Sunday, 23 October 2011

laju atau perlahan??

"woi, kenapalah perlahan sangat orang depan!! macam siput 'baby'.."

"laju sangat bawa kereta!!!! macam 'pelesit'!!!"




Dialog di atas sering diungkapkan si pemandu kereta, lori, bas dan sebagainya di Malaysia (termasuk aku) dengan penuh emosi dan penghayatan, seperti watak yang dilakonkan dalam drama-drama di kaca televisyen. Kebanyakan mereka adalah yang terlatih dan telah lulus ujian memandu dengan cemerlang dan terbilang. Laju atau perlahan, yang mana pilihan anda??? Masing-masing mempunyai destinasi tersendiri (ke tempat kerja, pusat beli belah, bermain futsal, lepak di mamak, rombongan ke hospital, rombongan meminang sebelah perempuan dan sebagainya) dalam jangka masa yang tertentu samada CEPAT atau LAMBAT, LAJU atau PERLAHAN.

*Mengapa memandu laju??
  • Mahu menjadi pekerja yang berdisiplin dengan sampai ke tempat kerja tepat dan jitu pada waktunya untuk tumbuk kad (punch card). Sebab utama bawa laju 140km/j. (Antara sebab bangkai kucing & anjing yang putus kepala, kaki dan lain-lain anggota bertaburan di jalan raya)
  • Untuk tujuan kesihatan dan keselamatan seseorang. Misalan membawa ahli keluarga yang sakit tenat ke hospital, mahupun yang terlibat dlam kemalangan di rumah (tertimpa seterika panas, terpotong jari tangan atau terkena renjatan elektrik), dan juga membawa isteri yang menanti waktu untuk melahirkan anak.
  • Mahu tunjuk hebat. Ingin merasa suasana perlumbaan Formula 1 (bezanya tiada penyokong) berlumba di atas highway bukan di atas litar yang halal. (Diakhir perlumbaan, penyokong datang membawa surat khabar untuk membalut tubuh pelumba yang berlumuran darah, mengusung terus ke hospital berhampiran. Syabas, anda menang)
  • Mahu menuju ke destinasi yang lain dengan kadar yang segera (meeting dengan bos, dating dengan 'bakal isteri', kalau lambat clash).

*Mengapa memandu perlahan??
  • Mahu berhati-hati niatnya, 20 km/j (sangat berhati-hati). Namun, jangan kerana terlalu berhati-hati menyebabkan  pemandu lain terlibat dalam kemalangan (setiap pemandu mempunyai destinasi yang tersendiri dalam tempoh yang tertentu).
  • Pemandu kurang upaya. (pernah melihat pemandu kurang upaya wanita di hon bertubi-tubi oleh pak cik yang 'berhemah', dengan kereta mewahnya Mercedez kompressor. Hebat pak cik, lepas ini boleh tebalkan kaca mata pakcik, sebab tertera dengan jelas sticker kurang upaya pada cermin belakang kereta wanita tersebut. Sudah jelas lagi bersuluh, HEBAT!)
  • Kenderaan 'kurang upaya' (kenderaan yang sudah berusia)
  • Trauma kemalangan. Mungkin bagi mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan akan lebih berhati-hati (tidak mahu pisang berbuah berkali-kali).
  • Pemandu 'P' atau 'L'. Kalau yang 'L' ini pun di hon.. senyum, tak perlu kata apa-apa.

Justeru, sudah jelas memandu terlalu laju mahupun terlalu perlahan mempunyai kesan tertentu. Jadi kata kunci dalam memandu (yang selalu ditazkirah oleh abah dan mama):
  • SABAR, seperti biasa. Latih diri bersabar ketika memandu (perkara yang mencabar buat aku). Bertolak awal sekiranya mahu sampai ke suatu tempat dengan lebih awal, jangan waktu masuk pukul 8 pagi, 7.59 pagi baru nak bertolak. Tidak perlu tunjuk hebat di atas jalanraya persis Michael Schumacher, bezanya kita di atas highway, dia di litar Formula 1. Sangat berbeza.

  • TOLAK ANSUR, cuba memahami kondisi setiap pemandu di jalan raya yang mempunyai destinasi tersendiri, baik atau buruknya destinasi mereka terpulang pada mereka (alhamdulillah kalau ke masjid, kalau ke disko.....)
  • BERSEDERHANA dalam memandu. Memandu dengan berhemah, mahir mengawal had laju pemanduan (Siapa mahir, mohon ajar aku).

Sekali lagi, PERLAHAN atau LAJU mana pilihan anda??? Mungkinkan SEDERHANA LAJU dan SEDERHANA PERLAHAN menjadi pilihan?? Tepuk kekanda, tanya adinda. Terpulang pada anda. Hargai nyawa, ingat insan yang tersayang.

(Pesanan buat diriku yang kurang bersabar ketika memandu dan kalian)

Credit: iluvislam.com


10 comments:

ME CTCT said...

jangan mamndu xda arah sudah...susah org belakan nti..kejap slow, kejap laju.huhu

محمد رازيق said...

hehe.. stuju ctk.. yg pnting konsisten ;)

ch000tz said...

dia pelahan sebab dia tak laju :p

محمد رازيق said...

chootz : hehe.. btul2 :)

Fadzli Amir said...

Salam kenal...
Walaupun panjang aku baca dengan sabar dan perlahan-lahan....
Aku selalu bawak kereta /motor memang cool, terkadang laju terkadang lambat tengok keadaan. tapi kalau jumpa org yg macam ni tak penah marah atau hon...tapi kalu membahayakan aku dan family memang aku hot sambil cakap..." lu nak pi mana bro/makcik"...sampai anak aku dah hapai ayat tu...hehehe9 nasib baik aku tak maki2-kalu tak mesti diorg pun ikut )

Rara. said...

setuju gak ngn ctk ~

yang penting - INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG :)

محمد رازيق said...

fadzli: salam kenal bro fadzlie.. time kasih lawat blog yg x seberapa ini... haha, sori pnjg sikit, tersemangat pulak masa tulis.. hehe, means kena control la depan anak2.. :)

rara: hehe.. stuju ngan rara.. thnx lawat blog ni. :)

Anak Teruna said...

Persoalannya, knp Ambulan memandu laju ??hehe..lepak sini..

محمد رازيق said...

anak teruna: hehe.. isu keselamatan dan nyawa. :) thnx lawat sini. :)

aswadz said...

kereta "kurang upaya"? hehehe... kelakar term nih.