Monday, 31 October 2011

aku LEMAH??? LEMAH infiniti?

Nikmat tuhan yakni sang hujan terus menuruni membasahi muka bumi manusia yang asyik dengan dunia, termasuk aku... "Hujan, sejuknya.." getus hatiku. Dapat tidur nikmatnya. Tapi awas, tidur lepas Asar bisa menghasilkan manusia-manusia gila. Aku tak nak jadi gila, aku belum kahwin.

Aku dan 'empat mataku' duduk bersila menghadap komputer riba putih milikku. Orang kampung, bersila sahaja tidak duduk atas kerusi. Konon rendah diri, low profile. hak hak.. Tiba-tiba, secara tidak menyempat-nyempat otakku mengaplikasi teknik imbas kembali memori lama. Watak Najwa (bukan Najwa Latif) bermain di fikiran. Najwa, kawan lamaku si gadis pemalu yang senantiasa mendakwa dirinya lemah dalam segala hal. Kasihan Najwa.

++++++++++

Enam tahun lepas, aku turut dilanda permasalahan kurang yakin pada diri, permasalahan yang menyebabkan aku down tidak bertempat hanya kerana keputusan SPMku yang tidak ubah seperti campuran buah-buahan (mixed fruit). Padan muka. Orang lain belajar, aku sibuk berpantun, berdrama dan bersyair.

Ketika itu, aku baru sahaja tamat menuntut ilmu (bukan ilmu hitam) di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Johor, SAMURA. Walaupun result aku tidak terlalu teruk, namun sudah menjadi hobiku menjadi tukang banding membandingkan result aku dengan  kawan-kawanku. Aku jatuh, kecewa, dan kurang yakin pada diri. Bersalah pada abah, mama, keluarga dan diri. Rasa lemah, tidak berguna seperti frust dalam perhubungan cinta. Seolah-olah SPM penentu hidup dan matiku.

Beberapa purnama kemudian, tawaran matrikulasi telah kuterima. Masih ada abah, mama dan abang-abangku menyokongku. Pengalaman di'cuci' secara mental sehingga lunyai oleh abangku menyedarkan aku. Alhamdulillah, aku bangkit (bangkitnya tidak seperti kuih bangkit).

++++++++++

Aku confirm sesetengah dari kita mengalami sindrom kurang yakin pada diri. Percaya atau tak? Mengaku atau tidak? Tak baik tipu. Terus terang aku salah seorang dalam golongan ini (tak nak dituduh hipokrit, jujur dan ikhlas).

Bagi aku, masalah kurang yakin ini berpunca dari kelemahan diri. Seringkali kita memikirkan kelemahan diri kita samada fizikal dan mental seterusnya membandingkan dengan mereka yang lain

Contoh kelemahan fizikal seperti paras rupa (kecantikan & kekacakan seseorang), saiz badan dan warna kulit.

Situasi pertama, seorang lelaki buncit dan gelap membezakan dirinya dengan David Beckham, si putih yang sasa. Jika terus dibandingkan analoginya adalah seperti katak dan kucing (analogi sahaja, bukan menghina). Sudah tentu lelaki buncit dan gelap ini akan menangis bertahun-tahun jika terus membandingkan aspek kekacakan mereka.


Kiri: Beckham yang gagah di padang, Kanan: Si lelaki yang sarat 9 bulan.




Situasi kedua seorang wanita aneroksia berkulit gelap membandingkan dirinya dengan Lisa Surihani, si cantik manis. Sudah tentu wanita aneroksia ini akan menjadi semakin keding sekiranya terus membezakan kecantikannya dengan Lisa Surihani.

Alhamdulillah, cantik Lisa bertudung

Contoh kelemahan mental seperti kecerdasan pemikiran dan sebagainya.

Dalam kamus hidup aku (bukan BESTA) selama 23 tahun, tiada istilah pandai mahupun bodoh. Yang membezakan kita adalah usaha dan kesungguhan kita terhadap sesuatu perkara (pelajaran yang aku timba selepas keputusan SPM keluar).

Penyelesaian..

Setiap orang mempunyai kelemahan walau sehebat, se'gah' mana dia. 

Lelaki buncit di atas mungkin boleh memikirkan kelebihannya yang mana isterinya setia dan taat padanya. Berbeza dengan Si Beckham yang depan si isteri pijak semut pun tak meninggal. Wanita aneroksia juga boleh memikirkan kelebihannya yang mungkin lebih bijak dalam menghasilkan roti jala yang enak berbanding  Lisa Surihani. Mungkin juga wanita aneroksia itu boleh berbangga dengan sebutan huruf 'R' nya (maaf, tidak berniat mengutuk mana-mana pihak, cuma mahu bangkitkan kesedaran).

Lapar

Istiqamah dalam berusaha

Mungkin juga sesetengah kelemahan ini boleh diusulkan dengan usaha yang berterusan. Bagi lelaki buncit tersebut, riadah ringkas mungkin boleh dilakukan secara istiqamah. Sit up 100 kali sehari, apa ada hal. 

Wanita aneroksia itu boleh melakukan pemeriksaan doktor dan mendapatkan khidmat kaunseling secara berterusan. Keyakinan diri akan terbina suatu hari nanti. Maka, kurang kebarangkalian jolok tekak.

Untuk bahagian kulit gelap itu, terdapat dua kemungkinan. Sama ada gelap kekal mahupun gelap sementara (kesan gaya hidup seseorang). Disarankan untuk mencuba produk Safi Rania Gold untuk mencerahkan kulit bagi yang gelap sementara. Untuk yang gelap kekal, pakai beratus botol pun mungkin kurang tidak berkesan. Jadi bersyukur dengan nikmat tuhan. Bagi aku gelap itu menawan.

Belum cuba, belum tahu. Untuk kaum Hawa sahaja. Yang Adam kalau nak cuba, cubalah..

Jauhi pemikiran negatif, lebih bersangka baik

Dalam usaha mengatasi kelemahan dari aspek mental dan fizikal, pemikiran negatif perlu dijauhi. Sebagai contoh lemah dalam pelajaran. Mengapa perlu kita fikir bila kita lemah dalam subjek itu kita akan terus lemah. Kalau begitu markah add math kita yang berbelas itu mungkin akan terus berbelas, lebih teruk bertukar manjadi satu angka. Cuba yakin pada diri, bagi peluang pada diri. Seterusnya usaha. InshaAllah dari berbelas akan jadi berpuluh. Jangan gatal-gatal nak jadi tukang banding compare result dengan kengkawan yang cendekiawan kalau usaha hanya secawan.

Akhir kata, yakinlah pada diri (jangan pula terlalu yakin sampai tertembus divider jalan). Beri peluang pada diri untuk serlahkan kelebihan yang ada. Bukan untuk takabbur, tetapi untuk mengatasi masalah TRAUMA terhadap kelemahan pada diri. Yang penting usaha perlu istiqamah. Pesanan bersama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)



p/s: Si katak bercita-citakan untuk menjadi si merak. Oh, sangat yakin. Sekeh sekali, padan muka. Tidak tahu makna syukur.

28 comments:

naz said...

aik bro macam dah biasa je pakai safi rania gold hahaha kalau kita betul betul nak ubah insyaALLAH. asalkan niat kita baik

nurul lalala said...

waa..da tukar font!baru prasan..hehe

entry yg penuh ilmiah~
keep up da good work buddy~ ^___^

aimi said...

yes aku ske!! haha.. aku pun dlm golongan ini :)

Fadzli Amir said...

Dulu aku mungkin macam tu, tapi sekarang aku tak lagi, tahap keyakinan aku memang tinggi sekarang ni bak kata moto aku yang dulu, " apa nak takut, semua org akan mati.."!!

محمد رازيق said...

bro naz: haha.. belum biasa lagi bro.. tgk2 kakak ipar pakai jer.. jom try bro :)

nurul lalala: hehe.. tukar, kasi senang baca. thanks wani.. masih banyak lagi kena blejar dari hang..

aimi: tq aimi.. sama, aku pun.. jom buang lemah infiniti ini.

Bro fadzli: haha.. stuju bro.. hebat mana pun, cantik mana pun semua akan hilang :)

terima kasih semua yang melawat blog aku. lawat-lawatlah lagi.

muhammad amin aris said...

Menarik entry ni...dangat menarik...pembuka mata dan fikiran.. :)

LydSunshine said...

Tak dpt bayangkan kalo Posh pakai safi rania gold. Hahah. Tp Lisa surihani tu pun mcm dah hampir nak ke tahap aneroxia apa. Dia kurus sgt la. *lariiiiii... ngamuk peminat lisa nnt.

محمد رازيق said...

amin: terima kasih bro.. moga manjadi pedoman buat kita.. ko puji, segan lak aku.. tq support aku..

ninazahar said...

Allah mencipta setiap kita dgn keistimewaan masing2. mungkin kita cuma nmpk kekurangan diri tp x nmpk kelebihan diri kita yg sebenar

محمد رازيق said...

LydSunshine: hehe.. tu la pasal.. jauh lagi, lisa maintain lagi :))

ninazahar: ye, stuju sis.. bnda itu lah yang selalu kita nampk.. bnda negatif.. lagi satu tak nak cungkil potensi diri yang ada.

AziziBasyah said...

esok aku nak gi gym la.... T_T sob3~

Masduranisaqaseh said...

terkadang berpeluh keringat dlm mencari keyakinan diri .....

Elie Lily said...

lemah tu hanya mainan dalaman hati sahaja..sedangkan diri sendiri punya kekuatan sendiri, cuma kita tak sedar je..

Miss Red Apple said...

http://redapplesdiary.blogspot.com/2011/10/hanya-allah-yang-tahu.html

dulu saya pernah jadi kuat, pastu dua tiga menjak nie mmg ada masalah ngan diri sndiri..hahaha
skrg cuma nak dapatkan balik keyakinan tu. rasanya tu satu benda yang tak mustahil, sebab kekuatan tu dah ada dalam diri dah... nice entry..

salam singgah:
miss red Apple

محمد رازيق said...

elie lily: btul.. mainan hati. jadi mari cungkil potensi diri :)

Miss Red Apple: miss, setiap dari kita akan mengalami dugaan termasuk saya. masalah dalam diri, teman dan sbagainya. apapun kita perlu yakin apabila dugaan dtg, maka kita diuji kesbrn oleh-Nya. Tanda kasih-Nya pada kita. Jadi, jom sama2 garap potensi diri. Usaha !!!

Marcella said...

assalamualaikum..

pokok pangkalnya hati..psyko diri..

bersyukur dgn kurniaan yg diberi Allah.. :)


salam ziarah

Ummi Syasya Qistyna said...

Hmm...menarik entry ni..memang manusia mudah lemah apabila gagal atau kurang dlm sesuatu...bg kak nadia salah satu yg kak nadia pegang bila rasa down atau gagal...Kegagalan gr ini adalah utk kejayaan hr esok dan Allah sebaik2 penolong...tabik spring sekali...:-)

محمد رازيق said...

Marcella: waalaikumussalam. betul. kalau hati tak kuat, susahlah.. yang penting bersyukur. terima kasih ziarah marcella

kak diana: terima kasih kak.. biasa2 sahaja. sekadar perkongsian. wah menarik kak nadia.. selain itu, kegagalan juga boleh muhasabah diri kita kak.

mira_nas said...

kadang2 susah juga nak terima kekurangan diri.. tapi lama-kelamaan dah terbiasa dan yakin..'inilah aku.. bukan orang lain'. Lebih2 lagi bila hadapi cabaran baru.

محمد رازيق said...

mira-Nas: setuju. duagaan hidup silih berganti. ye dak? Jadi perlu yakin sambil senyum :)

**::CIKNUURUL::** said...

man jadda wa jada,..err,hehe

Pondok Usang said...

kita insan biasa.. =)

محمد رازيق said...

CIKNUURUL: ye, betul. yang penting usaha :)

Pondok usang: kita semua sama :)

Pesona Algebra said...

Istiqamah :)

محمد رازيق said...

yup.. mari istiqamah :)

Tapak Kaki said...

sekarang banyak sangat menda yang negatif kat tibi apatah lagi suratkabar..kalau tak da pendinding, mesti dah terikut sama..

محمد رازيق said...

hehe, betul tapak kaki. tak boleh galakkan sgt budak kecik tgk tv :)

iz said...

adusss..memang ak bookmark la blog ni.. haha
entry motivasi, yg sangat memotivasikan..kui3