Thursday, 24 November 2011

Tertekan??

Cuaca mendung. Sayu. Sang mentari sempat bermain 'sorok-sorok' di sebalik cik awan. Malu katanya.

Hajat di hati, mahu berjoging. Erk.. walaupun ianya pahit tapi ia benar. Ini tidak tipu.

Bukan apa. Tidak mahu adik perut 'meninggi diri'  membuncit.
Tidak mahu awek Tesco pandang serong pada perut yang membuyung. Tidak mahu mak cik tempe pasar tani  bertahi lalat atas mulut bertanya "Berapa bulan ni dik?? 8 bulan ek?? dah scan?? gegurl ke boboi??"

Haha. Boboi rupanya.

Hormati dan sayangi warga emas. 

**********

"Tepat jam 5.00 petang, cabut." monolog hati.

Bukan cabut bulu kaki, tapi cabut dari lab menuju ke UPM. (UPM adalah tempat aku berjimba dengan kawan-kawan senget yang sekepala, pensyarah mantap, pengetua kolej KMR, ex awek, akak indon fotostat dan makcik guard UPM masa study dulu)

Mahu melunaskan hajat berjoging di UPM. Aku tak nak jadi saintis gila duduk bertapa dalam lab tengok kromosom dengan DNA 24 jam. Aku tak nak digelar andartu versi lelaki yang menghabiskan sisa-sia hidupnya di lab 24 jam. Itu bisa buat aku gila dan tertekan.

Apapun yang penting kena keluar duit dulu. Mana taknya, buka-buka dompet kosong. Duit kertas tak ada, syiling pun tak ada. Malu ni kalau 'bakal ayah mertua' nampak. Awas.

Maka, hala tuju sasaranku sebelum berjoging adalah CIMB bank. Baru sepuluh tapak melangkah, titisan-titisan air dari langit yang masih boleh dibilang jumlahnya menerjah tubuhku.

"Sebelum titisan hujan ini 'tidak boleh' dibilang, baik aku cepat melangkah." Hati berbisik lantas mengenakan sweater lusuhku. Lebihan fabrik sweater di bahagian tengkuk kusarungkan ke kepala. Terfikir alangkah baiknya masa ni jadi Flashman. Berangan.

Dalam meneruskan langkah, kelihatan segerombolan Homo sapien setia menanti bas dalam hujan rintik. Namun mataku tertarik pada empat sekawan Homo sapien (lengkap berbaju kurung) yang kelihatan sedang meng'usha' aku.

"Aku tau aku comel. Pakai sweater tutup kepala macam Teletubies. Tak payah pandang aku lama sangat. Nanti aku blushing". Hatiku bermonolog. Namun monolog ini agak keterlaluan bunyinya.

Sekali lagi sambil berjalan aku mengalihkan pandangan ke arah empat sekawan Homo sapien tadi. Kali ini agak kejam. Mereka tersengih seperti sedang memerli aku. Tertekan

Aku suka warna unggu.. Paling matured di antara empat..

**********

Tiba di bank, aku beratur menunggu giliran. Tak apa bagi pakcik dan makcik ni dulu. Tak apa bagi awek ni dulu. Konon gentleman. Yang abang-abang sila tunggu belakang. hak hak

Tiba giliran aku. Semangat. Aku mengeluarkan dompet, mencari-cari kad ATMku. "mana?? mana??"  Baru teringat. Tertinggal dalam kereta semalam, cik emak aku simpan. Owh, si anak emak.....

Serentak dengan itu, petir menyambar. Hujan turun dengan rakusnya. Duit tak dapat keluar, hajat berjoging lesap. Tak apa, aku tak tertekan. Itu tipu.

Rasa nak gunting lapan kad ni bila sampai rumah.

**********

Pernahkah korang tertekan???? Sila jujur. Tidak pernah?? Kalau tak pernah kalian memang hebat. Hebat menipu. Bagi aku tertekan itu satu lumrah dalam kehidupan. Larilah celah bedah manapun, tekanan itu akan setia mengikut. Macam sweet couple.

Bagi aku tertekan dan tekanan ini mengandungi pelbagai definisi. Apakah itu tekanan??

Tertekan dan tekanan itu bukanlah umpama tertekan pedal minyak sampai langgar divider jalan. Itu gila. Tertekan yang aku cuba bawa dalam entri ini adalah tertekan jiwa dan rasa.

Tekanan itu umpama diketuk masuk paku tekan ke dalam kepala, seterusnya dihentak-hentak dengan tukul beberapa kali sehingga puas. Sabar, ini hanya analogi (kalau nak try buat kat rumah, aku tak tanggung.. korang tanggung). Tekanan itu berpunca dari ketegangan yang ada dalam diri dan persekitaran.

CONTOH-CONTOH situasi tekanan mengikut peredaran masa dalam mitosis kehidupan:

a) masa tadika

Kawan ejek mata timbul, telinga capang dan mulut tebal macam negro. Balik rumah, nangis-nangis ngadu pada emak nak berhenti tadika. Tertekan


Aku selalu confuse antara huruf 'p' dan 'd' masa tadika. Tertekan.

b) masa sekolah rendah

Kecewa markah bahasa Melayu kurang satu dari kawan. Kawan dapat 40%, 'sendiri' dapat 39%. Beza satu markah, tapi dalam report card warna pen lain-lain. Sure 'sendiri' punya  warna merah. Mahu tukar sekolah. B.M failed. Tertekan

c) masa sekolah menengah

Minat awek sekelas yang rupa macam Neelofa. Tapi tak tahu macam mana nak luahkan. Tiba-tiba, dengar cerita awek itu sangkut dengan geng baik sendiri. Mahu berhenti sekolah. Tertekan

d) masa di universiti, alam kerjaya dan alam rumahtangga

Di universiti dapat tawaran kursus kejuruteraan kimia. Dah final semester baru sedar jiwa tak sesuai dengan engineering. Tapi lebih sesuai dengan TESL, sebab sangkut dengan awek foreigner muka macam J-lo. Tertekan

Bila dah bekerjaya, sedih tak dapat luang masa dengan isteri dan anak-anak. Memanjang meeting. Weekend pun meeting. Bila boleh dating dengan bini bincang isu tambah bilangan anak?? Tertekan

Dah kahwin 15 tahun, anak dah sepuluh baru tahu si suami sudah kahwin tiga. Hebat suami, isteri kecewa. Mahu berpisah. Tertekan

Bila kita tengok situasi-situasi diatas mungkin agak pelik. Tapi itu adalah hakikat. Kebanyakan tekanan berpunca dari mindset dan persekitaran kita.

'Mindset' itu satu aset. Kena 'setup' 'mindset' yang baik untuk hasil yang baik.

**********

Jadi kita perlu mengawal tekanan. Bukan tekanan 'mengawal' kita.

Banyak cara untuk mengawal tekanan sebenarnya. Misalannya cuba latih diri menjadi dan berfikiran positif, menilai kelemahan dan kelebihan diri, kerap bersenam, luangkan masa bersama awek, isteri, keluarga, dan anak-anak, melancong dan jangan malu untuk berjumpa pakar kaunseling sekiranya bermasalah.

Banyak kaunselor-kaunselor dan pakar motivasi yang hebat dan famous di Malaysia. Antaranya Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Tapi tak semestinya kena jumpa kaunselor famous bila bermasalah. Sila jangan terlalu 'diva'. Awas. Kasihan kaunselor lain, tak dapat cari makan. Hak hak


Dari segi rohaninya pula, kita perlu mendekatkan diri kita pada tuhan, banyakkan berdoa pada tuhan, biasakan diri dalam keadaan berwudhuk dan sebagainya. Paling penting sentiasa bersangka baik dengan tuhan bila mana ujian menimpa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” –Hadith riwayat Imam Tirmizi

Hakikatnya manusia sering diuji oleh-Nya untuk dilihat keyakinan dan keimanan kita kepada-Nya. Cuma persoalannya, adakah kita cukup bersabar atau terlalu 'hambar' dalam menghadapi ujian-Nya? Persoalan bersama.


Aku sedar, aku juga mudah tertekan sebab aku manusia lemah.


"Entri ni ditaip masa hidung tersumbat sebelah. Aku nafas ikut satu lubang hidung sahaja. Aku tertekan".


Positifkan diri. Demam itu ujian tuhan juga kupon diskaun 'dosa'.


p/s: Sudah-sudahlah trend bunuh diri, gantung diri kat kipas, bunuh anak, baling anak, bunuh bini bila tertekan tahap cipan. Cuba bila tensen bunuh benda lain macam bakteria ke, nyamuk aedes ke.. (^_^)

78 comments:

Cik TeN10 said...

Gua tertekan dgr lecturer gua membebel ntah ape2..bebel lain exam keluar lain.. Tertekan !!! Grrrrr

eLL said...

gua kan emo jadi otomatik memang gua tertekan setiap hari

aiEz said...

ak terasa beb ayt perenggan pertama tu,hahaha...ayt "tertekan" di"tekan"kan dalam entri ni...bagus,siapa yg xnak dgr nasihat tu kita "tekan2"kan dia,hehe...;p

Bulan Syurga Firdausi said...

mcm2 tekanan dlm hdp ni...
yup tq2 salam kenal jgk bro..

NIZAM said...

entri ni memang bagus n kena mengena dengan condition sy skang ni. sy? *formal* semua betul spt yang dinyatakan di atas. tp part bunuh bakteria tu takleh blah. taksuke bio. haha. thanks sbb buat sy gelak. ok2. taknak tertekan dh. :))

Cikgu Ma said...

saya sedang tekan keyboard taip komen ni...hhee..salam jumaat (",)

jom baca (",)
kata-kata adalah cermin peribadi

Telor Power said...

kehkehkeh....tertekan! jom release tekanan dgn pi bercuti

Telor Power said...

kehkehkeh....tertekan! jom release tekanan dgn pi bercuti

sudipVSsenduk said...

amat tertekan bila bos tak luluskan cuti atas alasan yg tak munasabah... rasa mcm nak tekan-tekan je semua butang dalam lif yg ada 25 tingkat ni

khaifaiz said...

berhemahlah dalam menangani tekanan...

dear anies said...

tanpa tekanan hidup x de thrill

mummyrinazone beauty said...

ketara tertekan bila baca entri yang bermonolog sesekali menampakkan gusi ako yang sedikit tebal=)haha,,sbo2

stress ako..adaker andartu versi lelaki?haha

sitiezahim said...

nice entri...sangat suka..salam kenal dr duisburg germany :D

محمد أمين بن أريس said...

aha..cian ko bernafas separuh hidung....btw raz aku stat bz da...aha...da mule sem da...g la makan panadol ke....pil cit kit tek aun ke...he3

Aefa Aerisya said...

tertekan member len balik kampung bercuti -.-'

Unamn said...

una tertekan sebab una dah nk msuk 21 thun depan una rse una tua #aptb

Unknown said...

gagaga..tertekan aku baca entry yang banyak perkataan tertekan ni..hahaha

The Everyting In My Life said...

wow!!superb best ur olahan dlm entry...suka baca..n sekarang asa macam berbunga2 je...xtau nk komen apa.stress pun jd xstress.. :P

nikamir said...

penatnya baca...
tp well said...
1st time sampai sini...
Kami Cool

Unknown said...

hehehe...banyak betul tekanan nyer... pengaruh sekeliling tu la paling byk...argghh..haha

farahadilah said...

banyak nya tertekan dia... hahak.. i follow u!!! tq..

NN said...

panjangnya entri..... tp waktu tertekan ain masa form 5.. sangat2..
Inspirasi Nurul Ain

iAmCekbolat said...

bolat tertekan biler bace sbb terasa ! adehyaii.. haha =,=" syoknya baceee..

suha said...

sedikit pembetulan ye,Dr. Fadzilah Kamsah bukan kaunselor tp dia pkr motivasi (^_^)

dulu mcm xtau je cmne nk tangani stress tp sejak cik suha smbg stadi dlm counseling field neh,Alhamdulillah dh tau ape teknik2 yg boleh di apply

apepon,doa dan berserah diri kpd Allah tetap de best way of all (^_^)


erk pnjg lak komen..tengs 4 de willingness to be my katak lala

Anonymous said...

hehehe.. tertekan bila time exam,time asgmnt xciap.test memanjang, time hujan naik bus ttibe kne mrh dgn pkcik driver bus, tertkan sbb kwn n fmly tye kamu ni xkn xnk kawen..hahah.. :) lg2 lau adik tye...

محمد رازيق said...

cikten10: hehe.. sila jangan tertekan.. nant masuk exm lu.. hehe.. all da best

eLL; hehe.. kurangkan tekanan anda.. sila makan coklat bnyak2.

aiez: hehe. jangan terasa bro.. sebab ko ade geng iaitu aku.. haha.. tekan mereka dengan paku payung

bulan syurga firdaus: betul tuh.. saya stuju, terima kasih datang lwat.

niezam: x kisah bro. nak guna 'sy' pun boleh.. sabar yer bro kalau ada tekanan.. hehe.. tq lwt blog sy

cikgu ma: hehe.. salam jumaat. terima kasih atas peringatan :)

telor power: hehe.. jom bercuti..

sudip vS sneduk: sabar.. sila jangan terjun bangunan.. huhu

khaifaiz: yup.. hemah dalam tekanan..

kahirin: yup, hidup sepoerti robot.

wan nrul hezrina: hehe.. takpe.. sneyum nampk gusi tu kan manis.. hehe

sitiezahim: terima kasih. say masih amatur.. salam kenal.. selalu2 dtg lwat yer..

amin: haha.. ye ker bro?? takpe bro.. study elok2 yer.. rajin tapi smart.. kalau ada pape masalah chatle kat aku..

aefa ayrisha:hehe.. sabar.. balik masa cuti sem.. hehe

izzana: itu hanya angka dik.. hehe.. yng penting bila umor kita naik, kita makin matang.

finaz jaafar: hehe.. sila jangan tertekan.. sabar..

za: terima kasih.. saya masih amatur mohon tnjuk ajar..

nikamir: terima kasih sudi bc entri yang pnjg berjela ini. jmput lwt lg.

biqa hatmin:hehe.. betul, banyak tekanan ni.. keyword sbar :0

farahadilah: terima kasih farah :)

Nurul ain : baik. saya akan pendekkan entri sy yg seterusnya..

cekbolat: jangan tertekan.. hehe.. sy pun sama.. think positif.. terima kasih.

suha: terima kasih suha atas pembetulan tadi.. wah suha amik kaunseling mesti lagi bnyk tips ni kan.. kalau2 free nanti buatlah entry khas pasal stress.. hehe.. kita perlu berserah pada-Nya.. sma2. salam kenal

nur sakura: hehe.. sbar yer.. kalau tak tahan sngat buat tak tahu jer.. hehe.. tapi yang esemen semua tuh memang kena rajin2lah.. test pun kenalah studi.. hehe.. all da best

ORLANDO AHMAD said...

gua tertekan ngan projek

Syairani Tarmizi said...

wa pon tertekan sebab wa xleh jawab test ibm.huwaaa.

tapi klu tang gambaq teletubbies tu wa suka wrna merah.sbb comel.*aww :D

Sara Ali said...

kita mula rasa tertekan bila orang dok pot pet tak henti2...
xkisah la sapa2..

serius memg x tahan..
tapi kaan tahan bila orng bising tpi jgn la pot pet...hehehe

Hansyirah Takezur said...

tertekan sb xdpt bunuh nyamuk n bakteria mcm yg dsarankn kat p/s...

haha...

dayah said...

eh da kawin ke tuan belog ni..haha, pjg naa isi emtry tertekan ni..hebat.

hidup ni banyak cabarannya..kalau takde challenge atau ujian yg datang bukannya hidup namanya kan. berdoa banyak2. salam perkenalan..boboi bhaha

Anonymous said...

Raz, Raz,claw of attraction ye Raz...byk fikir negatif Raz, benda2 negatif yang akan dtg pada kita Raz... Fikiran Cemerlang, Suasana Gemilang.- Dr. Fadilalalitamplum

si ngokngek said...

aku tertekan dgn line mcm hamprak,cari menyelesaian makan dulu..witt be positif..

:)agak-2 awek tertekan muka hang mcm teletubies kowt..hikhok~~

Juliet_iRa~" said...

jgn stresss...nt lagi stress..haha..;p

ok..ira ada bljr asas bimbingan dan kaunseling ms final sem baru2 ni..stress ni tbahagi kpd 2 yea iaitu distress dan eustress..

distress - stress yang negatif ( stress exam failed, bhutang keliling pinggang )

eustress - stress yang positif ( perkahwinan, dapat anak, dapat naik pangkat, lulus exam )

sekian shj..;p

psss : my name is Ira, not IKA! HUUUUUUU

eVa said...

tertekan sbb terlalu kurus.. hehehe

whitecappuccino said...

akhir tahun ni dah kurang sikit tekanan..sebab cuti!

Tie HT said...

UPM tu tpt akk study dedolu..warga KTP..hehe..n MARDI Serdang tpt akk keje memula lepas grad..byk sweet memories

cantik entry ni... :)

THE AUTHOR said...

tertekan adalah lumrah kehidupan...tertekan bermaksud masalah...hhehhe.
Hidup mana tak der masalah...cuma samada critical, major atau minor ajer...

Salam kenal

Ati Masrif said...

apa maksud 'homo sapien' tu?
akak di tak faham :)

bila dah kahwin nanti
tertekan dgn MIL pulak
lebih2 lagi kalau dpt anak omak tau
hehehe~ jgn terasa..selalu gitu ler

^_________~

Ceiler Mun said...

gua TERTEKAN. hehehe. biasa la tu hidup mesti ada tekanan punya. kan? :)


emm. betul ke ko kenal sairi? yang ko komen kat entry aku tu. huhu.

Telor Power said...

jom cuti kemana bro....set la, wa join jer

tirahzairi said...

tertekan gak nie...kene wat lab berjam2...hr sabtu pon kne pegi lab...adoiiii...seharian kot...nseb bek je xbermalam kt lab...huhu

mknace unlimited said...

kengkadang tertekan jugak

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

cik asam jeruk said...

tertekan bila orang asek tnye bila nak kawen? bila lagi? haih

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

choki jugak pernah tertekan

aimi said...

hahaha.. sbr k raziq.. aku pon slalu jadi cmni.. tapi kenang balik boleh gelak sorg2..

ratusiput said...

tertekan bila gaduh ngan suami je.ehehe.salam kenal jugak dr ratusiput.terima kasih sbb sudi singgah blog ratusiput.keep in touch :)

Mia Meymi said...

stiap org msti ade prasaan trtekan.. :)

L said...

perkara biasa lar.. huhu.. sapa yg xpenah tertekan..


jom bacer jup..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

♥ p a a n i ♥ said...

masa tadika sy selalu konfius nak tulis no sepuluh. samada '10' atau '01'...haha tertekan~~~~

cik timbahijau said...

taktahu nak komen apa. tertekan!!grrrr

hehe...potong lapan je kad bank tuu. dah potong nanti tertekan lagi..

Sha. N. said...

Nice entry..
Tekanan ni ada yg positif and negatif.
Yang positif boleh buat kita berusaha jadi lagi baik.
Dan yang negatifnya bila kita tak boleh handle tekanan dengan baik, mula fikir yg bukan-bukan... "Stresssssssss!," bak kata Gary. heee
-Salam perkenalan-

dalila said...

dela tertekan dengan mulut2 orang......... hhee....

nurul ezzatie zulkarnain said...

haha..
bgoz tol entry ni..
tertekan btol bacer entry ni..
glak x brenti-renti sal kad CIMB tu..

محمد رازيق said...

orlando ahmad: hehe... jngn tertekan bro. buat slow2..

syairani: heheehe.. lu suke merah yer.. tapi merah cam dik bongsu.. jadi wa suka yg matured sikit.. hehe.. thnx support wa.

sara ali: hehe.. betul2.. tapi tahan je la kalau orang dah memg mulut bising.. hehe.. mngkin bila kita diam, dia pun snyap.

hansyirah takazur: hehe.. nak bunuh bakteria guna dettol.. bakteria ade kat mana2 termasuk tgn. nyamuk guna ridsect ok..

dayah: hahahaha.. tuan blog ni single mingle lagi :) haha.. panjang, kena cut2 nanti.. hehe.. betull tak thriller kalau takde cabaran.

hidemichi: hehe.. beetul.. sy suka ur opinion.. boleh jadi pakar kaunseling pasni..

si ngokngek: haha.. mungkin, die tertekan tgk aku cam teletubbies :).. hehe.. gune wireless McD jer..

juliet ira: opss sori ira.. typing error.. thnx for ur sharing.. means tekanan ade jeneis baik juga :)

eva: makan banyak jom :)

whitecappuchino: hehe betul!! dah boleh rehat2 sikit

tihara: wah, akak upm gak ek?? amik kos pe dulu?? hehe.. bertuah dapat jumpa alumni ni.. apepun sy pun da jd aumni UPM.. hehe

hanif: yup bro.. setuju.. tak lngkap hidup kalu xde tekanan..

kak ati: hehe.. homo sapien tu nama spesis bg manusia kak.. hehe.. tak terasa pun.. tp sy anak emak.. haha

bella bell: hehe.. btul.. aku setuju.. adatlah tertekan kan. hehe. aku tak kenal sepupu ko tuh.. sbb aku rase aku btch lagi awal dari die..

telor power: haha.. gua pun tak tahu nak cuti mane.. nat gua da set gua roger lu ok.

Tirapengemis: sama nasib tira,, dulu masa final year degree tidur pun kat lab.. hehe

Mknace: hehe.. etrima kasih lawat..

cik asam jeruk: kalau org tanye lagi, tanye balik org tu, anak u dah kawain, adik u dah kawin.. hehe

ini belog sy, cinta hati sy: hehe.. semua orang pernah tertekan choki :)

aimi: hehe.. betul aimi.. bila terkenang tak boleh bla lah.. haha

ratusiput: hehe.. biasalah rumah tangga.. kdgkala itu yg merapatkan lg hubungan suami isteri.. yup kak.. keep in touch :))

Mia meymi: ye, setuju mia!

L: lumrah manusia ustaz L

paani: haha.. pengalaman kita sama :))

timbahijau: hehe.. at least dah komen.. fikir2 balik, tak jadi la nak gunting 8. bukan boleh masuk mulut pun.. hehe

sha. N : terima kasih sha.. betul.. tekanan akan membuatkan kita lebih matang dan rasional.. salam kenal!!

Dalila hamid: wah, kalau tertekan dengan mulut org, sumbat je mulut diorg ngan stokin.. hehe.. gurau.. tak apa,, mulut orang kita tak boleh nak tutup.. jadi, kita sabar.. inshaallah, org akan tutup mulut sendiri.

nurul ezzatie: hehe.. terima kasih zati.. jagn tertekan bc entri ni.. hikhikhik.. pernah try ke gunting kad CIMB?? hehe

kepada semua shabat blogger, sy ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam maal hijrah.. moga di tahun baru ini kita akan menjadi lebih baik.. bukan sekadar azam tapi perlu dihayati. pesanan bersama.. inshaallah

Anak Wak Mail said...

tempat yang kau pergi tu,,biasa aku pergi semuanya..hahaha..rasa tertekan pulak..:P


bisalah kalau namanya hidup,,tak lari dati takanan..fikir positif je..;)

Anonymous said...

wah...bestnya etry...gaya penulisan macam novelist.....ngeee....

atasi tekanan dengan betul......kalo tak mati kutu....#eh

Salam Maal Hijrah... :)

Razil Tahir said...

tertekan...
satu perkara yang amat berbahaya.
Bila tertekan, rasa cam nak menekan orang lain plak... hahahahah XD

Unknown said...

i sangat tertekan bila keje ni tak siap lagi keje laen pulak yg dtg.grr.tapi kalau macam u,dh g atm tapi lupa bawak kad atm,memang bengang la kan

Unknown said...

salam maal hijrah,salam ukhwah..
terima kasih singgah ke blog k,ayu

k.ayu sentiasa sibuk dengan blog, nak gelar blogger pun malu..
so, kak ayu tertekan selalu.. hehehe

bukanretis said...

tertekan lak baca entry ko ni tetibe..hehehe

nur_za said...

salam..biasa la manusia kalu tertekan..tapi pandai la kawal emosi/perbuatan..entry yg best...10 markah saya bagi..hehe

محمد رازيق said...

anak wak maiL: hehe.. tu la pasal.. aku rase kalau xde tekanan hidup tu macam tawar je.. hehe

nurul nadiah mamat: terima kasih.. touching ni.. hehe... inshaallah.. betul mati kutu dibuatnya.. hehe..

razil tahir: hehe.. betul tu bro.. tu la punca orang ngamuk tetak parang kat org lain.. hehe

rozuan ismail: hehe.. betul2.. tp as s student itu lumrah.. tak siap asemen ni, asemen lain dtg.. hehe

citarasa rinduan: hehe.. beselah k ayu.. lgpun k ayu blogger otai.. hehe.. sy ni baru sebulan mnjinakkan diri dlm blogging ni.. picisan je.. boleh blja sikit2 ngan kak ayu. tq kak

bukan retis: hehe.. sila coolkan diri anda :)

mimie za: betul, manusia itu mudah tertekan.. hehe.. wah, ade markah... terima kasih.. terharu sgt.. thnx for ur support ye mimie..

M Fizan said...

wowwww...entri memang mantap.. penulisan sangat tidak membosankan..keep it up.. tekanan itu pun ujian Tuhan :)

Unknown said...

Tekanan dlm hidup ini perlu.. asal kita tahu menguruskannya, Insya Allah.. ;)

jom join segmen
http://www.kakyong.com/2011/11/segmen-rerama-berterbangan-dec-2011.html

neesa_jun said...

gila tertekan!!arrghh!!

whitecappuccino said...

ohhh! semalam rasa tertekan sampai sakit kepala huhuhu..

AziziBasyah said...

semakin famous blog ko...TAHNIAH..tetibe rasa diri ni nak berguru dgn tuan hamba pulak...hehe

dulu aku tertekan ngan rumet aku kat UPM tu...sapa die..??ko sendiri kenal kan..ahaks~

Addin said...

tertekan tu dah macam bestfriend addin ^^

Bitt (double IS) said...

ehh ehhh ada teletubbies laaa...hehe

terima kasih sudi komen dan follow....lepas saya manage balik follower saya insyallah will be follow u back sebab sesekali layan cerita tersirat nehh syok... ;)

for me, tertekan boleh di selesaikan bila kite let go kan beban itu ;)

opss sorry jika merojakkan bahasa...;)

Unknown said...

Tertekan bila kita tengah loading video tetibe google stuck so kena tutup dan loading balik but internet memang super lembab. Hahahahahahaha

LURZAN TAZA LIMAJ said...

tertekan itu indah, mampu?? :-)

A retarded kitty said...

aku stress tunggu result SPM keluar

kekeke

محمد رازيق said...

m fizan: terima kasih.. biasa2 je fizan: banayk lgi kena blajar.. baru dalam blogging ni.. anyway, kalu ada pape komen boleh suggest yer..

kakyong: setuju kak yaong :). janji kita ada usaha.

neesa jun: hehe.. sabar nisa :)

whitecappuchino: letak minyak kapak.. hehe..

azizi: hehe.. terima kasih.. xde famous manapun.. bioasa2 jer zi.. aku yg banyk kena blajaq ngan ang ni.. hehe.. rumate ko??????? tertekan.. hehe

addin: means addin dah biasa yer.. hehe

bitt double IS: hehe.. mesti ada, sbb sy suka teletubbies. hehe.. sama2 .. betul.. jgn tensen2 sangat. pening dibuatnya.. :)

azzyati elias: hehe.. itu memang tekanan.. sabar yer.. hehe

azat: adakalanya mkampu dan indah bro.. hehe

Kartini said...

pernah tertekan gila. lecturer lpas bg assignment, assignment lg. even assignment tu xde dalam list yg kene buat sbg assignment pon. haha

Tapak Kaki said...

kalau aku tertekan, aku pergi sepak bola kat padang..hihi. seronok dengan 'tertekan' ni..

Ca Ezah said...

mmg xnormal idup kalo org xpernah tertekan..hehe..

Anonymous said...

hidup kalau tak tertekan bukanlah hidup namanya.

eh masa tadika pun ada tekanan ke? aku masa tadika tak sempat nak pikir apa2. cuma tau main je. kalau mak tak bagi keluar rumah maybe itu tekanan masa umur tu .hihi