Monday 31 October 2011

aku LEMAH??? LEMAH infiniti?

Nikmat tuhan yakni sang hujan terus menuruni membasahi muka bumi manusia yang asyik dengan dunia, termasuk aku... "Hujan, sejuknya.." getus hatiku. Dapat tidur nikmatnya. Tapi awas, tidur lepas Asar bisa menghasilkan manusia-manusia gila. Aku tak nak jadi gila, aku belum kahwin.

Aku dan 'empat mataku' duduk bersila menghadap komputer riba putih milikku. Orang kampung, bersila sahaja tidak duduk atas kerusi. Konon rendah diri, low profile. hak hak.. Tiba-tiba, secara tidak menyempat-nyempat otakku mengaplikasi teknik imbas kembali memori lama. Watak Najwa (bukan Najwa Latif) bermain di fikiran. Najwa, kawan lamaku si gadis pemalu yang senantiasa mendakwa dirinya lemah dalam segala hal. Kasihan Najwa.

++++++++++

Enam tahun lepas, aku turut dilanda permasalahan kurang yakin pada diri, permasalahan yang menyebabkan aku down tidak bertempat hanya kerana keputusan SPMku yang tidak ubah seperti campuran buah-buahan (mixed fruit). Padan muka. Orang lain belajar, aku sibuk berpantun, berdrama dan bersyair.

Ketika itu, aku baru sahaja tamat menuntut ilmu (bukan ilmu hitam) di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Johor, SAMURA. Walaupun result aku tidak terlalu teruk, namun sudah menjadi hobiku menjadi tukang banding membandingkan result aku dengan  kawan-kawanku. Aku jatuh, kecewa, dan kurang yakin pada diri. Bersalah pada abah, mama, keluarga dan diri. Rasa lemah, tidak berguna seperti frust dalam perhubungan cinta. Seolah-olah SPM penentu hidup dan matiku.

Beberapa purnama kemudian, tawaran matrikulasi telah kuterima. Masih ada abah, mama dan abang-abangku menyokongku. Pengalaman di'cuci' secara mental sehingga lunyai oleh abangku menyedarkan aku. Alhamdulillah, aku bangkit (bangkitnya tidak seperti kuih bangkit).

++++++++++

Aku confirm sesetengah dari kita mengalami sindrom kurang yakin pada diri. Percaya atau tak? Mengaku atau tidak? Tak baik tipu. Terus terang aku salah seorang dalam golongan ini (tak nak dituduh hipokrit, jujur dan ikhlas).

Bagi aku, masalah kurang yakin ini berpunca dari kelemahan diri. Seringkali kita memikirkan kelemahan diri kita samada fizikal dan mental seterusnya membandingkan dengan mereka yang lain

Contoh kelemahan fizikal seperti paras rupa (kecantikan & kekacakan seseorang), saiz badan dan warna kulit.

Situasi pertama, seorang lelaki buncit dan gelap membezakan dirinya dengan David Beckham, si putih yang sasa. Jika terus dibandingkan analoginya adalah seperti katak dan kucing (analogi sahaja, bukan menghina). Sudah tentu lelaki buncit dan gelap ini akan menangis bertahun-tahun jika terus membandingkan aspek kekacakan mereka.


Kiri: Beckham yang gagah di padang, Kanan: Si lelaki yang sarat 9 bulan.




Situasi kedua seorang wanita aneroksia berkulit gelap membandingkan dirinya dengan Lisa Surihani, si cantik manis. Sudah tentu wanita aneroksia ini akan menjadi semakin keding sekiranya terus membezakan kecantikannya dengan Lisa Surihani.

Alhamdulillah, cantik Lisa bertudung

Contoh kelemahan mental seperti kecerdasan pemikiran dan sebagainya.

Dalam kamus hidup aku (bukan BESTA) selama 23 tahun, tiada istilah pandai mahupun bodoh. Yang membezakan kita adalah usaha dan kesungguhan kita terhadap sesuatu perkara (pelajaran yang aku timba selepas keputusan SPM keluar).

Penyelesaian..

Setiap orang mempunyai kelemahan walau sehebat, se'gah' mana dia. 

Lelaki buncit di atas mungkin boleh memikirkan kelebihannya yang mana isterinya setia dan taat padanya. Berbeza dengan Si Beckham yang depan si isteri pijak semut pun tak meninggal. Wanita aneroksia juga boleh memikirkan kelebihannya yang mungkin lebih bijak dalam menghasilkan roti jala yang enak berbanding  Lisa Surihani. Mungkin juga wanita aneroksia itu boleh berbangga dengan sebutan huruf 'R' nya (maaf, tidak berniat mengutuk mana-mana pihak, cuma mahu bangkitkan kesedaran).

Lapar

Istiqamah dalam berusaha

Mungkin juga sesetengah kelemahan ini boleh diusulkan dengan usaha yang berterusan. Bagi lelaki buncit tersebut, riadah ringkas mungkin boleh dilakukan secara istiqamah. Sit up 100 kali sehari, apa ada hal. 

Wanita aneroksia itu boleh melakukan pemeriksaan doktor dan mendapatkan khidmat kaunseling secara berterusan. Keyakinan diri akan terbina suatu hari nanti. Maka, kurang kebarangkalian jolok tekak.

Untuk bahagian kulit gelap itu, terdapat dua kemungkinan. Sama ada gelap kekal mahupun gelap sementara (kesan gaya hidup seseorang). Disarankan untuk mencuba produk Safi Rania Gold untuk mencerahkan kulit bagi yang gelap sementara. Untuk yang gelap kekal, pakai beratus botol pun mungkin kurang tidak berkesan. Jadi bersyukur dengan nikmat tuhan. Bagi aku gelap itu menawan.

Belum cuba, belum tahu. Untuk kaum Hawa sahaja. Yang Adam kalau nak cuba, cubalah..

Jauhi pemikiran negatif, lebih bersangka baik

Dalam usaha mengatasi kelemahan dari aspek mental dan fizikal, pemikiran negatif perlu dijauhi. Sebagai contoh lemah dalam pelajaran. Mengapa perlu kita fikir bila kita lemah dalam subjek itu kita akan terus lemah. Kalau begitu markah add math kita yang berbelas itu mungkin akan terus berbelas, lebih teruk bertukar manjadi satu angka. Cuba yakin pada diri, bagi peluang pada diri. Seterusnya usaha. InshaAllah dari berbelas akan jadi berpuluh. Jangan gatal-gatal nak jadi tukang banding compare result dengan kengkawan yang cendekiawan kalau usaha hanya secawan.

Akhir kata, yakinlah pada diri (jangan pula terlalu yakin sampai tertembus divider jalan). Beri peluang pada diri untuk serlahkan kelebihan yang ada. Bukan untuk takabbur, tetapi untuk mengatasi masalah TRAUMA terhadap kelemahan pada diri. Yang penting usaha perlu istiqamah. Pesanan bersama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)



p/s: Si katak bercita-citakan untuk menjadi si merak. Oh, sangat yakin. Sekeh sekali, padan muka. Tidak tahu makna syukur.

Saturday 29 October 2011

Gunting rambut., DULU dan SEKARANG???

...Decip, decip, decip...


Gunting berbunyi. Lega bila rambutku yang tampak seperti semak dipotong persis mesin rumput. Tekun abang berbangsa India (si tukang gunting) ini memotong rambutku. Sesekali helaian rambutku (yang tidak pasti samada rambut aku atau bulu halus pada lengan abang si tukang gunting) jatuh berterbangan disekitar muka yang mengundang kegatalan teramat. Ikutkan hati mahu sahaja digaru. Apakan daya badanku seumpama diikat dengan dibalut sehelai kain biru tua bercorak kosong. Tidak lain tidak bukan, untuk menghalang ex-rambutku mendarat ke baju dan seluarku.

Sedang asyik melayan perasaan ketika rambut digunting, ekor mataku sempat menjeling ke arah pak cik berjanggut panjang yang berada bersebelahan tempat dudukku. Kelihatan beliau sedang rancak berbual dengan tukang gunting rambutnya (nampak lebih senior berbanding tukang gunting rambutku). Antara bait perbualan yang sempat dirakam recorder 1 GB gegendang telingaku:

Telinga curi dengar.

" 'Incik' sudah breakfast?" Tukang gunting senior memulakan perbualan.

Pak cik janggut membalas. "Sudah. Makan dengan isteri saya tadi. Dia buat nasi lemak. Banyak sedap!! Macam mana business?"

Respon tukang gunting senior. "Banyak baik 'incik'. Cuma kedai baru buka ini hari lepas dua hari cuti deepavali."

Pak cik janggut mengangguk tanda faham: "Baguslah. Masa raya deepavali itu hari, you ada pergi KUIL tidak?"

"KUIH banyak 'incik'. Semua isteri saya buat 'incik'. Laddu, muruku (beberapa jenis lagi disenaraikan, tapi aku tak ingat)..  Homemade sahaja tak ada beli-beli." Jawab si tukang gunting. Pak cik janggut terdiam seribu bahasa.





--------------------------------------------------------------------


Dahulu..
Imbas kembali 18 tahun yang lepas. Selalu abah akan ajak aku pergi gunting rambut bila melihat rambut anaknya ini bagai orang gila.

Dulu,aku agak sedikit malas untuk pergi gunting rambut. Bukan apa, uncle yang gunting rambut itu mukanya usah cakap, maha garang. Tiada senyuman diwajah, ber t-shirt pagoda sambil-sambil perut kedepan lagak ibu sarat mengandung.

Seperti biasa, Uncle itu akan meletakkan sekeping papan tebal diatas kedua lengan kerusi bila tiba giliran untuk rambut aku digunting. Tujuannya bukan apa. Hanya disebabkan aku masih kecil dan pendek, maka ia menjadi musabab ketinggian aku tidak sekufu dengan kerusi yang disediakan. Feel sangat duduk atas papan tu sambil kaki goyang-goyang (macam raja).

Gambaran situasi kejadian-Ihsan Google

Sambil-sambil rambut digunting, lagu-lagu tamil dan hindustan akan dihidangkan sebagai halwa telinga buat pelanggan. Anda suka? Anda tak suka? Jawabnya lantak! Janji si tukang gunting feel. Kalau aku nak feel lagu-lagu mereka, confirm payah yang amat sebab tak faham (tak pernah ikut kelas inisiatif bahasa Tamil). Paling kurang pun goyang-goyang bahu dan kepala (tindakbalas refleks konon ambil hati uncle gunting rambut).


Idola 'uncle' gunting rambut

Saat yang paling dibenci adalah sewaktu mahu cukur sideburns (yang tumbuh bersepah-sepah bawah telinga). Rasa geli-geli buatkan aku menggedik-gedik tergelak sambil menggerak-gerakkan kepala. Bila uncle tu pandang, terus automatik stop bergerak. Yang dasyatnya masa balik rumah, bila mandi meleleh air mata. Kesan cukuran di sideburn itu menusuk kalbu pedihnya. Trauma!

Pisau cukur tumpul??

Upah gunting rambut waktu  itu RM 4.00 per/kepala. Abah sponsor.



Sekarang..
Menginjak ke umur era 20-an, kalau gunting rambut pergi sendiri sebab abah dah tak ajak. Kalau rambut dah panjang, tapi tak potong-potong nak jadi orang gila pun maka jadilah. Abah kata dah besar panjang, pandai-pandai manfaatkan otak. 

Sekarang, aku dah sedikit rajin dan berminat pergi gunting rambut. Si tukang gunting akan sambut dengan senyuman yang penuh mesra, pertanyaan yang lemah lembut (walaupun gaya bahasa tunggang terbalik). Pakaian mereka juga sudah up-to-date sekarang.

"Uncle nak duduk atas papan.." Sekarang, tak ada papan-papan atas lengan kerusi, tak ada kaki goyang-goyang, tak ada feel macam-macam raja dah.. Apa kejadah tinggi dah 180 cm, berat dah 60 kg nak duduk atas papan! Mahu makan pelempang free si tukang gunting rambut.


Yang mana pilihan anda??

"..Baby you're so one in a million you are.. baby you are the I ever had..." (Neyo) Wow! Jangan terkejut. Sekarang jarang-jarang mereka pasang lagu tamil (kecuali bila deepavali dah dekat). Mereka si tukang gunting rambut dah bertukar selera. Sekarang, lagu-lagu mat salah  mat saleh, negro dan seangkatan dengannya dihidangkan. Bukan apa, nak tarik pelanggan muda katanya. Strategi business.


Encik Neyo... pinjam gambar..

"iyuu... bzzzzzz" bunyi mesin cukur rambut. Sekarang sesi cukur-mengcukur sideburn pun mereka dah guna mesin, sudah maju. Smooth saja bunyinya. Bila balik rumah mandi, air mata tak meleleh lagi macam dulu sebab kurang kesan calar-balar pisau cukur di tengkuk dan bawah telinga. Namun, pisau cukur masih digunakan lagi untuk alter hasil cukuran mesin. Manual tetap terbaik.

Mesin cukur

Upah gunting rambut sekarang RM8.00 per/kepala. Masih boleh dipertimbangkan. Sendiri sponsor.


KESIMPULANNYA, aku lebih gemar mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai gunting rambut Maniam, berbanding salon-salon di Mines Shopping Center dan seangkatan dengannya. Bayaran yang murah, sistem layanan yang mesra serta mudah dan lokasinya yang berhampiran dengan rumah memikat aku untuk terus setia dengan kedai gunting rambut Maniam. Dulu, kini dan selamanya.

p/s: Gunting rambut adalah salah satu amalan dalam menjaga kebersihan. Malah merupakan salah satu langkah menjaga penampilan, khususnya bagi lelaki sebab lelaki tidak perlu bertudung walaupun ada yang 'ingin' bertudung. Memadai kemas dan teratur, tidak perlu terlebih gaya mengalahkan artis. Ingat, menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah satu tuntutan dalam kehidupan seorang muslim. Peringatan bersama.


Thursday 27 October 2011

Mari senyum-senyum~~~

"senyum tak perlu kata apa-apa, senyum tak perlu kata apa-apa.."

Bait lagu 'Senyum' nyanyian Malique dan Najwa (barangkali penyanyinya) menjadi halwa telingaku tatkala dalam usaha menghasilkan poster penyelidikanku. Tersengih keseorangan mendengar lagu ini, feel katanya (menulis sambil tersenyum). Bila difikir semula, senyuman itu suatu amalan mulia yang mampu menjadi aura kebahagiaan dan keharmonian dalam diri dan masyarakat sekitar. Jangan dilupa senyum juga adalah nikmat kurniaan tuhan pada hamba-Nya.


Senyum adalah perkara yang mudah, hanya perlu merubah dan melebarkan sedikit bibir, tidak perlu botox. Namun untuk dilakukan adalah sangat sukar bagi sesetengah individu khususnya di tempat-tempat umum seperti di kedai, tempat kerja, kaunter dan sebagainya (senyum tak perlu keluar duit pun malah senyum dalam iklan Colgate dapat duit lagi). Namun yang sering dilihat hanyalah kerutan-kerutan kedut diwajah sesetengah individu persis orang tua yang berusia 100 tahun. Bukan mahu galakkan kalian senyum 24 jam (makan senyum, tidur senyum, mandi senyum, buang air besar senyum, buang air kecil senyum...). Hal demikian kerana khuatir anda disalahtafsir sebagai penggila yang sedang menggila mencari bala. Akan tetapi, senyum mengikut kesesuaian keadaan tempat dan situasi.

Model iklan colgate

Perlu diingat juga bahawa senyuman itu juga merupakan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yakni sunnah dan ikutan yang perlu kita amalkan. Senyum itu juga adalah sedekah yang termudah. Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (riwayat Bukhari). Namun perlu dibezakan di antara senyum dan tertawa. Tertawa yang melampau boleh menyebabkan hati kita keras (hentak-hentak dengan tukul tak pecah). Jangan salah faham, maksud 'keras' di sini adalah susah untuk menerima dan mencerna sesuatu perkara seperti pelajaran dan sebagainya.

Ketawa ke senyum??

Dari  perspektif sains, para saintis menyatakan bahawa senyum merupakan satu senaman ringkas di wajah (seperti blogwalking dimuka). Mereka juga menyatakan bahawa senyuman itu bukan hanya sekadar di pinggiran bukan hanya sekadar dimuka, tetapi ianya mampu menambahbaikan kesihatan tubuh seseorang dengan  memberi kesan yang positif kepada sistem dalaman seperti sistem saraf dan hormon di dalam tubuh kita. Analoginya, badan turut 'tersenyum' apabila kita tersenyum dan badan turut 'masam' (mungkin baunya) apabila wajah kita masam mencuka.

Nak susu??

Jadi, kesimpulannya marilah kita senyum! (ajakan buat diriku juga yang kadangkala masam mencuka) Kembalikan amalan senyum yang kian luntur kini. Hayatilah nikmat senyuman. Alangkah indahnya nikmat menerima senyuman, apatah lagi nikmat menyedekahkan senyuman.

Senyum!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis." -Hadis Riwayat Muslim.


Tuesday 25 October 2011

D.A.T.E.L.I.N.E

Hujan diluar...

Sedikit kalut memikirkan dateline projek penyelidikan dan pengajianku, walaupun masih berbaki sembilan bulan (jangkamasa ibu sarat mengandung!)


Semakin hampir dateline penyelidikan dan pengajianku (menggelabah), semakin banyak persediaan yang perlu dibuat dan diantaranya melangsaikan penyelidikan dimakmal (bergerak dengan lancar, inshaAllah akan tamat awal tahun depan), menulis artikel dan jurnal penyelidikan (fasa permulaan) dan melahirkan hasil penulisan ilmiah, tesis penyelidikanku.


Akan tetapi.....

Semakin hampir dateline penyelidikan dan pengajianku, dateline ajalku juga semakin hampir!! sedar atau tidak?? Walaupun tidak diketahui bila melainkan-Nya yang maha Mengetahui. Mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau bila-bila masa sahaja. Apakah persediaan yang telah dibuat??? Apakah dosa-dosa yang dilakukan sekufu dengan amalanku? Solatku? Sedekahku? Hubunganku dengan ibu bapaku, keluargaku dan sahabatku?

Sedikit masa memuhasabah diriku, insan yang alpa.. oh! Si pelupa yang mudah lupa.




Monday 24 October 2011

Perkongsian & Pengalaman

Pengalaman diberi peluang untuk mengajar di sebuah pusat tuisyen membuatkan aku lebih mencintai dan menghargai kerjaya pendidik walaupun ianya sekadar pusat tuisyen, bukan sekolah harian, bukan sebuah kolej matrikulasi dan bukan sebuah universiti. Alhamdulillah, aku gembira dengan aktivitiku ini. Di sini aku diberi tugasan untuk mengajar subjek Biologi (tingkatan lima) dan Sains (darjah lima).Bagi aku istilah mengajar itu terlalu tinggi nilainya. Aku lebih selesa dengan istilah perkongsian kerana ia menjadikan aku lebih terbuka dan mesra bersama ahli-ahli kelasku.


Mengapa ??
Mengapa aku menerima peluang ini?? Motif utamaku bukanlah semata-sematanya kerana duit (duit motif sampingan) tapi ianya adalah kerana minatku. Pengalaman yang diperolehi di sini digunakan untuk mengasah minatku ini, yang sedari dulu mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan penyelidik terkemuka negara, inshaAllah (tidak salahkan bercita-cita tinggi). Tanggungjawabku pada ilmu yang telah aku pelajari juga membuatkan aku yakin untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Aku tidak mahu dikategorikan sebagai seorang yang bakhil terhadap ilmu kerana tidak mengamalkan dan menyampaikan pada mereka yang lain. Diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat." Hajat terbuku dihati untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara turut mendorong aku untuk menerima peluang ini persis cogan kata universitiku yang tercinta, Universiti Putra Malaysia "Berilmu Berbakti". Ditambah juga kesibukan aku yang terlampau di makmal dalam usaha menyiapkan penyelidikanku membuatkan aku berfikir untuk memberi ruang pada diri aku seketika dalam melakukan sesuatu perkara.

Pengalaman
Syukur, ahli-ahli kelasku memberikan respon yang baik semasa proses pembelajaran walaupun pada mulanya aku agak kekok dalam menguruskan kelas. Situasi pelajar mengantuk merupakan situasi klise yang perlu aku atasi di kelas khususnya pelajar tingkatan lima yang mendaftar subjek biologi. Minat mereka perlu dipupuk terhadap silibus yang dikongsikan (tidak menggunakan pendekatan membaling pemadam papan putih pada pelajar). Pemahaman mereka perlu dipupuk terhadap silibus yang diajar supaya tidak tertumpu pada penghafalan. Antara silibus kegemaran mereka dalam subjek biologi ialah sistem pewarisan genetik, sistem pembiakan (semestinya ,mata bulat segar tanpa rasa mengantuk) dan sistem serta fungsi anatomi organ dalam badan. Sewaktu sesi soal jawab terdapat soalan yang mencabar dari mereka yang membuatkan aku terfikir bahawa ilmu aku juga masih cetek. Respon aku seperti biasa "Cikgu mahu kamu cari dulu jawapan kamu di google, minggu depan bincang semula."

Pendekatan yang berbeza pula pada adik-adik darjah lima. Perlu bercerita dan tidak terlalu memaksa. Boleh dikatakan mereka ini jauh lebih maju jika nak dibandingkan dengan aku sewaktu darjah lima. Ditanyakan cita-cita mereka, ada yang mahu menjadi seorang producer filem, ahli perniagaan terkemuka dan jawapan yang paling aku suka saintis bersesuaian dengan subjek yang diajar dan latar belakang pendidikanku (cikgu doakan adik-adik berjaya). Sewaktu di kelas ini aku bukan sekadar mengajar malah diajar oleh ahli kelasku bagaimana untuk menjadi seorang yang loyar buruk. Teringat soalan aku pada adik Afif ketika berkongsi ilmu 'Tenaga'. Aku "Afif, bagi cikgu contoh perbuatan yang memerlukan tenaga?". Jawab Afif "Makan, berjalan, berlari, dukung kucing, wrestling, berak......." Terkedu aku. Ada masa juga, aku ditazkirah oleh mereka (semasa membincangkan topik 'Haba'). Aku "Batrisyia, beri cikgu contoh benda yang panas". Jawab Batrisyia "Api, air panas, mentol lampu, kuali panas..". Aku "Lagi?". Jawab Batrisyia selamba "Neraka..".

Dari kiri: Umairah, Dasynia, Batrisyia (tutup muka), Shakira dan Afif. 

Secara keseluruhannya, pengalamanku menjadi seorang pendidik 'sementara' banyak mengajarku dan mengasah bakat diriku bertepatan dengan cita-citaku mahu menjadi seorang pendidik. Aku sedar aku bukan sekadar berkongsi ilmu, tetapi aku turut belajar bagaimana untuk mengajar dan menjadi guru yang terbaik buat ahli kelasku, ilmu baru bagiku. Malah aku juga turut memanfaatkan dan memberi ruang buat diriku untuk perkara berfaedah yang bukan hanya pada diri aku , malah pada insan lain. InshaAllah.

"Buat adik-adik (pelajarku), cikgu mendoakan kalian semua untuk terus berjaya dalam mencari ilmu bukan sahaja ilmu duniawi malah akhirat serta menjadi insan yang berguna serta mencintai ilmu. Sekiranya terdapat kekhilafan semasa cikgu mengajar, maafkan cikgu. Cikgu hanya insan biasa yang berkongsikan ilmu Allah pada kalian."

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
~Al-Ghazali~

Sunday 23 October 2011

laju atau perlahan??

"woi, kenapalah perlahan sangat orang depan!! macam siput 'baby'.."

"laju sangat bawa kereta!!!! macam 'pelesit'!!!"




Dialog di atas sering diungkapkan si pemandu kereta, lori, bas dan sebagainya di Malaysia (termasuk aku) dengan penuh emosi dan penghayatan, seperti watak yang dilakonkan dalam drama-drama di kaca televisyen. Kebanyakan mereka adalah yang terlatih dan telah lulus ujian memandu dengan cemerlang dan terbilang. Laju atau perlahan, yang mana pilihan anda??? Masing-masing mempunyai destinasi tersendiri (ke tempat kerja, pusat beli belah, bermain futsal, lepak di mamak, rombongan ke hospital, rombongan meminang sebelah perempuan dan sebagainya) dalam jangka masa yang tertentu samada CEPAT atau LAMBAT, LAJU atau PERLAHAN.

*Mengapa memandu laju??
  • Mahu menjadi pekerja yang berdisiplin dengan sampai ke tempat kerja tepat dan jitu pada waktunya untuk tumbuk kad (punch card). Sebab utama bawa laju 140km/j. (Antara sebab bangkai kucing & anjing yang putus kepala, kaki dan lain-lain anggota bertaburan di jalan raya)
  • Untuk tujuan kesihatan dan keselamatan seseorang. Misalan membawa ahli keluarga yang sakit tenat ke hospital, mahupun yang terlibat dlam kemalangan di rumah (tertimpa seterika panas, terpotong jari tangan atau terkena renjatan elektrik), dan juga membawa isteri yang menanti waktu untuk melahirkan anak.
  • Mahu tunjuk hebat. Ingin merasa suasana perlumbaan Formula 1 (bezanya tiada penyokong) berlumba di atas highway bukan di atas litar yang halal. (Diakhir perlumbaan, penyokong datang membawa surat khabar untuk membalut tubuh pelumba yang berlumuran darah, mengusung terus ke hospital berhampiran. Syabas, anda menang)
  • Mahu menuju ke destinasi yang lain dengan kadar yang segera (meeting dengan bos, dating dengan 'bakal isteri', kalau lambat clash).

*Mengapa memandu perlahan??
  • Mahu berhati-hati niatnya, 20 km/j (sangat berhati-hati). Namun, jangan kerana terlalu berhati-hati menyebabkan  pemandu lain terlibat dalam kemalangan (setiap pemandu mempunyai destinasi yang tersendiri dalam tempoh yang tertentu).
  • Pemandu kurang upaya. (pernah melihat pemandu kurang upaya wanita di hon bertubi-tubi oleh pak cik yang 'berhemah', dengan kereta mewahnya Mercedez kompressor. Hebat pak cik, lepas ini boleh tebalkan kaca mata pakcik, sebab tertera dengan jelas sticker kurang upaya pada cermin belakang kereta wanita tersebut. Sudah jelas lagi bersuluh, HEBAT!)
  • Kenderaan 'kurang upaya' (kenderaan yang sudah berusia)
  • Trauma kemalangan. Mungkin bagi mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan akan lebih berhati-hati (tidak mahu pisang berbuah berkali-kali).
  • Pemandu 'P' atau 'L'. Kalau yang 'L' ini pun di hon.. senyum, tak perlu kata apa-apa.

Justeru, sudah jelas memandu terlalu laju mahupun terlalu perlahan mempunyai kesan tertentu. Jadi kata kunci dalam memandu (yang selalu ditazkirah oleh abah dan mama):
  • SABAR, seperti biasa. Latih diri bersabar ketika memandu (perkara yang mencabar buat aku). Bertolak awal sekiranya mahu sampai ke suatu tempat dengan lebih awal, jangan waktu masuk pukul 8 pagi, 7.59 pagi baru nak bertolak. Tidak perlu tunjuk hebat di atas jalanraya persis Michael Schumacher, bezanya kita di atas highway, dia di litar Formula 1. Sangat berbeza.

  • TOLAK ANSUR, cuba memahami kondisi setiap pemandu di jalan raya yang mempunyai destinasi tersendiri, baik atau buruknya destinasi mereka terpulang pada mereka (alhamdulillah kalau ke masjid, kalau ke disko.....)
  • BERSEDERHANA dalam memandu. Memandu dengan berhemah, mahir mengawal had laju pemanduan (Siapa mahir, mohon ajar aku).

Sekali lagi, PERLAHAN atau LAJU mana pilihan anda??? Mungkinkan SEDERHANA LAJU dan SEDERHANA PERLAHAN menjadi pilihan?? Tepuk kekanda, tanya adinda. Terpulang pada anda. Hargai nyawa, ingat insan yang tersayang.

(Pesanan buat diriku yang kurang bersabar ketika memandu dan kalian)

Credit: iluvislam.com


Saturday 22 October 2011

mereka atau kamu?? salah siapa??

mereka atau kamu
salah siapa?
kamu atau mereka
salah siapa?

mereka kata kamu
kamu kata mereka
lagi mereka kata kamu 
lagi kamu kata mereka 
tikam, tikam dan terus menikam
bilakah henti?
bilakah selesai?
bilakah damai?

cubalah...

kamu kata kamu
mereka kata mereka
lagi mereka kata mereka 
lagi kamu kata kamu
tikam, tikam dan tikam lagi
nescaya ego diri tertikam

sekali lagi 
mereka atau kamu??
salah siapa??
siapa salah??
salah siapa??
siapa salah??

salah siapa usah dicari
tuding jari pada diri
buang duri, dalam diri
muhasabah diri
lekas henti
lekas selesai
lekas damai

nukilan:محمد رازيق








Thursday 20 October 2011

aku, kau... sama sahaja

aku, kau
sama sahaja
siapa kita?
insan biasa, ohh sama sahaja
tiada lebih, tiada kurang
hanya di mata kita berbeda..

aku, kau
sebaik kejadian, seindah ciptaan
tiada bandingnya..
oh, kita sama sahaja
hanya cela di mata
namun kau yang teristimewa
kerna kau lebih cekal..

aku, kau
sama sahaja
tiada sindrom
'aku dengan aku, kau dengan kau'
bersama kita membantu
cetus harmoni, indah bersatu..

aku, kau
sama sahaja
hidup berkongsi.
udara yang sama
tanah yang sama
berpaksi bumi yang satu
menemui tuhan yang satu..


nukilan hati, محمد رازيق





Monday 17 October 2011

D.I.A.M

Assalamualaikum..

D.I.A.M kau!!!! opps.. anda semua jangan terkejut.. (dialog dalam drama babak suami tengking isteri bila isteri membebel suami kantoi curang) saja mengelamun..(^_^) apa yang anda semua faham pasal diam???? Bagi aku, diam adalah suatu kondisi tanpa mengeluarkan sebarang perkataan dari kerongkong seterusnya mulut (tidak dikategorikan sebagai kurang upaya@bisu)jangan sebab seseorang pendiam, kalian kategorikan mereka 'bisu'.. Pernah kalian mempunyai rakan yang pendiam??? bila ditanya jawabnya hanya ANGGUK dan GELENG (macam lagu ahli fiqir, angguk-angguk geleng-geleng)... sakit hati?? tapi pernahkah kalian terfikir, mengapa mereka DIAM?????????? ada yang diam menjadi EMAS, ada yang diam menjadi  LEMAS..


Apakah kebaikan diam???
  • MANGHALANG kita dari 'menganyam' ketupat daun palas-berbalas-balas umpatan (tak habis-habis)
  • MELEBUR sifat TAKABBUR yang 'bertabur' dalam hati
  • MENGERAH diri mengawal AMARAH
  • MENUTUPI keaiban DIRI
  • BERFIKIR sebelum kata DIUKIR 
  • MENGELAK dari MENIPU
  • MELINDUNGI diri dari DOSA
Apakah keburukan diam??
  • DIAM BODOH, buat-buat tahu TAPI tak tahu (sindrom pelajar, termasuk aku apabila dalam kelas/kuliah)~Cikgu tanya: "faham tak semua????" errkkk.. serentak murid jawab dengan yakin "FAHAM!!!!!!" kesan: markah 'add math' berbelas sahaja (^_^)
  • DIAM SOMBONG, menganggap diri HEBAT umpama si JEBAT, tapi "apapun TAK BOLEH!" (pinjam dialog kumpulan JAMBU-MAHARAJA LAWAK)
  • DIAM KURANG KEYAKINAN~ tidak yakin apabila mahu bercakap...rasa diri paling 'lemah'... 
  • DIAM PASIF, yang mana si pelaku kurang memberi pendapat.. alasan "MALAS.." Diam ini mengakibatkan diri menjadi kurang inovatif & kreatif... maka kekallah anda di TAKUK lama..
Kesimpulannya, diam mempunyai kelebihan dan keburukannya. Mari kita sesuaikan sifat diam ini selaras dengan situasi dan nawaitu kita pada waktu yang tertentu.. Nasihat buat aku (yang banyak mengarut & bercakap) dan juga kalian~~ inshaallah

Antara "Diam-diam emas 24 KARAT" atau "Diam-diam besi BERKARAT", yang MANAKAH pilihan anda?? Tepuk aida, tanya aiman.. jawab aiman: "aiman tak kisah..." 


Friday 14 October 2011

~COKLAT & KELABU~

meoww......  meowww.....

angin sepoi-sepoi, terdengar suara kucing yang ala-ala manja, seperti inginkan belaian diluar.. sesekali kedengaran bunyinya yang manja bertukar sedikit demi sedikit menjadi ganas dan 'seksi' diluar, auww!(Opps, jangan fikir bukan-bukan).. biasalah, haiwan ada otak, tapi tidak berakal.. (zaman sekarang ni pun ada manusia tidak berakal walaupun kepalanya besar macam nak pecah dengan otak~~buat anak, buang anak, campak anak, baling anak, makan anak, bla bla... masyaallah).. 

Tahun 2009, sedang aku sibuk menyiapkan fyp degree (fyp=final year projek degree aku), hidup aku didatangi dua ekor anak kucing yang sangat comel (sekarang dah tak ada, dibunuh secara tidak sengaja........), sori ayat tak boleh bla. mcam jatuh cinta pun ada.. Asalnya, abah & abang aku yang jumpa anak kucing ini di sebelah rumah aku (masa tu tidak berpenghuni, macam rumah hantu-risau gak kalau-kalau kucing tu berpenunggu, tak pasal-pasal waris kat umah aku pulak).. mulanya ada 5 ekor anak kucing, macam-macam warna, dari hitam sampai ke warna kuning (tak sekuning Bersih 2.0)... bak kata aznil, macam-macam ada.. 3 ekor sudah tidak bernyawa, tinggal dua je lagi.. sedih aku tengok, mengesot-ngesot dan terbalik persis kuak lentang... barangkali sedang mencari ibunya.. lahir rasa 'bengang' pada ibunya ('buat' anak pandai, jaga tak nak)..huhh.. kenapa la aku emosional ni?? (barangkali penat baru balik dari lab) nama pun haiwan, berotak tapi tak berakal... hmm.. nekad aku mengambil keputusan, untuk menjadi ayah angkat kepada 2 ekor kucing ni, si kelabu & si coklat... (aku sudah ada anak!!)

Bila di rumah, aku mendapat tentangan hebat dari mama "mama tak suka kamu bela anak kucing!! (macam ayat dalam drama, mak tak suka kau bela anak janda tuh!!)... aku pun tanya "kenapa mama tak suka??? (sila bagi 100 sebab yang rasional, baru boleh ubah fikiran)..in the same time, ajiq boleh praktis jadi papa yang mithali... 2 in 1 lagi" (^_^) Mama membalas "mama cakap tak boleh, tak boleh la!!! nanti kucing itu buat rumah bersepah... berak sana sini... siapa nak cibuk???" erkkk.. aku berhujah "kucing berak, tak perlu cibuk mama.. beli pasir jer" Mama membangkang (walaupun tiada hujah) " tak boleh! tak boleh!! kalau nak bela jugak, letak luar.." hmm, nampaknya mama dah 'cool' sikit.. alhamdulillah.. lepas ni boleh cari kotak.. 'actually' mama aku bukan tak suka haiwan, cuma dia geli nak pegang.. tambah pulak mama sangat pembersih.. i know my mom (mulut je marah, tapi hati tak sampai-the BEST mom in the world)..

'Green light' untuk membela kucing dah dapat, rumah untuk si COKLAT & si KELABU pun dah siap ditukangkan (dari kotak kipas), tinggal makanan je yang nak disediakan.. hmm, kucing ni nak makan apa ye?? Friskies ke?? Whiskas ke??? Pedigree ke??? (ehh, ni makanan anjing.. tak pasal-pasal dari mengiau, menyalak pula si COKLAT & KELABU)... mana mungkin si COKLAT & si KELABU sudah boleh makan.. umur baru berapa hari, minggu pun tak sampai.. hmm.. yeaahh!! ada idea. mahu call Cecilia (CC), member seuniversiti yang bidang pengajiannya kedoktoran Veterinar.. CC mencadangkan aku memberi susu (bukan SUSU IBU) kepada 'anak-anak'ku.. Boleh beli di pusat jagaan haiwan.. Malam tu juga aku beli.. Tak ingat 'brand' apa, tapi agak mahal (lebih kurang harga susu bayi jenama S21).. beli juga, demi 'anak-anak' (dapat botol susu free! alahai comelnya botol susu kucing ni).. Alhamdulillah.. hari demi hari, si COKLAT & si KELABU semakin sihat walafiat.. minum susu semakin 'kuat'.. dari mengesot sudah mula merangkak dan bertatih.. yahoo!! 'best'nya terasa nikmat bela kucing... mama & abah pun nampaknya dah suka kucing (walaupun sikit-sikit)

masa berlalu.. aku makin sibuk hal duniawi(FYP degree).. dah jarang berjumpa dengan si COKLAT dan si KELABU..Dulu tiap-tiap hari (macam orang bercinta) lepas tu 3 kali seminggu sahaja.. itu pun balik weekend.. Satu hari, ada abang aku 'call' aku.. "susu 'anak-anak' kau ni dah habis jiq..." Aku menjawab "hmm.. ye ke?? kasihan si COKLAT & si KELABU.. lusa jiq beli.. ada suggestion tak nak bagi si COKLAT&KELABU ni minum apa sementara tunggu lusa?? Abang aku menjawab "susu DUTCH LADY (UHT) kotak ok kot.." Aku membalas "ok jugak idea tu... beli yang FULL CREAM  tau.. bagi si COKLAT & si KELABU ni cepat-cepat besar & gemuk + gebu lagi.." (^_^)

Lusa aku pulang ke rumah... almaklumlah 'weekend'.. dalam perjalanan pulang, terbayang-bayang aku akan si COKLAT dan si KELABU yang akan menyambutku dihadapan pagar dengan penuh mesra, dengan gigih bertatih kearahku sambil melihat aku membawa susu kegemaran mereka.. setibanya dirumah aku berteriak... "papa coming!!!' aik.. kenapa sunyi jer... bunyi ngiauan si COKLAT dan si KELABU semakin perlahan.. adusss... tak sedap hati dibuatnya... aku keluarkan mereka, menatap seekor demi seekor... hmmm.. "kenapa 'anak' papa ni.... kenapa COKLAT, kenapa KELABU?? tak sayang papa dah ke???.. Dengan pantas aku terus memberi susu yang baru sahaja aku beli tadi di kedai haiwan.. pabila malam respon si COKLAT dan KELABU masih sama... najisnya juga abnormal, LUAR BIASA warna dan baunya.. seperti ada yang tak kena... jiwa kacau (esoknya akan menghadiri Seminar Sempena Jubli Emas Parlimen Malaysia bersama teman-temanku di Royale Chulan) semalaman tak boleh tidur.. hanya mampu berdoa...

Esoknya lepas solat subuh, aku bersiap untuk menghadiri seminar.. sebelum bertolak aku sempat menyediakan susu untuk 'anak-anak'ku si COKLAT dan si KELABU.. melihat si COKLAT dan si KELABU tidur, sambil mengusap kedua-duanya.... Kedua-duanya terjaga dan masing-masing berkeadaan lemah... "COKLAT & KELABU, papa pergi dulu yek... sayang kamu..." kedua-duanya seperti memahami... sambil berlinangan air mata pada kedua-duanya (saintifiknya cecair yang keluar dari mata kedua-duanya adalah mukus..) sebelum pergi, sempat aku meminta tolong abah & mama untuk membawa COKLAT dan KELABU ke klinik haiwan.. Abah & mama bersetuju... Sewaktu 'tea break', abah menghubungiku untuk memberitahu bahawa.......................... si COKLAT dan si KELABU telah tiada!!!!! urgghh.. (jantung seperti tercabut, otak jem sekejap) Dr. haiwan yang merawat COKLAT dan KELABU memberitahu kematian kedua-duanya disebabkan virus yang ada pada tubuh mereka..  Tambah dr. tersebut,  Mungkin..Mungkin...Mungkin juga akibat kesan sampingan yang 'kuat' dari SUSU DUTCH LADY FULL CREAM yang diberi beberapa hari sebelum itu!!!! Argghh!! rasa bersalah sangat...... huhu (Taubat aku TIDAK MAHU pelihara haiwan.. tak kisahlah, kucing ke, arnab ke, hamster ke... tak nak... tak sanggup LAGI kalau jadi macam ni)

"MAAFKAN PAPA.... COKLAT DAN KELABU... PAPA TAK SENGAJA"


~~Sayangilah dan peliharalah makhluk-makhluk yang dicipta-Nya.. haiwan itu merupakan penyeri dalam kehidupan seorang manusia...cukup-cukuplah kes manusia BELASAH kucing dengan payung, pijak kucing dengan tumit kasut atas alasan bodoh:- TENSEN, SAKIT JIWA, SAKIT HATI & GILA.. apa kata korang BELASAH anak korang mcam tu bila TENSEN, FEEL tak????? PESANAN buat aku (yang telah 'membunuh' haiwan secara TIDAK SENGAJA) dan kalian.. inshaallah~~

credit: www.iluvislam.com

Thursday 13 October 2011

.: AIMAN & ABU:.

AIMAN dan ABU merupakan 'member' karib masa di sekolah... dua-dua ni rajin belajar... Hasilnya PMR diorang ni 'marvelous' la... dapat straight A (sejuk perut ibu mengandung).. alhamdulillah... tak cukup dengan itu, rezeki diorang bertambah bila dapat tawaran ke SBP (sekolah berasrama penuh) yang sama di Johor.....

Di sekolah baru, mereka masih lagi dikategorikan sebagai pelajar yang sangat 'ulat buku' (kat mana-mana buku, sampai awek pun buku)..  sehinggalah SPM (2005), beberapa hari lepas raya.. masing-masing gigih berusaha (sampai mata lebam & bengkak-bengkak macam nak terkeluar sebab tak cukup tido) menjawab....


Beberapa purnama kemudian........
Hari yang di'nanti' sangat-sangat oleh AIMAN & ABU telah tiba (hari result SPM keluar awal 2006...) ' neves' sangat-sangat ni....

AIMAN: "weh abu!!! amacam spm ko???? aku straight A dowh.... ko mesti 'gempak' gile kan??' (padahal MOTIF nak bitau yang RESULT sendiri 'gempak', mode: bangga)

ABU:"hmm.. tahniah bro.. alhamdulillah.. nikmat rezeki tuhan bagi.. aku biasa-biasa je dari kau.. A aku kurang sekali ganda dari kau ('half' dari result ALI)

AIMAN:"ehh, ko biar betul... tipulah kau!!!" (buat aksi 'gedik' tak percaya)

ABU:" yer, betul... takkan aku nak tipu.."

AIMAN:"itu je ko dapat?? sikitnya A ko.." (ALI tersengih selamba)


Lepas beberapa bulan 'result' SPM keluar....
AIMAN:"wei ABU... aku dapat offer foundation UTPot.. buat engineering.. best giler...ko??

ABU:"aku dapat 'matrik'.. alhmdulillah... dekat area melaka.. tahniah dekat kau...

AIMAN:"ye ke?... (nada macam orang mengantuk nak makan pelempang)... ok..."


Di alam universiti....
Perbualan yang kedengaran di talian telefon (dek kerana ABU rindu pada sahabatnya -AIMAN tak kisah)

ABU: "assalamualaikum man... ko sekarang study mana??"

AIMAN: "walaikumussalam.. aduh kau ni... dah foundation kat UTPot, mesti lah study sini... U lain apa 'kelas' nak 'compare' dengan UTPot... jangan pula ko nak tanya aku amik kos apa... sah-sah aku amik engineering.. 'course' profesional, tak mainlah yang biasa-biasa ni... Ko pulak?

ABU:"owh.. baguslah ko... mantap seyh.... aku UPMot.. ambil 'course' biologi' mikrob..

AIMAN: " hmmmm.. tak famous la course kau.." (nada pelik gilla.. konon-konon tak pernah dengar)

ABU:"hmmm"    

(realiti sekarang, kos lain tak pandang 'except' engineering, medik, accounting, & law.. SENANG nak dapat keje katanya...................  apa nak jadi..)


EMPAT tahun kemudian...
ABU:"assalamualaikum man.. kau pekaba?? jarang dah kau 'call' aku sekarang...

AIMAN:" waalaikumussalam.. aku sihat...biasalah 'busy' sikit... kau sekarang dah kerja??

ABU:"aku belum lagi.. 'actually' sekarang aku buat 'further' study lagi dalam bidang genetik di UPMot... inshaallah lepas belajar, aku akan kerja dengan 'research institute under goverment'... Ko kerja mana man??? mesti company 'BEST' ni... mana mampu aku nak 'SETARAF'  dengan kau.. ('COURSE' pun profesional kan...) kerja mana?? PETRONAS?? SCHLUMBERGER?? SIME DARBY??? bla bla bla....." (gigih ABU meneka  sampai 'list'kan 40 company yang 'top')....

AIMAN:"hmmm... aku kerja dekat MINLON jer..

ABU:" bukan ko electrical engineering ke??? (mode blur, camne boleh buat benang pulak)

AIMAN:" hmmmmmmmmmm... aku KANTOI masa belajar kat UTPot... study tak habis.....

ABU:"..................................................


 I'm just wondering... which one is ABU and which one is AIMAN in this picture??

~ke'gagal'an adalah KEJAYAAN yang tertangguh, di sini pentingnya USAHA & DOA..
~one more thing, please avoid TAKABUR (one of mazmumah behaviour)
 *pesanan untuk aku (yang tak pernah lari dari sifat TAKABUR) dan kalian.. inshaallah


(cerita ini rekaan 'semata-mata'.. tiada kena mengena dengan sesiapa.. HAKMILIK my 'w.o.r.d.s' )

Wednesday 12 October 2011

soalan CEPUMAS~~~

Jarum jam dinding di bilik aku berdetik (jarum pendek pukul 1, jarum panjang pukul 11).. mata aku masih segar merewang (esok siaplah....) tengah aku leka dibuai lamunan, tiba-tiba teringat soalan cepumas abang aku masa last weekend (kat dalam kedai sate samuri-tengah tunggu sate), bunyi lebih kurang macam ni "kau bila nak kahwin???" tersentap 'ayam' aku dibuatnya...mungkin soalan spontan ni terpacul keluar bila dia tengok aku duduk tersengih-sengih (macam kerang busuk) sambil memerhati sekumpulan siswi ukm sebelah meja (jarak 2 kaki je) bukan apa, seronok tengok keakraban diorang...(^_^) macam mana nak jawab ye soalan ni (mode playsafe).. akhirnya setelah berfikir dengan nekadnya aku pun jawab "insyaallah, lepas habis study dan dah kerja..." mungkin sebab jawapan aku yang agak klise dan 'playsafe', abang aku menunjukkan respon yang kurang berminat sambil mencebik mulutnya "cari yang elok-elok, rupa semua belakang cerita...pastu jangan lambat sangat... jangan sampai Diha kahwin dulu (Diha-anak buahku yang baru umur setahun 3 bulan... errkkk).. biar abah & mama dapat tengok semua anak dia dah kahwin... (part ni touching sikit)" Jawab aku ringkas "inshaallah".. apepun, sebagai seorang lelaki aku perlu buat preparation awal-awal walaupun aku ni muda lagi, bukan last minute (macam study bila esok nak exam).. sebab tanggungjawab seorang suami sangat berat.. menjadi ketua keluarga, membimbing isteri & anak-anak ke arah kebaikan, mendidik mereka, memberi nafkah yang halal, memberi kasih sayang, menjadi 'baby sitter' sambilan, menjadi 'driver', bla bla bla... yup!! aku akan buat yang terbaik... inshaallah..

Ingat.. JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK, yang penting berUSAHA dan USAHA itu tidak melanggar batasan dalam Islam.. (dipetik dari saifulislam.com) ~~~pesanan untuk diriku dan kalian semua~~~~

credit: iluvislam.com

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan oleh-Nya"


Tuesday 11 October 2011

~~~MATA~~~

assalamualaikum... aduh... (sila JANGAN MENGELUH, itu tugas anda.. bisik hatiku.. hehe.. macam ayat novel pulak) dari dua jadi empat, dari empat jadi enam...teka teki tu.. siapa tahu????? jawapannya adalah MATA.... dari dua biji mata jadi empat sebab pakai CERMIN MATA, jadi ENAM MATA sebab 'gigih sangat' duduk menghadap mikoskop (model ZEISS, Axioplan) sambil mata 'meliar' mencari signal pada interfasa sel (kerja-kerja study aku)...sedang asyik saling bertentang mata dengan mikroskop ni, perut pula 'MEROYAN' suruh mata tengok jam... PERUT: "woi MATA!!! kau tak penat ke??? aku dah letih ni... aku lapar.. cuba ko tengok jam pukul berapa??" MATA: "ok.. kejap ye aku tengok... jam tunjuk pukul 12.15..." waaa!! rupanya dah 4 jam aku menghadap mikroskop.. (TAKE NOTE:bukan nak riak nak beritahu rajin) huhu.. kesian mata aku... bila cerita pasal mata ni, teringat cerita ustazah masa sekolah rendah dulu (mengimbau kenangan lama masa ber'hingus-hingus', huahua).. ustazah selalu cerita nikmat mata... katanya: " mata ni nikmat Allah yang dikurniakan pada kita...bukan hak kita dan hanya pinjaman sahaja... sampai satu masa, akan ditarik balik... jadi kita kena guna sebaiknya... bukan pada hal-hal tertentu sahaja.. nanti dah jadi kufur nikmat.. jaga juga pandangan, jangan bagi mata meliar sangat... yang penting gunakan MATA melihat kebesaran Allah.." kata-kata yang bermakna, terima kasih ustazah.. sayang ustazah...




Entry ini di 'post' sebagai alternatif nak bagi mata aku 'rehat' dan sedikit belaian 'kasih sayang'.. INGAT mata itu nikmat dari-Nya.. jaga juga pandangan.. (lepas ni, jangan GIGIH sangat asyik nak 'usha' & mengINTAI awek je kalau dekat luar..Sila CONTROL mata bila MATA meroyan nak 'usha' awek!! kalau tak tahan sangat TUTUP je MATA sambil jalan.. -pesanan untuk diri aku yang 'degil' dan kalian-

BLOG aku ke??? BLOG aku ke???

Assalamualaikum... aku ada blog?? Tak percayalah... BETUL KE??? BETUL KE??? BETUL KE??????? (soalan klise yang 'berjoging' dan 'berlari-lari' anak di ruang legar otakku) alhamdulillah.. ini blog aku.. sebenarnya sebelum ni, dah ada blog... cuma blog tu 'pengsan' atau lebih tepat 'koma' sebab tuan dia tak jaga.. jasad masih ada, tapi tak berfungsi.. cuma ragu-ragu, blog ni akan terima 'nasib' yang sama dengan blog sebelumnya ataupun terus 'sihat' dan 'segar' dalam jangka masa yang lama... (persoalan untuk aku...) jadi, dalam blog ni, aku akan 'membebel' dan terus 'membebel' sepanjang yang mungkin mengenai sesuatu yang boleh dikongsi walaupun ianya klise, dan sebagainya sampai tak ada yang nak baca!!!! (soalan kedua, ADA KE YANG NAK BACA BLOG NI?????-sila jangan perasan 'DIVA' hatiku berpesan padaku...) tak kisah, kalau nak baca, bacalah... kalau tak nak baca pun tak apa... apa yang baik kita kongsi untuk kebaikan bersama.. insyaallah, saling mengingati dan menasihati (TANGGUNGJAWAB BERSAMA)... insyaallah... TAMAT.... opps... word 'TAMAT' ni macam bagi hint blog ni nak 'koma' berabad tak bangun-bangun (^_^)


~catatan ini ditulis sambil ditemani Nur Madiha (bukan AWEKKU, tapi anak buahku). thanks diha sebab teman pokcu~