"Kau puasa ke tak? Lembik satu macam..”
Aku tersentak. Empat mataku tertumpu pada satu jasad. Pertanyaan sahabatku itu boleh dianggap pelik dan durjana. Dompet dibuka, kad pengenalan diteliti. Syukur, masih tertera nama Razik. Bukan Razikah, bukan Siti Nurazikah.
“Puasalah der. Celah mana aku uzur. Ceciter-ceciter.” Ringkas di jawab.
“Manalah tahu kau tak puasa Jik. Termenung tak ingat. Neelofa curang hape? Kalau dia curang Anzalna ada.” Balas sahabatku. Letih untuk berhujah, lantas kaki mula melangkah.
*****
Termenung? Senario yang sering aku alami dua tiga menjak ini. Barangkali disebabkan kesibukan yang melanda. Tesis mahupun jurnal menghantui jiwa. Macam orang-orang sekarang kata, tidur tesis, makan tesis, mandi pun tesis. Gila. Skema.
Ini aku?
Namun, semua itu semakin hampir ke penghujung. Moga penat lelah itu berhasil. Berkat doa mama, abah, keluarga dan sahabat (juga ex, ehh..). Mata berkaca.
*****
Termenung lagi? Aku masih termenung. Memikir hala tuju esok, lusa dan seterusnya. Soal keluarga, mama, abah juga kerjaya. Perancangan keluarga (family planning)? Masih jauh. Kahwin pun belum.
Sekadar hiasan
Sahabatku di alam nyata selalu menasihati aku yang pelupa, hala tuju ‘dunia’ seterusnya juga perlu difikir. Jangan siang malam fikir kahwin.
“Genius minds discuss about their destiny in the hereafter”.
*****
Termenung lagi? Termenung memikirkan si cinta hati, My w.o.r.d.s. Bersawang, berhabuk juga berdaki cinta hati ini. Sedih. Masih ada ke insan yang sudi menelaah cinta hatiku ini?
Laptop aku belah kanan. Kiri, laptop anak buah. Dua-dua tengah update blog.
*****
“Oit, Jik. Jangan kau termenung depan biskut Mama Carey tu lelama (nama biskut nak vogue). Cair gula atas tu.” Sergah abangku.
Tersedar. Aku sedang berhalusinasi perkara-perkara di atas tika termenung merenung biskut Mama Carey.
Kuih Mama Carey, bukan Mariah Carey.
*****
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat-sahabat blogger. Maaf atas salah silap juga terlanjur kata. Moga amalan di bulan Ramadhan diterima Pencipta. Amin.
p/s: Gua akan kembali aktif berblog. Maaf sebab gua busy sikit. Apepun gua nak kasi setel apa yang perlu. Ni gua tengah check tesis sebelum submit minggu depan. Gua risau terselit words ‘gua lu, gua lu’dalam tesis. Habis gua kena sembelih dengan examiner.
35 comments:
selamat hari raya juga ! :))
selamat hari raya raziq..
berjanggut nak tunggu ank update.haha
selamat hari raya bro... :D
salam...waaa...3 bulan "hilang"..hehe
akak ingat jerr blog ni...ingatkan dah pencen BW..kalut dgn tesis yea..gud luck yea..akak plak tengah tunggu posting sekarang =)
tu la, lama giler tak update. wah! dah nak graduate la ni? mesti best. graduate school tu sgt mencabar minda kan. ;D
selamat hari raya jugak. maaf zahir batin.
Ajik,akhirnya kembali..lama ak dok menanti entri ko jik,kembali aktif ajik..pasti ak singgah dan baca belog ko ni..
*salam aidilfitri ajik,maaf zahir batin..ak nak jugak jumpa kawan ak sorg ni,tp masih belum ada rezeki..inshaAllah ada nanti
Selamat Hari Raya bro!
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.
Dah lama aku tk termenung
slmt hari raya bro
ekekeke...aku dah lama tak termenung . kadang kala termenung ni layan juga beb
slmt hari raya bro..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
salam eidul fitr heee terselit sampai kene sembelih erk..skrg gune bahase pasar je :P insyaAllah jemput la dtg rumah sy jgk..
Selamat Hari Raya!
kekadang dlm bilik termenung pun tak sempat nak termenung...
"genius minds discuss about their destiny in the hereafter".
setuju.
salam aidilfitri. pertama kali berkunjung ke sini. habit sy mmg termenung. dlm lecture hall mcm tumpu perhatian tp sebenarnya pokerface+fikiran yg ntah ke mn.
termenung?!lempang sebutir!jgn buang mase.baik tido je dari termenung.haha
selamat hari raya maap ats niat nak kasi pelempang aq tu.tenkiu singgah belog cendol =)
tesis oh tesis... hai... Selamat hari raya jugak...
selamat hari raye razik..lama jugak tak komen sini..welcome back..wah kemain comel laptop anak buah tu..hehe..termenung ngan thesis ea..gud luck..
selamat hari raya..maaf zahir dan batin
salam aidilfitri.....
menarik blog ni...
hemmm TESIS dan juga KERJA mmg
sgt sering membuatkan kita
termenung.. selalunya simptom
tu hadir pabila minda kita
mengalami percanggahan tentang
samaada BOLEH SIAP atau pun
TAK BOLEH SIAP.. kan? kan? =P
*errr owhh kuih mama carey.
nama nak vouge. hehe
slm syawal,
cik ana
termenung jauh, berangan dekat.. huhu sedap biskut tu..
tesis....selagi xsiap mmg tekanan...slmt bertesis...salam aidilfitri...:)
biasa la, kekadang tu kita kena selesaikan apa yang lebih penting dr blog hahhaa
:D
sabarlah., after submit tesis rasanya sungguh lazat dan nikmat. serius.
Termenunglah, andai mahu segala kerja terbengkalai.
Salam aidilfitri!
^^
emm..penulisan yg best! 1st time singgah sini... dah2 tak payah termenung p siapkan tesis.. hee.. salam aidilfitri... =)
tuan sy mungkin ada di bangi sabtu ahad ni!
Selamat Hari Raya Bro!!
Lama dah guwa tak singgah sini. Huhu~
selamat hari hari di hari raya.. :D
salam syawal bro..
bilalah dapat lepak-ing sma2 ni.hheee
Good luck..
Selamat Hari Raya! ;)
slamat hari raya bro.. comelje laptop sblah kiri tu hahah
jangan selalu termenung ye dik. :-) pesan buat diri ini juga hihi :-)
Tau dah sebab apa.....teringat si dia ... tak mungkin disisi di pagi raya ...he...he...
laptop belah kiri tu terlalu rare.. susah nk cari tu..hehehe
Post a Comment