Monday 9 January 2012

Hukum mandatori?

Alkisah ceritera Sood dan Abon, sahabat karib. Tidak ubah bagai isi dan kuku.

Seperti kebiasaan, Sood dan Abon melangkahkan kaki ke gedung ilmu bila mana tirai malam Selasa mula tersingkap.

Mereka adalah pelajar kesayangan Cikgu Neelofa, guru subjek sains darjah enam.

Uniknya kelas tambahan malam ini hanya disertai dua orang pelajar. Istimewanya dua orang pelajar ini mempunyai keyakinan yang tinggi membina, walau usaha entah ke mana. Masih berpotensi untuk dibentuk.

“Bon, kenyang perut aku. Makan masakan air siku mak aku”. Sood memulakan perbualan 5 minit sebelum kelas bermula.

“Od, air tanganlah sengal. Ujian dah dekat. Air tangan pun silap. Jangan nanti, bila ujian kau jawab air kaki. Menangis cikgu BM. Mak kau masak apa Od? Balas Abon, sinis.

“Mak aku masak sambal petai udang Bon. Sedap, terangkat punggung Bon”. Sood menjawab yakin. Mimik mukanya sudah cukup menggambarkan.

Abon dan Sood macam Upin dan Ipin.

**********

ketak, ketak,ketak..”

Bunyi hentakan kasut Cikgu Neelofa adalah signal kedatangannya. Boleh kata, dari jarak 100 meter sudah mampu mendengar hentakan kasut tumit tingginya.

Cikgu Neelofa, adalah guru yang digilai di sekolah. Personalitinya lemah lembut dan pakaiannya yang sopan memukau jiwa. Ditambah seri dengan tudungnya yang ala Hana Tajima. Menjadi igauan bujang, duda dan insan perasan muda.

Suasana kelas berjalan lancar, tenang di kala angin sepoi-sepoi bahasa. Sood dan Abon diberi masa meluah ilmu yang dicerna dengan membuat latihan di pertengahan kelas.

Tidak sampai 5 minit, sesuatu yang aneh terjadi. Angin sepoi-sepoi bahasa itu tidak semena-mena mengganas bertukar persis angin sampah. Boleh kata angin puaka.Angin puaka itu terus menusuk hidung Sood, Abon dan cikgu Neelofa.

“Od, ada bau longkang tak? Kau buang anginkan?? Bau sampah”. Dugaan Abon yakin.

“Mana ada Bon. Aku tak buang pun. Janji”. Jawab Sood menepis dugaan itu.

“Aku tahu kau tipu Od. Aku tak tahan. Kau tipu. Kau tipu. Kau tipu…”. Abon terus menghukum Sood, hingga wujud bibit pertelingkahan.

Keadaan menjadi getir. Namun, berjaya ditenangkan oleh Cikgu Neelofa. Ceritera terpadam disini, rekaan semata, tiada kaitan dengan sesiapa.

Persoalannya,

1) Apakah hanya kerana ketaatan Sood memakan masak sambal petai ibunya, membuatkan Abon terus menuduh dan menghukum Sood yang membebaskan angin puaka itu?

2) Siapakah tuan punya angin puaka itu? Cikgu Neelofa?

Angin puaka siapa?? siapa???

**********

Tali gantung bukan macam tali rafia.

"Wanita itu buncit sebelum bernikah, dikatakan mengandung sebelum nikah. Sedangkan wanita itu buncit terlebih makan. Teruskan menghukum".

"Ketiadaan zuriat, suami dikatakan patah pucuk, isteri pula bendul dan mandul. Teruskan menghukum".

"Anak jiran berulang kali gagal Matematik tambahan, corot. Dikatakan bodoh dan tidak mampu berubah. Teruskan menghukum."

Menjadi satu kebiasaan buat makhluk bergelar manusia menghukum. Aku juga tidak pernah terlepas dari kebiasaan ini. Hanya bumi bisa menjadi saksi pada kebiasaan makhluk ini.

Diri sendiri dianggap serba tahu, suci, sempurna dan jelita seperti Yuna. Bila mana insan keliling tersilap langkah jatuh tersungkur, tali gantung dicapai, dijerut pada yang tersungkur.

Diherdik, dikeji, dicaci. Hina sehina-hina manusia, bagai yang jatuh itu tiada seurat benang maruah. Baikkah namanya? Rasukan ablasa penambah bisa.

Perkhabaran aib disebar dan dicanang. Aib dibuka, dengan terbuka. Warkah maya, warkah nyata penyebar duka. Berpaksikan keuntungan semata.

Tiada peluang kedua, tiada ungkapan nasihat.

Sedarkah?

Itu satu ujian dari-Nya buat mereka. Kita tiada dikerusi mereka.

Mungkin suatu hari kita di tempat mereka. Atau sebenarnya kita sedang ditempat mereka, cuma kita berlagak sempurna!

Benar, yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Halal tetap halal, haram tetap haram.

Lontar nasihat buat mereka yang melangkaui sempadan dan batas agama secara hikmah. Nasihat itu satu tanggungjawab, bukan menghukum sana dan sini.

Kirimkan doa juga buat mereka, agar mereka peroleh hidayah dari-Nya. Petunjuk buat mereka.

Jangan terus menghukum di dunia sementara, sedang bakal dihukum di alam hakiki sana. Semak dan nilai amalan sendiri terlebih dahulu. Senantiasa berprasangka baik membawa kita ke arah yang lebih baik.

Muhasabah bersama, buat aku yang sering lupa dan teman-teman sekalian.

p/s: Perut gua kecut bila tengok drama yang ada hukum gantung. Nak dibandingkan dengan hukuman di sekolah masa budak-budak dulu, sekadar senggol-senggolan cubit-cubitan, ketuk ketampi, tak pun penampar sikit-sikit. Paling dahsyat pun gua rasa sebat di punggung, itu pun bukan cemeti, tapi pembaris kuning panjang. (^_^)

75 comments:

Akim Iqbal said...

Cikgu Neelofa ? Awww..

Kakcik Seroja said...

Dicanang-canangkan bahawa 'tidak bersalah seseorang itu sehingga dia dibuktikan bersalah'... benarkah terpakai ungkapan itu?? ;-)

Unknown said...

Mula2 terpikir, hukum mandatori? Adakah hukuman bunuh sampai mati? Bila baca, baru boleh related. Fikir di luar kotak. Tak tercapai akal.

v(^_^)v

norhidana said...

biasalah kn manusia... selalunyer terlalu cpt menghukum slh sesuatu bnda tu sblum siasat btl2... kadang2 akak pun bt gitu gk ahak2

Bulan Syurga Firdausi said...

mandatori...tiada maaf lagi da...hmm hukum dunia..

dear anies said...

sori la kalu nk tarik blk...

Anonymous said...

hukuman Allah menanti jua...

wani johari said...

kadang2 kita trlalu cepat judge orang sblm mengenai dia...

NIZAM said...

agreed! :))

but sometimes, we, maybe u and me just judge book by its cover.

am i rite?

Anonymous said...

I like your sentences "Benar, yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Halal tetap halal, haram tetap haram". ahah :)

ORLANDO AHMAD said...

mohon cikgu neelofa add facebuk haha

hanaahmad said...

aku rasa manusia kena ubat mentaliti suka menghukum tanpa usul periksa dan fakta yang sahih. sebenarnya menghukum ni pun lebih kurang macam suka menyibuk. sibuk hal orang lantas terus menghukum itu ini. heh. sama-sama kita ambil pedoman secara langsung. ;)

*nice entry.

Anonymous said...

Tak lupa juga, minda manusia (esp Msian) mudah utk menghukum secara stereotype. Ini lah penyakit dikalangan kita yg sukar nak dibendung apatah lagi diubati. Hurm.

Telor Power said...

hukum manusia selalu berubah2 tak seperti hukum yang Allah tetapkan.

akuamir said...

cikgu neelofa kot yang kentut,, sebab si Od da janji bukan dye yang kentut,haa..

jemput bace entry di blog ku.. ;)

Nalisa Syahira said...

nak cikgu neelofa je . haha .

penjajah minda said...

cikgu neelofa walau lawa tahap dewa, kentut tetap busuk.hehe

Anak Wak Mail said...

jangan terlalu cepat menghukum...ye dak?

cikgu neelofa yang kentut tu!haha

محمد أمين بن أريس said...

ini baru dinamakan manusia...memang suka cari salah orang lain sebelum diri sendiri...:)

aiEz said...

menegur ada cara,menghukum?siapa kita nak jatuhkan hukum dgn suka2...mencari dan menghina,bagai dialah betul segala...bahasa mencerminkan diri,siapa kita sebenarnya..

Erma Nazillah said...

kita selalu tak sedar benda yg kita buat tu salah..tp bila org lain yg buat,bkn main lagi kita komen itu ini..bukan main lg kutukan yg kita bg..adat manusia mmg mcm tu kan? :)

Anonymous said...

kata mengata memang xpernah habis huhu...cikgu neelofa pulak..huhu..nice entri

AmirFX said...

Aku rasa cikgu Neelofa yang buang angin puaka tu.. haha.. Nway, to be the best, think positive..

eqbalzack said...

salam tuan,
akhirnya dpt singgah ke blog tuan. blog yg menarik..

maidatul said...

assalam....
baru ada kesempatan untuk singgah ke blog ini...salam perkenalan.

blog yang menarik :))


p.s. semoga apa yg diharapkan dipermudahkan olehNya...

Unknown said...

Didunia ini ramai yang ingin menjadi hakim. Menghakimi orang lain. Tapi pernahkah kita menghakimi diri kita sendiri??

you-know-who said...

kadang2 kita cuma tau nama mereka tapi mudah betul nak menilai orang itu ini.

sudipVSsenduk said...

lebih baik diam dr bersuara kalau tak tau apa-apa...

J.Syazwana said...

nama cikgu nak neelofa. ahahahaha.
hmmm tulah nama pon manusia memang suka menghukum terlalu awal. bagi aku lah, aku nasihatkan diri sendiri supaya tak terlalu menghukum org lain. takut2 terkena batang hidung sendiri.

terpatrisinarabadi said...

nama cikgu jer dah menggiurkan...hahahaha....
entry yg baekk punyerrrr..

aReLaN said...

pergh...klu cikgu neelofa,aku pon nak.hahaha...tap manusia memang mudah menghukum.nmpk slack sket je,terus hukum tanpa usul periksa.tulah masalah masyarakat skang ni.hmmm

aiEz said...

assalamualaikum ajik,kalau ada apa2 cntct kat fb ak,kat blog ak ada link fb..kalau kat twitter cari aiezarisha,itu ak..hehe..

Anonymous said...

org yang menghukum lupa atas nama hak...

sekadar satu coretan said...

Jangan mudah menghukum keatas kesalahan seseorang...

Tapi nama cikgu tu akak suka laaa..

Woofer Storm said...

menghukum sebelum menyiasat sesuatu perkara..itu kerja gila,tinggi risiko..khuatir bila yang dituduh tidak bersalah..

#tiba2 rindu montot dipukul cikgu sklh rendah dulu..hhaaa nice entry bro^^

MiszMaryaNe said...

apa jadi pada sood ngn abon tu?
ckgu neelofa plak???
nak sambungan, hehe...
=)

CikTeddyCorner said...

cara muhasabah diri yg baik..thanks tuk entri ni :D

suzie rahman said...

grr ingt hukum mati..adeh nk pnjm cikgu jp.

Nisa Greennnpanda said...

mmg ssh nk hindari dr m'hukum org..huhu~.. "-_-

manusia, owh manusia..

Cik SHiNJU said...

Ko neh x abes2 ngn Neelofa kan..hihihik..aku syak dia yg buang angin tu,dia pun makan petai kot.. ;p

~Sal Ismail~ said...

nampaknya kisah hukum menghukum seolah tiada pengakhirannya..cuma kita yg masih waras menggunakan akal perlu pertahankannya..bak kata awak..
"Benar, yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Halal tetap halal, haram tetap haram"..
namun yg makin berleluasa..yg halal diharamkan, yg haram dihalalkan..mohon Allah berikan kita perlindungan~

Cikgu Ma said...

hmmm..macam entry sapa yea pasal suka menghukum..
rasanya antara kita sendiri penah "menghukum"

jom terjah:
selamat ulangtahun - jom wish ramai2

Unknown said...

salam....subhanallah...pggunakan tatabahasa yang diisi dgn bait2 yg puitis...pesanan yg agak mnyentuh perasaan bg yg xfham erti mandatori....:D

cintailmu89 said...

itula pasal...menghukum..
kalau betul xpela..kalau salah..
camne nak hadapi kat sana kelak =)

LiNda said...

minat neelofa ye? best la ur entry, penggunnan bahasa yg sesuai...:)

Lumrah manusia sekarang termasuk saya, kadang2 terlalu cepat menghukum dan berfikiran negatif tanpa mnyiasat siapa yg benar n siapa yg slah..

So Shy Lady (SSL) said...

ye...slagi t.duduk di krusi mreka, slagi itulah mulut sdap mngata, kan. isyh3x

sblum izrail mnjmput, lbih baik koreksi kkurgn diri sndiri dlu drp buang ms duk koreksi kkurngn org lain

nabila azmi said...

cerita rekaan itu sgt menarik ye..hihi..=)..

anyhow..this entry mmg buat sy insaf n muhasabah diri..awk pandai tulihla...bestnyee...

dwatyKNY said...

kat malaysia hukuman gantung sampai mati... kat indon kalau tak silap kena tembak...

L said...

kita sendiri suka menghukum orang... huhu. adoi. kadang2 teraser juga. sama2 la kita insafkan diri..=)

Anonymous said...

mmg dlm dunia ni, takkan lari drp tuduh menuduh smata nk lari drp ksalahn sdri.
yea, mgkin yg btul2 brsalah wajarlah..tp sipalah kita nk mnetapkan hkuman apakh yg paling setimpal.

Mai said...

cool la entry ni,kalau semua orang berfikiran positif dan tak melulu macam tu mesti dunia aman tanpa rasa sakit hati ;DD

Zehan Ilyana said...

like this..:)
orang mmg suka menghukum -_-'

Akulah Pak Lan said...

Minda diasuh dengan didikan sekeliling, hati diasuh dengan makanan rohani, tapi akal masih membatasi

Unknown said...

Hahahaa... takutnye akak dgn hukuman mandatori ni... tp begitulah manusia kan... suka dgn nukilan kamu...bersahaja ;)

Unknown said...

Manusia memang fitrahnya menghukum.


kerana sifat semulajadi manusia hidup berkomuniti. dan apabila kita berbeza dgn kebiasaan komuniti, maka kita akan dicemuh walaupun belum tentu salah lagi.


apsal bila aku makan sambal udang petai kentut aku tak busuk pun? haha

Unknown said...

Cerita yang kreatif. Banyak pengajaran. Teringat kata-kata guru saya , Jangan jadi hakim yang tidak terlantik, maksudnya org suka menghukum orang lain sesuka hati sahaja tanpa usul periksa.

mummyrinazone beauty said...

alahai ilang keayuan cikgu neelofa sbb lepaskan angin puaka??haha kan mendatori tuh..hikhik

kita kenalah bijak menilai jgn tahu hukum jer..

Lelaki said...

sudah namanya manusia kalau tidak menghukum pasti pula dihukum...

benarkah bau itu puaka?

Nurul Iman said...

tgk tjk entry mati2 egt hukum gantung td hehe :P

biaselah manusia..sering menghukum tanpa usul periksa..

papepon, selalulah bersangka baik :)

Cik TeN10 said...

ada org nak berubah menjadi baik.. kalau dulu tak pakai tudung sekarang dia bertudung.. kalau dulu kaki selalu melangkah ke tempat2 hiburan sekarang dah rajin melangkah ke surau ke majlis2 ilmu.. tp ada je suara2 di sekeliling yg berbisik2 lalu mematahkan semangat org2 yg ingin berubah ni.. kesal.. kenapa mesti ada sikap sebegitu.. kan lebih baik kalau sama2 berubah ke jalan yg lebih baik..

Qa said...

hehe nice.. :)

Dinas Aldi said...

Betul tu, cepat & mudah benar menjatuhkan hukuman sedangkan belum diketahui kisah sebenar kan.

Dik, bila nak bagi alamat, akak nak pos fridge magnet ni.

zilndnas@gmail.com

Ati Masrif said...

salam raziq,

ada manusia ...jatuh hukum dahulu
siasatnya kemudian
di malaysia ni banyak sangat..hehe

ehem..minat kah dgn personaliti neelofa tu :)

asuhara sue said...

Aku rasa sebab kena sebat dgn pembaris kuning kat tangan ler aku jadi apa yang aku jadi sekarang! kalau tak entah2 aku masih gengster kampung dusun!

p/s:terima kasih atas update blog kau pada aku, semoga kau berjaya dengan tesis kau.Aminnnnnn....

Aimi Rosli said...

amboi, cikgu nak nama neelofa je :p


takut juga sebenarnya, kalau sibuk cakap orang suka menghukum tapi kita sendiri pun judgemental.

ashra said...

lumrah dunia kan...
menjatuhkan hukuman sebelum pastinya..

kalu anak2 yang da besar panjang,buat perkara salah laku,mesti disalahkan juga ibubapanya tak bagi cukup didikan..
=( tidak juga adil kan..

Che Izwa said...

menghukum sebelum menilai kebenaran (: Nice entri.

salemaziz said...

setuju dengan syakirah rozuan. entri yang bagus. keep it up :)

MalizaMah said...

hukum gantung.. menakutkan....
huhuhu.....

Anonymous said...

manusia begitulah.
tak pernah nak berubah.
-.-

Unknown said...

menghukum tanpa periksa. itulah sebilangn dr kita

Sha. N. said...

Fuhhh, banyaknya komen..

Selalu dengar,Don't judge a book by its cover, tapi susah nak apply. Sebab first impression tu penting.
Nak tak nak, mesti ternilai juga.. Cuma diri sendiri kena pandai fikir and bukan terima bulat-bulat that first impression..

Tapi menghukum tanpa usul periksa adalah sangat tak patut dilakukan. Macam useless pada manusia yg suka menghukum tu sebab tak guna otak dia betul-betul.

pisau belati said...

manusia memang suka menghukum menyalahkan pesalah tanpa tahu akan alasan dan puncanya.

lieynanilaz said...

kita ni cepat menghukum seseorang tanpa nak selidik dahulu...

Maya Mayana said...

manusia memang mudah menghukum sedangkan yang lebih layak menghukum dosa pahala seseorang itu hanyalah Allah jua...sekadar peringatan utk diri sendiri juga...

jatuh suka dgn blog ini...already in my bloglist ;)