“10 minit lagi sebelum menginjak
jam 10”. Aku bermonolog.
Melihat jendela luar. Bintang-bintang
bertaburan. Indah, subhanallah.
“Cikgu, dah pukul 10. Mama dah
nak datang”. Aiman, mula bersuara mencelah angan-angan indahku. Tersentak.
Mulutnya muncung. Mahu sahaja muncung itu ditarik.
“Mama Aiman nak datang, bukan
mama cikgu”. Aku membalas.
Aiman, berusia 8 tahun.
Kanak-kanak yang ceria. Ceria yang kadangkala menusuk jiwa. Ditakdirkan aku
mengajarnya tuisyen subjek Bahasa Melayu darjah 2.
*****
“Cikgu dah ada aweks?’’
Aiman bertanya. Nampak? Soalan menusuk jiwa.
“Diam, buat latihan”. Tenang aku
menjawab. Budak kecil, biasalah.
“Sebab sibuk nak tahu jodoh
cikgu, buat latihan penjodoh bilangan. Muka surat 34”. Aku menambah. Buku
latihan Bahasa Melayu itu diselak helai demi helai.
“Dah siap cikgu!”. Aiman bangga. 5
minit sahaja. Diserahkan buku itu padaku.
Empat mataku merenung jawapan
soalan yang pertama.
Soalannya: Aina menghulurkan
________ parang pada ibunya.
Jawapan Haziq: Aina menghulurkan sejambak parang
pada ibunya.
Aku kelu. Menahan air mata, biar
bertakung dikelopak mata. Berlagak tenang.
*****
“Assalamualaikum”. Terpacak ibu
Aiman di hadapan pintu. Saat yang tepat. Jelas terpancar wajah riang Aiman.
“Waalaikumussalam kak”. Salamnya
kujawab.
“Terima kasih dik. Lately,
cikgu Bahasa Melayu puji karangan Aiman. Depa kata karangan Aiman dah
macam cerpen”.
Ibu Aiman bercerita, Aiman
bangga. Aku membisu, tanda terkedu. 5 minit kemudian, mereka beredar.
Biasalah anak kecil, aku juga
begitu tika di usia itu.
“Jumpa lagi minggu depan Aiman.
Siap, siap, siap.” Monolog hati.
Aku kembali kepada agendaku,
menghadap komputer riba. Pemain MP3 dihidupkan, lagu “Pesan abang” nyanyian
allahyarham Sudirman dimainkan.
Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Selamat maju jaya buat adik-adik kelas tuisyenku untuk subjek biologi SPM. Sesungguhnya abang berhutang 4 kelas lagi dengan kalian yang akan dilunaskan minggu hadapan.
*****
Pembelajaran itu bukan setakat
SPM, segenggam ijazah sarjana mahupun doktor falsafah. Pembelajaran adalah
sepanjang kehidupan. Terharu melihat seorang nenek menduduki SPM di usia 50-an.
Moga aku dikurniakan semangat sekuatnya.
p/s: Gua tak sabar nak
belajar macam mana nak jadi bakal suami yang kacak dan berkaliber. Yang paling gua
tak sabar nak belajar subjek rumah tangga. Terkedepan cita-cita gua.
71 comments:
BESTNYA ENTRI NI. T.T
hahhaa . sabar jelah part "sejambak parang* kehkehkeh .
lepas habis SPM dlu , brulah terasa pentingnya exam tu bila tgok adk exam . entah kenapa kan .
btl bro... pembelajaran sepanjang kehidupan itu yang diperlukan...
suka baca entry nie
entry ajik ni bestlah...rasanya Aiman baca blog ajik kot tu yg karangan dah macam cerpen cikgu. hiks
aiman comel..!
berjiwa keras..tp romantik.. T_T
he..he....' Cikgu pun ada kalanya nak ROCKKKKK...' kan.... Mak, mak pun sama! he..he...
So, kalau dah tak sabar tu maksudnya memang dah wajib kena kawen tu.... jangan lupa jemput 'mak orang' ni ye cikgu!
hehe kalau dah tulis SEJAMBAK PARANG tu memang Aiman nie terlebih pandai la gayanya...hahaha nice entry :)
sejambak parang itu style...hahaha. sempoi la aiman. Apa pun, sampai mati rasanya kita kena belajar. :)
cikgu ada aweks????hehe
lamanya menyepi...ke akak dah lupa jejak sini..hehe
kenapalah saya rasa comel je ayat sejambak parang tu. haha.
ha, apa jawapanya pada soalan ada aweks tu? :p
takpe, subjek rumahtangga bole amek bila2. g daftar kursus kawen skang. err..
semoga dpt menjadi suami yg berkaliber dan pastikan laptop jangan letak atas riba..haba panas bahaya kekeke
hehe...boleh buat novel ni...indah bahasa..terima kasih sudi singgah blog intan..huhuu....salam perkenalan juga..:)
nah haiii SEJAMBAK PARANG dia bagi ! aiman tak kesah.. kih3 :P
jemput datang melawat.. ada entry baru :P
hihihi...salam kenallll yep..!!
Hahahah... Bro ni true story ker apa nie?? Hahahha...
heeh... suker la singgah sini
lawaks!
nakal la anak murid u tu... hehehe
ok, serang balas dan terus tinggal jejak.
jgn lupe bw lagi ye...
Insya-Allah cikgu moga semua anak didik cikgu beroleh kejayaan. Kakak faham benar sebagai pendidik amat bangga bila melihat anak didiknya berjaya.
Rumahtangga pun kena fikir juga cikgu. Calon dah ada belum? Kena cari dulu hihi...
apakah sejambak parangggg..haha
hehee sejambak parang?banyak tu....
cepat2 pergi kursus kawen...:)
hehehe baguih entry ni tuan hehehe
haha..sejambak parang..bertuah betoi anak murid cikgu ni ye..
nak jadi suami kacak & berkaliber kena ada resepi dan tau caranya..hihi..
Sapa ajo tu "sejambak parang" hahahaaa :D
tudia.. boley cipta cerita dari exam ja.. tu namanya blogger pro!
kot2 nak dapatkan domain(.com/.net/.info atau .org) free.. jom join giveaway saya sponsor
http://estisys.com.my/blog/free-domain-for-bloggers/
ajik,hehe..rindu entri ko...
betul ajik,selagi nafas dihela..ilmu tu takkan habis dituntut sampai ke liang lahad...
cuti panjang ni ade jg terfikir nk ajar tuisyen utk side income tp xyakin.amboi cikgu,cpt2 lah kahwin.anak murid duk tanye dh.hehe
pegi amek kursus kawen ler...
wahh cikgu rupanya. mesti kat sekolah jd cikgu favret ni. huhu..
Hahaha...mau pengsan emaknya kalau di hadiahkan SEJAMBAK parang! :)
moga jadi pendidik yg berjaya ok
sejambak parang? haha kecik2 dh pandai bermetafora, anafora :P
Cikgu ke? Atau student mengajar tuisyen? Eh? Mana satu ni? Garu kepala. Tapi kepala tak gatal! Macam mana ni?
=p
hehe.. selamat bercuti juga buat cikgu!
p mana cuti sekolah nih? ;)
nice entri.
p/s nak belajar hal rumahtangga ni memang senang, nak praktik mmg mencabar. sila berguru(berkawan) dengan mereka-mereka yang telah berumahtangga. setiap mereka ini ada pengalaman berbeza masing-masing.
sejambak parang? hahaha.btw, best entri nie ! :)
sejambak parang ??? ok jugak tu...... nice entry la bro!
mendamaikan bila baca.....
Hahahah...budak2 memang macam tu, teringat anak2 aku...terkadang soalan diorg terlalu penuh dgn imaginasi yg tinggi...
assalamualaikum ...menariknya n3 ni...;)
gua pon pikir nak jd kuat dlm menuntut ilmu. hewhew. nice sharing :)
haha kiut aiman tu ;)
nty kirim salam kat dye eh ;)
azza minat biologi..tp result spm cukup2 makan aje hihihi
Kah3 .
Aiman yang comel :D
Cikgu rupnya :)
pergh..terbaik lah bro.. bukan senang nak mengajar hingga seorang murid tu berjaya..
aku pun tak sabar jgak nak belajar subjek rumahtangga tu..hehehe
haha comel je gelagat aiman..btw semoga berjaya cita-cita tue :)
sejambak parang. Pergh, seram kot mendengarnya..
terkedepan cita-cita? ohh tidak sama sekali... niat yg sangat murni utk bakal suami mithali ini...!!
enjoy baca...
padat isi. ;)
Menarik entry ni...done follow back...
Aku pulak tak sabar nak belajar macam mana nak jadi bakal isteri yang cantik dan taat.. Hehehehe...
nak jdi bakal suami yg kacak? hehe..
selamat belajar ilmu rumahtangga..
eh ! boleh bukak tuisyen subjek rumah tangga lepas ni.haha
huhu
Pengecualian bayar balik ptptn, graduan cina paling ramai
gua nak tuisyen bio :|
raun2..ronda2..terus tersampai sini..slm ziarah =)
best sangat ! :)
Hebat bhs melayu aiman
semoga anak didik semua beroleh kejayaan.n selamat berjaya juga buat cita2 cikgu dengan subjek rumahtangga n jadi suami kacak serta berkaliber.hehe
aiman memang bleh jadi penulis nih, tiada ragu lagi..haha
lagu sudirman tu mmang best!
kamu kat mana? saya nak hantar anak saya tusyen dgn kamu boleh? :D
Sejambak parang??..hehe..comel jer jawapan dia.. :)
ooo. cikgu bm.
kikiki... bebudak ni.
sejambak parang...
sebilah bunga....
kkeekekekek...
TERIMA KASIH YE
cikgu2.
nanti cikgu dah ada awekk.
cikgu jangan lupa kasi sejambak parang kat awek cikgu oteyhh!
miahahahaha
Suka lagu sudirman tu.,.gud luck utk depa yg menghadapi SPM thn ni..
lg tergelak baca entri ni.. Kenapa segak sgt si Aiman tu ye?? Good to know him yg sejambak itu :)
~Kenangan kembali bertaut. Huhu, Biologi subjek yg plg best! Best la sgt sebab pening kepala nk menghafal kekeke,
salam.
tengs sbb follow. :)
baca satu entry, menusuk hati.
entry kedua, mula jatuh suka.
entry seterusnya, terharu, malu dan rendah diri.
sebab?
awak pemilik blog yang bagus sudi follow blog picisan saya.
terima kasih. :)
Semoga berjaya dunia akhirat :)
best2 entry kat sini
belajar ye jgn xbelajar..:)
"ada aweks?"
"sejambak"
hahak!!!!
you made my day!
Post a Comment