Monday 12 December 2011

Sakit itu, sakit ini?

Sayu-sayu hati. Rasanya sama dengan si awan diluar jendela, mahu menangis menitiskan titisan-titisan rahmat.

Disaat itu, burung-burung  bergegas kembali ke sarang, ayam-ayam mencari jalan pulang ke reban, lembu-lembu berlari pulang ke kandang takutkan air, kucing-kucing menumpang di bawah-bawah kereta, tepi-tepi rumah tumpangan.

Aku? Tersadai di makmal. Menanti hujan reda untuk pulang ke rumah, bukan ke reban.

*********

Sambil-sambil termenung, mendengar kakak-kakak makmal bersembang. Silap, bergosip. Pelbagai teknik penceritaan digunakan, juga pelbagai genre diolah. Dari cerita ‘The Muppet’ sampailah ke ‘Ombak Rindu’.

Dalam gosip-gosip mereka, diselitkan juga kisah-kisah dramatik, tragis dan pengajaran.

Diantaranya adalah mengenai kesakitan yang dialami seorang ibu ketika melahirkan.

Almaklumlah, seorang daripada kakak-kakak itu bakal melahirkan cahaya mata pertama di penghujung tahun. Sempat juga mereka berkongsi tip-tip ketika melahirkan. Oh, ini aku tidak dengar. Aku belum sedia.

Kisah seorang staf yang baru kemalangan juga menjadi topik hangat bualan mereka.

Mengikut susur galur penceritaan, staf itu dikatakan ‘melayang’ oleh si kakak makmal. Dilaporkan motornya yang berhenti ketika road block disodok sebuah kereta ‘gila’ yang tidak tahu asal usulnya. Tragis.

Apabila ke hospital, hanya ubat tahan sakit dan sedikit balutan diberikan.

Adik-adik pun dah bergosip??

**********

Aku yakin kalian semua pernah diujiani sakit. Itu termasuk aku, tidak terkecuali.

Aku tidak seperti Superman mahupun Supermak. Dari aku sekecil  patung anak beruang, hinggalah sebesar pokok pisang. Namun semua itu dugaan dari-Nya. Antara kenangan dan sakit yang membuatkan aku sering terkenang…

Sakit gigi.
Sakit ini sedikit teruja. Bila hinggap terasa kepala berdenyut, gigi berdenyut, muka berdenyut. 

Seperti biasa, bila ke klinik gigi, bermacam senjata dikeluarkan. Semua itu mesti tajam. Kalau tak tajam itu adalah ganjil.  Hinggakan kecantikan nurse yang membantu doktor tidak dapat mengaburi ketajaman alat-alatnya.

Teringat masa sekolah rendah dulu.
Waktu sebelum rehat, menerima arahan cikgu untuk pemeriksaan gigi. Masa ini, doktor gigi dan angkatan tenteranya datang. Habis rehat, tertulis nama di papan hitam. Mungkin ini senarai murid cemerlang dan terbilang, murid contoh atau murid genius.

Oh, sangkaan meleset. Itu adalah senarai nama murid gigi berlubang, gigi bengkak, gigi busuk dan gigi bernanah. Alat-alat ganas menanti anda.

Pakej. Gigi hitam, gigi lubang, gigi rongak, mulut busuk. Hak hak

Sakit jatuh basikal.
Salah satu memori yang aku tidak boleh lupa. Masa ini aku tujuh tahun, masih lagi tidak tahu berbasikal roda dua. Maka,satu hari mengajak abang aku untuk membawa aku berjalan-jalan menaiki basikal.

Syukur, abang long aku bersetuju. Petanda sayang pada adiknya yang comel.

“Ajik duduk belakang diam-diam, jangan gerak. Nanti jatuh”.  Amaran lembut si abang buatku.

Aku dibawa bersiar-siar keliling taman. Seronok, hati berbunga. Lajunya tidak ingat, kalah motor. Lagi-lagi bila di selekoh.

Tiba diselekoh terakhir, entah macam mana aku mengalami kegatalan pada belah kiri punggungku. Maka, posisiku diatas basikal, berubah-ubah dari kiri ke kanan, kanan ke kiri menyebabkan basikal tidak stabil di selekoh.

Kesannya, kedua-dua beradik terpelanting. Abangku di depan, aku dibelakang. Abangku mengalami calar balar, aku mengalami luka di bahagian kaki.

Tiba di rumah, ibu dan ayah menyapu ubat pada kakiku. Masa ni losyen mustajab belum ada, jadi minyak gamat sudah memadai. Hingga kini, bekas luka itu masih wujud dikakiku.
Sejak hari itu aku trauma untuk berbasikal.

Aku tak jatuh macam Azizulhusni. Siap kayu tembus kaki. Dia jatuh demi negara. Aku jatuh sebab gatal.

Sakit berkhatan
Teringat masa darjah enam, ayahku bertanya, “Ajik, nak sunat ramai-ramai ke sorang-sorang?”
“Sorang-sorang abah. Privacy sikit.” Jawabku ringkas.

Klinik Zalfah menjadi destinasi pilihan untuk berkhatan.  Hari yang dinanti telah tiba. Gementar yang amat. Ikutkan hati mahu balik rumah, postpone. Tapi, tak boleh. Kena berani.

Pembedahan berjalan dalam masa 15 minit. Keluar dari wad, aku berjalan sambil mendabik dada. Tunjuk lagak pada kanak-kanak lain yang cuak menanti giliran.

“Ajik tak sakit pun abah. Ajik kuat.” Dialog pertama buat abah setelah keluar dari bilik bedah. Bilik bedah?? Sesuaikah istilah ini.. Hak hak

Setengah jam kemudian, air mata mula mengalir. Jerit sana sini. Barangkali ubat bius sudah habis.

“Jangan nangis Ajik. Tadi abah dengar, Ajik kuatkan??”

Sindirian si ayah. Padu, jitu, tembus dada.

Waa!!! ni mesti lepas bius habis...

**********

Sebagai seorang manusia kerdil didunia, aku tidak lari dari melakukan dosa. Begitu juga dengan dugaan dan cubaan yang sering menimpa sepanjang meniti laluan kehidupan.

Sakit merupakan salah satu cubaan dah dugaan yang menimpa kita sebagai manusia. Sakit itu juga bermacam. Mungkin sakit itu penyakit, mungkin sakit itu pada hati, mungkin sakit itu pada perpisahan.


Boleh dianalogikan bahawa sakit itu umpama traktor yang memperbetulkan bengkok-bengkok jalan supaya ia menjadi lurus.

Sakit itu membuatkan kita sering beringat. Beringat terhadap dosa yang dilakukan.

Jangan difikir sakit itu dikurniakan pada kita kerana benci-Nya pada kita. Tetapi, itu adalah ujian-Nya pada kita. Tidak kira sekecil semut dugaan itu, mahupun sebesar gajah, kerana itu bisa melatih kita menjadi sabar dan tabah.

Cuba hentikan keluh dan kesah itu, walaupun ia sukar.

Perlu diingat, sakit itu juga adalah ‘kaffarah’ yakni penghapus dosa kita di masa lampau. Jangan pernah kita sesali, atas apa yang dialami. Malah teruskan berikhtiar dan berdoa.

Pesanan buat diriku yang mudah alpa dan juga rakan-rakan blogger yang lain.

sumber iluvislam

**********

Seminggu ini, cik ibu tidak boleh berjalan. Mengalami jangkitan pada saraf. Namun terdapat sedikit perkembangan positif, cik ibu sudah boleh berdiri, syukur.

Bukan mohon simpati, tapi mohon doa kalian. Semoga cik ibu boleh berjalan seperti biasa.

p/s: Sakit itu bukan derita semata, tapi ujian Pencipta.



67 comments:

miloaiskurangmanis said...

sakit gigi yg paling tak tahan
nak plak kalo sakit tu malam...
mana ada klinik gigi bukak malam2 hari!

norhidana said...

bcerita psl sakit... dana mule di uji ngn sakit2 masa mengandung...semua sakit ada... lps tu masa melahirkan kene siccor ya Allah...sakitnyer Tuhan je yg tau...lps ubat bius habis sakitnyer aduh... tp skrg nih anak pula yg sakit... kesian dia... doa mmg tak henti2 pd dia... tp dana sentiasa ingat... Allah menguji hambanya dgn ujian yg termampu di tanggung olehnya..mungkin Allah nk tgk sejauh mana saya ingat pada Nya..

p/s: semoga ibu cpt sihat

AmirFX said...

Sakit gigi mmg azab gila time nak makan dan tdo.. Kadang tu boleh tak tdo seharian...

Lady Windsor said...

akak setuju sakit gigi memang hazabb sangat..tabbley tahan punya...

sakit perpisahan, sakit kehilangan orang kesayangan dalam hidup..pun kira sakit juga kan ajik?

akak berasa sakit yang total ketika melihat sekujur jasad arwah abah dan ketika membilang detik nafas emak habis...sakit yang amat! perasaan bertambah sakit bila kita tahu seminit dua saja lagi nafas itu akan lenyap...

dwatyKNY said...

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA...

parut belajar basikal masa kecik2 dulu pun masih jelas dikakiku....

nabila azmi said...

hai..suke la entry awk yang ini...

pandai awak menulis..=)..siyes..

macam sedap je bunyinye bait2 ayat tu=)..

sehingga boleh tersyum part2 yang kelakar jugak=)..

insyaallah..cik ibu sihat kembali...pray for her too...

dear anies said...

tp sakit semua tu x kn sm dgn skt ati kn?

Unknown said...

jatuh basikal dah selalu. haha

yang penting bila sakit tu, jangan putus asa. kalau putus asa, boleh terpesong akidah.

Marcella said...

sakit gigi memang seksa..

tapi

sakit perut memulas-mulas lagi derita walaupun sementara..

Unknown said...

bro...seronok baca entry ni....

semua sakit tu sy pernah rasa...

dan sakit-sakit itu membuatkan saya rasa sedih sekarang...entah kenapa...mengembalikan memori yang tak akan datang-datang...

karatz said...

sakit itu bagus sebenarnya.buleh mengingatkan kita kepada masa kita tidak sakit..

Telor Power said...

pic utk sakit berkhatan tak bley blah wa tgk. rasa nak gelak guling2.... kehkehkeh

Cikrosecute said...

betul tue...sakit adalah dari ujian Allah...

MalizaMah said...

Dalam dunia ni mmg macam2 jenis penyakit....
sakit itu menghapuskan dosa2 kita..
menduga kita....

Tie HT said...

sakit gg menyeksakan..gg pun dah ongak ni :)

Erma Nazillah said...

xpenah sakit gg..xpenah cabut gg..gg blubang xpenah..sbb mak x bg mkn gule2 time kecik..hehe..aah..sakit tu ujian..sakit tu nikmat..x gitu? :)

<--- baru sembuh dr demam :)

En iLHAM said...

tersenyum membaca cerita kisah gigi

jatuh basikal juga pernah saya alami ketika berbasikal bersama adik. kami berlumba tapi kami bertembung akhirnya. haha

semoga ibu ajik sihat walafiat seperti sediakala. Insyaallah saya doakan

Anonymous said...

sakit gigi memang xleh tahan..huhu...kena dah aritu..berdenyut abis...huhu..moga cik ibu..cepat sihat..insyallah..

Sha. N. said...

Siapa-siapa pun pernah rasa sakit.
Tak kisah la sakit besar ke sakit kecik.
Yang penting, tabah tahan sakit. heeee..

Ana Farhana said...

mcm mcm sakit ada,tp sakit tu ujian :)

J.Syazwana said...

terbayang-bayang sakit gigi masa matrik dulu. ya allah sakitnya tak mampu nak ucapkan. huhu

Unknown said...

sume sakit yg awak sebut emy pernah rase..kecuali berkhatan la kan. emy tak tau rase sakit die mcm mane sbb kecik lagi kot.hehe :)

sakit tue penghapus dosa..so syukurlah dan jgn mengeluh kan :)

semoga cik ibu awak cepat sembuh dan boleh menjalani hari mendatang seperti biase ye :)

Nur-nba said...

Memang sakit itu ujian dariNya. Kita kena selalu ingat bahawa sakit itu penghapus dosa. Justeru kena banyak bersabar..

Paling tak boleh tahan, rasanya sakit gigi.. :) (ini cuma pendapat peribadi..)

a.samad jaafar said...

sakit juga penyuci dosa.. betul ke bro ?

al_hakim said...

penulisan kemas..tak macam aku..hakhak..btw semoga cik ibu cepat sembuh..

ajashar said...

betul2..:)..

orang kata , sakit ni penyuci dosa..dugaan pun iye..

tapi sakit tetap sakit..^^

paling tak tahan bila sakit gg..
rasa macam nak cabut je gusi2 yang ade..=.="!!

uncle gedek said...

sakit putus cinta?

Unknown said...

Salam perkenalan,

Sungguh kemas susunan ayat, hinggakan hilang rasa sakit bila membaca coretan.

eMMe said...

Salam n selamat pagi...

best entry sakit ni...

erhm..saya last sakit adalah sakit jatuh longkang, teruk...parut kekal hingga kini....huhuhuh... lain-lain sakit, sakit kene minyak panas tu biasaaaaa....heeeee....

JunAina said...

sakit paling sakit....sakit bersalin tapi hairan ya jarang ada ibu yang menagis menaggung kesakitan ini tetapi selepas dah nampak babay dah habis sakit baru mengis bila dapat tengok baby...nangis gembira!

semoga cik ibu cepat baiknya...

Hajjah Noraini @Nanie said...

Sedang sakit dah tiga tahun menderita..hilang pendengaran, hilang tenaga tapi masih menjalani kehidupan dgn aman dan bahagia disamping keluarga yg tercinta..Alhamdulillah

AIRA said...

aaaaa... sekarang pun tengah sakit gigi. Macam mana nak g makan pizza ngan kawan2 esok???

*SiRibenMerah said...

sakit tuh tandanya Allah nak hapuskan dosa kecil kita.. hehehe..

Unknown said...

masa sakitlah ingat yang Maha Esa..selalunye la termasuk saya yang khilaf ni sendiri..huhu

AA said...

sakit berkhatan ,gua tak pernah rasa. ekekeke :D

normazuin jamaludin said...

sakit hati pon sakit jugak kan? hehehe (^_^)v. .
pada cik ibu semoga cepat sembuh. .ALLAH tgh uji cik ibu kamu (;

Anonymous said...

Agree! sakit itu adalah ujian dan peringatan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Tanpa sakit, kita tak akan kenal nikmat sihat. Heh!
Nice entri bro~
:D

Cik TeN10 said...

Ahaa cte pasal pemeriksaan gigi.. Teringat kt sorang budak kelas aku dulu.. Ari ni cikgu ckp esok ada pemeriksaan gigi.. Esok tu msti budak tu 'demam' and tak dtg skolah.. Tektik tu tektik.. Haha

Pasal berkhatan pulak.. Bapak sedara aku dulu kena sunat dua kali.. 1st time sunat tu tak menjadik kata doktor.. Aku pun tak pasti apa yg tak menjadik tu..keh3

Ohh semoga ibu awk cepat sembuh ea.. Ujian itu tandanya Allah sygkan kita.. :)

mummyrinazone beauty said...

semoga cik ibu lekas2 sembuh..

sakit itu penghapus dosa..
sakit yang tak tahu nak cerita sakit melahirkan..
sakit yang tak dapat nak dibayangkan saat kematian..
sakit yang menggila sakit gigi
sakit yang hendakkan penyembuhan segera sakit perut nak ketandas..

sakit yang susah nak ubat sakit jiwa kacau..

huhu banyak lagilah..

Hana said...

sakit yang fames :)

dyna syamsuri said...

sakit penghapus dosa. Jalani dengan redha.

pisau belati said...

ya,saatnya Tuhan itu mahu beri kita kebaikkan,maka Dia uji kita dengan kesakitan.supaya kita tidak lupakan Dia disaat kita menerima kebaikkan itu.

nini said...

uih...sakit gigi tu paling2 sakit...rasa cam nak lempang orang...=p

sharul izam said...

sakit penawar segala dosa...:)

aiEz said...

ajik,moga ibu hang cepat sembuh na...

*ak pernah alami sakit yg menginsafkan bila nikmat kaki ditarik selama hampir sebulan,dari situ baru ak tau betapa azabnya bila nikmat kaki ni ditarik balik...alhamdulillah semuanya okeh ak boleh jln mcm biasa lepas mak ak bersusah payah utk ak..insaf

aimi said...

ajik.. aimi de time ajik kena sunat kat klinik zalfah.. aimi nampak ajik comey berkain pelekat.. hehehe

AziziBasyah said...

semoga Cik Ibu cepat sembuh...aminn~

Anonymous said...

sakit gigi kan paling sakit selepas mati dan melahirkan anak.. sabar~

dan semoga cik ibu sembuh segera..

mai said...

semoga ibu anda sembuh spt sedia kala..insyaAllah :)

Nur Haslinda said...

nasib baik tak rasa sakit berkhatan. hehe :D

uncle gedek said...

Tambahan: Sedaya upaya untok hadir pada 18...!

محمد رازيق said...

miloais: hehe.. betul tuh, cik milo.. kalu kena malam2, maka ubat tahan sakit je lah.. hehe

norhidana: ye kak dana.. sakit ibu mengandung adalah yang paling menduga.. doakan anak dana sihat, inshaallah.. tq atas doa dana.

Amir FX: setuju bro, sakit tak ingat, nak makan pun x jadi..

lady windsor: ye kak, itu satu sakit.. bila ajik bca komen akak, ajik dpt rase sakit akak itu. moga arwah ayah akak dirhmatinya. perpisahan itu juga satu sakit...

dwaty: ya, sakit itu kaffarah dosa.. sama pengalaman kita :)

nabila azmi: biasa2 shaja.. terima kasih bc entri sy yang panjang ini..tq atas doa cik nabila. tq banyak2.

khairin: yep, tapi itu juga satu sakit..

Nz diaz: sama cam aku ke bro, jatuh sebab gatal2.. haha.. stuju bro, kena redha dan tabah hadapi ujian.

Marcella: yup, setuju, marcella. hehe sakit perut tak boleh tahan, takut terlambak situ jugak.

azham vovovic: terima kasih azham.. hehe.. sama lah kita.. tak apa jika kita sedih bila kita muhasabah diri kerana sakit..

karatz:betul der, gua setuju dengan lu. sakit muhasabah diri kita der.

telur power: haha.. sabar bro, itu imaginasi gua..

Cik rose cute: yup, sakit ujian Allah.

alieza dayasari: yep, saya setuju lieza.. sakit itu ujian buat kita dari-Nya.

Tihara: yup, sakit gigi seksa lebih.

erma nazilah: wah. mesti gigi awak cantik ni.. hehe.. alhamdulillah baik demam, jaga kesihatan nanti..

ilham:hehe,kes lumba la ni yer. saya pulak satu basikal.. hehe. terima kasih atas doa ilham

tiramisu fatima: hehe.. memang berdenyut kalau sakit igi.. terima kasih doakan ibu sy cik tiramisu.

Sha. N: yup, saya setuju sha-N.. janji tabah..

ana farhana: ye sakit itu bermacam, sakit itu ujian..

J syazawana: huhu sakit yang mncbr kekuatan minda.. :)

emy: hehe.. yup, berkatan kamu masa kecil.. yup, kena kurang mengeluh.. dan kena tabah.. terima kasih atas doa emy...

Nur nba: yup, kena banyk sabar... jgan mengeluh.. yup, sy pun rasa camtuh..

a.samadjaafar: yup bro, betul.. kaffarah dosa.

alhakim: biasa2 jer bro.. tak otai cam hang.. terima kasih atas doa..

hajar: yup, sakit gigi sangat menguji.. terus terang.. hehe

gedek: tu kena tanya uncle, uncle yang pakar.. hehe :)

hanafiah: terima kasih.. biasa2 shaja.. moga cepat sihat kalu sedng sakit..

emme: terima kasih emme. sakit jatuh longkang pun saya dah rasa..

junaina: yeah, saya setuju.. sakit itu paling sakit.. terima kasih sbb doa ibu sy..

marina monroe: moga akak tabah.. apapun akak ada keluarga yang setia disamping, tika dalam susah.. syukur

aira: hehe, tgk diorg makan jer :)

siriben merah: setuju, sakit itu juga ujian..

Finaz: betul, bila sakit baru nak ingat yang Esa..

MS: hehe..

normazuin: aah, sakit juga, yup cik ibu sedg dijui.. terima kasih atas doa..

Miziey: thanx bro, betul, sakit itu buat kita beringat.. setuju,bila sihat sume lupa..

cikten10: hehe.. taktik,, sama gak ngan member aku.. owh, sunat 2kali? mungkin tak potong betul kot. hehe.. tq ats doa kamu ten10. tq sebab slalu jguk blog..

wan nurul hezrina:tq mummy doakan ibu saya.. sy setuju dgn sakit yang mummy listkan tuh.. hehe..

onitsuka:?? sakit yang fames??

dyna: yup setuju dyna.

pisau elati: setuju.. saat itu Dia uji tahap kesabaran hamba-Nya, samada mampu atau tidak..

nini: bahaya ni.. kalau hang sakit gigi, kena duk jauh2.. :)

sharul izam: yup, sakit itu penawar dosa :)

aiez: thnx sbb doakan mak aku aiez. owh, ko pernah tak lah jalan ye? nape bro?? masa sakit juga kita akan ingat pengoirbanan ibu kita.. bila ibu sakit, kita juga harus berkorban.

aimi:...... hahahahaha. kantoi, takpe, ityu masa kecil, bukan masa besar.. :)

azizi: tq zizi sbb doakan..

macy: terima kasih macy :) inshaallah cik ibu akan pulih.

Mai: tq mai atas doa.. inshaallah

Nur haslinda: hehe :)

محمد رازيق said...

gedek: baik uncle!!! hehe

Suzie Yusof Mohamed said...

Owh neh maksud sakitnye..Haha

ainul.zmrs said...

betul tu.Allah sntias mnguji kita supaya kita sentiasa mndekatkn diri kepadanya.nice entry :)

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Ajik,
kata orang sakit yg paling sakit ialah sakit nak bersalin dan 'sakit hati'. Eh patutnya dengar staf pompuan tu citer pasal sakit nak bersalin tu, dpt tips bagus, nanti awak akan jadi bapak jugak!

snf said...

Allah x bebani seseorang melainkan kesanggupannya.

Unknown said...

Hehehe , best lah entry ni .
yg khatan tu rate 5 bintang .hahaha

Solihahazahar said...

suke pix yg pertama tuu! memberi byk makna! ecehh ayat hahahahhaa

Puteri Katek said...

:) nice entry.... sakit tu adalah penghapus dosa kecil...

ch000tz said...

sakit hati heheheh


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html

MohdHaz said...

sy pn sedang di uji dgn sakit..

betul kata orng panas jgn di sngka hingga ke ptg..rupanye hujan di tngh hari..

so kna slalu bersedia dan jaga kesihatan baik2..

bila dh sakit apa pun tak boleh..

zati embong said...

sakit 2 kan penghapus dosa kecil kan?

kindergartenlibrary said...

kalau nelly , sakit gigi ~
-.-

~Beb~ said...

semoga cik ibu anda sht dan kuat smangat

FR said...

Sakit tu kafarah dosa :>
cuma perlu sabar. at least kita hargai nikmat sihat.


moga ibu awak cepat cepat sihat ya :>

Woofer Storm said...

cool entry ni bro..cayalah ada bakat nak buat novel.heee ke novel dah buat.hehe

#sakit gigi memang tak tahan,semua benda tak larat nak buat..