Keheningan pagi itu…
“Dup”
Pemegang pintu kereta ditarik. Enjin kereta dihidupkan.
Dari celahan stering, kelihatan simbol tangki minyak berkelip-kelip.
“Tinggal satu takuk, wajib isi.”
Kaki kanan menekan pedal minyak. Stesen minyak menjadi
sasaran.
*****
“Dik, isi minyak 30, pam 7. Lepas tu topup Maxis
10.”
Empat mata merenung tajam pada tanda nama gadis itu. Tidak
berkelip.
“Adira, eh Adira.. Awek itu nama dia Adira…” Barangkali gelarannya.
Ucapan terima kasihnya kusambut mesra.
Melangkah deras ke pam minyak 7. Hati masih berdebar,
terukir pelbagai rasa.
“Apakah ini…. Kukus, gril, panggang?? ” Gila.
Enjin dihidupkan semula. Lagu ‘Ombak Rindu’ diputarkan.
Getar rasa diluah melalui nyanyian.
Getar rasa diluah melalui nyanyian.
“Moga kita bersua lagi Adira…” Oh, itu jiwang.
*****
Terpapar angka 1016 pada kotak elektronik yang terlekat di siling.
“Itu nombor aku.” Deras bangkit menuju ke kaunter.
Sehelai kertas kuning tertera tulisan ‘Maybank’ kuserah pada
juruwang.
Dompet dibuka.
“Eh, mana? Mana? Kenapa tak cukup duit gua???” Hati tertanya-tanya.
Terkedu.
Juruwang memandang sinis, sesekali mengangkat-angkat kening.
“Erk, Adira!!! Gua lupa nak ambil baki tadi.”
*****
Menuruni kereta menuju ke kaunter stesen minyak.
Sedikit gelabah,
tersurat rasa cemas pada wajah.
Mencari-cari gadis mesra itu, Adira.
Mencari-cari gadis mesra itu, Adira.
“Abang. Tadi abang tak ambil bakikan?” Dia menyapa.
Aku mengangguk tanda setuju.
Tiada sepatah kata keluar dari bibir. Kelu.
Tiada sepatah kata keluar dari bibir. Kelu.
Sehelai wang kertas berwarna hijau tua juga merah dihulurkan.
“Sebenarnya saya dah panggil abang tadi. Jerit macam nak
gila kejar abang.”
Adira mengeluh lembut. Terukir senyuman di bibirnya.
“Bukan Adira yang gila, tapi abang yang gila...”
*****
Kejujuran Adira membuatkan hati yang gila ini berkocak tidak
keruan.
Warkah dari Adira buatku,
*****
Jujur sesama manusia, tidak pernah sia-sia, malah
tidak akan dipersia di dunia yang tidak berusia.
P/s: Gua musykil dengan Adira ni. Dia nak kata dia gila atau nak kata gua yang gila? Kah kah.
198 comments:
Assalamualaikum raziq~ motif sangat entri ni. hahaha bikin double meaning sheila keluar je. hahahahahaha dapat ke no telefon Adira tu?
"buat ajik"
tu memng tertulis atau ditulis sendirii? hee
berdebar smpai lupa nk ambil baki naa. :D
:)
hahaha.. kelakar laa... dia nk ckp dia dh gila pnggil ajik tp ajik x dgr, ape laa.. ni namanya kukus.. haha..
#t'kena panahan cinta ke?hoho..
#unik la warkah dari cik adira tu..hee.:)
#moral:kejujuran dlm setiap perkara dilakukan..^^
dua dua gile. senang wakakka comel betul
he3...sweet nyer kisah bro..... pada remy ler.... remy rasa dua2 gila..... he3...satu gila bayang... satu lagi gila jerit.... ok la tu... mungkin bunga gila cinta akan berputik ??? sapa tahukan....
2 2 dah sangkut ke nihehe
ekekeek.....Oh Adira :P
'Oh itu jiwang' Hahaha, semoga menjadi doa! :)
Gua yang gila ni pun dah rasa macam gila.!
boleh buat lagu ni...
amboi..amboi..amboi..
amboiiiiiii...!
kukus grill panggang? kaitan? haha... esok2 isi la minyak kat situ lagi.... hehe..mana tau.. untung-untung.... :p
comelnyaa kisah ni.. betul2 terjadi pada dri bro ke?? wahhh..
suka quote yg terakhir tu, jujurlah even kejujuran itu menyakitkan hati kita mahupun hati org lain... insyaAllah, Allah bg ganjaran yg berharga pd kita
to abang ajik. kita nak berkenalan haha :P
indah. =)
selalu selalulah beli minyak kat ctu, leh jumpa adira.. hehe
oh adira, aku cinta padamu. kehkeh
Stesen Petronas yang mana ni? Nak gi usha Adira jugak!
pas ni ajak dia karok lagu ombak rindu...hehe
amboi jumpa adira versi petronas tu.tu tulis sendirik ke atau adira tulis?
haha.... lucu .. tapi mujur ada orang yg jujur macam tu... rasanya dgn org jujur macam ni, yg tak bpe cantik pun boleh nampak cantik ....
Hahahah paling suka kukus, gril, panggang. Jawapan nyer...stim :p
wah..nice entry..
dpt no adira x..hee
rasanya adira nak cakap anda yg kureng kot? ahaha...yang buat ajik tu tulis sendiri ka? haha...
buat ajikk . ahah . abg dah tangkap cintan ke dgn adira tuu :D
hahahaa... nakal2
simpan kertas topup tuh jgn bg hilang plak... huk3 xD
Ha...ha...confirm 2-2 Gila tu... Apa lagi sok isi minyak lagi jik walaupun dah penuh...isi pakai botol pulak....huhu...
Oh Adira! hehe!
klo ada jodoh, pasti ketemu lagi..
haha! syukurlah bertemu org yg jujur seperti Adira tu. ^^
hehe yaya pon musykil jgk ni...^,^
amboi
hahha..sweet~ tak mintak no dia??hehe
terkene panahan cinta lar tue...
Seronok membaca ceritera "Adira"!
wah kemain lagiii. confirm simpan elok2 resit topup tu kan :p
wah kemain lagiii. confirm simpan elok2 resit topup tu kan :p
hurm.. ketawa kecil akak baca entri awak ni.. (^_~)
sebenarnya anda berdua yg sedang gila. jangan sampai bermimpikan Adira ye... hehehe
kem salam kat adira ye.hehehe
buat ajik tu macam rajik sendirik yang tulissssssssssssssss ajeeeeeeeeeeeeeeeeeee
sweet entri nie..buat saya terpikat dengan penulisan nie..hehehe
am boi.
wah..siap 'buat ajik' lagi.. awat takdak no fon, bley kami2 yg solo nih tumpang sekaki..haha
ehem2.
petronas mana ye?bleh akk usha gak.hahah
mesti sweet adira tu smpai 'abg yang gila'.
tak sabar nak tunggu apa jadi!
dah macam dalam novel pulak. hee
mmg slalu la ajik pegi sana lagi kan.. hahaha..
Tuhan tolong lembutkan hati dia.....
Uuuuu uuuu uuuu uuuu
Hehe!
amboiii~!! sudah jatuh cinta pandang pertama.. kihkih :D
ececeh..:P
ini kisah benar ke?? cam sweet2 plak ceritanyer...
minta no telefon terus la bro..aku rasa sama sama gila dah tu..kah3
dalam kes ni kak na rasa ajik yang gila. hihihi..
haha.. ini kisah betul yg menyentuh rasa ni :)
glamour jap adira tu kan blog ko kan hehehe..
dah minta nombor tepon dia tak? kekekekekeke
"buat ajik" tu msti tulis sdri kan?
kihkihkih
adira..adira..adiraaaaaa *feeling pggl azura*.. wakakaka...
hey, tuleh sendirik ye..
adira oh adira..hihi.
el igt td n3 merapu
tp bila tgk resit betul ke? ni xde editing kan hahahaha
papepun sedap nama adira tu..
sure ang mlm2 mimpi adira kan kan
cepat betul doa makbul,hehe.moga bersua lagi,terus kena jumpa lagi.
Dah ada tanda-tanda sesama 'gila' tu dik. Satu gila kerana tak mampu menjerit lebih kuat satu lagi dok gila terbayang sampai kena panggil nama pun tak dengar...
Salam. Razik, first time Ety mai sini, hik hik hik. Thanks sbb sudi jengah blog Ety.
Hik hik hik. 2 kali Ety baca entry ni, Tetiba den yang konpius siapa yg gila ni. Hehehe :D
Hahaha, bro. Untung Adira, jadi tajuk utama kat blog tuuu ! :)
Salam Perkenalan :)
Assalammualaikum.
Nyaris ku sangka tuan umah ni mompuan, hadeii, maap2 (-_-)
hamboi abam ajik, kemain dengan warkah2 dari adira,hik3.
Bukan senang nak carik org jujur skrg ni kan.. ^_^
akak yg pening nak gila skrg ni..dua tiga kali baca..masih tak faham2..mmg ketinggalan betul...tgh berserabut.
wakakakaka resit topup tu simpa elok2 tau kang hilang nangis tak berlagu plak huahuahua
nsb lah kt resit topup tu takde tulis no telepon si adirah sekali hehehe...
tu lah lenkali jgn berangan je yek cik adik hehehe...
wah3...ade amek no phone x??
Nama kamu ajik ker? Hehehehe...
Panahan dari adira, lupa baki duit erk ☺
Org bangi yer? Saya kat seksyen 7.
Nama kamu ajik ker? Hehehehe...
Panahan dari adira, lupa baki duit erk ☺
Org bangi yer? Saya kat seksyen 7.
Nama kamu ajik ker? Hehehehe...
Panahan dari adira, lupa baki duit erk ☺
Org bangi yer? Saya kat seksyen 7.
wah..syahdu beb cara ko ceritakan nie..hehe..kalau adira tu terbaca posting nie mesti dia terharu..hehehe
Regards,
-Strider-
perghh... rugi lah aik tak ambil no phone adira tu hahah...
hehehe..kelakar plak..:)
eh adira kirim salam..;)
ala sweetnya... cam cite cintan cintun kat soap opera... :)
adakah ini cinta? kihkihkih :p
jujur akan buat kita sentiasa tenang :)
hehehe..penangan Adira.
jujurnya adira.. jatuh cinta pula
ajik ajik..... pantang nampak pompuan yerk, sampai lupa duit baki.. hehe
apsal x ambik gambo adira tu, mesti sweet kan..
nice la.
kenapa saya baru tau wujudnya blog ni? huhu
adira adira adira . dah tangkap cintan ke . hihihi
:)
Nice story :D
Salam kenal..
Adoi, blog best camnie boleh buat ak terjebak ni.. Fuh3..
love at first sight?heuheu wujud ke?
ok,tahu dah buat ajik tu diri sendiri tulis kan,BINGO! :P
huhuuh..meriah komen kat blog nie...
somel je. .hehehe :D
mesti comel sgt kn adira tuh smpy lpa nk amek baki..haha!
salam ziarah :)
sayalah adira. hahahaha *ttba* :P
Kalau dia cantik..sah dia sudah berpunya..hahahha..gadis cantik xpernah single lama..kan adira kan?haha
ekekeke due due tk bape sihat
alahai.. bestnya entry ni. tengok pada nama mesti cantik orangnya
dua2 gila kot..haha eh gurau je.
eh jap,lagu ombak rindu tu membosankan kot..tak pernah menarik telinga untuk mendengar. bagi ana la..cece tetibe ana.
cm jiwang je. .kehkeh.. :D
adira itu jujur & telus. kamu yg jiwang siap cover line lagi.
nama pun lelaki...ego sedikit tidak ape!!!
eh mana adira tahu nama lu? dipanah asmara la lu ajik..mana tahu jodoh..teruskan usaha..aku dpt bayang wajah adira..mesti cute..
esok lusa isi minyk dekat situ lagi.. cerita ini perlukan penyudahnya
haha euuw..fewittt....bak mai no adira,haha....
kejujuran ibarat permata dalam kaca,susah dicari, tapi bila dijumpai, nilainya tak terhingga..:)
Aku kenal adira tuh....kahkah
sebenarnya rama org jujur kat dunia ni cuma kita susah nak jumpe. kan.
aku naik gila bce entry nie... xphm weh =(
oh adira...
nyanyikan ombak rindu...
ahahahaha
wow, jiwang jugak eh..hahhahaha
ajik ni, baru jumpe adira cashier petrol pam, kalau jumpe maya karin buat air kat kedai mamak cane laaaa .. :D
Moga jodoh lu berpanjangan.eh!kihkih
bakal jodoh mungkin hihihi
hahahahah, lawak gila cakap pasal ADIRA! mungkin awak kot yang gila? kwang kwang
hahaha..ingatkan adira yg penyanyi tue
hiks. baru mi minggu lepas lupa ambik baki. konfiden bawak kete kua.
balik2 akak tu cakap, 'lupa ye?'
nasib baik masih ada manusia jujur :)
pergh.. buat ajik.. tau plak nma kau.. huhu..
nasib dia xtulis no fon dia skali.. :P
haha dalam kes ni hang yg gila..gila bayang sama itu adira :P
hahahahah, anda sudah tergilakan adira ye.. Well dapat tak nombor phone dia? oh adira.. :)
susah nak cr yang jujur...
pss....salam perkenalan...
semalam beli berger, byr rm5. terlupa amik baki. berkejar abg berger hantar duit baki.. hehehe. abg berger yg sikat rambut mcm beto khusairy dlm citer istanbul aku dtg tu..
jatuh chenta dekat stesen minyak ke ape bro? mula mula aku ingat ko nak story pasal penyanyi ombak rindu tu.. salah adira rupanye..
aku rase ko yang gila kot.. =P
lenkali isi minyak 10, leh datang 7 kali jumpa tengok adira tuu.., kuikui2
haha..yeye je. jangan gila bayang sendiri. pegi isi minyak lg skali, topup 5hengget pn jd, hehe
kukus grill panggang. haha
hahhahaha adeii sib dlm opis ni sunyi kena tahan gelak jugak nak xnak..wakakaka
adeiii dua2 gila kot..
xpepasal dpt nama baru "ajik"
yg si "ajik" pun gila bayang adeii
Gaya penulisan yg menambat hati hamba ! ! Salam pekenalan.. :D
*BUKAN SENANG NAK JUMPA DAHH ORG YG MACAM NIE.... OH DUNIA. :d
haha org jujur macam tu memang ssh nak jumpe kot
hahaha nak gelak je boleh?
ajik? macam comel je. hihi.
dpt ke tak no tepon adira tu? hehe.
Salam Inchik Raziq...
Adakah itu yang dinamkan cinta pandang pertama? (^_____^)V
grr boleh dtg sellu kat stesen tuh pastu mintak no adira yang jujur dn manis tuh hehe ;p
kenapa tak minta num fon ajik? haha
ndak dapat baca yang tersirat
Jgn dok gila bayang sudah la yerr..kih3 :D
First time baca terus suka..so sweet k..
Abg, penat tau saya panggil tp.. aku yg membaca pulak jd jatuh hati. Ku doakan moga Adira mu itu akan terus dgn kejujuran hai baiknya.. Ada rezeki + jodoh mohon dijumpa dan dijodohkan =) hehehe,
tersengih sengih daku membaca kisah cinta berputik ni.. oh adira :P
Mcm novel berepisod plak...hahah
iya ke dia tulis ahaha :P
hehe....boleh buat novel laaa cite neh bro.. :D adoi...mcm jodoh je tu..hehe...btw salam kenal too.. :) tp saya bukan adira ye :P heee
oh adira...haha
Wahhh..buat ala2novel gitu..nnti Boleh la lakonkn semula dlm drama..haha
layan je entri ala-ala novel pepagi hari ni
Camne dea leh tau nama kau Ajik? Kau pakai name tag ke masa isi minyak tu? Hahaha! Ish2. Aku rasa dua2 gila ni. Aku cadangkan kau isi minyak rm10 je, leh isi minyak lagi hari2 kat situ :P
Dulu aku pernah alami situasi yg hampir2 camni. Sama2 senyum, debaran dea laen macam. Cheh! Pastu satu hari aku ckp, "Boleh tak sesape tolong saya isikan? Saya tak pandai isi minyak penuh" Jawapan dea "Takpe. Nanti saya tolong isikan" Dua2 senyum maseh tak lekang. Apa lagi? Dup dap dup dap dup dap dup dap. Gila! :P
entri manis ^^,
amboiii..baki pon smpi lupa :D adira punye pasal :p
ehem amboiii kemain ye awok! curang eh dgn sye?? hahha
trpegun smpai boleh lupa baki. xpe, itu alasan utk ketemu kali kedua. mungkin boleh cri tragedi lain utk wujudkn prtemuan ketiga, keempat dan seterusnye?? huhu :)
hahahahha. dua2 gila. :P
Pandangan pertama yg mmbt dua2 gile..(^^)
awrrrr so sweeeeeettttt hahahaha
hehehe kat resit tu siap tulis "buat ajik"....yg tak tahan tu....
TERINGAT DGN PENYANYI ADIRA TU :)
Apa lagi, cucuklah jarum..
Mana tahu kenaaa..
;p
tudia...si cupid tembak hati dia sampai terlupa nak ambik duit baki.hihi..=)
hai, saya Adira. :)
ecececeh...adira..pesal membayangkan dia persis adira penyanyi tuh ek..mesti lawo kan
Pasti manis, bukan?
*senyum*
-AsaSiaga-
tang kukus, gril , panggang aku dah gelak2. haha. Adira..misti manis orangnya. :D
adira~~ :)
konpius , siapa yg sebenarnya yg gila... hahaha :P
singahh aini lagi follow pulak. bila nak hapdate?? :P
habis .. gila bayang . haha
masuk meminang terus . haha
bukan adira yg gila, abg yg gila... huhu nice
wow!dah jumpa si jantung hati la tu kalau duit baki pun lupa nak amik hehehe
perghhhh setailo giler! bakat emas di depan mataku!!!heheheeh :D
Romantik woooooo....BANkami
nice entry..sempoi tapi sangat2 menarik2..baru kali pertama kat sini,tertarik entry kat sini.
~bagusnya dia jujur n ikhlas..aman hidup kalau semua sikap mcm ni kan ;)
hahaha,2 2 dah gila.. tak tahu nk kata apa,lawak pun ada,hehe
asal jangan gila bayang sudah.. dah tau nama tu bila lagi nak tau no fon pulak..?? hoho~
udah angau sama adira kah..
lame2, aku yg jd gila bace entri nie.. hahaaha !
hahaahaha.. seperti biasa, skill mengarang ko sgt terbaik!!!! hahaahaha.. terlalu terpana ngan nama adira tu,smpai lupa nk akik duit baki.. stesen pam minyak bangi ker? area mner? huhu :)
Gua merasakan yang ajik sekarang ada taman dalam hati,apa tunggu lagi ajik?mulakan langkah kanan..hehe..
ecececeh.. adira namenye. penambat hati. menggetarkan jiwa. hihihi xD
cipta sendiri eh?
ahaks.. sweet jer.. kikiki
cinta pandang pertama?? hahahaha
ini kompom kes terpikat..
adakah ini CINTA??? *tetiba...
rasa-rasanya cinta sudah mula berputik tu bro.. luahkan bro. jangan disimpan. takut si dia dirampas orang.. :)
Wuuu, romantik gituu hik :)
wahhhh!!!! awk dh gila bayang!.hiohoho
*jeles dgn adira... :P
mmg terbaiklah..hehehe
frame resit tu
wah..adakah cinta dihati...
tetttt...
angau adira pulak nih
peh. mcm drama lah. haha
aik,,Kisah adira tak habis lagi haha
hahaha.. dasyattttt :P
haha lawak citer nie :D
visit sinie eh? :D
http://wanie-raina.blogspot.com/2013/02/first-semester-exam.html
datang menyapa...boleh ka lagi guna kredit tu hehehe...apa khabar!
mcm cinta pandang pertama pula.hihi
dah sampai la seru agaknyer tu.. hehehe
Adira omabak rindu the best ..
x yah pening2 kepala ..
hahahaha
lame x update ek..amboii..gila bayang dh ni..
lpas ni tiap2 hari la gi isi minyak kt situ eik., hahaha
hahahaah comel je buat ajik. Tulis sendiri lettew ! Hahaha
First sight love ke apa ni? hehe
Kat dunia ni tak ramai manusia jujur. Kalau ada yang jujur, maknanya tak boleh dipersiakan. :)
haha!!! serius kelakar!!!!!
rindu sama adira.. eh! salah.. rindu sama tulisan penulis blog ni.. Ajik :)
err.. tafsiran dan konklusi u kisah ni apa ye?haha
hahahahaha
lucu :-)
sebenarnya nak ckp dia jujur sbb ingat tak pulang baki kann..kann.. kannn..
wahhhh... 'buat ajik' tu sapa yg tulis....? hati sudah terpaut kahhhh?
okey, stesen minyak mana ni? gua pun nak jumpa Adira jugak..
konon2 nama gua Hafiz..hahaha
Ini gila bayang namanya bang. Kekekekeke
hahahaha aduh xmenahan tol entry ni,,
Post a Comment