Tuesday, 27 December 2011

Signal kiri? Signal kanan?

Bintang-bintang bertaburan di langit gelap. Menemani pemanduanku di malam sepi. Tiada kedengaran cengkerik memekik dan memekak. Sedia maklum di dalam kereta. Sunyi.

Mahu pulang ke teratak bonda, bergerak dari PICC, Putrajaya. Alhamdulillah, sudah selesai seminar Twins of faith selama dua hari.

Butang ON radio ditekan dengan ibu jari tangan. Berkumandang lagu ‘Pulangkan’ nyanyian Misha Omar dicorong speaker kereta. Kecut perut.

“Ya, aku tahu aku mahu pulang rumah.” Monolog hati.

Mindaku sedikit senget. Mengimbas kembali kronologi penceritaan filem ‘Jangan pandang belakang’.

Minda tertumpu pada watak hantu Mak Mah yang hobinya meniarap diatas bumbung kereta,tak pun dibawah kereta ala-ala James Bond. Tak lupa gaya rambutnya persis model iklan Sunsilk yang mengerbang tak tentu hala.

Apakah ada ‘sesuatu’ diatas bumbung keretaku, mahupun bawah kereta? Atau lebih keji di dalam bonet kereta? Gila.

Pedal minyak ditekan terus menerus tidak berhenti. Siaran radio secara automatik bertukar ke IKIM fm.

Ini bukan hantu pandang belakang, sebab tak ada rambut. Hantu macam ini comel.

**********

Lampu trafik menunjukkan isyarat merah. Pelik, baru 30 saat hijau bertukar merah. Aku bukan The Flash mahupun Superman.

Kelihatan sebuah kereta model Suzuki Swift berwarna biru nila turut berhenti disebelah kereta kodokku.  Sambil-sambil melayan kesedihan mendengar lagu tema Ombak Rindu, mataku melilau ke kereta sebelah. Gatal.

Gadis misteri berkereta Suzuki Swift.

Siapakah pemandunya? Secara kasarnya kelihatan seperti wanita. Namun, zaman sekarang sukar nak ditentukan. Mungkin itu pondan. Pondan sekarang 99% sama dengan perempuan. Mana lagi 1%? Jawab sendiri.

Naluri lelakiku kuat menyatakan bahawa pemandu misteri itu seorang wanita tulen. Raut wajahnya tak tumpah persis Maya Karin pakai tudung. Senang cerita, lagak gayanya persis watak Izah dalam filem Ombak Rindu. Misteri.

Namun, terdapat satu misteri yang masih tidak terungkai mengenai wanita misteri itu. Apa dia?? Wanita itu mengenakan cermin mata gelap diwaktu malam yang malap. Motif?

Buta? Tak mungkin boleh lepas ujian lesen memandu.

Fikir positif.  Barangkali fesyen sekarang, cermin mata hitam diwaktu langit menghitam. Mungkin juga gadis itu terkena jangkitan kuman pada matanya, siapa tahu.

Pon!!!

Baik, lampu sudah hijau. Maaf pemandu belakang. Melalui cermin pandang belakang, kelihatan pemandu belakang terkumat-kamit menjampi serapah ke arahku.

Pengajaran, jangan usha awek masa berhenti  di lampu trafik.

Cermin mata hitam, fesyen atau keperluan dimalam hari?
 Anak saudaraku Dina juga berkaca mata hitam.


**********

Aku tiba di lampu trafik seterusnya.

Pon!!!....”

“Siapa lagi yang hon??!” Suara kecilku melantun keluar menjadi besar.

Baik, itu iklan radio. Sedikit malu pada diri sendiri, nasib baik memandu seorang diri.

Tiba di satu persimpangan, simpang empat hala. Dalam dilema, macam lagu Nora ‘Di persimpangan Dilema’. Walau beratus kali melalui simpang ini untuk pulang ke teratak bonda di Bangi, aku masih keliru sama ada kiri atau kanan. Depan sudah tentu tidak.

Tik tek tik tek…”. Signal diberi, sekejap kiri, sekejap kanan. Nasib bukan signal kecemasan, kiri dan kanan serentak.

Lampu trafik memberi isyarat hijau.

Kiri atau kanan??? Kanan atau kiri??? Mana? Sukar membuat pilihan.

Fobia di hon sekali lagi, secara tak menyempat aku memilih laluan kanan,spontan. Zaman ini, hon adalah satu kebiasaan terutama bila lihat kereta kodok dihadapan berpelekat P bergerak macam siput.

Tahniah, aku tiba di Cyberjaya. Bukan di Bangi.

Simpang atas ni lagi pelik. Kiri kanan tak boleh. Ke belakang jawabnya.

**********

Dalam kehidupan, kita harus membuat pilihan. Kita tidak boleh lari darinya. Walaupun kita Watson Nyambek, mahupun Azizulhasni Awang.

Mahu jadi baik atau jahat? Mahu jadi rajin atau malas? Mahu jadi jurutera atau tentera? Mahu jadi artis atau saintis? Mahu kahwin dengan Lisa atau emak si Lisa?

Persoalan diatas sering membuatkan kita berfikir untuk membuat pilihan. Untuk membuat pilihan, kita perlu mengkaji  sesuatu secara keseluruhannya. Terutama baik dan buruknya. 

Misalnya soal kerjaya. Apa guna gaji berpuluh ribu, tapi hidup seperti tidak ada ibu. Keluarga, isteri dan anak sepi akibat diketepi.

Demikian juga dalam soal perkahwinan. Kalau muka kacak, hati kotor lecak tiada guna. Sama juga kalau muka jelita, hati buta tiada guna. 
                                                                                       
Setelah dikaji sedalamnya, solat istikharah dilakukan mohon petunjuk dari-Nya. Istikharah dibuat bukan untuk benda yang salah. Tidak perlu sebelum merompak, pecah rumah mahu buat solat istikharah. Itu mengarut.

Walau apapun  pilihan atau perancangan yang kita buat, sesungguhnya pilihan, takdir dan ketentuan dari-Nya adalah yang terbaik .

**********

Sheikh Hussain Yee

Teringat kata-kata salah seorang  penceramah Twins of faith, Sheikh Hussain Yee tempoh hari:

“Mungkin sebelum kahwin seseorang itu sudah beristikharah sebelum memilih. Namun bercerai setelah sebulan kahwin. Jangan disesalinya dan menyalahkannya. Percaya pada takdir dan ketentuan. Sesungguhnya suatu yang terjadi itu beserta dengan hikmah”.

Peringatan bersama buat diriku yang sering alpa dan sukar membuat pilihan, serta teman-teman maya sekalian.

Kredit iluvislam

p/s: Gua susah nak buat pilihan. Lebih-lebih lagi bila beli baju dengan seluar, samada yang besar atau kecil. Keliru dengan saiz baju gua. Dulu M sekarang L. Kadang-kadang XL. Saiz badan gua tidak stabil seiring dengan kadar pertumbuhan gua. Sekian. (^_^)



76 comments:

azieazah said...

Nak pilih baju dan simpang jalan pun dah keliru kelabu, cemana nak pilih orang rumah, Bro?

Parah U ni.... :)

Bitt (double IS) said...

parahh nehh..tapi ok wut cantek bahasa...cantek keperibadiannya...tepuk dada tanya lah akal yg ada konpem tahu pilihan yg ada ;)

suk said...

beli gps bro. haha

si ngokngek said...

skodeng aweks sampai kena hon..rasanya dh kronik hang nie..atau banyak sgt fikir..hee

faizulosman said...

suke cerite ni... tp, knp nak pilih saiz bju seluar pn compius???
mmmm... ap nak kate pn x thu... hehehe...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/kenapa-aku-suka-kucing.html

PCL said...

len kali org blkg hon, pantas turun. ..suh dia jalan dulu..nak usar aweks pon tak senang!...grrrr! haha.

Sha. N. said...

Kenapa kita susah buat keputusan? Sebab banyak sangat berfikir.. hehehe...
Yang penting kena yakin dan rasa betul apa yg kita buat.=)

aiEz said...

hahaha,ketidak celaruan ko ajik membuat pilihan dalam membeli pakaian sama dgn aku..ehehe...

pilihan terletak pada diri,pilih lah jalan yg sebenar2nya dan andai tersalah pilihan usah menyesal tapi ingatlah sesuatu yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi..setiap dari kita diatur perjalanannya...member ak pun pernah berpesan kata yg sama...masih tergiang2 dalam ingatan...

AmirFX said...

Pilihan di tangan anda sendiri.. :D

Prettywrite said...

Oit sampai ke cyberjaya pulak..haha..c0mplicated sangat ke simpang masuk rumah tu?hehe..mungkin pemandu swift tu alah pada cahaya lampu malam hari..kui3..

MOH KEMBARA said...

Salam,

Pilih baju dan seluar free-size senang, tapi kalau calon isteri kan dah ada 4 kriteria.

Rozuan Ismail said...

haha.silap masuk simpang ke bang.huhu

hara said...

ni bukan kes xreti nak pilih ni, khayal je nih, haha

Nur Sakura said...

hihihi... xpe xthu plih bju... pilih saiz XXXL... msti muat... ^_^.. grau aja

محمد رازيق said...

azieazah: hehe.. pilihan itu mintak tolong emak la kak.. tak pun mintak tolog akak. boleh tak?? hehe

Bitt: hehe.. betul jugak tu kak.. saya tak ada calon lagi.. hehe

suk: tak ada duit bro.. hang blanje aku meh :)

ngokngek: haha.. terkhayal cik ngokngek.. ngeh ngeh.. kena hon, balasan tuh..

faizul: hehe.. terima kasih.. saiz badan tak tentu. kejap gemuk, kejap kurus...

PCL: hehe.. tak sempat cik li.. kang tiba2 turun, keta gerak sendiri, kena awak lari.. haha

Sha.N:yup, betul. kena yakin.. doa juga pada tuhan. inshaallah

aiez: hehe, sama lagi bro! banyak sama kita ni bro. yup, betul aiez. itu yang terbaik, inshaallah. bila mahu lepak sama?

Amir: betul amir :)

Preetywrite: haha. sebab bila dah silap tekun jalan straight. walhal dah entah kemana kereta jalan.. hehe

MOH kembara: salam kak. betul kak.. pilih pasangan ada 4 kriteria.. yang teratas, agamanya..

Rozuan:haha.. salah arah bro :)
hara: hehe.. khayal dek terpengaruh ngan ombak rindu. hehe

Sakura: hehe.. nanti gelebeh sangat sakura.. hehe :) takpe, gurau2 itu ceria.

budakijaupendek said...

kalut ka bang ?
muahaha!

محمد أمين بن أريس said...

macam bes je seminar ko pergi tu raz...papepon, hidup pon memang banyak pilihan...tapi Allah da bgi kita pilihan nak jadi baik atau jahat...tanya iman je.. :)

Onitsuka_hana said...

ikut kata hati.kalu ikut kata hati rasa xmenyesal sangat :)

telor power said...

jgn salah pilih simpang jalan bro.... buat pilihan yg betul

Alieza Dayasari said...

wow menarik lah penulisan awak.....
best jer baca...

Woofer Storm said...

nyaman entry ni...

#gua pun pusing,kdang2 gua rasa gua besar,kadang kala gua rasa gua kecik.apa2 je la..hehe

Areliff said...

ikot hati mati..ikot rasa?? ntah le

Balqis Azhar said...

u just got a nice entry bro !!

Hakimy Zamri said...

nice entry !

ridzuan sujari said...

haha.. ingat citer hantu tadi.. wat thrill je.. yang pas last aku suka..
bukan part ko pilih baju... haha
tapi part bila sesuatu yangjadi tu, ada hikmahnya.. ^__^

~SaL IjOu~ said...

Hidup mmg x lari dari membuat pilihan & keputusan kan..kdg2 kusut kepala memikirkan penyelesaian..~
smoga pilihan kita sentiasa ke arah yg lebih baik..~ =)

sisdee said...

betul!!! arah mana kita nk tuju biar mengikut akal pikiran dan tak dikawal nafsu..takut tersalah pilih jalan yang salah...keputusan yang kita was2 rasanya rujukan adalah kepada yang ESA sbb hanya dia yang boleh bagi kita sesuatu petunjuk yang diredhai..yg pnting hidup kita pnya MISI..apa dibuat adalah nak cari keredhaan Allah.

p/s: pmpuan yg pki spek tu mgkin baru beli spek hitam brand gucci :p

norhidana said...

baru nk suspen ingtkan jumpa antu rupenyer ko gatai usha2 awek bwk kete yek...

hehehe... camne ko ni dik...
kene ttpkan hati kalu nk bt pilihan kalu tak... takde hala tuju la jwbnyer

hudahassan said...

hehe . takot jugak nak baca smpai abeh . ingatkan cite hantuuu . :)
erm , memang tiap2 hari ade jek pilihan yg kene buat . Dan sudah semestinya ade Oppurtinity cost kannn . Hehe .

Fatin Farhana Binti Ramli said...

wewah .. sampai macam tu sekali .. lain kali naik kereta yang boleh terbang .. boleh agak jalan tu hala ke mane ..

Ati Masrif said...

nak ngorat yeh...
bagilah dbl single ..
keta rosaklah konon..hihi~

farz zull said...

ahaha, nice one! Lawak menusuk ni, baca sekilas memang dh macam novel...ngehehee

Cerciter Hana Niey said...

best r baca. menarik. :)

Akue Achik said...

hahaaa..anyway, nak dgr crita antu layan ria fm..

fadh leyanie said...

perempuan persis izah membuat pilihan untuk memakai spek hitam di waktu malam kengkonon nak kelihatan cun mungkin,
nak buat pilihan terbaik mmg sukar :D

jijah said...

hehe..salam knalan dr jc jugew..hehe...da bcew pn entry awk nih..nice jugew..:)

Apik Pehe said...

hahha..susahnya nak pilih

AKIM IQBAL said...

Best ! nak pi gak. haha

ashra said...

terima kasih kerana menigingatkan juga pada saya..
betul..tiap berlaku pasti ada hikmahnya sekalipun kita da cuba pilih jalan terbaik..

Dinas Aldi said...

Dik, jangan lupa bagi alamat na, akak nak poskan fm tu :)

zilndnas@gmail.com

Joe_Hans said...

hahaahahahaha....jangan terlanggar mana2 kereta sudah..

MiMie AddNin said...

hahaha!!! membuat pilihan mmg sgt susah kan? sbb tu mmg normal kalu berlaku kesilapan dlm pilihan kiote tu....salam knal jugak!! thanks ye komen kt my blog

niezam said...

aku pun slalu kompius. pastu pk over2. sgt annoying kot. yang penting tenang. takyah pk byk sgt. wat pening je. byk lagi benda lain nak peningkan selain dari kena pilih seluar dan baju yang cantik2 time shopping.. hehe. :))

cikceriacorner said...

byk sgt pilihan kot..hehehe..lg satu terikut2 ngan filem...hehehe..

tp kalo sy drive sorang2 mlm2 pon pk bkn2..heheh

BLADE EDGE said...

kdg2 ada jugak masanya susah nk buat pilihan. bukan dlm hal kawin2 jer, apa2 hal lain pun mcm tu..

sblm buat pilihan tu, kene pikir jugak apa kesannya bila ambik kputusan tu..supaya paling tak pun, tak menyesal lps buat pilihan tu..jgn lupa, kene byk2kan berdoa n tawakkal juga. mohon supaya Allah tentukan yg baik2..

dRopPuc!noo™ said...

susah jugk drop buat pilihan senang mcm nk mkn ke x hri ni, nak mkan apa, dekat mana, blablablabla.. haha!
setuju! hantu 2 mmg comel!

Teenager Housemaid said...

kadang2 bila banyak berfikir masa nak buat keputusan, ikut je 1st instinct kite..:)))

moral of the story, jgn usha awek n pilihlah baju yg saiznye betul eh? :p

Mr.Clive said...

IKIM fm eh?hohohoh

Tiramisu Fatiema said...

ikut kata hati..huhu

Alieza Dayasari said...

betul kata Tiraamisu.. IKUT KATA HATI....... pejam mata dan fikir.. dgr kata hati... hihihi

nia marlissa said...

ikut kata hati lah senang :)

✿Dear Yayah✿ said...

malu bertanya sesat jalan. heheh

ierdahaszahida said...

Persimpangan dilema...entri best.menarik n creative...

blog-tips-kurus said...

gigih bace sampe habis.. awak ni kanak-kanak tua sedang m'besar ke??

*lagu Nora tu memang sedap!

akuamir said...

haha,, berserah pade-NYA tok buat pilihan kan terbaik,, :D

Cikgu Ma said...

jangan sampai tersalah pilih..=)

**suka tengok citer hantu disebalik jari jemari menekup muka..hihi

sejenis ketagihan

Khairul Antasha said...

sy juga tergolong dlm golongan yg tidak pndai membuat pilihan. terlalu teliti mungkin.. :)

salam kenal juga utk awak..

Miziey said...

Heheh. Guwa cuba memahami apa yang disiratkan didalam entri nih. Huhu~
Sukar nak buat pilihan? biar mak bapak jer pilih bro. Eh? ape guwa cakap nih?
lalalalalalalalalalala~
:D

So Shy Lady said...

btul dik, klau keliru rujuk pd Yang Maha Mengetahui ;)

Abg Stalker said...

klu diberi pilihan aku nk kwin dgn mak si lisa.sbb lisa bodo pilih yusri.hahahah ;))

Abg Stalker said...

hahaha..kedut pun kedut la..pengalaman byk tu.Lol >..< kn trend lelaki kwin prmpn tua.sbb prmpn muda ske lelaki tua.hahaha

Abg Stalker said...

hahha..x jugak la.taste aku pun x de la tua ganyot sgt.kering kot..:P

MiszMaryaNe said...

memula bace ingatkan cite seram,
bawah2 tu rupenya ade cite lain,
nice entry..=)

Akmal Khalidah said...

Hahaha, tergelak baca entry ni :D Nasib baik tu kereta biru bukan kereta kuning macam dalam Karak tu :P

widiea azira said...

hot sgt ke awek t0o. . .:p

ABU said...

baca baca baca.. ada hon.. ingtkan hujung2 ada apa yg berlaku hahahaha.. saja nak cakap kiri dan kanan kan.. last2 baru tahu apa maksud entry ini.. nice..:)

a little less conversation said...

skang ni gua tak tau nak komen ke tak entri..hurmm, nak komen ke tak eh..mana 1 pilihan gua ni..owh shit, gua sudah 'ter'komen..hahaa

Hanif Idrus said...

peminat ombak rindu..hehehehhe
Salam kenal bro

fairus said...

TERBAIK CERITANYA.. WALAUPUN AGAK PANJANG TETAPI MASIH MEMBUATKAN SAYA IGIN BACA DAN TERUS MEMBACA... FOLLOW LA...

nurkaloi said...

hahah terbaik !! tu laa len kali focus
boleh pulak mcam2 pkir time drive
kalau salah msuk smpang ok lagi
jgn salah masuk gaung lagi parahhhh !

naz said...

nasib baik masih ada jalan. kalau jalan mati. haihh mampus kita :)

erma nazillah said...

len kali nawaitu kene betul klu nk drive..hehe..tu yg kene hon tu :P
*gurau gurau*

grOundnUt said...

hahahah...macam mana tu!jgn ko buat double signal sudah!hahahah...salam kenal²~^^'

chemay said...

dalam hidup nie.
bukan senang nak buat keputusan.
salah pilih.
hancur lah masa depan.
-.-

cimOt said...

ketegasan dalam membuat keputusan..
kalo tak, sampai bila tanpa kesudahan..

محمد رازيق said...

budak ijau pendek: haha.. kalut sikit :)

amin: alhamdulillah. program tu bagus min. kalau ada lagi aku roger ko. actuallya ritu rezki aku dapt tiket free.

Onitsuka hana: setuju. tapi jagan 100% ikut kata hati. kena tanya sekeliling jugak.. hehe

telor power: inshaallah bro.. kena fikir masak-masak.

alieza dayasari: terima kasih. biasa2 sahaja. penulis picisan.. hehe

woofer storm: haha.. kita sama bro!!. ngeh ngeh :). tq bro.

Areliff: kena campor2. ikut hati sikit, ikut rasa sikit.. hehe

balqis azahar: tq Sis! please come again.. hehe

hakimy zamri: terima kasih :)

ridzuan sajuri: hehe.. partpilih baju tu ko cam aku ke?? haha

sal ijou: setuju. kena fikir baik buruk usaha dan doa. inshaallah, dipermudahkan.

sisdee: yue setuju sis! kena ada visi dan misi.. hehe. perempuan spek itam tu, mugkin jugak sisdee.. hehe

norhidana: tu ler kak. banyak sgt khayalnya saya ni.. haha.. tapi ok kak, saya akan kurgkan.. haha

hudahasan: hehe.. sy pun takut citer hantu, jadi sy tak buat citer hantu.. haha. sy setuju huda :)

Fatin farhana: masalah nak cari keter terbang tuh.. haha :)

ati masrif: hehe. boleh gak try buat nikak ati. kak ati penah buat yek. hehe :)))

farz zull: haha. lawak bese2..hehe. terima kasih.

cerciter harna niey: terima kasih.. sy appreciate :)

akue achik: tak nak lah dnegar lagu hantu.. haha

fadhleyanie: hah.. betul. sukar, tapi kena pilih juga :)

jijah: terima kasih jah. biasa2 jer.. hehe

apik pehe: betul bro, susah.. haha

Akim: u nak pi mana bro?? hehe

ashra: sama-sama. saling mengingati, sebab sy pun mudah lupa..

Dinas aldi: ok, kak, tapi sy xde alamat tetap.. huhu

joe hans: hehe. alhamdulillah tidak.

mimie addnin: hehe. betul addnin. sama2. tq jugak lawat blog sy :)

niezam: same bro.. susahkan bila time shopping baju. aku paling malas waktu tuh. hehe

cikceria corner: haha. tu lah pasal.. anyik terikut ngan muvoie.. hehe

Blade edge: setuju sama kamu. kena fikir betul2. then baru buat keputusan.

droppucino: hehe.. susah yer drop. makan nasi dagang je lah.. hehe.. yerp itu hantu comel.

teenager housemaid: hehe.. betul! itu moral of the story :)) hehe

Mr clive: yerp, dengar lagu nasyid :)

tiramisu fatiema: hehe. boleh, tpi jgn 100%.

nia marlissa: hehe :)

Dear yayah: hehe.. tu salah satu moralk of the story gak. tapi nak tanya siapa mase tuh?? hehe

ierda: terima kasih.. biasa2 sahaja. please come again :)

blog tip kurus: haha, saya dah besar, tapi badan cam budak upsr.. hehe

akuamir: yerp. setuju, tapi mesti didulukan dengan usaha dan ikhtiar.

cikgu Ma: inshaallah cikgu :)). lama tak lawat blog cikgu.

Khairul antasya: taka pa terlalu teliti, bermakna anda berhati-hati.

Miziey:hehe.. tq bro sebab ko cube paham, walaupun panjang. Haha. Mak bapak pilih?? Hehe. Gua pelik

So shy lady:setuju kak . terima kasih kak.

ABg stalker: hehe. Dah reply kat blog hang bro. hehe

MiszMaryane: hehe. Saja wat camtuh. Terima kasih.

Akmal: hehe. Gelak nangis ke?? Hehe. Risau tgk keta kuning tuh.

Widiey: haha.. HOT!!! Hehe

Abu:haha, baca2 bro. sori panjang sikit..hehe. tq bro. hehe

A little conversation :haha.. akhirnya lu dah komen. Thnx bro. gua menghargai komen lu.. hehe

Hanif: yerp, peminat ombak rindu. Hehe

Fairus: terima kasih bro, jangan muak yer bc.. hehe

Nurkaloi:terima kasih . hehe. Tu lah, macam2 terpikir. Kadg2 rase imaginasi tnggi sgt :)

Naz:haha.. betul naz. Mampus gua :)
Erma:hehe, betul erma. Jangan nawaitu pesong. Haha

Groundnut:haha. Tu aku tak try lagi. Next time kot :)

Chemay:hehe, setiap yang terjadi itu beserta hikmah.

Cimot:yerp. Perlu tegas dan berpendirian.

Buat semua pembaca blog picisan ini, terima kasih kerana sudi untuk terus melawat blog ini. Terharu. Apepun selamat tahun baru semua! Maaf kalau lambat reply komen kalian, jadual padat sikit. hehe