Wednesday, 2 May 2012

Terkunci


Sejuk”. Hati kecilku berbisik.

Jarum pendek jam dinding menunjukkan angka 5, manakala yang panjang menunjukkan jam 12. Hajat hati mahu beransur pulang, apakan daya kerja menimbun. Belum jadi papa budak, dah sibuk. 

Dua bebola mata bercumbuan mesra bersama lensa mikroskop. Pancaran cahaya meneroka masuk ke iris mata, bergerak-gerak anak mata ini mencari-cari serakan kromosom metafasa sawit. Sedikit sukar. Saiznya kurang dari 10 mikron.

Teruskan mencari, sambil menyanyi riang lagu kak Melah “Sesaat kau datang” tanpa featuring.

“Sungguh kejamnya dirimu.. kau khianati cinta…. lalala…”

“Mana awak kromosom?? Kita rindu awak, awak tak rindu kita?? Mikroskop tolonglah kita carikan kromosom. Please, please…”. Pujuk rayu hati pada mikroskop. Mikroskop terus kaku. Aku menggila.




Ini bukan kromosom sawit, tapi kromosom manusia


*********
Lima minit kemudian, tanpa diduga lampu mikroskop terpadam. Lampu kalimantang turut terpadam. Black out! Ini dugaan, ini cabaran.

“Dum, krek-krek”. Bunyi pintu dikunci. Apakah?? Apakah aku dikunci atau terkunci sendirinya didalam makmal eskimo ini??? Berlari-lari anak ke pintu makmal yang berwarna merah jambu dengan mulut yang sedikit muncung.

“Tahniah awak, awak terkunci dan dikunci”. Monolog hati. Aliran darah mengalir deras, hati sedikit kebas diselitkan dengan sedikit rasa duka, sedih dan kecewa. Gelora, oh gelora.

“Kak, kenapa akak kunci saya. Apa salah saya?? Punyalah besar saya duduk sebelah akak sambil-sambil menghendap akak melayari facebook. Sampai hati akak. Saya tak sekecil kromosom kak”. Bermonolog lagi, akan tetapi kali ini menghadap peti ais yang bersandar rapat pada dinding.

Sunyi. Suiz lampu makmal dihidupkan semula. Sunyi-sunyi ini bisa buat otak mengimbas kembali watak-watak dalam drama dan filem seperti Nek Nak, Congkak dan Jangan pandang belakang. Hantu botol kicap??? Itu tidak. Inilah pengaruh media, mudarat bila mana banyak cerita hantu dimainkan.

Telefon bimbit dicapai, beserta hajat menghubungi pihak ‘berwajib’. Didail 10 angka secara berturutan, bermula dengan 3 angka awal yakni 012.

“Hello, assalamualaikum kak. Akak buat apa?? Nak beritahu akak, saya terkunci dalam makmal.Kunci saya pula dalam kereta. Tak tahu siapa kunci saya”. Sedikit kepuraan, silakan terasa cik akak.

“Waalakumussalam. Hahaha. Mintak maaf dik. Akak tak perasan. Lagi 10 minit akak sampai”. Balasnya disertai sedikit deraian tawa riang.

Cik akak ini masih mampu bergelak ketawa, sedang aku tengah ‘seronok’ dikunci. Tidak mengapa, ungkapan maafnya membuatkan hati sedikit suam. Aku yakin cik akak tidak sengaja.

“Apa mahu buat? Kerja dah siap.


Bukan aku. Tapi kami berkongsi situasi yang sama. 


*********

Sunyi. Beginilah rasanya, bila mana terkurung.

Mungkin sedikit sama rasanya bila di sangkar penjara. Bezanya  aku terkurung dalam jangka masa yang terhad dan tidak diberi makanan percuma. Tidak diberi makanan percuma sangat ‘demand’.  Dikurung hanya beberapa ketika, sudah mula mintak makan dan minum.

Namun, aku masih gembira, kerana kesunyian ini memberi ruang untuk kita berfikir dan bermuhasabah.

Mungkin tika ini, boleh memikirkan kesalahan terhadap insan sekelliling. Bermula dengan ibu bapa kita. Berapa kerap kita berlawan cakap dengan mereka, berapa kerap kita memarahi mereka dan berapa kerap kita menjatuhkan air mata mereka. Bandingkan kekerapan-kekerapan  itu dengan bakti kita pada mereka.  

Begitu juga pada keluarga dan sahabat handai. Rasa bertuah bercambah bila mempunyai sahabat yang sering mengambil berat, baik dari alam nyata mahupun maya, teman blog dan twitter. 

Sayang abah, mama.


Paling penting, mengakui dan menyedari kesilapan kita pada Dia, pencipta alam. Sebagai manusia biasa, sudah pasti tidak akan lepas daripada kelalaian. Kelalaian dan kesibukan arus dunia semata bakal membuahkan kealpaan pada-Nya.Bermohon pada-Nya, berserah pada-Nya.

Banyak sungguh alpaku… Moga kita semua berusaha menjadi yang lebih baik. Walaupun sedikit, sudah pasti ia memberi makna ..




********

“Krek, krek, duk..” Bunyi pintu dibuka. Mataku bersinar.

“Maaf dik, akak lambat sikit” Cik akak makmal memulakan bicara. Wajahnya sedikit risau. Manakan tidak janji manis 10 minit untuk tiba bertukar 60 minit. Sedikit pahit.

“Terima kasih kak. Tak apa. Saya okey. Semua orang mana pernah perfect. Mungkin esok lusa saya pula yang kunci akak..”.

Aku berlalu pergi.

P/S: Seronok juga gua rasa bila terkunci. Teringin pula gua pula nak try kunci atau buat-buat mereka terkunci. (^_^)

Apa-apa pun gua menyusun 10 jari minta maaf kerana sudah lama blog gua bersawang. Kesibukan gua dalam hal duniawi salah satu faktornya. Moga bertemu lagi teman. 

42 comments:

dwatyKNY said...

ada hikmah juga terkunci ye... dapat muhasabah diri...

next time bila akk tu plak terkunci... mesti dia ingat awak yang kunci wlpun bukan awak yang buat.... hehehe... gurau jer...

aiEz said...

akhirnya ajik kembali...selamat kembali sahabat...hehe,memang terbaik ayat last kat akak tu eh?silakan terasa..hahaha...

*bila mana kita bersendiri,memang akan terkenang akan segala dosa silam..penghijarahan itu perlu untuk jadi lebih baik dari sebelumnya...

NIZAM said...

tu la pasal bro. bz tol nampak kaji kromosom sawit smpi tak update blog. OMG! bila aku tgk kromosom tu, terus aku ingat class bio spm yang tak ohsem tu. haha.

nnt balas dendam dekat akak tu. kunci je dia. biar sehari. mmg terbaik la. hehe. :)

محمد رازيق said...

dawty: haha. itu lah pasal awak.. tapi best gak bila terkunci.. feel rasanya.. hehe

aiez: yie!! hehe.. tu lah. lama x berblog ni. macam ak cakap aku akan tulis balik, cuma lambat sikit... hehe thnx yie sbb singgah lagi blog aku.. terahru ni. hehe

nizam: bro, pekaba?? hehe.. bz sikit bro.. bnyk kena wat..tu lah pasal, ingt zmn spm dulu. hehe

Anonymous said...

make sure entri ni tulis lepas ko keluar dr lab tu eh.. hehe

norhidana said...

ingtkan awak dh ngajuk nk tinggal terus dunia blog nih... lama akak tunggu tau....

PCL said...

kalu ko nk tau..pcl la ni pon terkunci mati...keja bagai dlm penjara, baik sikit sbb ada alat canggih nih bole gak berhubung dgn masyarakat luar...

salam kembali.... ke aku yg tak kunjung sini...keh2.

Cikgu Ma said...

salam...waaa, lama btol menyepi ni...apa habaq? =)

miloaiskurangmanis said...

sesekali terkunci... macam2 ayat bermain di minda...

Sunah Sakura said...

razikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! akak nak razik tulis novel!!! novel genre teknologi! siyes tulisan razik sangat best! akak suka!!!! ^_^

#ohsemangatnya

MalizaMah said...

tidak dapat dinafikan, liza sendiri menyedari liza byk melakukan kesilapan n lalai..
terus berdoa memohon diampunkan segala kelalaian dan diberi petunjuk...

Unknown said...

Pergh, macam cerpan rekaan genre suspen pulak.
v(^_^)v

محمد أمين بن أريس said...

bro..apa khabar...hahaha..lame aku tunggu entry ko...watpe skang...hehehe...betol tu bro waktu sendirian mmg sesuai untuk memuhasabah diri...sedar tak sedar kebaikan kita rupanya sedikit berbanding dosa... :)

Erma Nazillah said...

berbulan kot x update..hehe..kalu sy yg terkunci,dlm gelap plak tu,xtau lah pe jd..nangis sorang2 kot..heee

Telor Power said...

welcome back bro

QERY HASAN said...

Razik, ko tahu tak entri dalam blog ko ni best??? Aku rasa baik ko start dari sekarang, mengarang travelog. serius ni. nampak tak ayat-ayat aku ni serius.

AmirFX said...

Haha.. Kesian.. Nasib bilik tu ada coverage... Kalau tak tunggu sehari la jawapnya.. haha...

Anonymous said...

salam Razik,lama kemain menyepi..kesian betul terkunci ek..alahai akak tu eksited nak balik kot..haha..sabajela..betul muhasabah diri perlu..pasnie update pasal anak buah pulak ok..huhu

ADEEYA said...

hehe nice one ! :)

Woofer Storm said...

alhmdllah,semoga bro sihat2 hendaknya..ada hati ye nak kunci akak tu pula ye..ada masa sy contact saudara..sy nak ke bangi juga ni ke ukm jumpa anak buah..insyallah jika ada rezeki,tak sbr nak jumpa blogger hebat seperti anda..

#semoga ikhwah antara kita sentiasa ada saudara..salam,jaga diri

Lady Windsor said...

Salam Ajik,
Lamanya menghilang...akak ingat awak dah stop blogging...

Hmm terkunci...dalam tempoh 60 minit itu pastinya pelbagai perkara muncul di minda kan...kalau akak yang terkunci, ngeri sehhh..Terkunci dalam bilik makmal tak apa, tapi jangan mengunci minda dan membiarkan kealpaan menguasai diri...kerana apabila kira berada dalam kealpaan..tak lain dan tak bukan ialah kerugian adanya...

NIZAM said...

razik: hi, aku sihat je. ceria2 mcm slalu. hehe. :)

Cik TeN10 said...

Alahai ciannye terkunci.. Nseb bek sejam ja..
Emm tu la kan..kita manusia ni kdg2 alpa..sbb tu la kena saling berpesan sesama kita :) thanks yup

Meh la melawat sakura plak.. Baru ja update setelah lama jugak bersawang :D

sudipVSsenduk said...

welcome back!

malam tadi baru je blackout 1 kawasan perumahan akak dr pukul 9.30pm sampai 2.30am... fengsan kepanasan

Nur Zulaikha said...

ana suka entry enta..
full marks..

Anonymous said...

hilang jugak sawang kat blog nie....kekeke.....tahniah sebab berjaya update blog anda...! *clap clap*

hanaahmad said...

satu hal yang menyebalkan pun boleh beri kita sedikit pengalaman berharga. kurang-kurangnya ada sesuatu yang kamu dapat kan. :)

aimi said...

hehe.. nseb baik akak tue dtg lau tak percutian 1 hari dan 1 mlm mpob..hehehe.. kdg2 bgus kan jd cam ni mengetahui perasaan kerdil sebagai hambaNya.. ada rasa takot, sunyi... baru terkurung dalam lab.. lau dlm kubur bagaimanakah kita nnt :( takotnya

Unknown said...

As salam...muncul perasaan insaf dlm diri saat bersndirian di tmpat yg sunyi,dikurg dlm kubur dgn amalan ibadah yg bnyak xpe lah tp lau xbwak apa2 amalan,xthulah...wallaualam

Mr.Superman said...

dating la dgn kromosom tu..hahah ;))esok2 kunci kakak tu plk k.

p/s: sory r lama x dtg.bz r..sempat update je,kurg jln2. :)

Anonymous said...

Gua pun pernah terkunci dari dalam. Peh! dikala itu... aahh, malas ah nak citer. Btw, lama dah tak singgah sini. Huhu~

mummyrinazone beauty said...

bab kromosom2 mmg nampak cumil ayatnya..dasyat kamu bermonolog dik=)tapi kalau den yang terkunci confirm den takut sampai nanges.serammm

Mawardi yunus said...

dah lama x tengok kromosom, sejak tinggal biologi 5 tahun yg lalu huhu

APi said...

hilangnya kebebasan membuatkan kita beringat untuk mencari semula kebebasan itu..
mujur dibuka semula walau lambat.. =]

cimöt said...

mmg lama ko menghilang...

papepon, ko jgn lupe kunci akak tu plak! koh koh koh

cha zainol said...

cool lah kau. kalau aku harus dah bebai dah :)

Sha. N. said...

Lama tak datang sini.. =p

Bulan Syurga Firdausi said...

lama tak ziarah cni...

Unknown said...

As salam Razik,

Sihat ke?? Lama xdgr cerita... Akak pun lama xberkunjung ke sini... Salam Ramadhan :))

Hafiz Hafizol said...

hai... knp lama x update,,

nuranne said...

try kunci org? harap2 dia muhasabah diri juga, nanti ada yg menangis pl.

Anonymous said...

:-) tersenyum baca blog razik