meoww...... meowww.....
angin sepoi-sepoi, terdengar suara kucing yang ala-ala manja, seperti inginkan belaian diluar.. sesekali kedengaran bunyinya yang manja bertukar sedikit demi sedikit menjadi ganas dan 'seksi' diluar, auww!(Opps, jangan fikir bukan-bukan).. biasalah, haiwan ada otak, tapi tidak berakal.. (zaman sekarang ni pun ada manusia tidak berakal walaupun kepalanya besar macam nak pecah dengan otak~~buat anak, buang anak, campak anak, baling anak, makan anak, bla bla... masyaallah)..
Tahun 2009, sedang aku sibuk menyiapkan fyp degree (fyp=final year projek degree aku), hidup aku didatangi dua ekor anak kucing yang sangat comel (sekarang dah tak ada, dibunuh secara tidak sengaja........), sori ayat tak boleh bla. mcam jatuh cinta pun ada.. Asalnya, abah & abang aku yang jumpa anak kucing ini di sebelah rumah aku (masa tu tidak berpenghuni, macam rumah hantu-risau gak kalau-kalau kucing tu berpenunggu, tak pasal-pasal waris kat umah aku pulak).. mulanya ada 5 ekor anak kucing, macam-macam warna, dari hitam sampai ke warna kuning (tak sekuning Bersih 2.0)... bak kata aznil, macam-macam ada.. 3 ekor sudah tidak bernyawa, tinggal dua je lagi.. sedih aku tengok, mengesot-ngesot dan terbalik persis kuak lentang... barangkali sedang mencari ibunya.. lahir rasa 'bengang' pada ibunya ('buat' anak pandai, jaga tak nak)..huhh.. kenapa la aku emosional ni?? (barangkali penat baru balik dari lab) nama pun haiwan, berotak tapi tak berakal... hmm.. nekad aku mengambil keputusan, untuk menjadi ayah angkat kepada 2 ekor kucing ni, si kelabu & si coklat... (aku sudah ada anak!!)
Bila di rumah, aku mendapat tentangan hebat dari mama "mama tak suka kamu bela anak kucing!! (macam ayat dalam drama, mak tak suka kau bela anak janda tuh!!)... aku pun tanya "kenapa mama tak suka??? (sila bagi 100 sebab yang rasional, baru boleh ubah fikiran)..in the same time, ajiq boleh praktis jadi papa yang mithali... 2 in 1 lagi" (^_^) Mama membalas "mama cakap tak boleh, tak boleh la!!! nanti kucing itu buat rumah bersepah... berak sana sini... siapa nak cibuk???" erkkk.. aku berhujah "kucing berak, tak perlu cibuk mama.. beli pasir jer" Mama membangkang (walaupun tiada hujah) " tak boleh! tak boleh!! kalau nak bela jugak, letak luar.." hmm, nampaknya mama dah 'cool' sikit.. alhamdulillah.. lepas ni boleh cari kotak.. 'actually' mama aku bukan tak suka haiwan, cuma dia geli nak pegang.. tambah pulak mama sangat pembersih.. i know my mom (mulut je marah, tapi hati tak sampai-the BEST mom in the world)..
'Green light' untuk membela kucing dah dapat, rumah untuk si COKLAT & si KELABU pun dah siap ditukangkan (dari kotak kipas), tinggal makanan je yang nak disediakan.. hmm, kucing ni nak makan apa ye?? Friskies ke?? Whiskas ke??? Pedigree ke??? (ehh, ni makanan anjing.. tak pasal-pasal dari mengiau, menyalak pula si COKLAT & KELABU)... mana mungkin si COKLAT & si KELABU sudah boleh makan.. umur baru berapa hari, minggu pun tak sampai.. hmm.. yeaahh!! ada idea. mahu call Cecilia (CC), member seuniversiti yang bidang pengajiannya kedoktoran Veterinar.. CC mencadangkan aku memberi susu (bukan SUSU IBU) kepada 'anak-anak'ku.. Boleh beli di pusat jagaan haiwan.. Malam tu juga aku beli.. Tak ingat 'brand' apa, tapi agak mahal (lebih kurang harga susu bayi jenama S21).. beli juga, demi 'anak-anak' (dapat botol susu free! alahai comelnya botol susu kucing ni).. Alhamdulillah.. hari demi hari, si COKLAT & si KELABU semakin sihat walafiat.. minum susu semakin 'kuat'.. dari mengesot sudah mula merangkak dan bertatih.. yahoo!! 'best'nya terasa nikmat bela kucing... mama & abah pun nampaknya dah suka kucing (walaupun sikit-sikit)
masa berlalu.. aku makin sibuk hal duniawi(FYP degree).. dah jarang berjumpa dengan si COKLAT dan si KELABU..Dulu tiap-tiap hari (macam orang bercinta) lepas tu 3 kali seminggu sahaja.. itu pun balik weekend.. Satu hari, ada abang aku 'call' aku.. "susu 'anak-anak' kau ni dah habis jiq..." Aku menjawab "hmm.. ye ke?? kasihan si COKLAT & si KELABU.. lusa jiq beli.. ada suggestion tak nak bagi si COKLAT&KELABU ni minum apa sementara tunggu lusa?? Abang aku menjawab "susu DUTCH LADY (UHT) kotak ok kot.." Aku membalas "ok jugak idea tu... beli yang FULL CREAM tau.. bagi si COKLAT & si KELABU ni cepat-cepat besar & gemuk + gebu lagi.." (^_^)
Lusa aku pulang ke rumah... almaklumlah 'weekend'.. dalam perjalanan pulang, terbayang-bayang aku akan si COKLAT dan si KELABU yang akan menyambutku dihadapan pagar dengan penuh mesra, dengan gigih bertatih kearahku sambil melihat aku membawa susu kegemaran mereka.. setibanya dirumah aku berteriak... "papa coming!!!' aik.. kenapa sunyi jer... bunyi ngiauan si COKLAT dan si KELABU semakin perlahan.. adusss... tak sedap hati dibuatnya... aku keluarkan mereka, menatap seekor demi seekor... hmmm.. "kenapa 'anak' papa ni.... kenapa COKLAT, kenapa KELABU?? tak sayang papa dah ke???.. Dengan pantas aku terus memberi susu yang baru sahaja aku beli tadi di kedai haiwan.. pabila malam respon si COKLAT dan KELABU masih sama... najisnya juga abnormal, LUAR BIASA warna dan baunya.. seperti ada yang tak kena... jiwa kacau (esoknya akan menghadiri Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia bersama teman-temanku di Royale Chulan) semalaman tak boleh tidur.. hanya mampu berdoa...
Esoknya lepas solat subuh, aku bersiap untuk menghadiri seminar.. sebelum bertolak aku sempat menyediakan susu untuk 'anak-anak'ku si COKLAT dan si KELABU.. melihat si COKLAT dan si KELABU tidur, sambil mengusap kedua-duanya.... Kedua-duanya terjaga dan masing-masing berkeadaan lemah... "COKLAT & KELABU, papa pergi dulu yek... sayang kamu..." kedua-duanya seperti memahami... sambil berlinangan air mata pada kedua-duanya (saintifiknya cecair yang keluar dari mata kedua-duanya adalah mukus..) sebelum pergi, sempat aku meminta tolong abah & mama untuk membawa COKLAT dan KELABU ke klinik haiwan.. Abah & mama bersetuju... Sewaktu 'tea break', abah menghubungiku untuk memberitahu bahawa.......................... si COKLAT dan si KELABU telah tiada!!!!! urgghh.. (jantung seperti tercabut, otak jem sekejap) Dr. haiwan yang merawat COKLAT dan KELABU memberitahu kematian kedua-duanya disebabkan virus yang ada pada tubuh mereka.. Tambah dr. tersebut, Mungkin..Mungkin...Mungkin juga akibat kesan sampingan yang 'kuat' dari SUSU DUTCH LADY FULL CREAM yang diberi beberapa hari sebelum itu!!!! Argghh!! rasa bersalah sangat...... huhu (Taubat aku TIDAK MAHU pelihara haiwan.. tak kisahlah, kucing ke, arnab ke, hamster ke... tak nak... tak sanggup LAGI kalau jadi macam ni)
"MAAFKAN PAPA.... COKLAT DAN KELABU... PAPA TAK SENGAJA"
~~Sayangilah dan peliharalah makhluk-makhluk yang dicipta-Nya.. haiwan itu merupakan penyeri dalam kehidupan seorang manusia...cukup-cukuplah kes manusia BELASAH kucing dengan payung, pijak kucing dengan tumit kasut atas alasan bodoh:- TENSEN, SAKIT JIWA, SAKIT HATI & GILA.. apa kata korang BELASAH anak korang mcam tu bila TENSEN, FEEL tak????? PESANAN buat aku (yang telah 'membunuh' haiwan secara TIDAK SENGAJA) dan kalian.. inshaallah~~
credit: www.iluvislam.com
5 comments:
hoi..terbunuh "anak" sendiri!!!huhu..
next time, kalo susu tu abis, gantikan dgn susu pekat manis je..
comey kucing... jg elok2 :)
nurul lala: haha.. pekat manis lagi kuat kot :)) sejam je koma
cik ha: hehe.. thnx. apepun kucing ni da xde.. anyway terima kasih lawat & follow blog sy
huhu..keciannye 'anak-anak' itu....kucen ct banyak yg da mati, tp mesti ade je pewarisnyer..hoho
hehe.. tu la ct.. tak sengaja..
Post a Comment