Roket kertas, mulut kertas, menjadi mainan teman. Bagi kaum
hawa sebayaku, gelang bermutiara plastik aneka warna diperagakan. Oh, mami
jarum muda-muda.
“Ajik, jom main lawan-lawan pemadam. Aku ada pemadam baru.”
Pelawa teman sebelah mejaku. Oh, ikon ‘transformer’ tertera di atas
pemadamnya.
“Jom. Eh, pemadam kita hilang Zaid.” Balasku, tercari-cari.
Aku memusingkan badan ke belakang.
“Meela, kamu ada pemadam? Nak pinjam main lawan-lawan.” Aku
meminta izin.
Meela tersenyum. Barangkali tanda sokongan. Pemadam ‘Hello
Kitty’ dihulurkan.
Perlawanan bermula. Rancak. Sengit.
Hebat tak hebat, ‘Hello kitty’ menghempap ‘transformer’
3-4 kali. Melihat si teman menangisi kekalahan itu.
*****
“Bangun semua! Selamat pagi cikgu!” Laungan ketua kelasku.
Terkejut. Perlawanan pemadam terhenti.
Cikgu Salmah menuju ke meja guru di sudut hadapan
kelas. Ayu jalannya. Namun, keayuannya
dilitupi kegarangannya.
Seorang demi seorang teman kelasku dipanggil menghadap.
Pembetulan latihan Matematik pada buku kerja.
“Razik! Mari sini.” Cikgu Salmah memanggil. Aku menghadap,
yakin.
“Lenggang sahaja? Pensel, pemadam mana?”. Sindiran cikgu
Salmah. Keyakinanku beransur luntur.
Pensel kayu bermata dua (asahan depan dan belakang) dan
pemadam ‘Hello Kitty’ dibawa. Terketar-ketar.
“Amboi, bukan main pink pemadam awak. Sekarang memang
fesyen pensel mata depan belakang?” Sindiran kedua. Sinis.
Aku diam, mulut dikunci.
“Razik, kenapa bahagi macam ini? Bila soalan bahagi, yang
depan kena bahagi yang belakang. Bukan yang belakang bagi hadapan. Contoh
soalan ini, 20 bahagi 2. Maka 20 yang bahagi 2. Bukan 2 bahagi 20.” Jelas cikgu
Salmah.
Aku mengangguk. Tanda faham.
“Suka hatilah nak bahagi yang mana dulu.” Monolog hati.
Degil. Kini aku tahu kebenarannya.
Jalan kiraku itu dipadam. Langkah kerja baru dicoret dengan
pensel mata dua.
*****
“Ajik, cikgu Salmah cakap apa tadi?” Meela bertanya.
Sekembali aku di mejaku.
“Cikgu Salmah suruh kita masuk kuiz matematik antara kelas.”
Ringkas kujawab.
Buku kerja latihan dibuka kembali. Pensel dan pemadam ‘Hello Kitty’di kiri dan kanan tangan.
Diperbetulkan yang mana salah.
*****
Kesilapan sinonim kehidupan.
Hebatnya jiwa itu apabila mampu mengiktiraf kesilapan, memperbaikinya. Jadi lebih baik.
Di ‘kertas’ baru, sedaya upaya ‘menulis’ yang terbaik.
Limitasi ‘ejaan’, juga ‘tatabahasa’ yang sememangnya pasti ada. Tiada yang
tiada.
Maka di’padam’
dan di’tulis’ semula. Menjadi lebih baik, bersama berhijrah.
“salam maal
hijrah, 1434H”
p/s: Gua duduk
cari contact Meela dengan Zaid. Tak
jumpa-jumpa, yang jumpanya Cikgu Salmah. haha.
Terima kasih cikgu.
115 comments:
suka entry nie
masa tu, budak2 pun dah pandai buat modifikasi kat pemadam sama macam kereta. siap potong bucu, hiris sendeng, macam2. (name tag dan kapal tiup pun ada jugak dibuat lawan macam ni)
nice entry~
suka entry ni..penuh dengan gaya bahasa yang cukup indah.. Seolah saya pun berada di sana tika itu.namun tahun 1997 saya telah meninggalkan alam persekolahan sekolah menengah..saya bersekolah rendah tahun 80 an sehingga awal tahun 90 an…rindu zaman sekolah rendah
'97 baru darjah tiga lahai mesti comel kan.. hehe, '97 akak baru masuk U hehe...
suka juga entri ni :)
haha ,, tetiba macam teringat zaman sekolah dulu dulu . memang geng lawan pemadam waa nie . tapi asah pensel depan belakang tuu tak la . kalau cikgu waa jumpa , dia lempaq buang . dia kata nanti kena cucuk mata sapa yang kena . hehe XD
97 time wa darjah dua tu huhuhu... mmg kembali ke masa silam la baca entry ni ngeee
Pengalaman tu guru yang paling baik untuk diri kita....betul tak Raziq!
1997? sy baru enam tahun. kihkih.
dulu tak kira laki pompuan sume redah je main pemadam ni. hihi.
Bile teringat mase kecik2...
hidup je, tak fikir pun tanggungjwb...
main je...
Salam Maaf Hijrah jik.
1)1997 - akak form 1
2)math subjek paling susah bila masuk tahap 2 sekolah rendah
3)penah pakai pensel 2 mata, pastu tak buat sebab kawan kata nanti beranak keluar anak kepala dua atas bawah
4) math jd subjek feveret sejak form4 sebab amik tusyen luar dr skolah, belajar dgn abg kepada Naser Wahab, Cikgu Adrus
5) salam maal hijrah ^_^
1997-akak darjah 6..
1997-akak darjah 6..
nice entry.. 1997- time ni drjh 4.. ;)
1997 baru tadika..hehe lama lak tak main lawan pemadam..>_<
ok.. sweet =p
1997 akak tingkatan 3.... dh ingat2 lupe dh akak apa kegilaan zmn dulu2, menunjukkan usia yg dh makin `beremas`...
salam maal hijrah dik...
masa skolah rendah aku selalu main tudung botol huhu
Na hebat gilaa ok lawan pemadam hahaha
nice entry..
1997 aku baru setahun kot... hahaha
dah lama tak asah pensil depan belakang macam tuu... wot wot... btw, salam maal hijrah alaik :)
Nice story.. :)
Salam maal hijrah 1434H
ada sesuatu yang disampaikan di sini. Salam Maal Hijrah Razik. Moga ada yang kita hijrahkan untuk hidup. :)
Hahhahaha...aku memnag suka...aku suka...hehhehe....try gak carik cikgu2 dulu...tapi mungkin diorg takdak FB kot....hehehhe...selamat tahun baru....jgn lupa petang ni doa akhir tahun dan malam doa awal tahun....
salam maal hijrah... :)
Salam maal hijrah...
Kalau yang dipadam tu masih nampak kesannya, nak kena guna pensil jenis apa pulak? ;)
salam maal hijrah :)
nice entri hehe
tahun 1997 . aku dua tahun . dah pandai jalan ^^
hello kitty tak leh blah tuh.
'jambu' kot. ;)
rindu zaman sekolah. fav subject-math,addmath..buku fizik,kimia langsung tak sentuh.
and now, I'm surrounded by doctors,physicians.
Salam Maal Hijrah.
1997 darjah tiga?
saya 1997 dah darjah 4 :D
btw, nice entry :)
Salam maal hijrah :)
Semoga hari mendatang lebih baik dari semalam :)
Pengisian yang bermakna..
salam maal hijrah :)
1997~darjah 1.
masa tu tak pakai lagi pemadam superlembut yang takkan mencalarkan buku bila memadam. semua pakai pemadam keras gambar bendera..
bila bertanding, semua orang boleh menang..tp, 'king' utk sapa yang boleh kalahkan opponent dlm step yg paling sikit..
nice entry sempena maal hijrah..bro!
alangkah bagus kalau kesilapan boleh dipadam...
1997...duk kat kolej dah...hihhi..mengimbas zaman masa muda nih
Ank CiM pun pndi dh main lwn pemadam. Mnjadi collection pemadam bendera negara2.
Alangkh baiknya kalau kesalahn kita d thn2 sudah boleh d padam. Alangkh baiknya kalau malaikat pencatit kejahatan trlupa 'asah' penselnya. Malangnya itu tk mungkin..
Salam maal hijrah
slm maal hijrah ! kite suke pemadam hello kitty.. hahaha !
hahaha. klau mng main lwn pmdm kompem byk jenis pmdm tu ada kn. haha
btw, salam maal hijrah. moga hidup snetiasa diberkati allah.amin:)
dulu masa sklh rendah suka lwn pemadam..slmt tahun baru semua..hehe
ajik sebaya adik kak na. :)
bagus entri ni. ada pengajaran disebaliknya. kesilapan mematangkan kita. :)
awak buat saya tersenyum. sekolah rendah. indah.
entry best. tengs. :)
sapa tak pernah main pemadam ~ hehe
tingginya bahasa.. tapi memang menyokong hujah yang cuba dibangkitkan. setiap hari kena ada 'pemadam' dan 'pensil' dalam hidup kita.. ;D
mcm baca novel la N3 ni..... :)
teringat aku zaman skolah dolu2....zaman skolah paling best heheheee
salam maal hijrah ajik..seronok baca entry ni..memgimbau nostalgia lalu.
Muhd Raziq, selamat menyambut tahun 1434 Hijriah, semoga bertambah hebat
Serius suka entry ni. Ringkas. Dan padat. Cukup untuk reflect diri. Yuk, jadi lebih baik! :)
Terinspirasi, serius. Sebab kau ambil kisah dulu dulu kau kaitkan dengan masa kini dalam konteks pengajaran menggunakan ayat yang simple dan menarik.
tiba-tiba aku teringat sesuatu bila baca ini ahahahaha..
salam maal hijrah juga.
moga dapat nombor talipon Meela dan harap2 dia belum kawin dan masih single :D
Kenangan pemadam & pensel masa kecik2 dulu.
Salam 1 Muharam 1434H kawan...
real betul entri ni..dulu pun selalu main lawan pemadam..tapi pakai pemadam doraemon..hohoho
zaman saya sekolah rendah, sekitar lewat 80-an..saya sibuk main lawan king (spider). lawan pemadam ada gak.
*menyedari kesilapan lalu, satu langkah utk berhijrah.
lawan pemadam dengan pensil asah depan belakang mmg nostalgia.taun 97 akk masa tu form 1..:)
kecik2 suka main cikgu2..sempat ajr tusyen juga...skrg jadi guru paling garang pd anak2..
masa darjah 1 meleleh hinggus..ee..tak reti nak sapu2 biar aje..!!!
main pemadam mainan paling seronok mase sekolah rendah untuk hilang rase bosan. sy pun dulu suka asah pensel depan blkg, main asah jek. hehe btw, nice entri!
like entry ni..^^
egtkn psl ape lwn2 pemadam la..rupenye sempena maal hijrah..kite b'hijrah menjd lbih baik..~~
Salam maal hijrah..xD
bestnyer saat sekolah. zaman sekolah aku is the dark age
banyak kenangan sebenarnya masa kita di zaman sekolah..
Salam Maal Hijrah :]
sebenarnya aku nak katakan yang aku Cikgu Syaifuddin, pengganti kepada cikgu Salmah :D
comel :)
sweetnya..ha3!! slm maal hjrh..
Tq invite ;) Nice entry and like it :) Salam Maal Hijrah 1434 :) Manusia tu tak lepas dari khilaf. Pilihan di tangan kita sama ada nak belajar dari kesilapan atau terus hanyut dengan melakukan kesilapan...
boleh tahan pemadam meela..hello kitty lagi tu..haha
salam maal hijrah. alhamdulillah, peringatan yang baik. moga kita "padam" dan "tulis" dengan lebih baik
Memori sekolah rendah. Seronok bila diulang tayang kembali. SALAM MAAL HIJRAH BRO :)
Kalaulah semua ni boleh dipadam & dihilangkan kesan kesalahan tu.. memang pilih pemadan tu jadi teman hidup.
tapi sekali dah salah mencorakkanya, takkan kita nak ulang balik salah tu kan.. InsyaAllah, semua tu pelajaran yg bererti..
~Salam Hijrah,
salam kenal.
Terimakasih dan selamat maal Hijrah. Terus menulis.
adik siap beli pemadam byk2 masa tengah trend main lawan pemadam ni. :)
1997..baru je lepas setahun spm. Krisis ekonomi time tu. Kerja pun gaji ciput. Syukur berkat penghijrahan akak mamou tersenyum sekarang.
Suka entry ni banyak pengjaran dik.
para last tu cool giler hokay.. memang kene dgn tahun baru..salam maal hijrah:))
kenangan lalu yg kadangkala tersingkap...... salam maal hijrah.......
kalau anda 1997 dah darjah tiga...sy lahir tahun 1995..erkk..anda 9 tahun sy baru dua tahun..
pemadam transformer dengan hello kitty tak boleh blah! yang part lawak, hello kitty menang a.k.a awak lah kan? luls :P
BW here, first time datang :)
Kita mampu menulis berkali kali yang baru... tapi bukan semua tulisan lama kita mampu dipadam semua... kan?
Selamat Maal Hijrah, Razik...
untunglah kalau semudah tulis dan padam.aku mahu beli pemadam banyak2 tahun baru ini.
pengalaman mengajar kita erti hidup yg sebenar... ^_^ hye salam kenal..
suka ini. Ada maksud tersirat.. =)
haha..suka juga lawan pemadam zmn dulu..beli pemadam gmbr bendera byk2, pastu lawan..haha best giler..
hahaha.. lama tak main pemadam..memang kenangan semua tu...
salam maal hijrah.. sama2 kita memadam segala kesilapan kita yang lalu dan mula sesuatu yang baru dan menuju ke arah yang lebih baik.. :)
erk...
kisah benar..
budak lelaki suka main lawan pemadam :)
Salam maal hijrah...
moga kesilapan di'kertas' baru kita semakin berkurang, insyaAllah.
Memang legend permainan pemadam ni... Mcam2 permainan di waktu sekolah hanya tinggal kenangan sahaja. Salam Maal Hijrah bro.
hahaha...raziq..raziq., pokcik nikah dlm tahun tu...korang beringus lg..kan..kan !
tiba2 aku teringat akan cikgu2ku... (",)
1997-akak darjah 6 masa tu...kenanagn lama ni..mcm baca cerpen..hehe..jemput ke log akak ye..
haha..comel la..teringat waktu zaman darjah 4..salu kalahkan budak lelaki bila main lawan pemadam ni..
<----- jaguh kampung..haha
p/s: everyone commits mistake,encik raziq..hiks..entry best :)
masa kecik2 mesti kene men lawan pemadam..haha..
1997 darjah tiga ? kita baru 4 tahunnn ! hewhew
takley blah pemadam Hello Kitty :)
p/s: sekali dtg blog saya . spluh kali saya dtg blog awak . kita kan rakan blogger :)
Sama2 la kita berhijrah menjadi lebih baik..padamkan kisah pahit..dan catit kisah baru yg lebih baik..
seronok bce entry nh.. salam maal hijah :)
ow..begitu ceritanya..hehe
salam maal hjrah jg..^_^
bermesej....
salam kunjung disini...
memori betul lah n3 nih..salam maal hijrah juge..saya follower baru awak pasnih :)
best giler baca..hahhaha..
like..like..hihi...slam Maal Hijrah :)
sangat menarik.. rentetan kenangan dulu yang amat bermakna... salam maal hijrah (^___^) moga amalan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaALLAH (^___^)
nice entry dik..salam Maal Hijrah dan salam kenalan..terima kasih dtg ke blog mamaema..
hahaha..best la.my fav betul..:)tiap kali mesti mau ke blog kau nie.kalau x,mesti rindu.hehehhee.oh ya,salam maal hijrah..:)
nicde. aku suka entri ni :)
97' saya masih tadika, tapi saya pernah main permainan lawan pemadam nie. best giler hahah :)
suka baca citer ni..pemadam 'Hello Kitty'..cute nye la..huhu~
btw, nice header & I'm following ur blog ^^
People change. Feelings change. But memories don't
Kita sebaya dan aku sangat 'masuk' dengan entri ni bro.. Kadang² aku teman anak sedara aku main lawan pemadam, nostalgia sungguh!! ;D
Salam 1434H~
salam maal hijrah bro
salam maal hijrah, semoga hari yg mendatang akan lebih baik dan bermakna.
alamak baru 4 tahun. hahaha :)
TQ sudi singgah blog kak zan..salam maal hijrah juga untuk Muhd Raziq(nama anak kz Muhd Haziq!)
Kesilapan lalu mustahil utk di'padam' tapi kita boleh buat pembetulan!
hehe :D
Aduhhh penatnya nk scroll ke bawah smpai nampak "post a comment" ..banyak sgt comment ni..mmg terbaiklah! Nostalgia zaman2 sekolah dulu :) penah kena baling kapur ngn cikgu tak? Hahaha
Buku baru dah dibuka..sama2 kita perbaiki diri :)
zaman sekolah memang banyak kenangan yang susah nak lupe kan.. cite ni memang ade pengajran tersendiri.. nice.. =)
nice entry..teringt kenangan zaman sekolah dulu..tak terlewat mengucapkan salam maal Hijrah;)
hari tu aku datang baca, tapi aku tak tau nak komen apa..hari ni aku datang baca, pun sama aku tak tahu nak komen apa..
monolog dalaman dan penceritaan yg ada 'isi' seperti ni kadang2 cukup sekadar baca, pada aku la..hehehe
erkkk... malu kena dgn meela ke sebab salah??
kenangan sekolah rendah mmg seronok kan
suka entry ni
hebat!
Post a Comment