani Tarmizi said...

Biar hidup berjasa, jangan hidup menyeksa, mencari redha yang Maha Esa.

like like like :)

J.Syazwana said...

manusia mati tinggalkan nama. haha ! kelakar. kalau saya jadi cikgu mesti gelak guling2. kekeke

Maya Mayana said...

entry penuh sinikal dan pengajaran...semoga terus memberi ilmu dlm setiap entry yer...

penulisan yg berisi...

say to easy=) said...

just bole ckp,nice entry..tentu kau jadi cth pilihan cikgu anisah sampai bila2 kerana "meninggalkna rumah" :D

Syafiq Ahadin said...

berharap supaya lebih kerap di update! :)

Rean said...

ingtkan nak guna lighter bakar cicak hehe

MalizaMah said...

setuju gak dgn beberapa komenter di isni.. lagi2 yg peribahasa dulu ada yg tidak sesuai utk skrg....
hmmmm

al-lavendari said...

kadang2 seronok juga jadi cicak .. putus ekor tumbuh balik. kalau manusia, putus kaki boleh tumbuh balik, bagus juga kan. ? dan dah dua kali saya buat entri ttg cicak.

terima kasih kerana sudi singgah dan follow.

Sha. N. said...

Nasib ayat tak berpuitis sangat. hahaha
Tak boring baca. Nice!

Unknown said...

manusia mati meninggal dunia..

Ajim said...

tang bab taik cicak tu mmg lawak hahaha

Miss Pija said...

peringatan yang bagus untuk semua...ce tambah banyak lg qoute dr iluvislam tu..:)

AziziBasyah said...

aku cadangkan ko buat novel la zik...ayat2mu sungguh puitis dan imaginable...takpon buat cerpen kat blog ni....hehe~

afzan said...

dia punya jalan cerita kalah novel ombak rindu :)

Prettywrite said...

Salam kenal razik..:)

terima kasih berkunjung ke blog..yna dah cuba follow kamu tapi kenapa tak keluar dalam list follower ya..huhu..apa pun i keep smiling while reading this entry..tahu2 dah abis..alahai..yna letak kamu dalam fevret list eyh..

L said...

style.... en3 yg bagus.. keep it up..=)

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

faraherda.razalan said...

Ok. Saya baca kisah awak.

Awak rajin kerana ada usaha. Awak betul kerana inisiatif untuk mengajak.

norhidana said...

tergelak baca kisah cicak yg nakal itu...

terkadang terkesima bile ada yg msh mengingati kite atas jasa kite yg terlalu kecik je...

aizamia3 said...

tengok kopi janda tu.. hehehe.. agak2 ada tak yang teruja nak minumnya..

nurkaloi said...

nice !
cicak pergi bukan tinggalkan ekor ker
kalau dye terancam msti dia tinggalkan ekor kann heheh

apeXogamY said...

"dunia yg fana, akan ditinggal kan~" nice entry,, betol3.. :D

syabab said...

entri smart teringt lak zmn2 sekolah lu..ni kes xdpt tido ka smpai teirngt kisah2 lalu?hehe

Afiqah mOhammad said...

entry yg sgt bagus..emotion time baca entry ni,ketawa and sedih jugak..lurve it!

ishiko said...

kisah harimau la sgt kannn..

Anonymous said...

lawak, plus penuh pengajaran..Lia suka.

Cik TeN10 said...

Bercerita pasal taik cicak mengenangkan aku dgn satu memori yg agak menggelikan hati.. Masa adik aku umur 2,3 tahun tu mak aku dh start bg dia minum susu dlm botol.. Satu hari tu adik aku tidur lena dgn nyenyaknya seleoasnminum satu botol susu smpai abes.. Sekali masa nak basuh botol susu tu, ada taik cicak !!! Padan la adik aku tidur lena dgn nyenyaknya.. Kah3 ntah mcm mna cicak leh berak lam botol susu adik aku tu pn aku tk pasti.. Dia ingat jamban ke hape.. Hhaha

mummyrinazone beauty said...

tak suka cicak.ganggu tido ngan bunyinya cak cak cak..n suke berak kat umah mummy=(susah plak nak bersihkan..

betultuh aper yang kita buek mmg keikhlasan tu ponting..baru kerja yang kita buat dpt hasil yg terbaekk

MulutPayau said...

ntry yg sangat menarik....

lyanamahat said...

wah!!!!!
entry yg sgt sgt sgt dahsyattttttt!!!!!

Unknown said...

biarkan hidup ini ada makna dan erti. jangan biarkan ia kosong.

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

duduk dan renung kembali.selama hanyat ini,seberapa banyak kebaikkan yang telah kita buat.dan berapa ramaikah hati hati yang telah kita sakiti....

sitiezahim said...

apa yg penting, manusia mati akan tinggallah harta dunia..3 benda sahaja yg di bawak..:)

Nur said...

Lastik getah cicak tu lebih kurang macam yang suami akak selalu guna juga. Memang padu. Tapi nak buat camana, depa ni suka 'membuang' atas rice cooker.

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Ziarah di laman blog yang hebat ini. Terima kasih kerana memberikan komen pada entri saya.

Salam perkenalan.

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Teruskan memberi peringatan, semoga bermanfaat.

ManusiaLidi said...

hahah klaka tgglkan umah.tp logik gak.:)

karatz said...

superb.bat2 lu memang ada power!

Nurarnida Sabrina said...

aku suka main lastik2 cicak waktu kecik2 dlu.

Tie HT said...

getah lastik cicak tu bahaya..kalo kena mata leh masuk sepital.be careful :)

Syazana Zainn said...

hye dah lama tak BW
:)

mati tinggalkan rumah..

betul jugak tu..hekhek

cha zainol said...

stail dalam bawa keinsafan pada ku. respect wooh :)

محمد رازيق said...

aimi: yeah, stuju, hidup biar berjasa :)

faizal mohd: hehe.. hang jngan sedih sgt.. sian murid ang :)

joe hans: moga sama2 kita sedar.. tq dtg blog :)

syairani: terima kasih syai.. maaf lambt update :(

j syazwana: hehe.. nanti anak murid pun guling2 tau :)

maya mayana: terima kasih komen yg membina.. inshaallah.. akan diperbaiki hari demi hari.. kalau ada silap, jngn segan2 tegur

say to easy: terima kasih.. hehe.. mahu jadi mcm cikgu anisah?? hehe

syafiq ahadin : hehe.. x berani janji bro... aku try.. thnx lawat :)

imbobo: yan, aku tidak sekejam itu.. hahaha

alieza: yup, setuju.. perlu disesuaikan ikut masa

allaavendari: hehe.. betul.. saya ada terfikir jugak.. sama2.. terima kasih sbb sudi singgah semula blog sy.

Sha. N: terima kasih Sha N.. selalu jenguk blog sy :))

zalin: setuju :) tepat, logik, dan nyata

ajim: hehe.. itulah tahi cicak :)

fiz: terima kasih lwt.. tq jugak atas peringatan.

azizi: hehe.. jauh lg tuh zi.. ade bakat ke aku ni.. huhu.. anyway thnx for ur support bro :)

afzan: hehe.. mane ade bro.. ong bak yang kalah adelah :)

prettywrite: tq yna.. hehe.. terharu ni.. tocuhing sbb yana bc sampai abis.. terima kasih.. pasni, sudi2 la dtg blog.. tq jugak ltk dlm blog list. :)

L: tq bro, inshaallah aku dtg

fara: terima kasih baca kisah hidup sy.. sy akan bc kisah hidup awak pula.

norhidana: huhu.. betul hidana.. sama2 kita mngingati :)

aizamia3: nak minum ke?? hehe

nuyrkaloi: hehe.. sepatutnya gitu.. tpi mungkin ciak tu dah gelabah sgt, maka taik yg ditinggalkan :)

apexogamuy: terima ksih apex :)

syabab: terima kasih bro.. salah satu fktor x dpt tidor.. hehe

yaya chef kecik: sori buat yaya x stabil emosinya.. terima kasih sbb suka :)

ishiko: hehe.. tak sangattt

cik lia: terima kasih lia :))

cikten10: l;a.. ko pun ad pengalaman psl taik cicak ek.. hehe.. aku rase taik cicak boleh jadi ubt tdo kalau x kena gaya ni... hehe

hezrina: yup mummy.. cicak suka wat bising.. tu sebb die nak kene ataack je... betul, kerja biar ikhlas..

mulut payau: terima kasih :)

spywriter: terima kasih.. entry biasa dari blog picisan..

jedi: stuju, jedi.. jgn biar ia kosong :)

pisau belati: yup.. jom muhasabah diri.. inshaallah

sitiezahim: betul siti :)
setuju...

yati: hehe.. best kan kak, guna lastik ni.. tu la.. cicak ni suka berak merata :)

ashrafI; waalaikumussalam asyrafi. inshaallah.. terima kasih ziarah kembali.. semoga ukhwah semakin erat.. selalu2 blogwalking.. apapun blog ini biasa2 sahaja

cherry: hehe.. logik jugak kan?? hehe

karatz: lu ape kurngnye bro.. lagi hebat... gua kena blja bnyk lgi dari lu der..

nurarnida: hehe.. jang suka main lastik org sudah.. hehe

tihara: betul2.. ok, sy akan jd becareful.. thnx ye atas nasihat.

schaze: hai, hehe.. logik jugak kan..

cha zainol: terima kasih cha.. biasa2 je cha.. ade masa lawat lagi :)

buat rakan-rakan blogger, maaf lambat respon komen yang diberi.. terdapat sedikit kekangan dalam beberapa hari ni.. apapun terima kasih tak terhingga atas sokongan, cadangan yang diberikan kalian dalam blog picisan ini..tanpa kalian, siapalah blog ini..

emarieys said...

suka entry ini...baru seekor cicak kat ruamh putus ekor..gara2 incik suami melastik dengan getah..