Sunday, 20 November 2011

Dongengan si IBU

"tekk tekk tekk..."

Rintik hujan menemaniku. Rahmat tuhan bertebaran di muka bumi ciptaan-Nya. Alhamdulillah.

Sepi. Sudah jam 4.00 pagi, mata masih cergas terbuka. Adakah aku salah seorang mangsa serangan Insomnia?

"Lelaplah wahai mata". kata hati. 
"Pehal aku nak lelap pula?? Blog tak update lagi. Ada hati nak lelap???" Mata bermonolog. Tajam.

Hipotesisnya, selagi tidak update blog, selagi itu mata tidak boleh lelap. Hipotesis kejam.

Macam ni lah aku...

**********

Beberapa minggu yang lepas, sempat aku meluangkan masa berjimba bersama teman-teman lama. Majoritinya lebih berusia dariku. Mereka tuan punya badan diberi nama singkatan Shidi, Amir dan Anas. 

Bermula aturcara berjimba di Perantau Hill. Sembang tak ingat. Dari cerita hantu Kak Limah sampai cerita Twillight. Dasyat. Kalah golongan makcik-makcik dan akak-akak bersembang. Awas.

Acara diteruskan dengan sesi melalak. Masing-masing tak nak mengalah melontarkan vokal, persis 'katak jelmaan'. Soprano, falseto, bes (suara dada), suara perut, suara jantan, suara betina suara cukup-cukup makan, suara tersepit semua terkeluar. Cukup harmoni. Genre lagu usah cakap. Dari lagu UNIC, Hanya Tuhan yang Tahu sampai lagu Dahlan Zainudin, Kisah seorang Banduan Biduan. Hak hak

Acara penutup, bersiar-siar di Downtown Jalan Reko. Sambil-sambil mencuci mata. Bila perut lapar, singgah ke gerai keropok lekor. 

"Keropok lekor tepung." Protes si Amir, warganegara Malaysia, rakyat tegar Terengganu.

"Macam keropok Rotakan bang Amir.. " Aku membalas.

"Dahlah lembik plus lembut keropok ni". Shidi menyampuk

Amir membalas penuh yakin.
"Keropok ni ikut tuan badan yang makan. Kalau keropok tu 'lembut', maknanya orang yang makan tu lembut. Kalau rasa keropok tu 'keras', maknanya yang makan tu keras, lelaki tulen. Zik, ko makan, keropok tu keras ke lembut???"

Shidi termenung seketika, penanda 'terkena'. Aku mendiamkan diri, playsafe katanya. Hak hak

Ini bukan hipotesis lagi. Lebih tepat 'DONGENGAN' gila ciptaan si Amir.

Tak tahu mana satu yang  'lembut' dan 'keras'

*********

Teringat masa kecil-kecil dulu. Ibuku sering menghasilkan 'DONGENGAN' yang menarik. Bukan macam dongeng Cinderella, Smurf, Pinocchio tapi dongengan klasik. Bukan apa. Niatnya untuk mendidik aku. Antara dongengan yang paling-paling aku ingat:


a) Dongengan susu ibu.

Masa kecil-kecil,boleh dikatakan aku kembar tak seiras dengan puting ibuku. 24 jam nak menyusu. Tak boleh lekang. Macam-macam alternatif ibuku dah buat. Letak kunyit, letak kopi, tak jalan. Aku tetap setia.

Langkah terakhir ibuku..

"Ajik, sampai bila Ajik nak minum susu mama je. Dah besar. Takkan sampai umur 20 tahun pun nak minum susu mama. Tak macho tau" Ayat psikologi mama.

"Tak peduli. Nak juga, nak juga". Aku membentak.

"Kata, Ajik nak jadi Maskman. Maskman mana ada hisap susu ibukan??? Diorang minum Dutch lady jer." Ibuku membalas.

Dek kerana terpengaruh dengan dongengan ibuku, aku mula bertukar profesion. Dari susu ibu ke susu botol. Lebih baik, lebih macho. (^_^)

'Jambu' botol susu ni.  Aku rasa kalau aku kecik pun, aku boikot botol susu ni. Bukan taste aku. Hak hak


b) Dongengan makan alih tempat

Masa aku tadika dulu, aku ada habit pelik. Suka makan alih-alih tempat. Yang tak bestnya, mulalah nanti bersepah tulang ikan bawah kerusi, tulang ayam atas tv, kulit ayam celah pasu bunga mak aku. Oh, ini semua kepantangan ibuku. Kalau kantoi, maka bersiap-sedialah aku dengan serangan 'senggol-senggolan, cubit-cubitan'.

Alkisahnya, suatu hari aku makan bertiga bersama ibu dan ayahku. 

Sedang aku cuba mengangkat kaki, ibuku bersuara..

"Nak pergi mana Jik?? Kan mama dah cakap, makan alih-alih tempat tak elok. Nanti kahwin pun banyak kali."

Aku membalas dengan sebutan yang pelat (maklumlah tadika lagi), "Kahwin manyakkan elok mama. Nanti dapat isteri manyak, anak pun manyak."

Ayahku tersengih, seperti menyokong.

"Pedepek!!!"

Itu dia! Pemukul lalat hinggap di belakangku. Tindakan refleks dari ibuku. Tangkas. Nasib waktu tu cik ibu tak pegang pemukul lalat versi raket badminton yang siap ada karen. Hak hak

Kalau aku kena tibai dengan pemukul lalat jenis ni........


c) Dongengan makan ubat

Rasanya sudah menjadi lumrah, anak-anak kecil takutkan ubat. Mungkin dalam kes-kes terpencil, bukan sahaja anak-anak kecil fobia akan ubat malah anak-anak 'besar' juga ada yang takutkan ubat. Sudah adat ubat itu pahit. Sukar mengubah realiti kepada:  'ubat itu manis macam kuih Seri Muka'. hak hak

Nak dijadikan cerita, aku memang tak gemar makan ubat bila sakit. Kasihan si ibu. Kadang-kadang tersembur ubat antibiotik pada baju si ibu dek kerana anak yang takutkan ubat.

Berbagai kaedah dibuat ibuku termasuklah buat demo telan ubat cara yang betul. Kadang-kadang, kena telan betul-betul demi meyakinkan si anak. (^_^)

Alternatif terakhir ibuku dengan mencampurkan ubat di dalam susu botolku.

"Ajik, mari sini minum susu. Susu ini special. Nanti cepat baik demam". Kata si ibu.

"Mama, kenapa susu ni warna pink macam silap bandung??" Aku menduga. Pelat-pelat pun ada hati nak menduga orang.

"Owh, mama campur sirap. Baru best sikit!!!" Balas ibu yakin. 

Aku terus minum dan tidak sampai 5 minit, aku terbongkang. Mana taknya ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, anitibiotik, strepsil, racun tikus semua dalam susu botolku. Hak hak

Terpengaruh lagi dengan dongengan si ibu....

Hmm.. Reaksi  aku masa nampak ubat dulu-dulu.. (^_^)


d) Dongengan membazir nasi

Masa kecil juga, aku ada satu lagi tabiat buruk. Suka ambil nasi banyak-banyak, tapi tak habis. Tak tau macam mana 'hobi' ini boleh sebati dengan aku. Ibuku memang sangat tidak gemar habit ini.

Kalau aku tak habis nasi, jarang sekali buang dalam tong sampah. Tapi buang dekat longkang belakang dapur. Takpun bagi kucing jiran makan. Bukan apa, tak nak kantoi sama si ibu.

Suatu hari, ibuku memberi ceramah padaku.

"Ajik, tak baik buang nasi. Membazir. Kasihan abah cari rezeki. Nanti nasi 'menangis'. Ingat sebutir beras setitik peluh petani" Nasihat ibuku.

"Apa?? Nasi menangis??? tak pernah tengok pun.. Apa maksud sebutir beras, setitik peluh petani??" Aku bermonolog.

"Mama, nasi mana menangis. Tak pernah nampak pun". Aku membalas.

Si ibu membalas "Jangan degil cakap orang-orang tua. Nasi menangis, kita tak boleh nampak. Sebab mata nasi kecik". Aku hanya mengangguk.

Keesokan harinya di tadika sewaktu rehat bersama Aiman (kawan setadika)...

Aiman yang suaranya persis pembesar suara jujur berkata "Kita tak habislah nasi lemak ni. Tak sedap!" (Sambil-sambil melihat mata kakak tukang masak terjegil)

Aku membalas "Tak baik. Nanti nasi 'menangis' ".

Aiman respon "Mana ada. Nasi mana boleh nangis".

Tak ada modal. Maka guna modal si ibu "Jangan degil cakap orang-orang tua. Nasi menangis, kita tak boleh nampak. Sebab mata nasi kecik". Hak hak

"Ingat, sebutir beras, setitik peluh petani" Tambahku yakin tanpa memahami ungkapan tersebut.

Aiman hanya mampu ternganga memandangku. (^_^") 

Habis jawab paper Bahasa Melayu kertas 1 UPSR, baru aku mengerti apakah yang dimaksudkan dengan 'Sebutir beras, setitik peluh petani'.

Baru nampak real nasi menangiskan??? 


**********

Begitulah dongengan si ibu. Mahu membentuk anak yang masih kecil menjadi seorang yang berdikari, berjimat, belajar menghargai, berani, macho, kacak dan setia.

Si ibu yang gigih mendidik si anak yang degil, kadang-kadang gila dan nakal. Ingatlah perngorbanan si ibu. Tidak mampu dibayar sekalipun dengan wang ringgit.

"Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak. Sepuluh orang anak tidak semestinya mampu menjaga seorang ibu"

Sesekali aku terfikir...

Masa kecil aku kurang melawan dan meninggi suara pada si ibu.

Tapi....

Bila besar semakin mudah meninggikan suara. Apatah lagi ter 'ah', ter 'eh', ter 'uh' dengan si ibu...... Persoalan sengaja atau tidak, TIDAK HARUS WUJUD. Pesanan dan ingatan bersama...

Sekali lagi aku terfikir...

Berapa lamakah lagi hayatku di dunia ini??
Berapa lamakah lagi hayat ibuku??
Sempatkah aku berbakti padanya??
Sempatkah aku menjaganya??


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata:

"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?" Rasulullah menjawab: "Ibumu." Orang itu bertanya lagi: " Kemudian siapa?" Rasulullah menjawab: "Ibumu." Orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Rasulullah menjawab: "Ibumu." Lalu orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Rasulullah berkata: "Ayahmu."- Abu Hurairah ra.

p/s: Tak nak jadi macam Tanggang. Jumpa awek seksi, cun, kaya macam Zila Bakarin takpun Kila Feri  terus tinggalkan si ibu. (^_^)

83 comments:

aiEz said...

hehe,jauh ko bawa ak mengembara kenang kisah lama masa ank kecil dulu...sungguh jasa ibu tak terblas dgn nyawa ak...terlalu besar pengorbanannya..

ADEEYA said...

Comel je :) hihi

محمد رازيق said...

aiez: hehe.. saja jer der, bawak ko jalan2.. hehe.. mana tau ko ada pengalaman sama.. sungguh jasa ibu itu besar.. pengorbanan ibu tiada tandingan bro.

adeeya: apa yang comel??? hehe

محمد أمين بن أريس said...

begitulah cara kita membesar...penuh dengan dongengan... :D

NZ Diaz said...

dah besar semua benda terasa kecil. kadang-kadang sampai menyakitkan perasaan ibu. :(

sharul izam said...

best cter ni...
kehidupan manusia..:)

Miss Red Apple said...

nak g mana jikkkk? kan mama da cakap, makan alih-alih tempat tak elok. nanti kahwin banyak kali...hahaha

saya dulu pon selalu makan alih2 tempat gak..tapi nak kawen banyak kali xdapat...suami sorang jer boleh..>.<

cik Kartun said...

hahaha da besar dongeng ape plak si ibu nak wat yew..:)

NEPH said...

kuat jugak berdongeng kat sini..macam2x
hihi

rahman said...

wahhhh... entri menarik... entri mcm ni la rahman cari2.... tp jarang yg buat.... btw, tahniah ye bagus entri kamu. nanti kalau ade entri best lg, invite me to see it ya.....

oleh itu, rahman nak follow blog my words.

SHAHID said...

TL;DR!

AmirFX said...

Panjangnya entry ko nie.. haha.. Tapi aku habiskan baca gak.. Nice...

Far8 budak baik said...

mesti banyak berangan budak ni..
cukup ckup lahh tu..
pi bljr pi...
ahahahahahahaha...
tapi klo susah sangat..
terjun bangunan jelahh..
haha =p

AziziBasyah said...

alasan anak xmo jg parents yg dah tua...

"dulu aku kecik2 depa hantaq aku gi pusat jagaan sbb diorg busy ngan kerja..so, apa salahnya aku hantar depa gi umah org2 tua sbb aku busy ngan kerja & kat sana ada org tlg jaga...it's karma~"

tapi bg aku situasinya adalah berbeza sbb kite yg kecil baru nak mulakan hidup...parents kita da tua bakal menamatkan sisa-sisa hidup..adakah bila dah 'kehilangan' sesuatu baru nak menyesal...insaflah~

p/s: sekadar renungan bersama, pegi peluk parents anda sblm terlambat...*sori komen panjang*

Cik tikah said...

hehehe.. comel je entry ni :)

Akue Achik said...

dongengan yg masih wujud smpi skg.. mak sy pun salu bt kt kitorg msa kcik2 dulu..huhu

syg mak.......

NauRah aLwaNi said...

Entri ni lucu plus comel. Suka! ^^

Adakah kita semakin galak menghina?

penjajah minda said...

ibu.darjat mereka 3 kali ganda.

Nur Zalfa Afra said...

waaa...
ingat mase kecik2 laa...
*macam dah besar sangat*haha

Miziey said...

wah, mmng byk cta dongeng lu layan ek..
BTW, kasih syg ibu mmng takde bandingannya.. cuma dewasa ni jer byk 'ibu muda' yg buang anak.. heheh..

J.Syazwana said...

degilnya masa kecit2.
hahaha.

nasi ade mate kecik?
haha. ni memang kelakar :D

AdaNaz87 said...

lawak lah pasal nasi tu bile mak kamu cakap mata nasi kecik. wakakaka. ;p

betul tu, sayangilah dan berbaktilah pada ibu dan bapa sementara mereka masih ada. btw, thanx for sharing! ((;

aRa ❤ aFiq™ said...

btol susu 2 mcm anak sdara ara pnye.. hehe... mama slalu kap nasik nanges gak mse kecik2 dluw.. hee

~~Sue eLLa~~ said...

hahahahahahaa..nice entry n nice blog..hikhikk..singgah sini yerrr :)

Yatie Awang said...

kalau kita ingat zaman kanak2 bestkan, begitu juga kenangan dengan ibu, apa yang kita nak, semua dituruti, kakak doakan Razik menjadi anak yang soleh..Amin

dayu_myself said...

lawak pun ad kan waktu kanak-kanak..
kekadang bila terpikir,
kita sendiri mcam tak mapu layang budak macam tu..
tapi ibu kita sentiasa ada waktu kte kecik-keck..
besarnye pengorbann ibu tu...
rindu betul dekat mak...

amboi,kecik betul mata nasi kan sampai tak nampak..hahaha

shameel Iskandar said...

mengimbas nostalgia zaman kanak2 pula bila baca entry ni.

tertarik dgn ayat.
berapa lamakah pula hidup ibuku?
sempatkah aku berbakti kepdanya?
sempatkah aku menjaganya?
(jujur, persoalan ini juga bermain2 dlm fikiran saya)

Abg Stalker said...

haha..mak aku dulu pun selalu klentong aku dgn cte dongeng ni.tp bgs la kn..ada +ve nya kt ctu.

Norlida Ramli said...

hehehee..betul2..mcm2 yg mak kite wat ..yg mcm nasik tu sama la mcm mak ada ckp.nnt nsik menangis..hehe

p/s:selagi dia idup jagalah dia sepenuh ht..jgn biarkan dia menangis..kalo dh xde nnt..br akan menyesal seumur idup..

bighagenjo said...

haa,,, mesti anak mak ni.. pasal ko menyusu lama.. hoho.

dalam banyak2 dogengan ni.. dongengan nasi menangis paling menakutkan aku. Mak aku pun cakap kalau buang nasi nanti nasi nangis (masa kecik2),
aku tak caya pasal aku mmg jenis suka pikir rasional. Tapi mak aku pnya cerita sangat meyakinkan. Kau tak kenal mak aku. Kalau buat cerita mmg number one. bila aku cakap mana ada,, selalu buang pon takde dengar nangis pon? mak aku jawab.. memang la tak dengar pasal siang2 dia tak nangis, dia nangis malam2 je, time semua orang tidur,, dia nangis,, sedih sangat orang tak makan dia..

efeknya,, malam2 aku tak berani keluar buang air,, pasal takut tedengar nasi menangis,, aku da bayangkan da macam mana nasi tu nangis.. mesti teresak2 n sayuuu je.. tak je seram..

belum lagi hal kulit kaki aku kering. kulit kaki aku kering da macam bersisik dah. aku pelik gila kenapa kaki aku macam ada bentuk2 sisik ni. time mandi je ilang, bila da kering dia ada balik sisik tu.

aku pun tanya mak aku,, pesal kaki ni ada sisik mak? mak aku sambil tengok tv jawab ' nak jadi ikan duyung la tu'. ish! tipu la mak ni.. mana boleh.. aku jawab. mak kata 'mula2 mmg la tak bole.. lama2 kang kena air, kaki jadi macam ikan'. sebulan lebih aku mandi tak basahkan kaki okkk... takut jadi ikan duyung.. jauh da aku pikir.. kalau jadi ikan duyung kang mesti kena buang kat laut..mesti kena tinggalkan mak gan ayah.. so, aku sangat berhati2 tanak kena setitik pon air kat kaki.. kejam kan mak gua.. haha.

ha amik kau.. da buat satu entry kat sini...

Cik TeN10 said...

dongengan2 si ibu ni la mendidik kita.. biasa la buda2k.. mcm aku dulu pn.. aku takleh terima setiap apa yg org ckp kalau aku fikir benda tu tak logik or tak bersebab.. masih aku ingat lagi.. ayat yg biasa keluar dr mulut aku secara spontannya bila diberitahu stg or dilarang stg; "awat tak boleh buat macam ni ? " .. "kenapa? " betul tak ?? so nak bg kita puas hati maka mak kita pun cipta la bermacam2 dongengan..

sya hassan said...

satu lagi dongeng sal nyanyi dlm blik air.. nnti bsr kawen ngan org tua.. trus xnyanyi..harharhar

apepon bnde2 cam nie lah yg mengajar kite mnjdi sorg mnusia yg bergune.. semua dongeng2 nie ade moral values yg tersendri.. kdg2 mcm xmsuk akal.. tapi serius ianya membantu mendidik kita.. :))) nice entry la bro =)

Halimatun Sa'adiah said...

hahahaa...
suweet je mse kecik ngn mak kn...

.diannorhayati. said...

hahaha. comel je bile bace.

and sume tu mak penah buat =.=

zOeY zAu YaH said...

time kecik mak2 mmg ska buat citer kan tp selalunya untuk kebaikan..bila bsr tersengih ja bila ingat tu...sayangi emak kita =)

akuzle ayu said...

ahah! tudiiaaa pjg punyo n3. patut takbley tito..ahahaha

MulutPayau said...

Suka baca ntry ni walaupun agak pnjang...
Dongeng seorang ibu sbnranya mmbawa
maksud yang tersirat...

Siapapun kita, kita tetap lahir dari rahim seorang ibu....hargai jasa dan pngorbnan seorang ibu...

Daddy Cool said...

Syurga di bawah tapak kaki ibu..

Salam perkenalan..!

Mamamya said...

jujur sya sgt suka dgn n3 ini terutamanya ttg 4 dongengan ibu :)

ibu adalah segalanya....


p/s: terima kasih sudi singgah n follow akak.

gedek! said...

masalahnya, dongeng lagi menarik dari realiti....

Aki said...

aah kan.. best je ingat waktu masih budak2 dulu,mak slalu je bagi dongeng.. saje nak didik anak.. ^_^.v..

mama maman said...

dongengan yg kekadang dekat dihati..:)

syg mak sy.. moga anak sy pun syg sy..;P

Rai said...

rupa nasik menangis macam nasi lauk telur mata kerbau..hehehe..

dah jadi ibu ni kena banyak idea nak didik anak2..hehe..

محمد رازيق said...

محمد أمين بن أريس: hehe.. masa fasa kanak-kanak ke alam remaja min.. hehe.. bila dah tua kita pula 'create' dongeng untuk anak-anak kita. hehe

NZ Diaz: setuju NZ.. bila semua perkara dipandang kecil, mulalah nak sakitkan hati si ibu.. huhu.. moga dijauhkan.

sharul izam: cerita masa kecil.. hehe.. itulah kehidupan.. terima kasih

Miss red apple: haha.. dongeng tu kurang sesuai nak apply kat girl.. hehe..

cik kartun: dah besar ibu dah tak buat dongeng untuk anak.. tapi untuk cucu.. hehe

NEPH: mari berdongeng.. haha

rahman: terima kasih rahman.. mungkin ada blogger lain yang buat juga kot.. apapun saya amatur lagi.. kalu ada salah silap mohon tegur.. terima kasih

shahid: ???? anyway terima kasih.

amirFX: haha.. excited sangat tulis kot.. tu jadi panjang sangat der.. haha... thnx bro,gigih baca entri aku.. terharu ni..

Far8 budak baik: tak banyak berangan.. ni bukan angan-angan. ni cerita masa kecil. nasihat untuk ko juga, belajar rajin-rajin.. thanks.

azizi basyah: hehe.. panjang takpe... ni kan perkongsian.. yup aku stuju dengan opinion ko zi. jom peluk parent zi!!!

cik tikah: siapa comel??? hehe.. terima kasih sudi lawat blog..

akue achik: hehe.. itulah.. dongengan ini bisa menjadi kenangan bersama si ibu.

naurah alwani: terima kasiH! :)

Penjajah minda: yup.. terima ksih ingatkan.

nur zalfa afra: haha.. at least lebih besar dari dulu, bukan makin kecik.

miziey: haha.. gua memang suka layan cerita dongeng der.. tapi yang klasik der.. haha..kebnyakan ibu muda (illegal) memang camtu der.. buat suka, pastu buang.

J syazwana: hehe. saya memanga nakal masa kecik.. kihkih.. kena guna mikroskop nak tngok mata nasi.. (satu lagi dongengan)

Ada Naz87: welcome.. hehe.. tu la pasal.. sharing is caring..

aRa ❤ aFiq: ye ker? mesti anak buah ara girl kan.. hehe.

~~Sue eLLa~~: hehe.. terima kasih dari kami blogger amatur..

Yatie awang: terima kasih kak atas doa td.. amin

dayu_myself: huhu.. betul dayu.. pengorbanan mak sangat besar. dari sebelum lahir, sampai dewasa.

shameel iskandar: nak bawa anda ke zaman kanak-kanak.. hehe.. bila terfikir, mesti sedihkan..

abg stalkr: haha.. betul bro.. ade positifnya..

Norlida ramli: betul tuh. dah tak ada nanti baru nak sosal. masa tu hantuk je kepala kat dinging.. huhu

bighagenjo: wah mini entry dah.. gua suka lu sharing pengalaman kat sini.. cuma gua tengok lu masa kecik lebih rasional banding dengan gua.. haha.. tapi still kena jugak.. hehe.. so akng, lu boleh tukar2 jadi duyung tak?? hehe.. anyway thanx yer.. lu punyer sharing menarik.

cik ten10: betul. aku pun sama.. mesti akan tanya sebab.. tapi bila dengan mak, semua kita assume betul.. hehe.. sebab.. kita sayang mak kita..

sya hassan: yup. betul sis.. setuju.. semua dongeng n i bukan dongeng kosong. tapi ada value.. dongeng mahal ni.. anyway thnx datang jenguk blog ni. slam kenal.

halimatun sa'adiah; hehe.. tu lah.. sweet. anak emak katakan.. hehe

diannorhayati. : maknanya hidup kita masa kecik memang comel.. hehe..

zOeY zAu YaH: hehe.. betul.. bila besar tergelak besar.. haha

akuzle ayu: hehe.. memang panjang.. dah terbiasa.. seronok duduk tulis-tulis ni.. hehe

mulut payau: thanx sebab sudi baca entri ni walaupun pnajang. kredit untuk anda. betul.. saya setuju.. jangan lupa jasa ibu kita.

Dady cool: salam kenal!!! yup

Mamamya: terima kasih kak.. sebab lawat n follow blog sy. akak apply tak 'dongengan' ni kat anak akak?? hehe

gedek: hehe.maka kita dongengkan itu masalah. baru seronok uncle

aki: hehe.. seronok ki.. kalau diingat tu, terus nak balik jumpa mak.

mama maman: inshaallah kak.. kalau kita sayang mak kita, inshaAllah anak kita sayang pada kita.

Ra: hehe.. aah la.. hikhik.. betul. kena kreatif. baru anak seronok :)

eLL said...

saya memang ingat mak kata nasik nangis.

Hantu Kak Limah said...

keh..keh..keh...
gua bace smbil berkhayal di alam fantasi..huhuhuhu...
kalau lu nyanyi lagu enjet2 semut tiap mlm..gerenti lu tidur nyenyak sambil mimpi Hantu Kak Limah....keh..keh..keh......

dino said...

teringat kat ibu di kampung... huhu

ainnoraini said...

Mmg pernah lalui tu semua...sekarang pun masih gune lagi jugak kat anak2...

Asrul "iLham" Sany said...

mitos semiotik orang dulu2...

Cik Ina Do Do Cheng said...

the moral of the story, ko sayang sangat ibu kau. jaga ibu sementara dia masih bernyawa:)

Yutaka Mushimura said...

hahaaha..ketawe den baca dongengan itu...:0

kejang perut den

m!3yr4h_LolLy said...

nice entry. suke ! heeee

NAZRUL AZAT said...

IBU adalah wanita pertama di hati anak2 lelaki, sejauhmanapun anak2 lelaki pergi, ibunya tetap di hati

caliph shuriken said...

kali pertama tgk pemukul lalat versi karen tu.. ada jual ka? hukk...

wan nurul hezrina said...

huhu panjang entri tapi den teruih jo baca hah..suka ngan entri ko sbb akopun sorang ibu gak=)bab dongengan botol susu2 aku kena copy n past ayat ko.bergunaa beb.

bab2 dongengan lain mcm makan ubat.tak abis nasik n beralih makan semua aku setuju..hehe paling setuju mmg kena jaga ibu sampai akhir hayat.sb jasa ibu mmg tak terbalas.aku berpantang 44 ari mak aku yang jaga.cuci luka bagai.mmg mak aku tiada gantinya=)

d_LA said...

tetibe tingat ms kecik2 dulu..kebanyakkannye camtulah jugak pesan2 mak..tp yg ubat letak lam susu tu rs x pernah lg kena kot..hehe

Syairani Tarmizi said...

nice entry :)

dwaty said...

dongengan ibumu sama dengan dongengan ibuku... cuma...
aku minum susu ibu kejap jer... terus minum air biasa... ahakzzzz...
aku pun suka juga pindah tempat makan...dari meja makan ke ruang tamu depan tv... lagi teruk kena marah coz aku pompuan...
bab nasi menangis tu yang sampai sekarg aku ingat... hinggakan ada member yang tak habis makan... aku akan ckp kat dia 'tak baik nanti nasi menangis'.... hehehe

jedi said...

dongenganutk mengajar kita....itu semua mematangkan kita...ada sebab musababnya...

Puan Kutu said...

bagus dongengan tu..teringat waktu kecik2..lebih2 lagi part nasi menangis tu.hehe..

Kakzakie said...

Menghayati masa anak-anak pasti mencuit hati dan nurani kita kerana kata-kata mak bukan marah tapi banyak kias-tamsil-ibarat-rekaan tapi kita akur...

Ibu perlu dihormati selalu....

Izzah Idz said...

SAME LA DENGAN KITE!!(gaya Afdlin kmpln Boboi cakap)teringin nk pegi zaman kecik2 dulu..slalu diberi perhatian ummi(mak)saya..:)

bLu3iShH.. said...

waa...bile kua ngan diorang tu?jeles2..

my mom pun suke campur ubt dlm susu,utk bdk2 yg tkut mkn ubat..

Saiazuan said...

dongeng itu la yang membesarkn kita :)

sully86 said...

hello.thanks for coming my blog

lieynanilaz said...

jagalah hati ibu bapa sementara mereka masih hidup!!

peringatan ini untuk diriku juga...

Cik Ecah said...

tq for da remind....:)

tulisan buruk said...

; dongengan yang menarik :)
"ibu ratu hatiku" bukan dongengan,
tapi kenyataan yg manis :))

Anak Wak Mail said...

betullah,,kecik2 suka sangat melwan cakap mak. dah besar pon sama je..bila la nak insaf..haha..;)


tp saya sayg sangat mak saya..


p/s: minum susu ibu lagi ke sekarang??hihi..;P

Ati Masrif said...

ni sama dan geng dgn syahmi ni

sape2 awek raz ni kena hati2
mesti anak manja mama ni..huhu~

kisah dongeng ni mmg dah biasa
buat org tua dulu . macam2 ada
antara yg takut sekali kisah
hantu tetek :)

Chik Att said...

Keropok lekorrr ..... surrender yang besar2.... teringat masa gi Kelantan tgk sendiri ...

محمد رازيق said...

eLL: sy rase itu yang palin femes kan..

hantu kak limah: haha.... nanti bila dah kawin gua try buat kat anak gua pulak.. suh nyanyi lagu lu before tidor.. haha.. dah besar, anak gua buat blog.. entry dongengan bapak :0 haha

dino: jom balik kampung!!!! hehe

asrul: hehe.. mitos emak2...

cik ina do do cheng: haha.. betul.. aku kena sayang mak n ayah aku... thanx ingatkan aku..

yutaka mushimura: hehe... eden tau ekau penat.. jadi eden bg ko gelak supaya lagi penat.. hehe

m!3yr4h_LolLy : hehe.. terima kasig.. lwat lah kami lagi..

azat: huhu.. bro! hehe.. lame tak datang sini.. tanggungjawab anak laki terhadap ibunya takkan pernah putus..

caliph shuriken: hehe.. ade bro.. try cari kat kedai lima ringgit :))

wan nurul hezrina: haha... terima kasih. terharu ni.. entry yang biasa2.. tq ye cik akak.. hehe.. sebb gigih baca entry ni.. hehe betul2.. jasa ibu jangan dilupa.. thnx for ur support.

d_la: hehe.. nant dah kawin try buat kak anak ang :)

syairani tarmizi: terima kasih :))

dwaty: hehe.. agak-agaknya mak-mak kita ni buiat persatuan kot.. create dongengan ama2.. hehe.. wah ko benti isap susu awal ek???? hehehe

jedi: betul.. aku setuju :))

puan kutu: hehe.. jadi cik puan amalkan untuk cik anak di umah ???

kakzakie: setuju cik akak.. ibu perlu sentiasa dihormati.. jangan pernah derhaka pada ibu.

izzah idz: dah besar pun mesti ibu selalu beri perhatian.. tp x selalu mcam masa KECIK.. Sbb dia nak kita berdikari

bLu3iShH: before raya haji.. hehe.. jgan jeles hani :))) hani takut mkn ubat??

saiazuan: yup.. betul bro.. setuju :)

sully 86: yeah u r welcome.. thnx jugak datang blog ni..

lienanilaz: btul.. sementara mereka masih ada.. nanti menyesal tak sudah..

cik ecah: u r welcome :)

tulisan buruK: yup.. good suggestion... idea yang baik.. pasni kalau nak buat entri, boleh mntak tlg ang bg suggestion tajuk..

anak wak mail: takpa.. janji kita ada kesedaran nak berubahkan.. hehe.. kalau boleh kurang2kan lawan ibu.. (pesanan untuk aku jugak).. sekarang?????? rasa-rasa??? hehe.. skang susu anmum jer. hahahahahaha

ati masrif: hehe.. kak ati!!! lama x jumpa di alam maya :)sapa awek saya???? hehehe.. xde awek lagi kak.. akak tlg carikan boleh??? yup.. yang hantu tetek ni pun femes kan kak..

chik att: hehe.. dasyat kan kalo nak goreng yg besar2 tuh..

blog-tips-kurus said...

update blog=tanggungjawab tambahan. :-)

suha said...

hikhik nice entry (^_^)

erk tp cik suha mmg patuh mkn ubat n tukg suap adlh ayah lalala

Sha. N. said...

Kalau Neelofa datang????heeeeeee
Merujuk kepada p/s di atas.

محمد رازيق said...

blog-tips=kurus: hehe.. baik. terima kasih..

suha: hehe.. tq yer suha :))betul. kalau ayah ni takutlah sikitkan.. hehe

Sha. N.: haha.. kalu neelofa dtg minang dia.. tapi bagi satu syarat kat neelofa ' neelofa kalau ang nak kawin kami, ang mesti kawin dengan mak kami juga' hehe

mimie_za said...

apa pun..kadang2 ada benar n ada karut ye jugak..cuma taktik orang tua nak anak dia ikut.hehe

محمد رازيق said...

hehe.. betul mimie.. :) kreatif diorg ni.

M Fizan said...

tulisan yang sangat menarik.. wow wow and wow :)

*SiRibenMerah said...

saya makan byk sehingga badan saya memberi tindak balas tertekan jika jalan atas lantai kayu.. ouh ngeri bunyinya!

*jgn bayangkan*

Chenal said...

panjang dongengan tu....
kita ramai d besar dgn dongengan semua tu..termasuk aku..!!

Haris Khairuddin said...

memang banyak dongengan mak2 dulu. sampaikan bila dah besar pikir balik macam x logik.
semoga kita semua jadi anak2 yg baik pada ibu bapa. (haish... macam tinggi je dari langit. haha)

myfreeminded said...

Mak, dah kawin dan beranak pun tetap akan cari Mak. :)