Monday, 24 October 2011

Perkongsian & Pengalaman

Pengalaman diberi peluang untuk mengajar di sebuah pusat tuisyen membuatkan aku lebih mencintai dan menghargai kerjaya pendidik walaupun ianya sekadar pusat tuisyen, bukan sekolah harian, bukan sebuah kolej matrikulasi dan bukan sebuah universiti. Alhamdulillah, aku gembira dengan aktivitiku ini. Di sini aku diberi tugasan untuk mengajar subjek Biologi (tingkatan lima) dan Sains (darjah lima).Bagi aku istilah mengajar itu terlalu tinggi nilainya. Aku lebih selesa dengan istilah perkongsian kerana ia menjadikan aku lebih terbuka dan mesra bersama ahli-ahli kelasku.


Mengapa ??
Mengapa aku menerima peluang ini?? Motif utamaku bukanlah semata-sematanya kerana duit (duit motif sampingan) tapi ianya adalah kerana minatku. Pengalaman yang diperolehi di sini digunakan untuk mengasah minatku ini, yang sedari dulu mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan penyelidik terkemuka negara, inshaAllah (tidak salahkan bercita-cita tinggi). Tanggungjawabku pada ilmu yang telah aku pelajari juga membuatkan aku yakin untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Aku tidak mahu dikategorikan sebagai seorang yang bakhil terhadap ilmu kerana tidak mengamalkan dan menyampaikan pada mereka yang lain. Diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat." Hajat terbuku dihati untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara turut mendorong aku untuk menerima peluang ini persis cogan kata universitiku yang tercinta, Universiti Putra Malaysia "Berilmu Berbakti". Ditambah juga kesibukan aku yang terlampau di makmal dalam usaha menyiapkan penyelidikanku membuatkan aku berfikir untuk memberi ruang pada diri aku seketika dalam melakukan sesuatu perkara.

Pengalaman
Syukur, ahli-ahli kelasku memberikan respon yang baik semasa proses pembelajaran walaupun pada mulanya aku agak kekok dalam menguruskan kelas. Situasi pelajar mengantuk merupakan situasi klise yang perlu aku atasi di kelas khususnya pelajar tingkatan lima yang mendaftar subjek biologi. Minat mereka perlu dipupuk terhadap silibus yang dikongsikan (tidak menggunakan pendekatan membaling pemadam papan putih pada pelajar). Pemahaman mereka perlu dipupuk terhadap silibus yang diajar supaya tidak tertumpu pada penghafalan. Antara silibus kegemaran mereka dalam subjek biologi ialah sistem pewarisan genetik, sistem pembiakan (semestinya ,mata bulat segar tanpa rasa mengantuk) dan sistem serta fungsi anatomi organ dalam badan. Sewaktu sesi soal jawab terdapat soalan yang mencabar dari mereka yang membuatkan aku terfikir bahawa ilmu aku juga masih cetek. Respon aku seperti biasa "Cikgu mahu kamu cari dulu jawapan kamu di google, minggu depan bincang semula."

Pendekatan yang berbeza pula pada adik-adik darjah lima. Perlu bercerita dan tidak terlalu memaksa. Boleh dikatakan mereka ini jauh lebih maju jika nak dibandingkan dengan aku sewaktu darjah lima. Ditanyakan cita-cita mereka, ada yang mahu menjadi seorang producer filem, ahli perniagaan terkemuka dan jawapan yang paling aku suka saintis bersesuaian dengan subjek yang diajar dan latar belakang pendidikanku (cikgu doakan adik-adik berjaya). Sewaktu di kelas ini aku bukan sekadar mengajar malah diajar oleh ahli kelasku bagaimana untuk menjadi seorang yang loyar buruk. Teringat soalan aku pada adik Afif ketika berkongsi ilmu 'Tenaga'. Aku "Afif, bagi cikgu contoh perbuatan yang memerlukan tenaga?". Jawab Afif "Makan, berjalan, berlari, dukung kucing, wrestling, berak......." Terkedu aku. Ada masa juga, aku ditazkirah oleh mereka (semasa membincangkan topik 'Haba'). Aku "Batrisyia, beri cikgu contoh benda yang panas". Jawab Batrisyia "Api, air panas, mentol lampu, kuali panas..". Aku "Lagi?". Jawab Batrisyia selamba "Neraka..".

Dari kiri: Umairah, Dasynia, Batrisyia (tutup muka), Shakira dan Afif. 

Secara keseluruhannya, pengalamanku menjadi seorang pendidik 'sementara' banyak mengajarku dan mengasah bakat diriku bertepatan dengan cita-citaku mahu menjadi seorang pendidik. Aku sedar aku bukan sekadar berkongsi ilmu, tetapi aku turut belajar bagaimana untuk mengajar dan menjadi guru yang terbaik buat ahli kelasku, ilmu baru bagiku. Malah aku juga turut memanfaatkan dan memberi ruang buat diriku untuk perkara berfaedah yang bukan hanya pada diri aku , malah pada insan lain. InshaAllah.

"Buat adik-adik (pelajarku), cikgu mendoakan kalian semua untuk terus berjaya dalam mencari ilmu bukan sahaja ilmu duniawi malah akhirat serta menjadi insan yang berguna serta mencintai ilmu. Sekiranya terdapat kekhilafan semasa cikgu mengajar, maafkan cikgu. Cikgu hanya insan biasa yang berkongsikan ilmu Allah pada kalian."

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
~Al-Ghazali~

11 comments:

Lai Qma said...

"terima kasih cikgu" ^_^

Nurul Lalala said...

wow.xsangka ko penah ngajar tusyen..hehe

محمد رازيق said...

lai qma: hehe sama2..

nurul lala: bunyi excited je cik lala... nak join? haha

Fadzli Amir said...

Cikgu....aku memang respek ngan org yg jadik cikgu...tak senang jadi cikgu sekarang tak macam zaman aku dulu...
aku memang tak dilahirkan utk mengajar sebab aku memang tak tau tuk mengajar....tapi adik2 aku 2 org bergelar cikgu...

محمد رازيق said...

fadzli:abg li, sy cikgu tusyen jer.. hehe.. actually, saya pun student lg. blum abes bljar.. stuju, cikgu besar pengorbanannya... bukn snng jd cikgu.. xpe bang, jom asah bkt mngajar.

AndyScenes said...

jadi cikgu tu pahala besar tau tau (; ade 5 orang yg kemungkinan masuk ke syurga , guru, pemimpin yang adil, orang kaya yang dermawan, orang yang mati syahid, dan hakim yg adil. yg masuk syurga dulu adalah guru (:

Ati Masrif said...

mengajar tusyen dimana..?

anak kak ati darjah 4 tahun ni

tahniah ye..bukan senang nk cari
org yg benar2 berminat mengajar :)

محمد رازيق said...

endyscenes:ye stuju endy.. slah satu sbb nak jadi wrga pendidik.. terima kasih endy sbb lawt entry ni.

kak ati: kat area bangi kak ati.. pusat tuisyen.. ye ke?? hehe.. terima kasih kak ati.. cari2 pengalaman smentara tgh study ni.. :)

aimi said...

saya suka entri ini cikgu razik :)

dannyneutron said...

nak jadi anak murid boleh.hehe.

محمد رازيق said...

aimi: terima kasih aimi chan.. :)

Dannyneutron: boleh.. hehe.. subjek ape? hehe. thnx lawat blog.