Sunday 25 November 2012

Tulisan merah

Tiga hari lalu.

Tenang pagi itu. Dingin.

Seperti kebiasaan, aku mempersiapkan diri. Memohon berkat sebelum ke lubuk rezeki.

Menyusun sasaran, merancang apa yang perlu dicapai pada hari tersebut.

“Aku mesti sampai menyentuh kad itu sebelum jam 8.”

Melihat-lihat jam tangan. Jarum pendek menghala arah tujuh, jarum panjang ke arah empat.

Tangan ibu, juga ayah kugenggam erat. Dikucup, mohon restu dan doa.

Kenderaan putih kecilku dihidupkan. Hembusan angin penghawa dingin menyapa jasadku.

Memulakan perjalanan, dengan ungkapan suci.

*****

Menanti lampu merah itu bertukar hijau. Agak lama.

Demi cinta dalam hatiku…” Lagu ‘Muara hati’ itu kualunkan.

Meniru suara penyanyi asal. Penuh perasaan, disusuli mimik muka dramatis. Menarik-narik suara.

Sesekali gadis bertudung merah, bersebelahan keretaku menjeling-jeling. Barangkali dia asyik. Asyik melihat kesungguhan yang kupamerkan.

Lampu bertukar hijau, aku meneruskan perjalanan. Ligat memandu, semangat di pagi hari yang masih segar bugar.

Sambil-sambil memerhati gelagat pemandu di pagi hari.

Macam-macam, yang menghembus asap rokok dicelahan tingkap, yang mententeramkan tangisan anak kecil, cakap berseorangan juga ada.

Paling ngeri yang menghunus jari telunjuk ke dalam lubang hidung.

*****

“Dah dekat sampai.” Aku bermonolog. Laluan jalan sedikit sesak tika itu.

Aku memandu di lorong paling kanan.

Merasakan sesuatu yang ganjil, secara tiba-tiba. Sesuatu yang tidak enak juga tidak kena. Bermain di celahan ruang perut. Bagai dilanda badai. Sudah.

Jiwa meronta.

Sapaan penghawa dingin kereta kuhentikan. Sesekali aroma kereta berubah-ubah pola bauan. Peluh keringatku menitis. Lantas membuka tingkap sisi. Kecemasan.

Stesen minyak di sebelah kiri jalan bagai melambai mesra. Membuahkan harapan.

Sedikit terkinja di kerusi pemandu. Terasa sudah tidak sempat.

Signal kiri diberi, melihat-lihat cermin sisi kiri, berusaha menukar lorong paling kiri.

Berperang dengan manusia yang tidak bertolak ansur. Tiba di stesen minyak, berlari-lari anak.

Hembus nafas lega.

*****

“Pucat muka Razik. Kenapa?” Abang Razali menyapa.

“Sakit  perut sikit.” Aku membalas.

“Kau datang bulan?” Abang Razali tersengih, bagai senyum kambing. Sinis.

Aku diam, cuba-cuba mengukir senyuman.

Mendekati mesin kecil yang terlekat pada dinding putih itu, memasukkan sekeping kad kuning.

Tercatat tulisan merah pada sisi kiri kad kuning itu, “8.15”.

*****

Manusia itu hanya bijak merancang. Namun, perancangan mereka belum tentu bijak.

Yang berusaha adalah manusia, yang menentukan adalah Dia.






















P/s: Gua sejak dua menjak ni asyik sakit perut pagi-pagi. Gua pun tak tahu apa masalah. Yang penting, gua kena buang ‘Hajat’ itu pagi-pagi sebelum keluar menyara hidup. Sebab gua belum dapat kad staf yang rasmi, maka gua kena punch card cara tradisional ini.

134 comments:

missha said...

biar lmbat, asal selamat..hoho.. :D

err..selmat ke kalau dah merah..

Mat Dunia said...

kesian...musim sakit perut skang ni...cirit birit ler tu...takder la lain dah...

Meeda said...

Kalau macam tu, lain kali kena keluar lagi awal lah. Baru tak ada tulisan merah ..

Unknown said...

kah3...kan dah terkena :D

Anonymous said...

Ahahaha, paling gerun yg menghunus jari ke dalam lubang hidung. Kelakar sungguh! xD

Err, takpe buang hajat sebelum keluar, kalau dalam perjalanan dah satu hal pulak.

Sya_Merpati Putih 88 said...

dlm bulan nie pun dah dua kali punch card sy kaler merah, lambat seminit...tapi mcm tak cantik pulak ade colour merah..=,="

kerap sakit perut...? jgn lupe g checkup Doktor, jaga pemakanan..semoga cepat sembuh..t.care..=)

iAmCekbolat said...

LEWAT . meh nak rotan . ngahahahaha

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

heheh ok lagi 8.15 saye penah 8.01 time praktikal dulu,,lg sakit,hehehe

intanfirdaus247 said...

encik somi kak intan pon memerut je hari ni..hehehe

fifie said...

Kalau sakit perut setiap pagi tak payah makan lagi maksud nya tak payah breakfast di rumah. Breakfast dekat ofis. hehe

Erma Nazillah said...

bestkan lagu muara hati..hehe

Pwincess said...

Takpe. Lambat 15 minute je. kehkeh.

Unknown said...

sakit perut itu tanda nya anda normal..dan bukan robot ataupun mesein..yang di format untuk menanda "merah" pada kad...hahaha..=P

Umialya said...

di luar jangkaan..

Unknown said...

Ya, normal la pagi2 buang hajat. Tanda kita sihat.

Hidup, bergantung pada usaha dan yakin pada takdirNya.

Aktiviti menghunus jari telunjuk ke dalam lubang hidung semasa dalam kreta apabila lampu isyarat merah adalah suatu nikmat. Tak percaya? Cubalah. Eh, pengkomen ini tidak pernah cuba pun. lalalala...

NJihe.am said...

er..tak pernah guna lagi alat tuh, tunggulah 10 tahun akan datang, http://studioous.blogspot.com/

Hana said...

lepas ni mtk tolong mmber punch card ek.:)

Myera Nyera said...

hahak korek idung hahak adoi lawak hahak!!!!

oh ya, semoga cepat sembuh! ^^

Nurhanis Zamshah said...

buang hajat pagi pagi tu memang habit yg sihat ohh ajik. hehe.

dan dan dan, oh sangat tak sangka pulak nak selitkan pasal korek hidung kat situ. hahaha. sengih sorg2

drzirakudo said...

skit perut boleh pengsan. haha. sye pernah =_= pelik btul

Yaya said...

razik guna punch card guna mesin tu lg eh...akak kat sini guna thumb print daaa =p..guna mesin tew 12 thn lepas hehehe

makchaq said...

Kalau ada alasan boleh mintak boss sign.. ok la..

Unknown said...

hee..itu tandanye sihat sbb pg2 dia da melakukan proses penyahtinjaan..xgitu?..

hmm..btol..kite cuma berusaha sebaik mgkn..tp allah y tentukan..kan?

xD

Unknown said...

elok la kalau pg memerut pepagi..maknanye digestion perut ko normal.
sekian..

wah..punch card..salu buat aku nages kalau teerdtg lewat mesti jadi merah , napela xleh sogok si punch card nih..

musang said...

nasib baik ada stesen minyak..kalau tak terlepas dalam kereta

haz said...

selamat sempat lepaskan hajat. kalau x memg jd mangsa kereta tu. hihihi

Chic Na said...

penghadaman bagus tu. jaga2, jgn selalu2 sgt merah ajik. ;)

Unknown said...

Ada hikmah di sebalik kejadian. Yang kita tak tahu apa bendanya hinggalah sampai waktunya....

panda montel said...

hahhaha wen lega kalau dapat membuang pagi2. konfirm sepanjang hari wen akan lega. hehe

btw: kalau perasan la kan... kat tepi blog Tulisan Wen tu ada link tulis Novel Kisah Terakhir.. kalau ada masa terluang try baca. :) dan komen apa2 yg kurang. terima kasih juga singgah kat Tulisan Wen

Yana Halim said...

lamanya meninggalkan punchcard. Mmg kira dah rare kot. kikiki...

Muttallif said...

Kena amalkan untuk menunaikan hajat seawal pagi. JAdikan rutin kemudian tabiat. Insya-allah pagi lebih mudah untuk bro.

Apapun Manusia memang hanya mampu merancang. Tiada lebih dari itu.

wakgelas said...

kete wak pon putih jugakkk.. ahakKKs

biasa wak kuar umah kul 6.33am smpi opis kul 7.13am.., kalo wak kuar umah kul 7.13am smpi opis leh kul 8.33am jugakks.. uuuHUu

Unknown said...

untuk kesihatan juga tu :)

Yaya Mohd said...

kene prepare siap awl2 n kua awal..ok..^_^

misz aisya said...

alorhh siannye awok teww..

lebih baik, bangun pagi, sebelum gosok gigi, minum segelas air masak. selain utk awet muda, buang hajat akan jdi lebih lancar.

semoga tak merah lagi. :)

Ain Norainsyah said...

Punch card! Haha...saya kerja part time pun ada punch card. Stress je kadang-kadang. :P

Skull Writers said...

alalaalala..

kononnya nak datang awal kan sebelum jam 8 pagi. tapinya last-last 8.15 juga..

memang kita boleh rancang apa pun tapi selebihnya Dialah yang tentukan yg rancangan itu jadi ke tidak..

Bagusnya masah ada mak ayah yg boleh di cium tangan sebelum pergi kerja :D


~ Nico Robin~

dieyna said...

hajat yang satu tu memang tak boleh ditangguh.. jika ditangguh buruk padahnya kan hehe

azieazah said...

Wahhh kalu 8.15 dah merah, memang parah!

eita said...

lain kali kena kuar awal lagi....

Korn Ahmad said...

haha.. ape kate postpone sajer 'hajat' tu kat opis.. dapat jimat sket mase.. ekekeke

Lutfi Azmi said...

Mak selalu pesan, tido awal :P haha

ummiross said...

hehhe lega..!!, tulisan merah, nak buat macamana, dah perut meragam hik!

missina said...

Faham sgt perasaan tu..penah jugk ketip lmbt sbb nk terkucil..huhu..sadis

Puan Kutu said...

klu hari2 merah cmnie masak gak nie nak menjawab.haha

نورعيم said...

lewattttttt! hihi.

sekali sekala lewat baru brutal kot. kihkih.

hara said...

ganti lagi 15 minit!
yang pg2 tu normal, tandanya ko sihat.

akuzle ayu said...

cer mkn buah dulu pepagi then baru bekpes. atau minum gaviscon...

p/s: kwn kenduri yea? ingat kenduri awk..keh3

Unknown said...

hehehe
Kena bangun lebih awal lagi.
Sebelum keluar rumah, melabur saham siap2 kat rumah.
haha

Fatimah Nabila said...

nk elok, pgi2 mnum la teh halia..pastu semua kuaq jugk pagi tuh..ha3!!

EH - Ekslamasi Holistik said...

Kalau dah buang hajat pagi2 mesti rasa selesa je nak g mana2..heheee

norhidana said...

heheheh... skrg nih kan cuti sekolah mmg awal je sampai opis walalupun kuar lwt , akak rasa pg2 awak kene memerut dulu kt umah sblum pg keje, n cube dtg 15minit awal dr sblumnyer...

Unknown said...

yg penting hajat tertunai dl..biar pun nnt dapat tulisan merah..hihi

MizzTina said...

ehehehe...memula dh saspen.. kendian, tergelak.. xpe, bila dh niat, insyaAllah pasni akan lebih awl..awal..dan awal lagi.. perubahan tu kan bukan secara mendadak.. sekurang²nya dh ada niat nak capai target sebelum angka 8..

Unknown said...

kena jadikan kebiasaan la kan sebelum kuar umah pepagi, buang hajat tu dulu.. kalu x, nnti merah lagik... hehe

ASaL said...

comel 8.15 pagi. Sangat seram :)

Syazana Zainn said...

kalau pakai punch card mmg susah sikit, nasib dekat office sy just tulis dalam buku je.hikhik

Unknown said...

Assalam, memang kalau sakit perut nak 'membuang' memang perih... apa2 pun biar lambat asal selamat sampai ke destinasi...^_^

Kakzakie Purvit said...

Kalau tempat kakak berulang lebih dari 3 kali akan kena tolak gaji tau.

Miss PIJAOSIX said...

HAHAHAHA...

semangat dah ada...niat dah ada..tapi tak kesampaian ... tiap yang jadi pasti bersebab...esok cube lagi ye dude...heee

Mimie said...

biar lambat asalkan selamat

Annamariana1989 said...

hahahhaha... best3.. feling lagu mauar hati lagi lawak... hahhahaha

Raz said...

hahahaha lawak2... makan ape la pg2 sampai skt perut

Unknown said...

kami pun selalu sampai lewat..hihihi..

mujagirl92 said...

kalau dah merah gitau ada denda pape ek?

Anonymous said...

pegi ler toilet cepat :)

Dr K said...

hahahaha..terkinja sikit ke bro dlm kereta?

Anonymous said...

hahah... samalah, kekdang dh kuar awal pun still sampai lambat gak... redha jelah :)

Kira Sakura said...

betol tue sehebat mana kita merancang hebat lagi perancangan Dia. hihihihi sabo jela janji dalam sebulan xckup 3 kali merah klu tak parah hihihi..

mungkin ko mkan benda pedas sgt kot malam sblm tido tue yg perot tak sedap bila pagi agaknya

Mun said...

haaa....yg duk korek hidung tu toksah ckp arrr.... asal moon terpandang kereta sebelah je.. mesti ada je yg ngah korek bijih dalam hidung tu.. huhuhuhu~

Gillette Flores said...

Alaaaa...
terlambat jugak sampai.
Esok jgn lambat lagi okay? :)

Unknown said...

pepagi kalau suka membuang tu menunjukkan body kita dalam keadaan sihat.

tapi kalau dah tahap cherry berry tu kena buat sesuatu . jumpa doktor k.

RedRose said...

sonang ajo tuh. sila bangun awal and minum segelas air masak before u brush ur teeth. ur bowel system will be at ease nanti. goodluck!

nur anis said...

memang stress kalau tetiba je merah....hadoi..

Mardhia Yusof said...


meaning that you are normal.
ada kwn akak, tiap kali lepas makan, dia rasa nak lepas 'hajat' je.
sama la dgn husband..
itu abnormal. betul.
kena jumpa doc check. mana tau ada silap makan. suka makan pedas ke?

dya nasir said...

mmg sush kalau pakai punch card tradisional tu..huhu

haryzkhairuddin said...

normal la tu.. malam2 perut proses makanan. so, pagi2 tu dia flush out la.

mots : pasni keluar la lebih awal. baru tak kena kad merah. hoho.. ;p

Daus Redscarz said...

sip baik ada stesen myk. kalau jalan loke yew ni mau tak sempat.. pepagi jem tahap jingga.

Dianz Ipoh said...

hehehe ..
kita hanya mampu merancang ..
ALLAH SWT yang menentukan ..

krole said...

sabar yew wak besa r tu...ce tnya kat mak or nenek kew mna tau ada tips2 tradisional tuk sakit prut tu~

khaifaiz said...

sungguh tragis kisah diawal pagi

Unknown said...

maknenye kene kua awl la tu

syiela said...

kisah dia awal pagi yg agak trajik...

nasib la punch kad kat opis ni tak merah asyik hitam je walau selewat mana pun

Unknown said...

asal lambat biar selamat. ihik.

mama maman aka yana said...

kiki.. takpe la dr dok tahan.. karang jadi benda lain lak karang.. hahaha

Unknown said...

da berusaha utk sampai awal tapi ade halangan plak..nak wat camner kan...jgn sampai kene surat tunjuk sebab sudah..hai..salam kenal..

4feet8 said...

itu sihat tandanya..hehe

Maria Menado~ said...

=) betul.~

Unknown said...

situasi sama ngan remy jer...... tapi remy lambat kalau hujan jer... terus jem ketempat kerja.... nak buat camner.... kekadang berdesit juga nak kejar time tu... tapi kalu merah redha ajela.... dah take pilihan.....

tapi remy suka entry bro.... suka sesangat....... kena buat e novel la bro...... tak puas nak baca...

zul said...

biasalah, bulan ni aku dah 2 kali lewat... musim hujan ni, bangun selalu lewat...ish3...

Miss Zahirah said...

tu tandanya proses pembuangan yg sgt lancar..
bru sihat bdn. hihihi

OKje said...

Apa yg dirancang kadangkala tak menjadi....tapi tak pe.... sekali sekali ...jangan selalu sudahlah.... nampak sangat sengaja he...he...

Nur Zulaikha said...

kalau cara moden mcm mane plak?

kasut puteh said...

bersih perut lu pagi2..haha

Mek Onie said...

sekejap,saya tengah imagine mukamu yang sedang khusyuk kamu pamerkan, kihkihkihkihkihkih... dan paling beruntung, tempat kerja saya tidak memerlukan mesin itu ,yeahhh :D

Unknown said...

bro nak kena pergi check kat hospital tu bro..takut ada sesuatu yang tak kena tu..

Domu-kon said...

orang kata.. nak melepaskan " hajat" tu.. kena ajar tau..kena displin..entah cmne displin kan tu..pun xtau..

moralnya.. lepaskan " hajat"mu..hehehe

-meeSUPERGIRL- said...

makan corn flake . bagus utk hadam :)

Amirol Najmi said...

Terima kasih abg!! :)

gadisBunga™ said...
This comment has been removed by the author.
Nz said...

Ajik kalau bawak kereta je, mesti nak cari toilet. Hiks

gadisBunga™ said...

lepas bangun tidur, minum air dulu segelas dua. insyaAllah tak payah nak memerut sebelum masuk ofis. heheheh~

Unknown said...

system dalam badan sngt bagus.. pg2 dh membuang..:)

cikguNae said...

dalam sebulan pasti ada dua atau tiga kali 'tulisan merah' tu...

sebab sakit perut... ok ;-)
tapi geram kalau berkaitan 'sikap pemandu' yg terlalu perlahan....

fatin aziz said...

orang cakap klau buang air besar pagi2 ni bagos..hehe

Si Matatajam said...

Wah ramainya komen kat sini..kata doktor sistem pencernaan yg bagus kl bleh buang setiap pagi camtu..

pinkcolour82 said...

hahahahha.....kena grak g keje lepas subuh.baru tak merah punch kad tue ^_^

bobiedanbad said...

Hajat yg tak ble d tangguh2

Dkna Abza said...

kalau hujan jer mesti timbul masalah..masalah bgn lambat, masalah jem.,, heheee

Unknown said...

sama tu kita..hehehe..hari hari sudah bgun awal bah,tapi kan ttp juak lmbt ne.hehehe

ayut said...

hihihi..kite merancang tp Allah juga yg menentukan..
pasni kena bgun awal ckitla nmpk ye.xla tlmbat dan merah lg :)

Payeh Kuced said...

Letih aku scroll sampai bawah ni...
dah sampai bawah, lupa pulak nak komen apa :P

Nick Nashram said...

macam mana ngan jodoh bro?
dah jmpa ke perempuan idaman :)

Arina Shamsul said...

hehehe..pakailah pampers..hahaha.

reenapple said...

betul33.. kita hanya merancang sahaja./. =) papepom setiap yg berlaku ada hikamhnya bukan?

Hazmin said...

Kena keluar lagi awal ni. Kalau sakit perut tengah jalan pun sempat lagi kalau singgah mana2.. Hehe

faiq said...

biasalah lah tu dtg lewat..hehe relak2

Fariz Reza [FR] said...

dia gadis bertudung merah lalalalal~~

from:-

Fariz Reza Dot Com

Hanis Azla said...

salam razik..

akak pun setiap pagi berdoa dan berusaha untuk mengelakkan dakwat merah.. walaupun kdg kala termerahlah juga bila masuk kerja.. he..he..

kay_are said...

dah usaha sehabis mampu dah bro tapi nak wat cane perut lak nak meragam tibe2 kan.. ish ish.. takpe2.. pasni kuar lagi awal daripada bese.. =)

mummyrinazone beauty said...

setakatnie blum merah lagi.hehehe

LYAfrina said...

huhu..lewat 15 minit.. setakat ni lya masih belum dapat merah lagi..in case ada hal2 tertentu & kna masuk lewat sikit..

BidadariBesi [SYAA] said...

Cara tradisional? Terus tulis pakai pen eh?

Amirol Najmi said...

Mana entry baru nya.. *menunggu*

Saya punya cerita pasal mak ayah dah ade =)

Jangan lupa baca sampai habis =)

ctpayong said...

ganti masa balik meaning...balik lewat 15min. memang xkira di dunia tapi termaktub di akhirat. janji akhirat selamat, insya Allah.

E'in said...

hehehe... sblm kuar umah tu xnak sakit perut dulu ek... ;p

aku HaniAsyira said...

sihatlah tu buang hajat pagi2 kan.. dah ada tanda merah dekat kad..

Unknown said...

mana nie..lamanya.manakah entry terbaru..:)

Unknown said...

kalau lambat macam tu..kena potong gaji tak..
:D

Pn Ayu said...

buang hajat pg2 means sistem perkumuhan ok la tuh.kalau tak buang kang sembelit pulak..huuuuu ^^

Unknown said...

tragis pulak. hehe takpe asalkan selamat ye dok? kalau sakit lagi makan la ubat..

ZieMarziah said...

kalau sepanjang minggu merah memang parah!

SiS NaD said...

Salam Inchik Raziq...

Haaa.... 'U're late!!!' <--- Teringat kata2 pensyarah bahasa Inggeris saya kalau ada student yang lambat masuk kelas dia... (^_____^)V

tuanseliper said...

Storefood mintak diisi tiap pg mungkin: 3