Thursday 13 December 2012

Ceroboh

Beberapa minggu lepas..

Langit cerah. Melihat dari sisi tingkap kaca.

Jam dinding berwarna merah menunjukkan jam 9.

Membersih-bersih muka, membuang ‘gula’ yang bertaburan di celah-celah mata juga di penjuru bibir. Bersiram mewangikan diri,melunas hajat yang terpendam.

Menuju ke Kuala Lumpur Writer and Reader Festival (KLWRF) bersama teman-teman.

Mematikan keinginan untuk memandu sendiri. Trauma akan kepadatan jalanraya yang mampu membunuh jiwa-jiwa yang riang gembira. Bersepakat menaiki pengangkutan awam, LRT Rapid KL.

“Pergh, berkurun gua tak naik. Excited!”

*****

Meninggalkan kereta temanku di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Mencari-cari arah menuju ke kaunter LRT.

“Beli tiket dekat mesin sajalah. Baru macho.” Tersengih sendirian. Merapati mesin tersebut, sambil ditemani temanku.

“Eh, touch screen. Ketinggalannya gua. “ Bertutur dalam hati. Cuak diketahui temanku.

Meraba-raba skrin mesin. Mencari-cari arah ke stesen Masjid Jamek.

“Mana? Mana?” Sedikit berpeluh. Gelabah, melihat manusia-manusia lain beratur dibelakangku.

Pelbagai reaksi, juga riak muka. Masam, senyum, sedih, juga yang tiada perasaan.

Kting-kting

Token plastik biru keluar dari mulut mesin.

“Eh, mana tiket??”

Aku dan temanku berlalu pergi, menuju ke kenderaan panjang itu.


















*****

Sekitar jam 11 pagi, tiba di KLWRF. Lokasi berhampiran Perpustakaan Kuala Lumpur.  

Kelihatan penulis-penulis menyusun buku-buku mereka.

“Seronoknya. Bilalah gua nak ada karya sendiri.” Aku berangan-angan.

Meronda-ronda sekitar pameran. Mencari-mencari buku. Menggila.Satu demi satu buku kucapai.

“Ajik, kira berapa buku kau ambil. Kira berapa duit keluar. Tak pasal-pasal balik naik ‘Rapid’ kaki.” Hati berbisik.

Adakalanya melihat-lihat kalau ada ‘bunga-bunga’ yang boleh djadikan calon isteri. Kebanyakan ‘bunga’ itu bersama ‘kumbang’ hati mereka. Hampa.

Sempat juga melakar pertemuan. Berjumpa beberapa temanku, merangkap penulis muda yang hebat.

Terasa kerdil.

*****

Puas meronda. Aku dan temanku beransur pulang. Menaiki ‘kereta’ panjang itu, menghala ke stesen LRT TBS.

Agak ramai umat manusia. Bertempur sesama sendiri. Mak cik-mak cik, pak cik-pakcik, amoi-amoi, bangla-bangla. Padat.

Membawa token biru itu sebagai pas masuk pagar elektronik. Digenggam erat. Beratur di belakang temanku. Menunggu giliran memasukkan syiling itu.

“Okey, gilaran gua. Yakin boleh!”

Token biru itu dimasukkan ke dalam mulut pagar elektronik. Akan tetapi, pagar itu tidak terbuka.

Melihat temanku yang sudah melepasi pagar durjana itu, melihat manusia-manusia beratur dibelakangku, amoi seksi yang betul-betul rapat dibelakangku.

Aku panik. Tergugat pandangan mata.

Demi mengawal keadaan, aku bertindak berani. Melangkah pagar durjana itu.

Terlepas.

*****

“Encik, kenapa lompat pagar itu? Kami boleh dakwa encik menceroboh kawasan LRT. Kenapa tak maklumkan pada saya di sini tadi?”

Aku terdiam, kaget. Ditahan ditepi pagar durjana itu.

Mendengar tazkirah pengawal keselamatan LRT, dari aksara A sehingga Z.

Melihat mata-mata lain memandangku.

Hati renyuk.


















*****

Dalam apa jua keadaan, kita harus berfikir.

Berfikir secara rasional, tenang dan damai.

Diselaraskan dengan tindakan.

“Bertindak melulu, bisa buat hati pilu”


P/S: Gua amat sedih hari itu. Gua mengambil keputusan untuk memerap dalam rumah seminggu tanpa keluar-keluar. Bukan apa, gua nak naikkan saham gua yang jatuh menjunam sekelip mata itu.

176 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum raziq. masyallah kesiannya. nape token tu takleh guna? raziq salah beli ke hape? heheheh takyah malu sgt, bukan ada org kenal pun time kantoi kena ceramah :p

khaifaiz said...

ceroboh... nasib baik tak ke dalam...

Unknown said...

hahahhahahahahahahhhhhhhaaahahhahahah..okey...tergelak habis baca entry ni.. macam mana lah dapat idea nak lompat pagar ttuh...hadoii...

Sha. N. said...

Ni kira nightmare la ni.
Tak pe, experience ni.. hee

intanfirdaus247 said...

salam ajik..uish..experience giler n..hehe..ajik sihat? lama x bersua rasa....macam berminggu2 pulak

Shila said...

ko tak rasa ada orang mengkagumi tindakan ko..?

mungkin diorang menyanjung keberanian ko dalam diam..?

hahahaha...takyah malu sgt.. hahahaha..

Anonymous said...

aku risau ada orang rakam lepas tu kasi naik dalam youtube je. tak pasal-pasal jadi viral video karang...

MizzTina said...

anda lompat?? sy lak lalu bawah pagar..mujurla rendah.. semua gara² mesin tu stuck ngam² kad sy msuk.. hahaha..

Hazmin said...

Hadoi... Dengan wajah macho melompat palang mesin elektronik LRT. Hehe.. Bukan sepatutnya touch ke token tu masa nak masuk.?

si ngokngek said...

kahkahkah.kesian pun ada,tp lawak lah.seminggu tak keluar rumah.ala mcm anak dara pulak jadinya.hikhik

Mak Esah said...

hahahahaha... lawak sungguh... boleh tak nak gelakkan awak lagi? sumpah lawak... @__@

aku HaniAsyira said...

penah gak jadi mcm tu, tapi guard tu lalu suruh lalu ikut pintu dia.. tahu rasa cuak tu.. mujur jugak tak buat tindakan sebegitu.. mahu berbulan tak nak LRT nanti.. haha

whitecappuccino said...

alahai..kesiannnn.mesti berdegup berdebar sakan waktu pagar tu tal buka kan? jadikan ia pengalaman walau sedikit memerahkan muka..hehe

Yaya said...

time tew molek sgt la klo wt rakaman vid klip lagu melompat lebih tinggi hehehe..

Anonymous said...

Kantoi pulaa melompat kat situ. Hahaha. Takpe takpe, lain kali buktikan encik juga boleh lepasi tanpa sebarang adengan lompat melompat! XD

Anum said...

anum pun pernah jadi mcam nie

neesa_jun said...

what??dah pakai token??baru 2 tahun tinggalkan kl dh lain..huhu

Annamariana1989 said...

biaq betoi?
kan dah terkuar loghat
penang dah ni..
wa, anna tabik la ngan
abg sebab berani mati
lompat pagar 2..
^____^

Amin A. R said...

Hihi tak yah malu. Takde orang kenal. Mesti taknak pergi stesen tu lagi kan? Huhuhu

Mardhia Yusof said...


aha..biasa la boy..
mesti nak buat something extra ordinary..
da lama tak naik LRT..
dah pakai token ek skrg?
canggih..;)

syiela said...

takpe anggap semua org kat situ tak kenal :)

sila keluardari rumah jgn sembunyi lama2 :)

Bulan Syurga Firdausi said...

tak pe tuan, pengalaman sy pun malu jugak sebenarnye.. lg malu kalau nak cerita heeee

* giliran sy e, doakan ye tuan insyaAllah hehehe sy p umrah hujung bulan ni.. doakan sy tuan.. :)

Aziela said...

Hampir tersembur jambu batu yang sedang akak kunyah bila part awak melangkah pagar tu...Hahahahahahhaahaha

Meeda said...

Nasib baik kena ceramah aje, kalau kena tindakan apa-apa.. Hehe.. Tak apa, dah terperap seminggu dlm rumah, dah hilanglah malu tu, ya.

Miss Zahirah said...

aiyark! malunyerr..
slh touch kot sbb tu palang tu x trbukak.. hihihi
kuar je umah tp pki paper beg kt muka.. ;b

ayunidati said...

kesiannya..... hehehe...

ummiross said...

hahhaha...Ajik, harap2 saham dah naik balik ye Ajik.

Anonymous said...

kalau saya pun akan buat tindakkan yg sama gak hahahah... :D

Hana said...

ok. dulu kad sekarang token.hehe kalau hana kat situ pun hana akan langkah sebab orang belakang beratur.hehe dulu pagar besi sekarang dah lain ek..

Sya Chot .. said...

aduhaii malunya..hee sabar jer laa..

link Chot,Jom singgah :
http://chot91.blogspot.com/2012/12/entry-bertarikh-12122012.html

Hazwani Fazil said...

duduk dalam umah diam2 k..hehe

Gillette Flores said...

Selamat Gill takde di sana.
Kalau tau mesti Gill dah gelakkan kau.
Hehehe.
Gurau.

Lain kali jangan buat lagi ya. :)

Dan semoga kau dapat hasilkan karya kau untuk menjadi tatapan semua pencinta buku =)

Nisah Idham said...

alahai ...
tak pe, anda tidak akan berjumpa dengan mereka lagi.
kalau berjumpa pun pasti mereka sudah lupa. biarkan saja :)

Korn Ahmad said...

amoi seksi?
sempat amik no pon x bro?
haha.. kalo dapat jgn lupa share dgn aku yerp.. ekekeke

✿INA AINAA✿ said...

kesian awak... lepas ni kena lebih berhati2 ye... tak mengapa, bukan orang kenal kita pun.. nanti keluar, tukar style rambut.. hehehehehe

AdinataGus said...

Saya dulu pun,dah lama tak guna tiba2 pakai token.Menggelabah juga,tapi apa saya buat tanya di kaunter dulu dan tengok org lain buat,sebelum itu saya surf lrt route dulu kat handphone.

Unknown said...

Pepatah melayu ada berbunyi "malu bertanya sesat jalan". Bukan "malu bertanya lompat pagar". Maka anda akan didakwa kerana menceroboh.

SuzieLAWAti said...

salam...

kita orang rijin ja jadi penceroboh time menembak kat sekitar putrajaya dan kl ..
hehehe...

setakat ni kena halau jaa.. belom lagi kena ceramah...

sabo eyhh.. x pe ..
saham lagi naek pa...

ewanthology said...

hahahaha.. Tebalkan muka je la bro

Unknown said...

kelakar la pulak..hehe..xpe2..pengalaman2..

sy pun hmpir pernah..token tu xsempat nk discan lg..tp da t'excited nk melompt..jd gaya 'superman da'..agk terkjot bile..apsl pgr ni xt'bkak..?panik..tgok2..'token xsah'..try lg sekali..fuh~~nsib baik..boleh..xD

mmg agk malu...tp buat muka seposen je sbb xknl org keliling..hew2.^^

Unknown said...

he3... sedih pulak remy dengar bro...... jgn ckp bro...remy pun kekadang blur jugak bila guna siling biru tu... nak selamat ...remy pakai touch n go jer..... tak yah beratur......he3..
bukan aper..takut terkial2 depan mesin tu.....he3

Unknown said...

Assalamualaikum razik.nampak kacak melompat mcm tu.boleh puteri bayangkan..ehehe.klu puteri siyes rasa nak nanges x lepas. Huhu.

Kenapa mood menjunam jatuh? Saham naik esok kot? Yes esok pasti naik. Aumm

fifie said...

Hahaha kalau saya pun dah tak reti nak fikir apa, kenapa pagar tu tak terbuka. Mesti dah gelabah gila lebih lebih tengok ramai orang kat belakang kita. Huu

ajax85 said...

Dl pernah kn tgl ngan abg sbb xreti msk tiket lps 2 kn maki ngan india..nsb bk kl ms 2..hehe

Domu-kon said...

masinnya " gula" itu..hehehe.. bro..setaip ur entri cam karya tau.. suka misz domu baca.. kadang2..fikir..kenapa lah diri ini tak boleh me"post" kan entri sebaik ini..

btw, yang tak lepas tu.. biasanya, misz domu akn ke kaunter dia..gtau.. nanti xd la kena ceramah free..tak pasal popular bro raziq hari tu..hehehe

-meeSUPERGIRL- said...

pernah alami situasi yg sama . malu nye tatau nak ckp . gelabah sampai hidung kembang2 -..-

Nurhanis Zamshah said...

alah biasa la tu, kalau kita tak biasa buat salah, macam mana nak ambil pengajaran kan. hehe.
tapi wooww, rapidkl dah takguna tiket. :O

Jna marcello said...

hahahahhaha
kalau Na ada nk mesti tergelak..tp x baik kan kang kena kat batang hidung sndri kekekekekke ;D

Luqman Zakaria said...

arituh tgk mat salleh langkah pagar tuh sbb token x jadi..tp xleh salah kn dorang sebab aritu kat kaunter xde org..huhuhu

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

panic! involuntry action@spontan....biasa tu cuma langgar "peraturan" agaknya.

Chic Na said...

haha.. okla tu. pengajaran utk masa hadapan. ;)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

alo kesiannya.. nape lompat len kali bom je pagar tu..huhuhu.. kan bila nak tgok karya sendiri bersusun di kedai buku..:)

inche hlovate said...

nak gelak pun ade..kesian pun ade..knpe tak boleh guna ke token tu? takpe2 baru la pemes sikit kan.. chill kay :)

Yaya Mohd said...

hehe..alololololoooo...
smpi nk tperap dlm rumah sbb kne tzkirah pgwal tu ke...slh sapa??salah token biruuu tuu..hehe..

-da tuka token?bukn tiket dah ea?ni yg cam nk cuak lau nek 'kete pnjg tuu'..lame giler xnek..huuu-

Nur Zulaikha said...

lahh..kesiannye..kite pun 1st time kot lalu kat situ gune token..mujur ade kwn yg tahu takdelah menggagau..hihi

Unknown said...

Hihi kesiannya...
Pengalaman berharga tuk dikenang.
Stay cool bro :)

akuamir said...

huhu,, malu beb,, maluuu~

nhdaughter said...

wakaka XD ooopssss ..... xpe,practise makes perfect k,cuba lagi pasni,hehe (:

Anis said...

Eh , y xleyy guna ? Ada org sabotaj ke ? Muahaha .

Adoi-II , sempai lagi yerr intai bunga-II . Kasihan nya bunga-II semua dah ada kumbang , =.=

Liyana Anuar said...

berani men lompat2 ye~~~ :P

Liyana Anuar said...

berani men lompat2 ye~~~ :P

nots said...

Abam! Sep ikit! Haha benda ni berlaku dekat aku jugak masa cuti Hari Malaysia hari tuh. Taruk token, then pagar tu still tak gerak. Peh rasa macam nak nangis, dahlah pestime kot lalu mende tu sorang sorang. Nasib ada abang guard kat situ, terus dia bagi masuk ikut gate yang khas tu. Haha malu baq hang.

Tapi, lu lagi malu kot. Kahkah takpe pengalaman tau!

Emma said...

hehehehe... tumpang malu buat raziq skali... hahahha... sabar je laaa... hahaha.. kelakar laa... ehemm, belajar dr kesilapan eh.. ntah2 kalo sy kt tpt awk, sy pn wat bnda yg sma.. hahahaha..

aReLaN said...

apa masalah ngan token tu???sabar jela.nanti naik balik la saham tu.hehehe

Cik Pena said...

huhu...sian awk....ermm hidup ni mcm xperimen yg pnh dgn hipotesis.....sabo je larh...

Abang Karu said...

aku kalau g KL nek tren ke ...nek teksi ke...nek bas ke...mmg x reti...kalau nek moto haaaa OK

nadia farahida said...

bro, event anak yatim tu nanti insyaAllah awal bulan dua dekat shah alam. jommmm! nak join? email nadia eh.

Nurul Farhana said...

penceritaan yg menarik. kesian lak sampai kne lompat dari benda tuh.

takpe2, nanti saham naik balik :)

Anonymous said...

the unforgettable moment of life. haha ajik,takpa bukan orang kat lrt tu kenal ko pun. positif2.

aku tak dpat byangkan camana ko lompat benda tu.huhu

Unknown said...

hehehehe...malu ...

dya nasir said...

lorh..tu sbb token tu letak btl2 kt tmpt tu.haha..cm ne tu blh lompat terus..

Unknown said...

as-salam..
adeh sampai lompat pagar ke..lasaknya..

Nong Andy said...

gua ikut pilu dengan kes kamu ni heheheeh...

mujur kamu ambil masa seminggu saja menaikkan saham hehe...

alien said...

next time langgar je pagar tu, baru guard cuak na tahan.. hahaha

Raz said...

wahahaha! lawak gile!

sy pon dah lame x naik rapid kl hari tu.. konfius gak nak tkan2 touch screen tu

tp alhamdulillah pintu terbukak.. :D

4feet8 said...

eh, kenapa tak terbuka palangnya..?alamak, sy pun dah lama tak naik putra. kalau naik, misti terpinga-pinga tak tau guna. ritu naik monorel pun main touch je kan..? bila pameran ni..? ruginya tak pergi..

4feet8 said...

eh, kenapa tak terbuka palangnya..?alamak, sy pun dah lama tak naik putra. kalau naik, misti terpinga-pinga tak tau guna. ritu naik monorel pun main touch je kan..? bila pameran ni..? ruginya tak pergi..

Acik Riotaro said...

ayoyo..klua cik pun acik malu..
hurmmm..sbar yea

Anonymous said...

apesal tindakan lu yang drastik. p panggil pak guard settle...

norhidana said...

heheheh... lenkali jgn ikut suke je... kan dh termalu...

dhtu bile boleh kuar umah semula? takpe2 pasni kalu nk kuar pakai topeng power rangers ek

Fiza Rahman said...

Hehehe...lain kali cuba berlagak cool yer, jgn gabra ☺☺.

Kalau saya pon cuak juga tu. Dah lama juga tak naik kenderaan awam nih. Pakai token jer skang yer.

RedRose said...

Sasterawan jalanan lompat pagar elektronik?
adakah itu salah satu seni melepaskan diri?
Ha ha ha... kalau dah otak sastera. buat apa pun mesti sesukar sastera. T__T

el said...

sib bek la bc n3 ni lau x
den pun nak wat lompat kangaroo kt situ nti lol


ye ke doh nak perap kt umah tu..xcayalahhh lol

Mimie said...

salam

dh mcm lompat pgr je gaya...token tuh xberfungsi ke?

nsb baik xkne apa2 tindakan

alin said...

kehkehkeh... bila fasiliti dah canggih.. mintak buku manual cara penggunaan pd pgawal td =)

ma ❥ said...

haha terus buat keputusan hebat dengan melompat. lepas ke? sbb rasanya tinggi juga kalau nak lompat..

tapi saya rasa cm tak bp mesra pengguna lrt skrg kesian pada makcik2 pakcik yang dr kg ke yang tak tahu kan. sudah tuh nak pilih laluan pun kecik2 kat peta tuh serabutttttt

Ratu Hatiku said...

Hehehe...ksian dia...xpelah pasnie dah tau mcmana nak buat kan...

Ujie Othman said...

Aduhai..kesian..tapi akak nak ketawa gak. Ada unsur lawak, sorry ya. ^__^

Tapi takle malu sgt pun..sbb tak kenal.

Admin said...

take your time :)

CK said...

kesiannya,, hehe..
dugaan hari tu la kott..

jadikan panduan untuk hari esok supaya berhati2hati la yer.. :)

Skull Writers said...

la... patutlah memerap. Ni lu dah buat satu kesalahan lagi ni... sebab dah memerap seminggu lamanya, dah banjir dek limpahan rindu blog lu ni dek peminat yang datang bertubi-tubi..

Gua rasa saham lu tak pernah jatuh hehe..


-Nico Robin-

Unknown said...

pernah nampak orang alami situasi yg sama. tutup muka tanya diri, kau malu tak ? hihi

Unknown said...

Assalam, kesiannya... biasalah pengalaman bah tu... jadikan ianya modal utk kita kelak..

ayut said...

hahahahahaha...aduuhhhhh..mmg la kena.npe la kamu g lompat yer..adehh..mmg kdg2x kat situ problem..slalu ad yg jg...lame tak nek ea..skrg smua dh upgrade kot.. :)
ad festival ea...best yer...smpi bile ek?

EH - Ekslamasi Holistik said...

Perkara yg lepas x perlu dikenang sangat.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

Si Matatajam said...

Sabaq ja la..jadikan tu sbg pengajaran..

Erma Nazillah said...

token?dah lama xnaik lrt.dulu guna kad je kan.huhu.part pagar tu lah paling xbest.kalu xlepas,mmg malu habis

kay_are said...

lame tak naik lrt dan mase naik lrt balik ari tu pun memang terkejut.. sejak bile guna touch screen.. err.. tapi part takleh kuar dari palang tu tak pernah jadi rase nye.. hmm

Payeh Kuced said...

kahkahkah.. lawok tu siap lompat bagai.. muhun tuan hamba jangan keluar hingga saham di pasaran kembali naik.. kehkehkeh

Amirol Najmi said...

Thanks coz visit.. Untuk abang! Dah update entry baru sekali dengan alasan why tak update blog :)

misz aisya said...

huhu awok ni..

ekceli sistem token ni start dec taun lps. sy mule2 dlu agak jakun jugak.

camnelah awk boleh decide nak lompat. agak gelojoh di situ. haha. :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

hahaha agak2 seminggu kalau tak cukup tambah seminggu lagi k,,

pernah naik lrt sekali jek,,tu pun jakun sbb pakai token,kekekek

A said...

dah lama sangat tak naik,kalau suruh naik sekarang memang tak reti dah.soalan yang sama jugak pada diri sendiri,bilalah nak ada karya sendiri?hehehe

Liyaa Mf said...

Hahaha! Gara2 tu jugak ke mungkin tak update belog berminggu? Aku lupa berapa lama sebenarnya :P

Kalau aku, lagi jakun kut. Eh, aku pun pernah tertanya, bila nak ada karya sendiri? Ecewah! Tapi aku rasa kau boleh ni. Tengok macam boleh. Teruskan niat tu ya :D

Myera Nyera said...

yang part nak naik kan saham tu comel hahak

MisEyz BLurz said...

Wah!suka baca ayat ajik..rasa nak terus baca ja^_^

Unknown said...

wah agak banyak destinasi..jauh berjalan luas pandangan...

Jenny Pa-un said...

oh kesiannye. sbr2 ada hikmah disebalik kejadian :D

✖BossKucing✖ said...

malunya.. tutup muka. .tutup muka..

HanaNabihah said...

Err~ alahai. kesiannya. Dah la lama tak naik LRT. sekali kena ceramah pulak. Hoho. Takpe2. Saham tak jatuh la. Pandang kiri kanan pastikan tiada org yg dikenali. Hihi~

Hana said...

Adoi. Kesiannyaa. Err ujian2.

Telor Power said...

wahahahaha

tiket dah bertukar jadi token biru baru saja lagi kan
taksilap dlam awal tahun 2012 ni juga.



p/s: jgn ikut perangai orang bro

Unknown said...

laa dah tak pakai tiket lagi ker skrg..dah tukar token eh...

sy pun dah ketinggalan jugak nih...

Cikgu Ma said...

akk bukan org kl..tp dah tau pakai token..hehe..

ok, pasni hati2 supaya x hilang macho lagi ^_^

mie said...

er...
rasanya token tu dah lama..
ehehehehe

Anonymous said...

okay nak gelak je.
jatuh sahammm woihh!
kahkahkahkah

Unknown said...

Takpa...Pengalaman hidup tu ^_^ Ada jugak bahan cerita untuk diingat-ingat nanti...

P/S: Terima kasih coz sudi berkunjung ke blog Wilma ^_^ Jadi follower #1479 :-)

Mat Dunia said...

kalo gua hati kering jer bro...hehe...biasalah tu kekok sangat nak naik LRT...

kalo gua pun gelabah dengan orang rami ni huhu...

Nilam suhana said...

hehe... pengalaman guru terbaik kita...:)

Unknown said...

kahkahkah yg pergi langkah palang pesal? buek malu je.. kan saham dh jatuh

Kakzakie Purvit said...

Senyum kakak dibuatnya. Yelah kenapa melompat- tetiba tersingkat utk berfikir ye. Tak apalah dah terjadi pun..

AspenMyL said...

ok...saya gelak dlm hati jap ek...


Ya Allah..
kesiannya!!
Sejak bila naik LRT pakai token ek?

SI MILLY'S said...

HAHA pernah alami tp sampai part blur cari token je la :p

Nz said...

Alolololololo. mesti tunduk je kena marah.

نورعيم said...

kira ok la tu keluar jgk token tu. kalau sy kan mmg jakun habis la. naik rapid pn takut.kahkah.

amboiii mata tu. sempat lagi tu. haha.

eh kenapa dgn token tu?

Unknown said...

tak pernah lagi guna token ni...
maklumlah sekarang bukan duduk area shah alam-kl...
nak duduk dalam rumah seminggu ye... silakan...

Syarifah Nadia Syed Mohsin said...

hahaha.. siyes lawakkk.... awak pndai menulis la.. ada bakat :)
.. sy follow sini ye :)

teha said...

hahahha ! tahan jee laa malu tu kan

Buatbest said...

sy pon baru tau tentang token nie..huhu

Hafiz Hafizol said...

x suka bertindak melulu.. haha..


Banyaknye komen... Blog femes nie.. huhuuuuuuuuuu

Unknown said...

hahhaha...cik siti tak pernah lagi jadi cam ni...tp member pernah la...^^

Unknown said...

baguslah tulisan dlm blog ni..
cara ko menulis pun ada gaya...
in shaa Allah boleh keluarkan naskah sendiri nnti..
berani weh ko langkah pagar tu.. klu aq mmg tak mahu dgr ceramah guard tu..
btw, takpew, jadikan pengajaran...
chill :)

Unknown said...

haha sekali sekala beramas mesra dgn amoi2 apa salahnya bro....panik pulak ye...

sebenarnya gate LRT ni kdg2 ada prob sensor...bila masukkan token tu pastikan bro tak berada dalam ruang gate tersebut supaya sonsor dia tak biol...kdg2 bila jadi camtu bro kena undur selangkah ke belakang dan pintu kecik tu akan terbukak....kira bro agak bertuah aritu pasal kat belakang ada amoi kalau berundur pun syok jugak tu...huhu

zainatul abu bakar said...

huhu..saya pon dah lama tak naik LRT. Kalau saya berada kat tempat awak pun saya akan malu..adat la tu, hehe. Chill k :)

Ceiler Mun said...

lu nak dengar tazkirah gua pulak tak? muahahaha.

hasmardy said...

Seminggu duduk dalam rumah?.. Wah memang bahaya ceroboh nie...

Ahlam Miera Shafie said...

hahahahaha... mesti nak tunjuk macho dkt amaoi seksi 2 kan...sekali trkena dgn pap guard...hahahahaoppsterlebihketawalak... sy pn dh lama xnaik lrt komutar bagai 2...huhuhuhu

Unknown said...

there's a KLWRF???
walao....missed it!!!

aaaaahhhh.....

mummY daniSha said...

heheee....x pe pasni bole up balik saham tu =p

Kira Sakura said...

weiii siannya kat kot. klu aku pun mesti panik tatau nak buat ape sebab kita bukan biasa naik menda tue.

takpe2 skang mesti ko dah kembali pulih dari perasaan tue kan? ingat kesalahan yang hari nie benteng ko supaya tak salah lagi kemudian nt :)

hara said...

lompat teruss..haha.
aku prnah gakla buat kerja2 camtu. alkisahnya, kwn aku punya token hilang dalam beg sndiri -.- we just used one token only utk cross laju2 benda alah tu. nasib baik takde pakgad time tu, kalo tak msti kena punyela. balik2, tengok token ada je dlm beg. adoi,loqlaq betul

Anonymous said...

salam,menarik betul cerita nih,tersenyum saya,terimakasih sudi dtg ye

Puan Kutu said...

kesian...dah la jakun lama tak naik, sekali jadi tragedi ceroboh pulak..tak payah la smp seminggu nak bertapa.haha

Farah Andie said...

ehem2... next time tgk depan blakang kiri kanan tau. opppsss! :DD

ZieMarziah said...

salam raziq..alahaiii hilang macho..kot ye pun jgn la lama sangat bertapa hehehe

iAmCekbolat said...

hahaha . malu brtnya . pdan muka la jwbnya .

3no gr33ny said...

tak cukup dengan tersenyum..tersembur gelak membaca ayat-ayat akhir penulis walau ini pertama kali hamba datang menapak ke sini untuk membalas lawatan tuan hamba

Anash said...

first time baca blog ini
wah..dah jumpa geng guna perkataan 'gua'?
as "wa" kataganti wa sendiri
lompat tikam sejenis kuih
manakala lompat pagar..kan dapat syarahan?
kedua2 lompat adalah tidak sama
hehe
tq sudi dtg ke blog

As Yusra said...

erk....hehe. penah alami jugak bende macam neh... tp xdela smpai lompat pagar tuh... cume muke cuak-tahan-nak-nanges jugakla kat situ... hahaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok la tu..kat ipoh takde lrt bagai..hiih.

Pha Is said...

pernah alami situasi mcm tu jugak.. bila orang penang keluar jln2 kat area KL..

Unknown said...

hoh dah x guna tiket ke... abis camner kuar masuk pagar tu... iskiskisk rasanya masz dah 10 taun kut x naik lrt sejak abis belajar... huhu mesti jakun kalu kena naik nnti...

shaFazie said...

hehe...
mungkin xbiasa..esok2 ok lah :D

shaFazie said...

hehe...
mungkin xbiasa..esok2 ok lah :D

Pwincess said...

Hahaha. Hadddoi.

Nursaila Norman said...

hehehehe..best jgk kadang2 naik public transport..tp adalah kurang best kalau melompat pagar durjana LRT tu ;)

Mun said...

hehehhee.. tu laa..lain kali bertanya.. kan dah malu... awat p lompat?? hehe

Unknown said...

aku 1st time tengok token biru tu terpinga-pinga jugak.. macam jakun pun ada.. itu lah akibatnya bila lama tak naik LRT.. huhuhu

Azlan Strider said...

hehehe..lama btul tak naik lrt eh..hehehe..sebenarnya sistem token tu agak baru laa jugak..belum sampai setahun rasanya..hehehe

Regards,
-Strider-

Syazana Zainn said...

skrg lrt mmg pakai token.haha

komuter dgn monorel baru pakei yiket tu. hihi

:D

Samad said...

lu dengar pakcik tu sembang sebijik2 ke? buat pekak ke? haha

reenapple said...

ehehehe.. tetiba aku rasa kau ni comel lak.. =)

faie mohamad said...

hehhe.. kelakar pulak.. tp kdg2 mmg token tu xleh detect time kita touch kt tpt tu.. sy pn slalu terkena :)

Unknown said...

dulu saya first time guna token...xtau pon guna mcm mana...jakun

faiq said...

hehe..dah setahun aku x nek benda tu..dulu zmn belaja slalu nek LRT

Unknown said...

hahahaha..sepatutnya masa dah terlepas tu, bro kena lari laju2... jangan sampai pengawal keselamatan tu perasan..hehehe

Encik H said...

aik..aku rasa aku macam dah komen..masuk spam ke?

ieza ashaari said...

hahaha.. nasib baca entry ni. kalau x, za pun xtau token yg kuar, n bkn resit.

xper, tanpa pengalaman, apa mkna hidup.. kannn..

Hafizin Jamil said...

haha..malu weii..awek amoi tengok tu..

nadia farahida said...

bro, thank you. apa apa email nadia k. :)

NIZAM said...

macamne ko bole confident lompat palang tu? haha. nak gelak bole? hehe.

kinara kinatara said...

kenapa token xleyh guna...?

xpelah mungkin 2 satu dugaaan hidup..:

Unknown said...

org kadang2 tegur tak agak2 weh

tabah jela

tuanseliper said...

kahkah. wa pon bru 1st time naik bende alah ni nxt week. jahil xtau beli token camne.

kwn wa siap nak scan token tu padahal kene msukkan dlm lubang die. blh jd geng lu. kihkih :p

missha said...

spontaneous punya action..hoho.. untungla tinggi boleh lompat pagar tu..huhu.

aDisH.sHidA said...

akak pun 1st guna token masa nak g johor last week la...tatau plak skrg nie dah guna token..zaman akak guna perkhidmatan LRT Star nie pakai tiket je