Saturday 29 October 2011

Gunting rambut., DULU dan SEKARANG???

...Decip, decip, decip...


Gunting berbunyi. Lega bila rambutku yang tampak seperti semak dipotong persis mesin rumput. Tekun abang berbangsa India (si tukang gunting) ini memotong rambutku. Sesekali helaian rambutku (yang tidak pasti samada rambut aku atau bulu halus pada lengan abang si tukang gunting) jatuh berterbangan disekitar muka yang mengundang kegatalan teramat. Ikutkan hati mahu sahaja digaru. Apakan daya badanku seumpama diikat dengan dibalut sehelai kain biru tua bercorak kosong. Tidak lain tidak bukan, untuk menghalang ex-rambutku mendarat ke baju dan seluarku.

Sedang asyik melayan perasaan ketika rambut digunting, ekor mataku sempat menjeling ke arah pak cik berjanggut panjang yang berada bersebelahan tempat dudukku. Kelihatan beliau sedang rancak berbual dengan tukang gunting rambutnya (nampak lebih senior berbanding tukang gunting rambutku). Antara bait perbualan yang sempat dirakam recorder 1 GB gegendang telingaku:

Telinga curi dengar.

" 'Incik' sudah breakfast?" Tukang gunting senior memulakan perbualan.

Pak cik janggut membalas. "Sudah. Makan dengan isteri saya tadi. Dia buat nasi lemak. Banyak sedap!! Macam mana business?"

Respon tukang gunting senior. "Banyak baik 'incik'. Cuma kedai baru buka ini hari lepas dua hari cuti deepavali."

Pak cik janggut mengangguk tanda faham: "Baguslah. Masa raya deepavali itu hari, you ada pergi KUIL tidak?"

"KUIH banyak 'incik'. Semua isteri saya buat 'incik'. Laddu, muruku (beberapa jenis lagi disenaraikan, tapi aku tak ingat)..  Homemade sahaja tak ada beli-beli." Jawab si tukang gunting. Pak cik janggut terdiam seribu bahasa.





--------------------------------------------------------------------


Dahulu..
Imbas kembali 18 tahun yang lepas. Selalu abah akan ajak aku pergi gunting rambut bila melihat rambut anaknya ini bagai orang gila.

Dulu,aku agak sedikit malas untuk pergi gunting rambut. Bukan apa, uncle yang gunting rambut itu mukanya usah cakap, maha garang. Tiada senyuman diwajah, ber t-shirt pagoda sambil-sambil perut kedepan lagak ibu sarat mengandung.

Seperti biasa, Uncle itu akan meletakkan sekeping papan tebal diatas kedua lengan kerusi bila tiba giliran untuk rambut aku digunting. Tujuannya bukan apa. Hanya disebabkan aku masih kecil dan pendek, maka ia menjadi musabab ketinggian aku tidak sekufu dengan kerusi yang disediakan. Feel sangat duduk atas papan tu sambil kaki goyang-goyang (macam raja).

Gambaran situasi kejadian-Ihsan Google

Sambil-sambil rambut digunting, lagu-lagu tamil dan hindustan akan dihidangkan sebagai halwa telinga buat pelanggan. Anda suka? Anda tak suka? Jawabnya lantak! Janji si tukang gunting feel. Kalau aku nak feel lagu-lagu mereka, confirm payah yang amat sebab tak faham (tak pernah ikut kelas inisiatif bahasa Tamil). Paling kurang pun goyang-goyang bahu dan kepala (tindakbalas refleks konon ambil hati uncle gunting rambut).


Idola 'uncle' gunting rambut

Saat yang paling dibenci adalah sewaktu mahu cukur sideburns (yang tumbuh bersepah-sepah bawah telinga). Rasa geli-geli buatkan aku menggedik-gedik tergelak sambil menggerak-gerakkan kepala. Bila uncle tu pandang, terus automatik stop bergerak. Yang dasyatnya masa balik rumah, bila mandi meleleh air mata. Kesan cukuran di sideburn itu menusuk kalbu pedihnya. Trauma!

Pisau cukur tumpul??

Upah gunting rambut waktu  itu RM 4.00 per/kepala. Abah sponsor.



Sekarang..
Menginjak ke umur era 20-an, kalau gunting rambut pergi sendiri sebab abah dah tak ajak. Kalau rambut dah panjang, tapi tak potong-potong nak jadi orang gila pun maka jadilah. Abah kata dah besar panjang, pandai-pandai manfaatkan otak. 

Sekarang, aku dah sedikit rajin dan berminat pergi gunting rambut. Si tukang gunting akan sambut dengan senyuman yang penuh mesra, pertanyaan yang lemah lembut (walaupun gaya bahasa tunggang terbalik). Pakaian mereka juga sudah up-to-date sekarang.

"Uncle nak duduk atas papan.." Sekarang, tak ada papan-papan atas lengan kerusi, tak ada kaki goyang-goyang, tak ada feel macam-macam raja dah.. Apa kejadah tinggi dah 180 cm, berat dah 60 kg nak duduk atas papan! Mahu makan pelempang free si tukang gunting rambut.


Yang mana pilihan anda??

"..Baby you're so one in a million you are.. baby you are the I ever had..." (Neyo) Wow! Jangan terkejut. Sekarang jarang-jarang mereka pasang lagu tamil (kecuali bila deepavali dah dekat). Mereka si tukang gunting rambut dah bertukar selera. Sekarang, lagu-lagu mat salah  mat saleh, negro dan seangkatan dengannya dihidangkan. Bukan apa, nak tarik pelanggan muda katanya. Strategi business.


Encik Neyo... pinjam gambar..

"iyuu... bzzzzzz" bunyi mesin cukur rambut. Sekarang sesi cukur-mengcukur sideburn pun mereka dah guna mesin, sudah maju. Smooth saja bunyinya. Bila balik rumah mandi, air mata tak meleleh lagi macam dulu sebab kurang kesan calar-balar pisau cukur di tengkuk dan bawah telinga. Namun, pisau cukur masih digunakan lagi untuk alter hasil cukuran mesin. Manual tetap terbaik.

Mesin cukur

Upah gunting rambut sekarang RM8.00 per/kepala. Masih boleh dipertimbangkan. Sendiri sponsor.


KESIMPULANNYA, aku lebih gemar mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai gunting rambut Maniam, berbanding salon-salon di Mines Shopping Center dan seangkatan dengannya. Bayaran yang murah, sistem layanan yang mesra serta mudah dan lokasinya yang berhampiran dengan rumah memikat aku untuk terus setia dengan kedai gunting rambut Maniam. Dulu, kini dan selamanya.

p/s: Gunting rambut adalah salah satu amalan dalam menjaga kebersihan. Malah merupakan salah satu langkah menjaga penampilan, khususnya bagi lelaki sebab lelaki tidak perlu bertudung walaupun ada yang 'ingin' bertudung. Memadai kemas dan teratur, tidak perlu terlebih gaya mengalahkan artis. Ingat, menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah satu tuntutan dalam kehidupan seorang muslim. Peringatan bersama.


21 comments:

محمد أمين بن أريس said...

nostalgia betul kerusi berpangkin tu..aha.. :)

محمد رازيق said...

amin: aah la.. hehe.. jap tukar kerusi yg moden sikit :)

Anak Wak Mail said...

masa kecik2 dulu pon aku takut nak guntung rambut..sebab aunty yang gunting tu garang sangat..sampai besar fobia nak gunting kat kedai..tp sekarang dah ok dah..hehe..

Nur Amirah said...

kerusi potong rambut pun dah berubah..

satu Malaysia menjana transformasi..hehe

محمد رازيق said...

anak wak mail:hehe.. pengalaman sama bro.cuma beza yang gunting rambut aku uncle..

miss coffee: hehe.. itu lah pasal miss.. moga-moga.. terima kasih lawat entry saya.

Unknown said...

pengalaman yang berbeza dulu dan sekarang..^^

محمد رازيق said...

ABC: btul abc.. dulu lain sekarang lain.. hehe yang baik kita kekalkan, yang kurang kita tinggalkan.. terima kasih lawat blog saya. :)

Unknown said...

u know what , i paling fobia nk gunting rambut ,, bukan takut tahap trauma, just rasa macam takut jer masa dia gunting kat telinga tu,, dia tarik telinga kita tu macam nak siat2 jer .. omg .. scary ...

Unknown said...

syahdu je baca ni hehhe....

gunting rambut memang best...tp kt area sini mahal lah huhuhu

Akak Kembang said...

dulu-dulu selalu mak yang guntingkan rambut..tupun gunting straight jek..sebab kalau gunting kedai amoi..byk mahal...

yusuflaili(Goku) said...

salam;
tahun 80an aku suka rambut panjang seiring dgn kempulan rock masa tu..sekarang aku selesa rambut ala komando atau sting...

محمد رازيق said...

dean :hehe.. btul dean.. mcm fear factor lak kan.. takut2 telinga yang jatuh kebwh :)

azham: hehe.. syahdu juga la.. best memg best.. rate gunting rambut pun bergantuang area.

alin: hehe.. btul.. sgt mahal.. charge ni charge tuh..

yusuflaili: wsalam bro.hehe.. ala-ala man kidal ke??? aku pun suka jugak macam tuh.. sekarang aku suka botak je :)

mrs eyza said...

dah lama tak gunting rambut...

nama watak 'incik' menjadikan rindu seseoraNG hihi

Anonymous said...

dulu, kalau gunting rambut, mesti kena marah.. sebab tergedik2*gelii bila gunting tu tersentuh telinga, lagi la geli..

محمد رازيق said...

far east: hehe.. ye ke?? rasenye masti anda rindu en Zack (realiti konspirasi) kan? hehe

Fatin nadia: hehe.. same lah nadia... thnx nadia atas suggestion pop up window tuh..

terima kasih kalian sbb lawat blog ini :)

Ati Masrif said...

tapi ada gak tempat kedai gunting
yg masih ada kerusi lama tu tau..

senangnya anak kak ati syahmi tak pernah
ke kedai ..mummy yg potong sendiri sikit2
sbb saje simpan panjang..hehe`

محمد رازيق said...

kak ati: hehe btul kak ati.. especially yang dah veteran punya kedai gunting. :) owh, senganglah.. kak ati boleh bukak bisnes ni.. bisnes gunting rambut :)

Fadzli Amir said...

Aku dulu kecik2, arwah mak yg potong....dah besar ni suka pegi kedai india, sebab dia buleh urut2 badan sikit sambil meletupkan tengkok..!!

محمد رازيق said...

Bro li: haha.. betul bro.. ade skali dia nak buat hari tuh, tiba-tba fobia takut tercabut tengkuk :)

Anonymous said...

luv it..dulu pun dok atas kusi

DzuLagiL said...

salam..
aku suka entri nie...