Postur badan kubengkokkan sedikit.
Menggapai sepatu coklat lusuh, kusarung kedua belah kaki.
Tangan ibu ayah, kugenggam erat,
kucium. Mohon restu.
“Ajik, dompet bawa tak? Handphone
bawa tak? Duit ada tak?” Soalan keramat ibu, hingga kini.
Dari kejauhan, kulihat ibu melambai.
Kuamati wajah ibu. Redup.
*****
Tanggal 28 Julai 1988, lahir seorang
anak kecil.
Si ibu menjaga anak kecil itu,
dengan penuh kasih dan sayang.
Kata si ibu;
“Dia seorang yang pendiam, manja
dan sangat berahsia dalam keluarga”.
“Kecil-kecil susah nak bangun
pagi, sampai masuk tadika. Kena dukung, angkat dan mandikan. Kadang-kadang,
kencing bersepah atas katil”.
“Sebelum pergi sekolah, kena bagi
susu. Susu bukan dalam cawan, dalam botol. Sampai darjah 6”.
“Tiap-tiap malam sebelum tidur,
kena dodoi. Kalau tidak, mengigau cari bantal busuk. Dia tidur mesti kena pakai
stoking Kiki lala”.
“Kalau demam, dia boleh telan
ubat air. Kalau pil, semahu-mahu dibelah lapan, dihancur bersama air”.
Terserlah akan kemanjaan anak
kecil itu.
*****
Istilah ‘kecil’ itu kian kabur, dibawa
arus masa, hingga kini sudah dewasa.
Padat dalam berjuang memandu menentukan
hala tuju.
Kata si ibu;
“Belajar bersungguh-sungguh nak,
kerja baik-baik”.
“Dia semakin sibuk, sehari nak
berbual dengan mama pun jarang. Balik kerja, masuk bilik”.
“Dulu kalau ke mana-mana,
selalunya dia ikut. Bila sibuk, mama tak nak ganggu”.
“Sempat ke mama nak tengok bakal
isteri kamu?”
Sayu.Menilik-nilik, siapakah gerangan
si anak itu?
Itulah aku, Ajik. Si anak yang sering membuat
hati ibu terusik.
*****
Hampir 25 tahun, menongkah arus
kehidupan.
Acapkali aku berfikir akan
persoalan ini. Persoalan yang berungkai ;
Apakah budiku buat ibuku? Apa
sempat aku menabur bakti buatnya? Di ‘sini’ dan untuk di ‘sana’ ?
Mampukah aku menjaga,
menyayanginya seperti mana dia menjaga dan menyayangiku?
“Selamat Hari Ibu, mama. Tiap-tiap hari adalah hari ibu. Ajik sayang mama, terima kasih mama”.
Dedikasi buat mama, Hajah
Rabiah Moktar.
p/s: Gua jenis pesen
malu-malu kalau nak ucap selamat hari ibu takpun birthday. Pagi tadi gua
tergagap-gagap, terkebil-kebil, terkentut-kentut nak ucap masa mama gua
tengah masak. Kena tengking, baru wish. Perghh, terabur wish gua!
haha
44 comments:
Besarnya pengorbanan ibu.
"Selamat Hari Ibu!"
berbunga lah hati ibu bila anaknya beri wish padanya . kena cakap setiap hari tuh . jangan tggu hari ibu jer ... heheheee
hargai ibu selagi ada kesempatannya.
semoga..
Selamat Hari ibu kepada semua ibu-ibu :)
selamat hari ibu...lame tak menulis??sibuk ea?
selamat hari ibu kepada para ibu. ;)
busy kerja ye?
Selamat hari ibu!
Assalamualaikum. selamat hari ibu buat ibu ajik! heee
Selamat hari mak.
selamat hari ibu... mmg terserlah kemanjaan nyer masa kecik tuh...
ajik minum susu botol hehe
Indahnya perasaan seorang Ibu kalau dapat baca penulisan ini dari seorang anak...
istilah "kecil" akan hilang, tapi kalau "adik" terus kekal
kite pon jnis xpndai nak luah kat org trsayang. tp skrg dah bsr, nak bljr sikit2. hmm, pernah ckp sekali je 'sayang abah mak'. lbh suka trjemah scra non-verbal drpd verbal.
i xpndai nak manis2 mulut ni. hihihi
dah 3 tahun tak dapat ucapkan Hari Ibu pd mak tersayang. Hanya doa yg mampu akak sedekahkan moga dia bahagia di sana.
Kena jerkah sekali terabur trus la ucapan.tp ok pe.ucapan spontan tu la terbaik!ikhlas :D
Smntra mak kita masih ada ni sama2 kita hargai. Tak terbalas budi dan kasih syg dia pd kita.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلم عليكم ورحمة الله
ayat dalam dakwat merah buat kakCT senyum-senyum sendiri.
selamat semuanya :)
semoga dapat membahagiakan orang tua mu (:
sebak baca entry ni :')
mama suh kawin tu. hahahahahahaha
hehehhehe.. sweet... ^-*
Selamat hari ibu untuk semua ibu :)
selagi kita ingat pada bonda
insyaallah, bonda kita tidak jauh...
bonda kita tetap ada dlm ingatan..
doalah agar bonda kita sihat sejahtera dan dirahmati
selagi kita ingat pada bonda
insyaallah, bonda kita tidak jauh...
bonda kita tetap ada dlm ingatan..
doalah agar bonda kita sihat sejahtera dan dirahmati
hisap susu botol sampai darjjah 6? sah2 memang manja!
what? minum susu dlm botol sampai darjah 6?
memang RARE habis
:D
Over gila ko smpai tkentut2 nk wish hari ibu. Kahkah. Aku wish mcm org xde perasaan je text selamat ari ibu kat ibu aku. Tapi segannya ya rabbi tuhan je tahu wey.
Over gila ko smpai tkentut2 nk wish hari ibu. Kahkah. Aku wish mcm org xde perasaan je text selamat ari ibu kat ibu aku. Tapi segannya ya rabbi tuhan je tahu wey.
aku dah 28.. hehehe. tapi mak aku still tak dapat menantu lagi.. kesian dia...
hanya menantu diberikan hadiah untuk ibu..
tapi... hahahha
ajik! selamat hari ibu juga utk mama..
Dulu pun aku malu-malu nak cakap something like that kat mak, nak cium-cium dengan mak dan abah sume. Mulakan perlahan-lahan, lama-lama mesti terbiasa jugak. Kadang-kadang cakap jugak kat mak, "i love u." :)
smt hari ibu..heheheh
smt hari ibu..heheheh
deep
momomoworld.blogspot.com
or
justalittlekitten.blogspot.com.au
Selamat hari mama. ehh !
Gua harap komen gua tak trlambat even hakikatnya dh lambat. akaka.ayat pon terabur.kbai :)
Pembunuh Tanpa Bayang :-
macam cerita novel...
salam ramadan n happy birthday.. :)
cpt lah tulis entry baru... dh lama trbiar 2...busy ker?
entry baru plisssssssss!!!!!!!1
lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update!! rindu dah ni kehkeh
itu la org kata..seorg ibu mampu jaga 10 org ank tapi sorg ank belum tentu boleh jaga seorg ibu..
Post a Comment