aku, kau
sama sahaja
siapa kita?
insan biasa, ohh sama sahaja
tiada lebih, tiada kurang
hanya di mata kita berbeda..
aku, kau
sebaik kejadian, seindah ciptaan
tiada bandingnya..
oh, kita sama sahaja
hanya cela di mata
namun kau yang teristimewa
kerna kau lebih cekal..
aku, kau
sama sahaja
tiada sindrom
'aku dengan aku, kau dengan kau'
bersama kita membantu
cetus harmoni, indah bersatu..
aku, kau
sama sahaja
hidup berkongsi.
udara yang sama
tanah yang sama
berpaksi bumi yang satu
menemui tuhan yang satu..
nukilan hati, محمد رازيق
7 comments:
puisi yang menarik sekali =)
bersyukur atas nikmat yang dikurniakan =)
terima kasih azhan... puisi 'spontan' je.. :) yup, setuju, syukur pada nikmat yang ada.. terima kasih sebab lawat blog yang biasa2 ini... ada masa, lawatlah selalu..
nice poem,we are equal, but not in real life,always had discrimination!
terbaik!^_^
semua manusia adalah same..
tiap2 kekurangan ad kelebihan masing2..
teratai: tq teratai... yes.. i agree with you.
nuriy: tq nuriy.. betul.. kita saling melengkapi
saling tolong menolong amalan mulia..hihi..cm iklan lak :D
hehe.. btul CTK.. juga perlu saling menyayangi dan menghargai
Post a Comment