Monday, 17 October 2011

D.I.A.M

Assalamualaikum..

D.I.A.M kau!!!! opps.. anda semua jangan terkejut.. (dialog dalam drama babak suami tengking isteri bila isteri membebel suami kantoi curang) saja mengelamun..(^_^) apa yang anda semua faham pasal diam???? Bagi aku, diam adalah suatu kondisi tanpa mengeluarkan sebarang perkataan dari kerongkong seterusnya mulut (tidak dikategorikan sebagai kurang upaya@bisu)jangan sebab seseorang pendiam, kalian kategorikan mereka 'bisu'.. Pernah kalian mempunyai rakan yang pendiam??? bila ditanya jawabnya hanya ANGGUK dan GELENG (macam lagu ahli fiqir, angguk-angguk geleng-geleng)... sakit hati?? tapi pernahkah kalian terfikir, mengapa mereka DIAM?????????? ada yang diam menjadi EMAS, ada yang diam menjadi  LEMAS..


Apakah kebaikan diam???
  • MANGHALANG kita dari 'menganyam' ketupat daun palas-berbalas-balas umpatan (tak habis-habis)
  • MELEBUR sifat TAKABBUR yang 'bertabur' dalam hati
  • MENGERAH diri mengawal AMARAH
  • MENUTUPI keaiban DIRI
  • BERFIKIR sebelum kata DIUKIR 
  • MENGELAK dari MENIPU
  • MELINDUNGI diri dari DOSA
Apakah keburukan diam??
  • DIAM BODOH, buat-buat tahu TAPI tak tahu (sindrom pelajar, termasuk aku apabila dalam kelas/kuliah)~Cikgu tanya: "faham tak semua????" errkkk.. serentak murid jawab dengan yakin "FAHAM!!!!!!" kesan: markah 'add math' berbelas sahaja (^_^)
  • DIAM SOMBONG, menganggap diri HEBAT umpama si JEBAT, tapi "apapun TAK BOLEH!" (pinjam dialog kumpulan JAMBU-MAHARAJA LAWAK)
  • DIAM KURANG KEYAKINAN~ tidak yakin apabila mahu bercakap...rasa diri paling 'lemah'... 
  • DIAM PASIF, yang mana si pelaku kurang memberi pendapat.. alasan "MALAS.." Diam ini mengakibatkan diri menjadi kurang inovatif & kreatif... maka kekallah anda di TAKUK lama..
Kesimpulannya, diam mempunyai kelebihan dan keburukannya. Mari kita sesuaikan sifat diam ini selaras dengan situasi dan nawaitu kita pada waktu yang tertentu.. Nasihat buat aku (yang banyak mengarut & bercakap) dan juga kalian~~ inshaallah

Antara "Diam-diam emas 24 KARAT" atau "Diam-diam besi BERKARAT", yang MANAKAH pilihan anda?? Tepuk aida, tanya aiman.. jawab aiman: "aiman tak kisah..." 


7 comments:

mama aini said...

assalam & slm kenal dr mama..diam bukan bereti kita kalah tapi kerana tak mahu terus berbalah !!.
mungkin dgn berdiam segala kemarahan dpt dikendurkan..ha2x..nice entry..

محمد رازيق said...

wsalam mama.. thnx mama lawat n follow blog yang tak seberapa ini.. setuju pendapat mama.. mama boleh paggil sy raziq. teruskan melawat.. thnx mama.

Beeshazwals said...

best entri ...raziq biasalah di diam lebih baik dari banyak berkata kata.sebab banyak berkata banyak dustanya...

محمد رازيق said...

tq bee shaz wals sebab sudi lawat blog x seberapa ni.... stuju.. makin banyak dusta, takabbur & umpatan..

Anonymous said...

nice entry.. :)

bagus jugak kalo kita diam kan?

ME CTCT said...

xske org yang diam bila nk tanya pasal pe yang kita xpaham...biasanyer n buat latihan...diam sOmbOng betul! huhu

محمد رازيق said...

era kecik: yup, bagus tpdiam yang sesuai pd keadaan

CTK: hehe..itu diam yang x bertempat CTK.. samada dia tahu atau tidak apa yg ditanyakan..