Thursday, 27 October 2011

Mari senyum-senyum~~~

"senyum tak perlu kata apa-apa, senyum tak perlu kata apa-apa.."

Bait lagu 'Senyum' nyanyian Malique dan Najwa (barangkali penyanyinya) menjadi halwa telingaku tatkala dalam usaha menghasilkan poster penyelidikanku. Tersengih keseorangan mendengar lagu ini, feel katanya (menulis sambil tersenyum). Bila difikir semula, senyuman itu suatu amalan mulia yang mampu menjadi aura kebahagiaan dan keharmonian dalam diri dan masyarakat sekitar. Jangan dilupa senyum juga adalah nikmat kurniaan tuhan pada hamba-Nya.


Senyum adalah perkara yang mudah, hanya perlu merubah dan melebarkan sedikit bibir, tidak perlu botox. Namun untuk dilakukan adalah sangat sukar bagi sesetengah individu khususnya di tempat-tempat umum seperti di kedai, tempat kerja, kaunter dan sebagainya (senyum tak perlu keluar duit pun malah senyum dalam iklan Colgate dapat duit lagi). Namun yang sering dilihat hanyalah kerutan-kerutan kedut diwajah sesetengah individu persis orang tua yang berusia 100 tahun. Bukan mahu galakkan kalian senyum 24 jam (makan senyum, tidur senyum, mandi senyum, buang air besar senyum, buang air kecil senyum...). Hal demikian kerana khuatir anda disalahtafsir sebagai penggila yang sedang menggila mencari bala. Akan tetapi, senyum mengikut kesesuaian keadaan tempat dan situasi.

Model iklan colgate

Perlu diingat juga bahawa senyuman itu juga merupakan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yakni sunnah dan ikutan yang perlu kita amalkan. Senyum itu juga adalah sedekah yang termudah. Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (riwayat Bukhari). Namun perlu dibezakan di antara senyum dan tertawa. Tertawa yang melampau boleh menyebabkan hati kita keras (hentak-hentak dengan tukul tak pecah). Jangan salah faham, maksud 'keras' di sini adalah susah untuk menerima dan mencerna sesuatu perkara seperti pelajaran dan sebagainya.

Ketawa ke senyum??

Dari  perspektif sains, para saintis menyatakan bahawa senyum merupakan satu senaman ringkas di wajah (seperti blogwalking dimuka). Mereka juga menyatakan bahawa senyuman itu bukan hanya sekadar di pinggiran bukan hanya sekadar dimuka, tetapi ianya mampu menambahbaikan kesihatan tubuh seseorang dengan  memberi kesan yang positif kepada sistem dalaman seperti sistem saraf dan hormon di dalam tubuh kita. Analoginya, badan turut 'tersenyum' apabila kita tersenyum dan badan turut 'masam' (mungkin baunya) apabila wajah kita masam mencuka.

Nak susu??

Jadi, kesimpulannya marilah kita senyum! (ajakan buat diriku juga yang kadangkala masam mencuka) Kembalikan amalan senyum yang kian luntur kini. Hayatilah nikmat senyuman. Alangkah indahnya nikmat menerima senyuman, apatah lagi nikmat menyedekahkan senyuman.

Senyum!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis." -Hadis Riwayat Muslim.


22 comments:

Adie shahrul said...

Senyum seindah suria membawa cahaya,
senyum lah dari hati, duniamu berseri :)

caer sasuke said...

senyum 1 sedekah..hehe

محمد رازيق said...

adie :tq adie.. hehe.. yup..senyum seindah suria :)

محمد رازيق said...

sasuke: hehe. yup, sedekah yang mudah, tapi susah org nak buat.

sud@is said...

suka pic last tu

Lai Qma said...

bile tgk 0rg snyum,kite p0n ase na snyum jgk..
the p0wer 0r smile..hihi :)

Acik Hanafz said...

comel budak yg last tu senyum!! ^_^

aimi said...

:) nice entri..

محمد رازيق said...

S.u.D@is: hehe.. comelkan adik tu.. :)

Lai Qma:haha.. stuju.. pelik pulak kalau orang senyum, kita tak balas senyuman mereka..

Acik: hehe, comel macam tuan blog yek??

aimi: :) terima kasih aimi.. entri yang biasa2 saja.. tapi ceria :)

Nurul Ashikin said...

ermm saya suka senyum gak

محمد رازيق said...

shikin: bagus syikin.. seyum hati kita akan tenang :)

Acik Hanafz said...

nak jugak org ckp dye comel.haha

Ati Masrif said...

salam raz,

kak ati suka senyum tapi
masalahnya selalu tak nampak
org tu yg buat org ingat kita
sombong...kadang2 tu tak perasan
kadang2 tu sbb tak pakai cermin mata...hihi

Elie Lily said...

jom senyum sampai kebas! :D

budak planters said...

senyum!

محمد رازيق said...

acik : hehe.. mestilah nak :)

kak ati: wasalam kak ati.. razik tak kisah.. kalau akak free lawatlah selalu :) yang tu takpa kak.. janji yang penting kita dah mulakan suatu yang baik, terpuylang pada mereka. kena ingat spek mata selalu kena bwk :)

Elie: hehe.. senyum besar-besar :)))))

budak planters: hehe.. senyum bro :)

Unknown said...

Tersenyum membaca entry ni...good entry!!!!:-)

syimiekitty said...

nice entry! nak senyuman cantik..jagalah gigi elok2 :D

محمد رازيق said...

Ummi: tq kak diana.. :) senyum :)
syimiekitty: tq syimi.. btul.. gunalah COLGATE :)

Ekkem Spark said...

senyum2 selayu yee hehe :)

Pha Is said...

thanks atas peringatan yg brmanfaat... senyum selalu..!!

محمد رازيق said...

ekram: senyum :)

pha is: sama-sama phais. senyum selalu :)