Sesekali melihat tangisan anak
kecil itu. Tidak berjaya memadankan bongkah-bongkah kecil itu. Aku pergi ke
arahnya, memadankan bongkah-bongkah kecil. Aku ‘kembali’ ke dunia itu.
*****
Ceritera pada salah satu hari,
tahun 1995, di satu malam. Aku, 7 tahun.
“Ajik, janji dengan mama. Jangan
minta mainan lagi.” Ibu mengingatkan.
Aku mengangguk. Tidak mengiyakan.
Serik untuk berjanji.
Tangan kanan di pegang ayah, tangan kiri di pegang ibu.
Menuju pintu masuk gedung itu.
Mengikut ibu dan ayah mencari
keperluan harian. Riang, ditolak si ayah bersama barang keperluan di atas besi
beroda. Megah, bila anak kecil lain memandang jasadku.
Di satu tempat lain, aku perlu
menundukkan kepala. Ibu kata, anak sekecil aku tidak boleh melihat itu. Hilang
ingatan. Aku jeling-jeling tengok.
“Kenapa baju itu kecik
mama? Kenapa? Seluar kecik tu Ajik pun ada.” Soalan dewasa. Ibu
tersengih, ayah menyengih.
Di satu tempat lain, ibu sedang
khusyuk. Ayah menemani. Membelek-belek bulatan kaca. Pinggan, cawan. Agak lama.
“Mama, boleh tak Ajik pergi situ?”
Soalku sambil jari dituding. Hanya beberapa langkah tempat itu. Ibu mengangguk.
Dipesannya “Jangan pergi jauh sangat.”
*****
Mataku melihat-lihat tempat itu.
Penuh warna warni.
Melihat patung Barbie yang seksi sana
sini. Sedikit jengkel. Aku tidak lari dari norma seorang lelaki.
Melihat kereta-kereta kecil
bergerak-gerak, keinginan memuncak. Cuma, sudah kerap. Jika dihimpunkan, satu
perlumbaan kereta kecil boleh dilaksanakan. Keinginan itu dimatikan.
Melihat satu bekas biru berisi
bongkah kecil aneka warna, aku terpana. Aku mengeja-eja tulisan yang tertera
pada kotak itu, L, E, G, O. Dengan kewujudan bongkah-bongkah kecil itu, aku boleh
membina kereta, rumah dan sebagainya.
Bekas biru dibawa bersama menemui
ibu dan ayah.
“Mama, abah. Boleh tak belanja
Ajik ini? Nanti boleh buat rumah, kereta. Lepas ini, tak payah susah-susah beli
mainan lagi.” Aku menyatakan keinginan. Berjustifikasi.
Ibu dan ayah saling memandang.
Melihat kesungguhan aku, maka mereka mengiyakan. Bertiga menuju ke kaunter.
“Maaf, kaunter dah tutup encik. Dah pukul 10 lebih.” Jelas abang
baju putih.
Ungkapan itu buat aku terkedu. Bagai
dirasuk, aku mencampak-campakkan badan. Menjerit-jerit, perit. Berguling-guling
di lantai. Kesedihan di atas paras normal.
Ditenangkan ibu, ayah. Tidur
dengan mata yang membengkak.
*****
Terbukanya mata bengkakku
keesokan hari, penghujung minggu. Aku menuju ke arah ibu.
“Mama, Ajik nak susu.”
“Amboi, tengahari bangun. Okey,
dalam cawan. Bukan dalam botol.” Ibu membalas. Aku mencebik.
Diletakkan botol susu kecil itu
diatas meja tamu.
Kelihatan bersebelahan botol itu,
bekas biru berisi bongkah kecil aneka warna.
Alangkah baik, andai tika itu aku
mengerti “kasih-sayang” dan “susah-payah” ibu ayah.
*****
Barangkali bongkah-bongkah kecil berwarna itu boleh dihadap hingga hujung hayat.
Ibu dan ayah? Aku tidak tahu,
kita tidak tahu.
P/S: Gua ni sampai
sekarang suka main Lego. Selalunya gua teman Dina, anak buah gua
yang baru 2 tahun itu. Gua berharap Dina menjadi seorang arkitek yang
berwibawa satu hari nanti. Lagi satu cita-cita gua nak jelajah Legoland.
Ada siapa-siapa mahu belanja?
164 comments:
nice cerpen!
p/s: nak masuk legoland mahai, tak mampu nak belanja.hikhik
:D
umur 7 thn nak minum susu dlm botol yea..
dah lama tak maim lego ni
haha..nice.suka betul aku mebaca segala ceritamu nie..sgt tersirat...:)
menjiwai watak..
ingat nak sponser hana p legoland.:P
lego~
aku main dulu ni.. bes2
mainan aku dulu2 juga nih...aku tak sampai lg kat legoland tu huhuh
hari-hari terpijak LEGO... sakit sangat!
suka2 :)
Dahsyat eh Razik ni ulang tayang kenangan zaman kanak-kanak..... pergh! semuanya masih segar dlm ingatan! Respect 'lu'..... hu...hu....
ya. semalam qisya yg umur 2 tahun telah membaling lego yg dah bersambung ke arah bebird abangnya yg baru bersunat. sigh....
dari kecik sampai skrg k.na masih main lego. konon2 teman anak buah. huhu.. serius tak bosan main lego.
gua rasa gua nak review blog lu laa bro ..rugi tak review blog lu yang penuh dengan ayat2 puitis ni ..
nantikan entri untuk lu bro ..
nama lego rupanya benda nie.. aku slalu maen tapi tktau nama.. kehkehkeh... best wot wot maen benda tuu.. ralit je ...
Legoland memanggil tapi duit menjauh ~
Bagus main lego nih, menguji minda dan imaginasi ☺☺
balik umah nk selongkar balik la kot2 jmpa lego yg dlu..he3..
kecik2 dulu suka main lego..ade lego yg dalam baldi kecik tew..jom pi legoland..nampak bestttt
entri akak boley baca..tp kena scroll bwh sikit yea..=)
sila belanja saya ke legoland terima kasih
Kat sekolah tadika pun cikgu gunakan LEGO sebagai bahan bantu mengajar dalam P&P. Semoga cita-cita tercapai nak pergi ke Legoland...
7 tahun minum susu dalam botol lagi? hehe, guling2 tak dapt lego ya..tak pe nnti boleh la gi legoland tu.kreatif budak yg suka main lego ni.
masih segar ingatan zaman kanak2 ye Ajik, begitulah kasih ibu ayah, sedapat mungkin ingin memenuhi keinginan anak2..
Scenario anak berguling tak dapat yg dikehendaki sampai sekarang boleh jumpa. Kalau dlm shopping complex tak apa ini kalau di pasar malam bayangkan... aduh... baju kotor, org nak jalan pun tak boleh. Anak kecik tahu apa kan...pujuk itulah daya penjaganya.
;)
Janji xnkk minxxxxxx hahaha
wahh masih egt segalanya kan..?
Na suka jugak main lego mase kekcik2 as Na mmg xpernah berkesempatan Nak main Barbie doll yg sexy2 tu ;c
Tapi mmg Na egt yg nak mampu buat mengunakan lego hanya bangunan yg sama besar dan tggi (KAN MUDAH)
hahahahha
Seriuos awk kena try pg lego!! kena tgk sndri betapa dyeorg yg kretif menghasilkan semua taman tema kat sne mengunakan lego!!! AMAZING~!!!!!
zmn dulu takde lg i pad, tablet bagai kan sbb tu lego tu antara menan yg agak mahal jugak terkenal...
lego mengajar erti kasih sayang... :)
Tau dak masa aku kecil xpernah ada mainan pon. Aku pun tak ingat aku main apa masa kecik-kecik. Aku suka merayap kot. Pastu duk dalam bilik cakap sensorang sambil minum susu. Hahahaha
lepas SPM memang akan ku terjah lego land itu..dan akan ku enjoy sampai lebam...wawawawaw...
aku ada banyak lego...erk...patung ankku yang boleh bersuara pun ader..nak pinjam?? ahhaha
arwah nenek salu berleter bila dia nampak ktorang x pandai simpan brg mainan elok2 lepas main.lego selalu je jadi 'mangsa' pijakan manusia..hehe..
anak2 akak pun suka main lego..akak dulu smpi darjah dua minum susu..tp dlm cwan lah..haha
apsal sedey lak bc entry ni??
sbb dl, ms kecik suke mnta menan dri abah.. abah keje kt singapore, mntak menan mcm², bajak la..kereta la.. pastu mnta jam tangan la.. ckitpun xfikir ssh payah dia keje buruh kt sn.. skang dia dh xde, xsempat rasa duit gaji sy sbb ms dia meninggal ms tu sy xhbs blajar lg.. so, skang kasih sayang sepenuhnya untuk mak, semuanya utk mak..
lego ni menan yg bagus, leh menajamkan mnda n kreativiti kanak²..
aku suka ini. Ada penagajran..
legoland mahal kankankan
Sdih baca entry ni. Tersentak dengan ayat terakhir. Sampai bila? Tak tahu. T.T
Dua tahun main lego?! Takut masuk mulut je O.O
very nice share tuan blog.
nice bro...terbuai dgn kenangan lalu... betapa indahnya zaman kanak2.... dan betapa pentingnya lego pada masa tu....remy pun gila lego jugak kechik2 dulu.......
disitulah kreativiti bermula.....
nak pergi legoland jugak. hehehe :D
teringat kat zaman budak-budak. tak puas hati sikit, boleh menangis sampai berguling-guling. Tapi, kalau dah besar berguling-guling camtu jugak, masuk tanjung rambutan la jawabnya.:)
best story! dulu ade main lego gak tapi baling2 jek sesuke hati. haha. teringin jugak nak pegi legoland tapi duit lak takde. *cedih*
legoland? tolong bawak boleh la bro. kalau spons memang tak lah. hahaha
Baru ni ita tolong main dgn ank sedara umur 1 tahun dia x reti main sdah nyer ita yg main..boleh buat mcm2 hahahaha.....
Ita belanja awak bayar..hehehe
sya pn selalu teman anak sedara main lego... best jugak.. :)
salam kenal..
sukanya baca. hehe ringkas ayatnya... dari awal hingga akhir... sy baca.. penggunaan bahasa mudah. sy suka baca.
thanks sebabs sudi lawat blog sy di http://mydongengandfairytales.blogspot.com/.. terharu.. :)
yeah..i like lego to0..~~
Yeah!mcm2 boleh dicipta dr lego..kck2 da jd arkitek..seronok..^^
t'egt 1 gmbr lme..adik sy bergmbr dgn satu menara lego..fuyoo..cantik..tp i'm not sure..maybe..ayah sy y buat..y lain tumpang pose je..xD
nice entry..^^
Jiha dah besar pun main lego lagi, lepas ni nak gi legoland pula :P http://studioous.blogspot.com/
Saya pernah tengok seorang gadis bergerak solo masuk pertandingan Lego dan menang...!
I used to love LEGO. but when there is LEGO Land here in JB, I don't really excited to pay 'em a visit. tak tau lah kenapa. maybe area Nusajaya tu panas nye ya amat kot! T__T
kecik2 dulu kak intan pon main lego..oh indahnya zaman kecik dulu..uwaaa...rindu!
*cerita
memang tersirat isinya. it's about desire and love. hope anak akak nanti tak macam ajik!!hahaha..pening nak pujuk nanti..;)
*Legoland
tak pernah pergi lagi even study kat sini. most of my friends ckp, tak berapa best. and yup, actually not suitable build in malaysia due to the weather(hot and rainy). maybe kena buat covered. maybe lebih sesuai build in 4 season country. just my 2 cents.
Dah tak jumpa dah benda nie. Rasanya dah sedekah kat orang. hehe
dlu2..perangai guling2 tu memng selalu buat..hee :D
Asanya tk pnh kut men lego ni..hai dah tua2 tu nk org belanja lg..hehe
wahhh cerita bgus betul..macam karangan..hehe
dulu pon suke main..tp da besa ni..ank kecik pon xde..xde la nmpk mende alah ni lgi..
laaa..nape smpi wat cita2 nk g LEGOLAND tu..kan kat Johor je..bpe sgt la..xsmpi ribu2 pon..kmpul uet blnje dri sdri ok..hehe
seperkara kekaguman akak pada setiap entry kamuuuuuuuuuuuuu!!! ^_^
1995 - akak darjah 5...hehe...
seperkara kekaguman akak pada setiap entry kamuuuuuuuuuuuuu!!! ^_^
1995 - akak darjah 5...hehe...
Nice story..suka sgt..
salam, rupanya anda seorang yang berbakat besar dalam penulisan ya..tahniah, sedap baca2 cerita tu..
jom pegi legoland sesame. aku nak pegi tapi xde sape nak teman. kawan2 sedang kering poketnye.
serius sedih. :(
cerita2 ttg kenangan sebegini bila2pun menjadi kegemaran aku.. syabas.. menrik sekali !
zaman dulu main lego ni boleh tahap syok sangat...budak zaman sekarang tak heran pun.mengadap ipad je -,-"
best baca tulisan "ajik" ni.
nice one~!
teringat aku masa kecik2 dulu ^_^
Nice :)
Hargai ibu bapa sementara mereka masih hidup.
owh..kita sbaya...hehe.. pndai kamu mnyusun ayat...
kagum dgn mrk yg boleh hasilkan cerpen. serius ...
sbb leeza ada buat cerpen, tapi tak best bila dibaca semula.
haaaaaaa
sweet cerita....
lego bgus u minda ank.. y x bagus kaki kita bila terpijak..aduhh..sakit
1995, saya 6 tahun. Sudah tadika, tapi belum berhenti minum susu dalam botol sebab ada adik kecik yang pengaruh kuat.
Tak pernah hentak kaki dalam pusat beli belah. Sampai sekarang saya tak berani nak bersetentang dengan bola mata ada api ayah. Takut.
Lego. Pertama kali jumpa bila ada pelancong bagi lego kat nenek yang kerja hotel. Lepas itu dah pandai minta ibu dan ayah belikan. Main memang tak ingat dunia!
Ibu dan ayah. Kita tidak tahu, mereka pun tidak tahu mahu menatap kita sampai bila. Sedih.
Arkitek? Dina mesti comel! Tapi jaga-jaga tertelan lego!
legoland wa tak dapat belanja. tp kalau setakat lego wa mampu nak belanje. hahaha =p
Kaunter dah tutup pun mengamuk sampau mata bengkak. Nasib baik pelempang tak hinggap kat pipi. Hehe. Manja. Bye!
perghhh kreatif! setailo lah!
jeles!
alngkah baiknya semasa kecil kita boleh faham apa yang boleh dan tidak boleh ninta sesuatu daripada ibu dan ayah...
tak der la membebankan ibu dan ayah...
biasa lah ia adalah satu hobi...saya pula suka main dan ada koleksi replika kereta, kartun dragon ball dan mcm2 lagi..
err, umur 7 tahun tp masih berpaut pada botol susu lg ka bro?hehe...waah, nltagianya..lego. ak dulu kreatif giler mggunakan lego ni. buat struktur robot. kmudian lukis blueprint nya atas buku petak2 tu yg org buat buku matematik. buat blueprint sbb nnt boleh rujuk cmne nak bina robot yg sama..tkut tak ingat nk bina blk nnt. plus askar hijau tuu..fuu noltagia
penulisan yg bagus... lego.. bagus untuk tingkatkan kreativiti anak-anak
cerita yg menarik..hihiii
ehhh? nk g legoland satg
Assalam, nice cerpen erk...
dulu masa kecil2 suka gak..tapi sekarang dah besar x sangat dah.. lagipon kalau main sape nak temankan...hahhaa
salam...
LEGO pernah buat aku tercekik....hohohooo
nak pergi nanti hallo2 la....
klu kita paham ertinya kasih syg seorang ibu dengan ayah masa kita kecik aku rasa mesti tiap dapat hadiah kita akan menangis gembira kan =)
kemas :) suka baca.
moh ke lego land. nice cerpen
nice bro.. baca sambil membayangkan.. fuhh..
cerpen yg best
Dulu, saya pun suka main LEGO. Bila dah sampai tahap bosan, susun tinggi-tinggi dan kemudian runtuhkan. Terasa kejam, tapi mungkin LEGO juga sudah banyak membantu dalam memberikan ilham dalam mengejar cita-cita sekarang.
Alhamdulillah.
Adakah bongkah kecil itu mampu dihadap sehingga hujung hayat?
Tepuk dada tanya selera :)
gud cerpen=)memang ibu bapa sebolehnya akan turuti n tidak menghampakan kemahuan anak2nya..sedihkan bila kenang..sib mereka masih ada sekarang masa untuk balas jasa mereka..
eh terasa jugaklah nak g legoland..
dah lama gak xmain lego..
wah mengimbau kenangan masa kecik yer
hah..nnt nak beli legolah tuk mia...
masih kecil..mmg tidak tahu apa-apa..=)
jom2 nk jelajah jugak..sapa nk belanja!! =P
cerpen yg sangat baik...
kah kah kah..darjah satu minum susu botol lagi ka bro?
hebat...di usia itu boleh jengkel tgk awek Barbie..haha
tingin nak pi legoland jugak... ada sesapa nak belanja.. haha
adeh... byknya komen. udah 90 komen di atas tu..
*belum baca baik-baik lagi n3 ni.. nanti dtg baca sekali lagi.. :D
menarik!
salam kenal :)
Btuiler.. Hebat sungguh komennyer..kikiki..
P/s: babs malu nak juin Bloggers Jelajah Johor tuh.. Nak kne 'pelempang' laju2 dulu? Keh3.. Mehlaaaaa juiinnnn..(lepas marah kena pujuk balik...kikikikik)
Assalamualaikum ajik, bestnya baca cerpen pendek ni. lagi2 kisah benar. hehehe. teruskan bersarkastik di dalam penulisan anda.
*mahal pergi Legoland yang tak siap. better tunggu dah lengkap semua baru berbaloi hehehe
pandai bermain dengaan kata2.. 7 tahun lagi nak minum dalam botol kah? aku pun teringin nak pergi legoland.. kau blanja lah aku.. hahaha...
#sayangi ibubapa setiap hari.
lego nie mmg leka kalo main...
mainan kegemaran i and my kids...
* dah dpt sponsor ke legoland nanti, selit2 lah nama akak ye hehehehehehe...
thx singgah blog akak :)
Salam raziq..
seronok akak membaca entry ni.. nice.. akak pun suka main lego.. seronok klu dapat join anak-anak main sekali.. mudah2an ada yg sudi nak belanja masuk ke legoland nant.. he..he..
tunggulah tahun depan ada byk lagi games kat legoland
Wow! Awak karang cite ni mcm karang cerpen. Nice. Anak sy pun suke main bongkah-bongkah kecil. Tapi bukan lego sbb die kecik g. Nak pegi legoland pun pk 2,3 kali sbb die kecik g (sekali lagi, alasan ibubapa yang berkira-kira uit belanja bile tibe ujung bulan)
Salam Ajik.
Wah umur 7 tahun dah pandai memberi justifikasi utk perkara yg dihajati. Awak mesti seorang yg cerdik.
syg ibu bapa kpd seorg ank.. sggp dibelikan..
hihihi..
nk jgk msk legoland tp mahal!
indahnya susunan ceritera~~~ (^___^)
nk pergi legoland jangan lupa ajak. hahaha
hhmmm.. cam maman eks.. 6thn susu lg.. dlm botol lak tuh.. dia taknak dlm cawan.. :p
Legoland mahal eks nak masuk.. tak mampu nakgi la org semeskin cam mama nih.. :p
nice~ mmg suke bermonolog mcmni ea..mengingt kenangan..best bace..suke~
#legoland?mmg tgh tngu gak sapela nk blanja ;)
Gua pun suka main lego jugakkk! haha.
wahhhhhh..byknye comment..hehe..slaam kenal jugak..tq coz follow..dh follow awak jugak..;)
dulu tumpang kawan punya. nak beli tak mampu sangat lah masa tu!
Masih ingat setiap detail? Akak kagum.
dulu main sepupu punya nak beli mmg tak mampu
memang minat sangat main lego mase kecik.. dan perangai tu pun lebih kurang same je macam time kecik2 dulu.. huu
hmm... kalau bro masih menyimpan lego tu, itu bermakna lego tu sebenarnya mempunyai sentimental value yang tiada nilainya.... :)
best lah bace cerita ni,
memang berbakat :0
hidup aku dulu serba kekurangan jugak la..usahkan kata mainan, beli sate pun kena bahagi2 sorang berapa cucuk..hehehe
tapi aku pernah la jugak main lego ni..main kat rumah jiran..means, jiran yg punya..:D
bongkah2 kecil boleh dihadap hingga hujung hayat..ayah dan ibu, pun boleh dihadap sampai hujung hayat..cuma bezanya, bergantung pada hujung hayat siapa yang sampai dulu..
Ikut terbuai dengan memori lama. Syaa stay JB. Tapi tak masuk lagi Legoland sebab mahal :P
legoland... ermmm... pikir banyak kali nak masuk...
Terima kasih رازيق singgah blog makchaq,
Makchaq seorang ibu.. Memang seboleh- bolehnya tak nak hampakan harapan anak, memang sanggup berkorban...
رازيق jagalah hati mak dan ayah sebaiknya..
Makchaq sekeluarga antara pengunjung awal Legoland.. 3 hari berturut2 pi .. semua sangat teruja.. Maklumlah kami semua peminat lego..
itulah mak ayah.. sedaya upaya penuhi kehendak anak-anak. prinsip mereka, "biar mereka lapar, biar mereka susah, asalkan anak-anak kenyang n bahagia." itulah mak ayah..
suka cerpen ni..
seronok kecik2 main bnda alah ni, siap buat robot sgala bagai hehe.. kenangan betollah.
-kalo nak belanja jelajah boleh, tggu aku jadi ceo legoland dulu
kesal sbg anak. Hummhumm
penat nak scroll utk komen heee
dlu kecik2 ske men lego
xtau pon ade kegunaannye dlu2
#tq ibu ayah
sekang tgh stesen minyak shell promosi lego.., ehhHHHe
best main lego ni sebenarnya. bila anak main.. mak dan ayahnya pun main juga...
mak ayah sebolehnya nak tunaikan apa yang anak-anak nak kan..:)
sautu coretan tapi terselit 1000 nasihat ..renung2kan..nice..^_^
aku tak pernah rasa dapat mainan semahal itu tapi mampu terdaya membelikan untuk anak2ku
mak dan ayah, aku tahu bukannya kamu tidak sayang aku di kala itu tapi kasih sayang kamu perlu engkau kembang lebarkan.
lamanya tak bw. comel je 7 tahun mintak susu botol lagi. salam kenal juga. ;)
Assalamualaikum,
masa remaja dulu memang suka main lego...
95 dh 7thun ? kita 95 bru umur beberpa bulan . heheh .
nnt kita pi LegoLand sesama eh ajik :D
budak2 skang 7tahun dh cukup besar utk mintak susu n duduk dalam troli barang.hihi
budak2 skang 7tahun dh cukup besar utk mintak susu n duduk dalam troli barang.hihi
budak2 skang 7tahun dh cukup besar utk mintak susu n duduk dalam troli barang.hihi
g shell weyh...shell ada jual kereta ferrari lego
lawa cerpen bro. legoland, sori xboleh belanja, kalau lu belanja , wa setel (y)
suka cara penulisan awk!!
lego dr dl smpai skrg mmg xlapuk heee..
kalo dl y kecil2 je skg dah mcm2 bentuk..:)
syok kan bl blh buat mcm2 dr lego..
sungguh puitis bahasa bro ni heheh.. cepat rebut peluang untuk kumpulkan lego kereta di shell.. ngeee.. dh macm promoter shell dh hehe
zaman aku takde lego.. atau sebenarnya myb mak ayah tak belikan. ramai adik beradik nak minta beli itu ini jgn harap kena tunaikan.. bestlah kamu kan.. kesayangan mak ayah (itu cerita kamu kan?)
1995 aku dah tingkatan 5.. hehehe.. tapi tahun ini aku baru 24 tahun hehehehe.
selain kerja kat office. jadi suri rumah.. kerja part time pun ada jugak saya ni.
kerja kutip lego yg anak sepahkan.
kekadang tu godekgodek bawah sofa jumpa lagi sisa sisa lego. dah simpan anak sepahkan lagi.
akur je saya nidemi perkembangan otak anak anak.lego is the best
fuh , terbaek , jenuh CP skrol ke bawah , punye ramai yang komen , tahniah , memang bes cite tuh , sambil diselitkan dengan pengajaran , CP pangai gitu le dlu , tergolek2 kalaw tak dapat ape yang CP nak
bro... kau masih ingat semua kenangan tu dah bagus, untung kau ada orang tua yang mampu beli mainan lego... salam kenal
{Pisang Kaki}
Nice. And I'm trying so hard to understand your bahasa. hehhe
Malaysian pakai gua untuk menyebut dirinya?
Lego! g legoland lah... *verangan*
penulisan yg sgt menarik.. teruskan :)
http://cartiecacloset.blogspot.com/
lego ni kalau terpijak, sakit woo.. hehehe
puitis tuh ...btw pergila legoland hahaha
Fariz Reza Dot Com
nanti g johor bro..hehe
Budak sekarang tak pandai main lego,
Dorang main tab, ipad..
Lego dalam touch screen. :)
budak2 suka main lego ni. kalau kena yg kreatif mmg kagum tgk hasilny.
legoland? mmg tak mampu la den. kihkih.
nice entry!! thanks lawat blog,,Sal parents pergi haji tu..ingat? Esok mereka dah nak balik!! weee~
#ade entry baru..jemput komen
menarik...heheheh 7 tahun minum dlm botol???? hhahahaha... jom kita ke legoland...
p/s: aminnnn... moga Dina menjadi seorang anak yg solehah n seperti yang diharapkan.. insyaAllah... :)
saya tengok kamu sangat berbakat menulis :D
suka lah cara tulisan kamu
pasti akan datang sini lagi
~ Nico Robin ~
lego juga pernah menjadi kegilaan saya waktu kecil. sehingga sekarang suka layan anak saudara main lego. :)
kat Shell skrg ada kereta lego..comel.. beli lah dua..satu untuk diri sndiri..satu untk saya..hehehe.. :)
7 tahun minum susu lagi yer..hehehe..mnja ajik tu kan..t kirim slm kt dia yer..hehehe :P
suke main lego ye... sila laa pegi legoland... hehehe
feveret ni time kicik-kecik,..lego..lego..
perkongsian yang hebat..
kecik2 dulu memang sangat suka main lego :D
Post a Comment