Wednesday 9 November 2011

'Tuding JARI'

Celik mata, cuci mata. Buang gula batu dipenjuru mata. Terus bersiram, menuju ke lab dalam separa sedar.

Pening-pening, loya-loya dan sakit-sakit badan menerjah tubuhku. Sakit-sakit badan, letih adalah simptom biasa. Loya-loya dan pening juga simptom biasa. Hmm, aku.....??? Sila jangan mengarut. Aku lelaki, pe jadah aku pregnant. Celah mana datang ovum... hak hak hak

Simptom di atas biasa bagi manusia yang baru belajar pegang pisau dan parang. Bukan merompak atau membunuh. Tapi untuk sembelih lembu (baru baik sikit). Alhamdulillah, semalam selesai menyembelih dua ekor lembu bersama keluarga belah ayah. Bersungguh bagai, seronok. Sampai jari-jari bengkak melecet.

Masa anda baca entri ini, saya sudah tiada..

*********

Kelihatan, sepupu sepapatku masing-masing menunjukkan belang kehebatan menyembelih lembu. Masing-masing tak nak kalah. Confident mempamerkan softskill skil yang ada. Ada yang potong dengan pisau terbalik, ada yang mengapak tapi tak kena.

"Tak boleh jadi.." hatiku bersuara. Tercabar rasanya. Dari ekor mata, dua sepupu perempuanku menjeling kearahku sambil tersengih. Sinis.

 "Pi, meh sini aku tolong ko ceraikan daging kat rusuk tu". Pelawaanku pada sepupuku, Sopi. Lantas Sopi menghulur sebongkah kayu.

 "Ok, thanx pi." Terus melabuhkan punggungku ke atas bongkah itu.

Sayu-sayu suara Sopi "Err, macam tu eh.. Tak silaplah kan, bongkah tu duduk bukan bawah punggung manusia. Tapi bawah daging lembu."

Tepat, jitu, padu. Mahu sorok muka, padan muka.



*********


Sambil-sambil membelek jari-jemariku yang bengkak (kesan lapah daging korban), bermain di otakku frasa 'tuding jari'. Aku sure kalian semua pernah dengar.

Apa itu 'tuding jari'???

Bukan maksudnya angkat tangan, terus halakan jari telunjuk ke arah sesuatu. Jauh lagi bukan keluarkan jari hantu, hala sembarangan kemana yang diingini. Awas, kalau itu yang anda faham tentang tuding jari. 'Tuding jari' maksudnya menyalahkan orang lain. Tak semestinya jari perlu keluar (Jari boleh duduk diam-diam).

'Tuding jari'

Kes-kes biasa 'tuding jari'??

Bila mana kita tidak puas hati, protesnya dengan cara menuding jari. Contoh bila add math dapat markah kosong macam nobita, tuding jari pada cikgu. Cikgu mengajar bosan. Bila suami buncit, tuding jari pada isteri. Isteri pandai masak katanya. Bila isteri buncit, tuding jari pada suami. Bila kucing mati, tuding jari pada susu. Mana taknya, bagi susu Dutch Lady Full Cream. Terburai usus kucing.

Dutch Lady Full Cream. Berkhasiat untuk manusia sahaja. Jangan gatal-gatal bagi kucing.
Sayangi kucing anda.

*********

Pernah kalian menuding jari??

Pernah?? Tak baik tipu. Tersengih-sengih macam Upin Ipin tu, betulkan? Secara peribadi, semua orang tak pernah lari dari menuding jari. Aku sendiri pernah. Tapi yang paling kekal dalam kepala, masa tadika. Mimi, kawan setadikaku bertocang dua. Dua gigi depan tiada. Chubby-chubby sikit.

Alkisahnya aku dan Mimi bergaduh kerana sekotak pensel warna Stabilo.

"Eh,  Mimi tu kite punyer kaler. Awak curi. Awak macam Giant dalam cerita Doaemon (Doraemon). Tak boleh ambik!" Tegasku sambil menuding jari.

"Bukanlah kita punya. Mak kita beli kat kepoh (Carrefour)". Balas Mimi yakin.

"Tak peduli. Kita punya jugak, kita punya jugak". Tak menyempat aku cuba merampas pensel warna itu. Berlaku adegan tarik menarik diantara aku dan Mimi. Mimi tergolek dalam kesedihan akhirnya.

Sewaktu pulang ke rumah, ibuku memeriksa dan mengemas begku. Saling tak tumpah macam pegawai kastam. Takut-takut anaknya membawa pulang suatu yang tak mungkin. Mercun ke, pisau ke, barbie doll ke. Segalanya berkemungkinan bila di alam tadika. Tiba-tiba ibuku merenung kotak pensel warna Stabilo yang menjadi punca perkelahian aku dan Mimi.

"Ajik,ni siapa punya?" Ibu bertanya.

"Ajik punya". Jawabku yakin. Sedikit mengada, angkat-angkat kening.

"Kenapa ada nama Mimi belakang ni??" Ibu membalas.

Hmm, kalaulah aku sudah boleh mengeja dan membaca masa itu.... Kasihan Mimi dituduh melulu. Ingat, bukan anda seorang sahaja di Malaysia, mempunyai pensel warna Stabilo.


Memori lama, guna pensel warna Swan. 

*********

Pernah kalian di'tuding jari'??

Bagi aku, perasaan di'tuding jari' amatlah sakit apabila kita tidak melakukannya. Aku? Semestinya pernah di'tuding jari'. Yang paling melekat di ingatan, semasa aku berada di tahun dua di UPM, 2009. Sewaktu kelas Genetik.

Suasana tenang dan damai ketika kelas Genentik. Antara dua, samada faham atau student mengelamun ingat mak, ayah, makwe, pakwe di kampung. Suasana yang damai ini membuatkan pensyarahku lebih bersemangat.

"Proot.."

Apakah bunyi itu?? Bunyi yang memecah kesunyian kuliah. Enam harakat. Sengal. Siapa kentut??!! Tidak tergambar perasaanku. Perut nak pecah, mulut dah kembang kuncup nak terbarai gelak.  Tapi tengah kuliah ni. Tahan! Kawan-kawan sebarisku usah cerita ada yang dah terbarai gelak. Masing-masing me'nuding jari' ke arahku, "Kerja kau!". Gila.

"Apa hal dekat belakang tu?? Seronok ke saya mengajar??" Pensyarahku mula bersuara. Matanya terjegil. Semua terdiam. Ikutkan hati, mahu diberitahu kejadian yang berlaku. Sesuaikah??? Hadiahnya, nah longgokan assignment. Tahniah semua. (^_^)

Di luar kuliah, aku di'bahan'. Menjadi suspek utama kejadian. Apapun aku tahu classmate aku bergurau. Tak ada kerja, bahan aku. Walaupun, hakikatnya aku dapat rasa amoi cina depan aku yang buang angin. (-_-")

Mungkin itu balasanku menuduh Mimi mencuri pensel warnaku sewaktu tadika...

Dilarang kentut sewaktu kuliah. Dikhuatiri mengganggu emosi pelajar.

*********

Bahana 'tuding jari'

Tuding jari kini umpama satu kebiasaan. Didada-dada akhbar, di kaca tv dan seangkatannya (tak nak ulas panjang). Tindakan yang ringkas. Tetapi membawa kesan negatif dalam perhubungan sekiranya tidak diselidiki. Dengan menuding jari (walaupun satu jari, tak perlu dua mahupun tiga, empat, lima dan enam) persengketaan akan wujud. Masa itu, mulalah putus cinta, putus tunang, putus leher, putus kepala dan sebagainya. 

Lebih dasyat sekiranya habit me'nuding jari' ini bertukar kepada fitnah. Salah satu sifat mazmumah, bukan masmonah yang lebih teruk dari perbuatan membunuh. Yang mana, yang dituduh tidak bersalah dan terus menjadi satu keaiban dan keburukan buat yang tertuduh.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi untuk mengurangkan habit me'nuding jari', perlulah kita bersangka baik. Lebih baik muhasabah diri terlebih dahulu kerana kita manusia biasa. Kadang-kadang kita tidak sedar (walaupun sebenarnya sedar atau separa sedar) yang salah itu datangnya dari diri sendiri. Pesanan bersama.

"Apabila satu jari kita tujukan, berpuluh-puluh jari akan datang kembali pada kita".

p/s: Sering menyalahkan katak bila hujan turun. Tapi tak sedar populasi 'katak' jelmaan manusia (yang karok tak ingat dunia) lebih tinggi. Umpama 'kentut' tapi tak 'mengaku'. (^_^")

55 comments:

alien said...

Pasal tuding jari ni aku penah down suatu masa dulu..
bila di ingt kembali, aku hanya mampu senyum..

AmirFX said...

Aku biasa bagi nama orang yang tuding jari dengan Jambatan A.. A untuk alasan.. haha..

izzahdegreat said...

serious ke bagi kucing minum susu full krim boleh mati?? *tuding jari tanye soalan*

محمد رازيق said...

alien: hehe.. itu lumrah alien. aku pun pernah. hehe.. tapi emak aku bagi semangat :)

AmirFX: haha.. sesuai.. Alasan, tak mngaku salah.

izaahdegreat: hehe. cuba try. dah pernah terbagi dulu. cirit birit kucing tu. terus meninggal. bawa klinik dr cakap susu tu kuat sangat. tapi tu anak kucing la. kucing tua cuba try :))

Anonymous said...

haha..bru tau pasal susu dutch lady tu.. yup,tuding jari boleh jd memfitnah org..lebih baik tuding diri sndri..
thanks mengingatkan :)

Unknown said...

terbaik bro :D

kalau semua orang boleh turunkan ego, berani mengaku salah, buang sifat hasad dengki, takde fitnahfitnah ni semua.

Unknown said...

hmm manusia... suka menunding jari untuk lari dari kesalahan

dill said...

takmo tuding2. tak elok.

dill.

Aliza Binti Jaafar said...

sabo je le... hehe.. tuding sana, tuding sini, tuding situ, last2 tuding diri sndri... haha

Cik Bambam said...

biarlah dia nak tudning jari.. 1 tuding kat kita.. 4 jari dia tuding kat dia balik kan.. :P

Mohd Sazli Cikgu Autocad said...

takmo2...sentap mak tuding2 jari ni,,,:D

cintailmu89 said...

alamak..hang punya entry ni wat ak rasa kecik je dalam bidang penulisan..
keep it up bro..

محمد أمين بن أريس said...

tunding jari kat diri sendiri dulu sebelum orang lain...

SN said...

tuding jari kalau nak ttp elemahan sendiri.xelok.

Ainn Hazwany said...

hahahaa. comel :)
kucing pun demand taknak dutch lady...

Fizah Ibrahim said...

Hehe, sume penah kot. Manusia kan mudah nak salahkan org samada kita sedar tu mmg salah kita atau tak. Fitrah manusia huhu.. Err, saya pon penah sama tuding2 jari nih hee, tipula kalo tak, arap2 sentiasa dijauhkan lah =_="

aimi said...

entri ni best.. kecian mimi haha..

Mr feckry said...

cantik ayat lu

eelobor said...

salam perkenalan, terima kasih kerana singgah di blog saya.

ewanthology said...

selagi ada jari... tuding je..ahakss

محمد رازيق said...

blu3ish: hehe.. wlcome hani.. sma2 mengingatkan.. :) yg pntg tuding jari kat kepala kita dulu :)

NZ diaz: terma kasih.. betul. kalu semua itu tak ada, tuding-tujing jari ni pun takda.. hehe..

saiazuan : lumrah manusia. jadi kene kawal der.. hehe

Fizah ibrahim: hehe.. ye.. semua pernah rasanya.. tak boleh lari.. saya pun sama.. janji usaha nak kawal habit ni..

dill: hehe.. jadi simpan jari xyah tuding2 kan :)

eja: hehe.. itu la.. last2 tuding balik kat diri sendiri.

cik bambam: hehe.. suka ayat tuh :)

coklat berapi: hehe.. tak yah tuding dah.. nanti sentap lagi..

iz: mana ada der. gua biasa2 je.. banyak kena blajaq dengan hang adalah... :)

Amin: hehe.. btul amin tuding jari kat dahi dulu.. hikhik

Tasha: keyword ego. tak nak mengaku salah.

Ain hazwany: hehe.. kucing sekarang demand.. nak susu yang kat kedai haiwan. setin mau RM60. dah mcam susu apa dah..

aimi: tq aimi.. biasa2 sahaja.. kesian mimi.. tak tau dia kat mana. kalau jumpa, nak mintak maaf :)

Mr feckri: biasa-biasa der.hehe. tq. lu aktif yer kat gym.. hehe

eelobor: salam perkenalan.. sama2 :)

delarocha: hehe.. tuding arah boleh la.. hehe

MizzTina said...

ibarat baling batu sembunyi tgn... slh diri sendiri tp sebok kt slh org lain.. normal la tu.. mn ada org yg btl² nk mengaku slh..



salam kenal n salam ziarah..dtg membalas kunjungan.. =)

Anonymous said...

ermm...kudung jari nnt asik tuding jari kt org..

Faaein Talip Roy said...

hahaha.. betul lah..

aku la tu yang suka tuding2 jari dekat orang.. padahal sendiri salah..
hurm.. [-_-"]

Faaein Talip Roy said...

eh.. salam kenal juga.. [^^,]

eVa said...

saya slalu dituding jari.. kesian sy.. asyik kene buli.. tp gurau jer diaorg.. heee...

Unknown said...

aiyooo....amoi tu kentut manyak kuat!

Nyamuk Terbang said...

aku sllu kena weyh
xbuat ap2 pn org tduh mcm2

starzieti said...

kelakar ah part gamba lembu tuh. haha !

Dkna Abza said...

salah orang kita nampak..salah sendiri orang nampak.... heheheee

ask me said...

hello..

u have a nice blog also.

keep blogging. (:

Kartini said...

sedih pulak baca pesanan lembu tu
"masa baca entri ni sy sudah tiada" sob

ejulz said...

betul tu.. xleh nak tuding jading kat org.. muhasabah kesalahan diri sblm mnilai kesalahan org lain..

tgk lembu tu teringat bos kene tanduk lembut masa raya aritu.. haHa

Unknown said...

pjgnyeeeeeeee

tapi pnrangan y baik

Anonymous said...

baru aku tau susu dutch lady tak bole bagi kucing.

org kata jgn tuding jari kat org. lagi 4 kene kat kite.

Tapak Kaki said...

nampaknya aku kena selalu bengkokkan jari supaya tak menuding lepas ni..

Missez Hafirzan said...

fakta yang menarik dan membina! apapun, saya bukan jenis yg suka TUDING JARI ye :-) salam kenalan!rajin2 komen blog sy OK...

Ujang9897 said...

gua tengah tunding jari ni..=)

syimiekitty said...

nice post :)bermanfaat

Ati Masrif said...

menuding jari ke org lain
mungkin seronok..kalau lawaklah

tapi kalau kena btg idung sendiri
baru tau..syok ke tak..huhu~

sudipVSsenduk said...

saya suka tang gula batu tu..

Anonymous said...

salam ziarah..

kena batang hidum sendiri baru tahu jika selalu tuding jari pada orang..^^

Anonymous said...

dah arwah lembu tu rupanya.. sempat lagi posing ambik gambor ye... hehe..

dah selalu sgt kena tunding jari tapi xdelah kes2 serius cmni... esp.kes kentut... haha.. <3

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

sudah tahu salah sendiri,lagi mahu mencari silap orang.mugkin untuk menutup salah sendiri.

محمد رازيق said...

mizzkechikue:lumrah manusia kan.. hehe.. terima kasih.

diahontheblog: hehe.. kalu bnyak sgt tuding jari, jadi macam tu lah..

Faien Talip roy: hehe.. sama je ngan aku.. salalu gak wat. jdi kat sini nak muhasabah diri skali.. hehe.. terima kasih

eva: hehe.. gurau-gurau biasa. x gitu cik eva? hehe

suhaimi ahmad: itu la pasal. amoi itu juga manyak cun..

Nyamuk terbang: sabar shaja. inshaallah. Allah bersama mereka yang sabar.

starzieti: hehe.. mnyak klakar kan :)

Adylia Qarissa:itulah guna shabat yang baik. boleh menegur kita :)

ask me: inshaallah. thnx friend

kartini: hehe.. jgan sedih2. skadar gambar hiasan :)

ejulz: hehe.. tu la pasal ijul. wow, malayang tak bos kena tanduk ngan lembu??

iffah afeefah: hehe.. thnx atas teguran iffah. nway kalu free2, sudi2lah dtg lagi. tq iffah :)

Hanie dew: hhmm, yang ak da try bg anak kucing. tp kalu kucing dah besar tak tau la. tapi better jgn bagi.. tak seswai.

tapak kaki: alang-alang patahkan je.. hehe

missez queen: terima kasih.. inshaallah. tq juga lwt blog sy..

ujang9897: waa, terharu gua der.. sbb lu komen kat entry gua.. hehe.. nway tq bro

syimiekitty: terima kasih.

ati masrif:hehe. seronok kalau lawak kak. tapi kalau yang serius..... huhu

sudipvs senduk: hehe... manis ke???

pengemis cinta:salm ziarah. btul.. baru tau lngit tnggi rendah.

cik gee:hehe. sekadar gambar hiasan jer... hehekes2 kentut xpe.. hehe.. saham jatuh jer..

LURZAN TAZA LIMAJ said...

saye nk tunggu seseorg tundingkn jari dia utk saye sarungkn cincin, ngeeeee ;-)

Shacklesmith said...

haha.. kalau ske2 tuduh skadar bergurau takpe jgk..

ini tuduh bukan2 tanpa sebarang bukti jatuh fitnah tu beb! hahaha

Akue Achik said...

sy pun prnah brada dlm dua2 situasi,,menuduh dan dituduh..

smpi skg sy msh tak dpt tegakkn kbenaran..huhuu..
xpelah..tggu kt akhirat nnt..

محمد رازيق said...

shacklesmith: haha.. kalu gurau tu best. tp kalu serius, sakit bro.. huhu.. ftnah tuh..

akue achik: hehe.. sy pun.. isu kentut ke?? haha.. gurau2 jer.. Insyaallah, yang baik itu akan tertegak

Ainul Hayat said...

Setuju dengan entri ni. Akibat tuding jari...boleh mendatangkan fitnah. Terima kasih tinggal jejak kt blog saya. Nice blog. Bestla entri2 awak//

Unknown said...

enrty ni buat aku sengih je.

H A N said...

1. kesiannya lembu tu...

2. betoi ke kucing xbley bagi minum susu full cream?xtaw pulak...

3.sekarang ni memang b'lambak gila katak jelmaan...hahaha...like term tu!

4. suka tulisan2 anda! :D

Al - Mu'allim said...

Satu jari menuding pada orang, 3 jari balik pada kita. Sendiri mau ingat la..huhu.

Tidaka mahu dituding, jangan menuding.

Anonymous said...

zik, mmg fresh dlm memori ak wktu isu kntut ni dlm klas genetik. ak dduk dpn wktu tu, ntah knape sebaris kat blakang trburai gelak, wktu klua dewan, hampir smua jari dok "tuding" kat ko. ak antara pcaye n tidak je.. kakakaka. undergrad life is AWESOME!!

mummyrinazone beauty said...

hehe pernah kot tunding jari n ditunding jari..

eh kalau bagi kucing full krim bukan lagi gemoks ker..ooo nnt kucing2 kena diabetis ek??